My Sweetie Readers

Tuesday 21 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 3




Seminggu sudah berlalu sejak pertemuan terakhir aku dan Min Hyuk.  Kami langsung tidak berhubung walaupun kami mempunyai nombor telefon masing-masing.  Mungkin pertemuan yang membawa kami ke Itaewon itulah yang terakhir.  Andaianku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku. 
Senyumanku melebar sebaik sahaja melihat nombor yang terpapar di skrin telefonku.
(Eh kenapa aku senyum macam kerang busuk ni?) Aku ‘memasamkan’ muka sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Hello.”
“Hello, awak sibuk ke?”
No, just do some revision.  I have test next week.  Why?”  Tanyaku kerana aku yakin ada sesuatu, kalau tidak, pasti Min Hyuk tidak menelefon.
Is it okay if I take your time for a few hours?” Min Hyuk meluahkan hasratnya.
“Untuk apa?”  Tanyaku inginkan kepastian.
“ Awak akan tahu nanti.  Saya di hadapan rumah awak.”
“Mworago (Apa awak cakap)?  Awak depan rumah saya?”  (Gila ke apa mamat ni tunggu aku depan rumah?)
“Ya, saya tunggu awak ni.  Ppalli (Cepat).”  Min Hyuk memberi arahan dan terus mematikan panggilan sebelum sempat aku berkata apa-apa. (Aku tak cakap pun aku setuju, memandai betul la dia ni.)
………………………………………………………………………………………………………
(Kereta sapa pulak dia bawak ni?) 
“Saya pinjam kereta hyung (abang) saya.”   Jawapan Min Hyuk membuatkan aku tersentak.  Lelaki itu seperti dapat membaca fikiranku.
“Awak cakap untuk beberapa jam je kan? Saya kena balik awal, Nadia tak bawak kunci.  Karang tak pasal-pasal dia melanguk kat luar rumah.  Kawan-kawan serumah yang lain semua tak ada.’  Bebelku dan aku yakin, pasti dia sendiri tidak faham beberapa perkataan yang aku gunakan namun tidak pula dia bertanya.
“Kokchongma (Jangan risau).”
“Awak nak bawak saya pergi mana ni?” Tanyaku tegas.   ( Suka-suka ati aje bawak aku keluar tapi tak bagitahu pun ke mana.)
“Kokchongma.”  Lamunanku mati dengan ulangan ‘Kokchongma’ Min Hyuk.  Setelah itu kami hanya diam membatu sehingga sampai ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu.  Yang kutahu, kami berada di Cheongdam,  bandar yang paling mewah di Seoul.  Sepanjang aku di  Korea, hanya sekali aku menjejak kaki ke bandar ini, itupun dibawa oleh mummy dan daddy  Nadia semasa mereka datang melawat Nadia tahun lepas.
“Kita nak buat apa kat sini?” Aku mengerutkan dahi.
“Ikut saya.”  Min Hyuk menghulurkan tangan kanannya. (Lupalah tu, lagipun nak pegang-pegang tangan apa kes, bukannya aku ni awek dia pun.)
Aku memberikan beg sandangku setelah Min Hyuk masih menghulurkan tangannya.  (Ambik beg ni dah nak sangat kan)  Min Hyuk akur dan mengambil beg dari tanganku dan dia tersenyum.
Aku hanya menuruti Min Hyuk.  Kami masuk ke dalam sebuah butik pakaian mewah.  Kelihatan seorang wanita 20-an sedang membelek-belek pakaian yang dipakaikan pada mannequin.  
“Cantiknya dia.”  Kataku jujur apabila melihat wanita itu berjalan ke arah kami.
“Kekasih saya.” Ujar Min Hyuk dan terus memeluk wanita itu, wanita itu membalas pelukan Min Hyuk.  Aku terpaku, terkejut, terasa terhenti nafasku mendengar pengakuan Min Hyuk sekaligus melihat kedua mereka berpelukan di hadapanku.
( Ajak aku pergi sini semata-mata nak suruh aku tengok kekasih dia.  Apa motif dia buat semua ni?) Aku merintih di dalam hati.  Tidak tahu apa perasaan aku saat ini.  Yang aku tahu aku mahu cepat-cepat keluar dari tempat ini.  Tiada sebab mengapa aku perlu terus di sini.
“Aimin, ini…..”
