Kembara Korea Kembar 2016
Episod : Kampung Budaya Gamcheon
by TINI HARDANISYAH & ANIA MALNA
by TINI HARDANISYAH & ANIA MALNA
Assalamualaikum semua...
Tak terlambat untuk AM & TH ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan...
Seperti yang dijanjikan, TH & AM akan upload episod seterusnya berkenaan KKK, jadi untuk episod kali ni, AM & TH akan bawak korang semua ke Gamcheon Culture Village...
Ada apa dengan Gamcheon Culture Village? Apalah yang menarik sangat dengan Kampung Budaya ni kan? Nak tahu kenalah stay tune sampai habis entry kali ni...
Oh, sebelum tu, nak bagitahu yang Gamcheon Culture Village ni adalah destinasi pertama TH & AM di Busan...
Macam post sebelum ni, AM akan letak banyak gambar bak kata orang, gambar itu menggambarkan seribu makna....
Apa-apa, sebelum tu jom kembar bagitahu macam mana nak pergi sini.
1) Naik Subway Line 1 dan berhenti di Toseong Station.
2) Keluar ikut Exit 6 dan jalan ke depan sikit. Bila jumpa simpang silalah masuk ke kanan (Ditakdirkan masa tengah berjalan ni si kembar jumpa dengan satu family melayu. Jadi kami pun berbuallah sambil berjalan)
3) Jalan sampai jumpa stesen bas (betul-betul berhadapan hospital). Kembar naik bas SAHA 1-1 (Bas ni memang akan berhenti di Gamcheon Culture Village)
Jajang, inilah Gamcheon Culture Village. Memang colourful habis kan. Rasa macam duduk dalam cerita kartun...Tak puas mata memandang...
TH pun nak interframe bersama air kegemaran dia, banana uyu. Kalau di Korea, kembar dan banana uyu berpisah tiada.
AM muka tak sempat ready nak bergambar. Masa ni kami di balkoni khas yang memang jadi trademark tempat ni.
Bila tengok gambar di bawah ni memang tak dapat nak beza yang mana lukisan yang mana betul (Nak menampakkan betapa comel dan colourful nya village ni)
Ok, nampak tak tiga ketul babies menyelit di situ. Haish mana aci mommy mama aje yang interframe kan.
Kembar mula menapak turun melewati bukit yang boleh tahan tinggi. Sepanjang perjalanan tu memang asyik berhenti sebab banyak sangat mural yang menawan. Serious cantik tak terkata. Street Art yang betul-betul hidup.
Meow-meow....
Berehat sebentar untuk photoshoot kan babies tiga ketul.
Alkisahnya bila dah turun bukit haruslah panjat naik semula kan. Kalau tak mana nak cari bas. Perjalanan mendaki ni bukan calang-calang tahu. Memang tinggi dan curam. Tapi, Alhamdulillah dek kerana cuaca yang sejuk dan berangin taklah terlalu letih. Cuma TH tak larat sangat sebab ada darah rendah. So, selalu AM kena lambai-lambai dia dari atas macam ni, sambil tu AM jerit2 lah 'Adik boleh! Hwaiting!!!'...
Jalan-jalan sebentar di deretan kedai dan terjumpalah strawberi yang sangatlah menggoda dari segi warna dan saiznya. Mak aiii besar amat. Si kembar nak beli tapi tak ada jual paket kecil jadi batalkan niat.
Mendaki ke atas sedikit dan jumpalah landmark paling penting. Buat bukti yang si kembar memang pergi Gamcheon Culture Village ni. huhu..
Balik dari village, si kembar sempat pula singgah di Fashion Street. AM sibuk beli dua baju. TH lebih sabar menahan godaan jadi beli satu aje trench coat...Tapi serious memang baju dia cantik sesangat... Tapi janganlah boros-boros sangat ya belanja..Baru hari pertama si kembar. Kena ingat ada lagi tujuh hari.
Sempat singgah beli sudu Korea dan fridge magnet untuk yang tersayang...Di Seoul lagi banyak pilihan tapi nak juga beli yang ada cop Busan kan.huhu.
*Ingat tak kisah strawberry???Dipendekkan cerita kembar pergi beli semula strawberry tu sebab teringin sangat.hahaha..banyak pun banyaklah.
Sekian sahaja untuk episod kali ni...
Episod seterusnya, kita bagi hint sikit. Hintnya adalah 'Hanbok'...
Bubye....
No comments:
Post a Comment