“Min Hyuk, maaf saya balik dulu.  Nadia dah nak sampai rumah.  Saya pergi dulu.  Annyeonghikaseyo (Goodbye)”  Aku tetap mengucapkan selamat tingal kepada kekasih Min Hyuk.  Tidak mahu digelar kurang sopan. 
“Aimin….”  Aku tidak mempedulikan panggilan Min Hyuk dan terus mengatur langkah selaju yang boleh.   Setelah berjalan hampir lima minit, akhirnya aku tiba di stesen keretapi bawah tanah.  Aku menuruni anak tangga stesen itu perlahan-lahan. 
Aku mengeluarkan kad pop (@ Touch & Go) yang berwarna hitam dan kuning dari poket seluar.  Kad itu memang aku letakkan di dalam poket seluar kerana lebih mudah untuk dikeluarkan berbanding di dalam dompet namun aku merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap di badanku.  Mujurlah train agak kosong dan ada tempat duduk kosong.  Sekurang-kurangnya aku dapat duduk dan berfikir dengan lebih tenang tentang perasaan apa yang melanda diriku ini.
………………………………………………………………………………………………………
Aku tersentak sebaik sahaja melihat Min Hyuk terpacak di hadapan bagunan rumah sewaku.
(Apa lagi mamat ni nak?)
“Kenapa tipu saya?”  Pertanyaan Min Hyuk membuatkan aku terkedu.  Aku tidak menjawab dan hanya merenung lelaki di hadapanku itu.
“Beg awak.”  Kini baru aku sedar yang aku tertinggal beg galasku pada Min Hyuk,  patutlah aku terasa ada sesuatu yang tidak lengkap.  Aku cepat-cepat mengambil begku di tangan Min Hyuk.
“Awak tinggalkan kekasih awak sebab nak hantar beg ni pada saya?”
“Maksud awak, nuna (kakak) saya?”  Pertanyaanku dijawab dengan soalan yang agak mengejutkan.
( Kakak dia.)
“Saya cari awak di bus stop awak tiada, subway tiada.  Kenapa awak pergi tinggal saya macam tadi dan tipu saya?  Nadia called  your number and said that she did not told you she’s about coming home.”
(Ya aku salah, aku lari macam tu je.  Aku lari sebab aku ingat tadi kekasih dia, dia yang cakap itu kekasih dia, manalah tahu rupa-rupanya dia bergurau je dan aku salah juga sebab aku tipu dia tentang Nadia padahal Nadia tak cakap pun yang dia dah nak balik.) Ikutkan hati ingin sahaja aku katakan semua itu kepada Min Hyuk tapi apakan dayaku.
“Jeongmal mianhae (maafkan saya).”  Hanya itu yang aku mampu katakan, aku tunduk merenung tanah.
Any other words?”  Min Hyuk nyata masih mahu penjelasan daripadaku.
“Saya balik sebab…..sebab saya masak nasi dan lupa padamkan suis.”  (Ya ALLAH ampunkanlah dosaku atas penipuan-penipuan aku hari ini.)
“Geotjimal (Tipu).  Apa-apa saja sebab, saya tetap maafkan awak.” 
(Mana dia tahu aku menipu, ada tulis kat dahi aku ke yang aku menipu?)
“Gwaenchana (Tak apa).  Awak tak perlu maafkan saya.” Aku sendiri tidak tahu apa yang terpacul dari mulutku.  Jadi, maksudku kesalahanku ini tidak perlu dimaafkan sampai bila-bila? Entah aku sendiri tidak tahu.
“Masuk kereta.”  Min Hyuk membukakan pintu kereta.
“Pergi mana?”  Tanyaku dengan muka tidak bersalah. “Jumpa kakak awak?” Tanyaku lagi sebelum sempat dia menjawab. 
“Aniya (No), pergi makan.  Awak belum makan lagi.”  Kata-kata Min Hyuk benar, aku masih belum mengisi perut lagi.
“Tak apa, saya ada tangan sendiri untuk buka pintu kereta.”  Aku menutup pintu kereta dan kemudian membukanya kembali lantas masuk ke dalam.  Min Hyuk hanya tersenyum melihat gelagatku. 
Min Hyuk membawaku ke Itaewon dan kami makan di restoran kegemaranku walaupun baru minggu lepas kami makan di sini.  Min Hyuk ternyata masih ingat bahawa aku pernah memberitahunya bahawa restoran itu restoran kegemaranku.  Separuh dari hari Sabtuku terisi bersama Min Hyuk.
………………………………………………………………………………………………………
“Nadia, jom pergi library lepas ni?  Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam minggu lepas.”  Pintaku sambil meletakkan buku dan pencil case ke dalam beg.
“Boleh juga, aku pun ingat nak pinjam buku untuk revision.” 
“Great.”
“Aimin-aa, annyeong(Selamat tinggal).”  Teguran Sung Min mematikan senyumanku.
“Aa, annyeong.” Ujarku lambat-lambat dan menghadiahkan senyuman nipis.
“Aku ingat dia dah stop ngorat kau.”
“Biarlah dia pun, janji dia tak kacau kita.”
“Nasiblah kawan aku ni tak sangkut dengan kaki perempuan macam Sung Min tu.”
“Ishh kau ni, mentang-mentanglah dia orang semua tak faham so kau pun mengutuk dia.”
“Bukan kutuklah, memang hakikat pun.”
“Tapi aku peliklah kenapa dia boleh ada hati nak letak aku dalam list ‘mangsa’ dia.  Aku ni dah la pendek, tak sexy pulak tu.  Entah apa yang dia nampak pada aku ni tak tahulah.” 
“Kau kan comel.  Eh,  Min Hyuk apa cerita?”  Nadia mengubah topik perbualan kami dan aku sedikit kurang selesa apabila isu Min Hyuk dibentangkan.
“Cerita apa?” Tanyaku kembali.  Kami melangkah keluar dari dewan kuliah.
“Perkembangan terbaru setelah empat bulan kau kawan dengan dia.  Contohnya, dia melamar kau ke?”  Nadia tergelak dengan gurauan yang direkanya sendiri namun aku hanya mempamerkan muka serius.
“Mula dah nak mengarut.  Kami kawan okay, kawan sahaja.”  Kataku agak tegas.
“Aku tak rasa macam tu pun, aku tengok cara Min Hyuk layan kau pun lain, tak macam layanan seorang kawan sampai kadang-kadang aku terasa yang Farid pun tak layan aku macam tu.  Kau ingat lagi tak masa kau lari dari Cheongdam tu, dia risau gila kat kau.  Bila aku call nombor kau tu, macam-macam dia tanya, dah la dengan beg kau tinggal dengan dia.  Nasib baik aku yang tolong tenangkan dia, cakap yang kau selalu letak kad pop kau tu dalam poket seluar, tu yang dia pergi cari kau kat stesen subway tapi tak jumpa.  Last sekali dia terus pergi rumah kita tunggu kau kat sana.” 
“Betul ke? Tapi kenapa baru sekarang kau cerita semua ni?”
“Dia yang tak bagi ceritakan tapi aku rasa aku tak patut simpan aje perkara ni.  Walaupun aku tak ada depan dia masa tu tapi aku tahu dia memang betul-betul risaukan kau dan dia ikhlas.”
“Aku tak tahu sebab muka dia macam cool je masa kami jumpa semula depan bangunan rumah kita tu.”
“Mungkin dia pandai cover kot, lagipun takkan dia beria nak tunjuk depan kau yang dia betul-betul risaukan kau.  Percayalah Aimin, perasaan dia pada kau bukan sekadar kawan aje.”
“Ya la, kawan aje la.  Lagipun dia tak pernah cakap apa-apa pun pada aku.”
“Mungkin dia belum bersedia nak luahkan perasaan sebenar dia pada kau.  Jangan risau, kau tak bertepuk sebelah tangan.”
“Tepuk sebelah tangan, maksud kau.”  Aku tidak memahami maksud kata-kata Nadia.
“Walaupun kau tak pernah cakap apa perasaan kau pada Min Hyuk tapi aku tahu.  Kau tu kawan baik aku,  aku kenal sangat kau.  Dari air muka kau pun aku dah tahu yang perasaan kau pada Min Hyuk bukan sekadar kawan aje.”
Aku memandang wajah Nadia, lidahku kelu dan aku tidak mampu menyangkal kata-kata Nadia.  Aku hanya mampu mengiyakan di dalam hati.
………………………………………………………………………………………………………
Kelas kami hari ini tamat lebih awal kerana Dr. Albert tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan.   Aku memutuskan untuk pulang sahaja ke rumah manakala Nadia mahu berjumpa Farid dahulu untuk memberikan buah hatinya itu buah tangan dari Malaysia yang dikirim dari Malaysia oleh mummy dan daddynya.
“Aimin.”  Suara yang amat kukenali menghentikan langkahku. 
“Min Hyuk, kenapa awak kat sini?”  Tanyaku inginkan kepastian.
“Jumpa awak.  Saya bawa lunch box untuk awak.”  Ujar Min Hyuk riang dan di tangannya terdapat beg plastik yang kupasti lunch box yang dimaksudkannya.
………………………………………………………………………………………………………
Lokasi ‘date’ pertama kami menjadi pilihan kali ini.  Seperti biasa kami selesa dengan duduk bersila di atas tanah.   Aku sebenarnya khuatir dengan menu yang diletakkan di dalam lunch box itu namun Min Hyuk seperti dapat membaca fikiranku dan dia sempat memberitahuku bahawa dia hanya meletakkan telur goreng dan sayur-sayuran semasa kami bergerak menuju ke bawah pohon merah jambu.
“Saya masak sendiri.”  Tanpa ditanya Min Hyuk memberitahuku.
“Jinjja (Betul ke)?”  Tanyaku dengan nada tidak percaya.
“Betul.”  Min Hyuk tersenyum ke arahku dan aku hanya mengangguk serta membalas senyumannya.
“Lesung pipit.”  Kata Min Hyuk spontan.
“Aa, awak dah ingat perkataan tu.”
Min Hyuk mengeluarkan dua lunch box, dua botol air mineral dan dua botol banana uyu dari plastik yang dibawanya tadi.  Dia menghulurkan satu lunch box kepadaku.
“Chokkarak (Kayu penyepit)?” Tanyaku setelah melihat tiada kayu penyepit di dalam lunch box itu.
“Omona (OMG), saya lupa bawa.  Eotteohke (Macam mana ni)?” Min Hyuk kelihatan cemas.  Kali pertama aku lihat dia begitu cemas sedangkan hanya kerana tiada kayu penyepit.  Aku tergelak kecil.
“Kenapa awak ketawa?” 
“Kita boleh guna tangan untuk makan.  Janganlah risau.”  Ujarku cuba untuk menenangkan lelaki dihadapanku yang cemas tak tentu pasal ini.
“Mwo (Apa)?  Saya guna tangan, tak pernah untuk makan.”  Min Hyuk tersenyum nipis.
“Tak apalah, kira yang ni akan jadi pertama.   Tangan awak.”  Arahku setelah membuka botol air mineral yang dibawa Min Hyuk.  Min Hyuk patuh dan menghulurkan tangannya.
(Macam budak kecik pulak nak kena tolong basuhkan tangan.)  Aku tersenyum setelah ‘membantu’ Min Hyuk membasuh tangannya dan kini giliranku pula untuk membasuh tangan.  Habis separuh air mineral kami gunakan untuk membasuh tangan.
“Kenapa awak senyum?”  Min Hyuk ternyata melihat gelagatku sebentar tadi.
“Tak ada apa.” Ujarku malas memanjangkan cerita. “Awak, actually I don’t like vegetables so I didn’t eat kimchi and this one.” Kataku jujur.
“So, you will only eat that fried egg? Is it okay for you?”  Tanya Min Hyuk risau.
(Tak payah nak buat muka cuak sangatlah, bukannya mati pun aku tak makan sayur tu.)
“Okay, saya dah biasa makan nasi dengan telur je.” 
“Awak ambil ni.” Min Hyuk meletakkan telur gorengnya di dalam lunc boxku.
“Tak payahlah.”
“Mokgo (Makan).”
“Okay.   Kimchi dan sayur ni awak ambik.”  Aku meletakkan kesemua kimchi dan sayur ke dalam lunch box Min Hyuk dan Min Hyuk akur.
Aku menadah tangan untuk membaca doa makan.  Tidak semestinya makan bersama orang bukan Muslim tidak perlu membaca doa.  Min Hyuk hanya memandangku.
Hampir sejam kami mengambil masa untuk menghabiskan makanan tengahari yang disediakan khas oleh Min Hyuk itu.

6 comments:

  1. hihik..comel je gelagat Min Hyuk..lelaki korea memang sopan camtu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kata macam tu jugak la tp not all la^^ad je yg noti2~
      hihihihi~thanks sha for supporting this story^^

      Delete
  2. ur wc..

    ha cantik cover pic awk nia..is that in korea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kat korea^^
      tringin sgt nak ke sana masa autumn^^huhu

      Delete
  3. teringat citer autumn in my heart..best + sedih citernyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,nia pun ske AIMH~yes mmg melelh air mata tgk cite tu^^

      Delete