My Sweetie Readers

Friday, 12 July 2013

AKU JATUH CINTA LAGI (BAB 1)



BAB 1



            “Adik!!!”
            Mimpiku berkecai.  Mimpi indah bersama kekasih hati.  Mimpi yang masih tergantung tapi semuanya musnah kerana mama.  Perlahan-lahan mata kubuka.  Mama sudah bercekak pinggang di hadapanku.  Sah kejap lagi memang kena ceramah pendek dengan mama. 
            Aku mengusap rambut hitam ikal yang agak kusut-masai.  Mataku terasa kecil sekali, maklumlah baru bangun tidur.  Aku menggosok-gosok mata yang agak kabur.  Masih lagi belum sedar sepenuhnya.  Mimpi tadi masih lagi segar di ingatan.
            Aku bangun sambil menggeliat malas.  Kuukir senyuman yang cukup manis buat mama.  Sukar sekali mengukir senyuman saat baru sahaja bangkit daripada beradu namun kupaksa jua.  Sengaja ingin meredakan gunung berapi mama yang bakal meletus sebentar lagi.  Terasa diri amat serabai dengan rambut yang kusut masai, entah air lisu basi pun sudah kering.  Euwwww…
            “Tak payah nak bodek mama pagi-pagi ni.  Tak berkesan.  Cepat bangun.”  Arahan mama, tiada siapa mampu melawan tapi selalu aku ingkar.
            “Pukul berapa dah mama?”  ujarku dengan nada yang cukup manja.  Manja-manja meaw.  Pura-pura tidak tahu, sedangkan matahari sudah tegak di atas kepala.
            “Pukul berapa? Cuba tengok jam kat dinding tu.  Dah sebesar-besar jam mama letak.”  Mama membulatkan matanya.
            “Huh, dah pukul 12 ma.”  Aku pura-pura terkejut.  Terkejut babun.
            “Tak payah nak berdrama dengan mama.  Cepat bangun mandi.”  Mama sudah menarik selimut tebalku.
            “Alah tadi, sebelum Subuh kan adik dah mandi.  Tak payahlah mandi dah ma.  Boleh kan? Kan? Kan?”  Ujarku dengan nada memujuk.  Mataku dikedip-kedipkan berkali-kali.  Buat-buat comel, sengaja hendak memancing mama di pagi hari.  Opsss, pagi?  Bukankah sudah tengahari Aaifa Imani?
            “Lepas Subuh tidur semula kan?  Mentang-mentanglah mama dengan papa pergi uruskan tempahan hotel, adik dengan bahagianya tidur sampi hari dah tinggi.  Kenapalah lepas Subuh tadi tak payah tidur semula.  Anak dara perangai macam ni, tak eloklah.  Rezeki nak ketuk pintu pun takut tahu tak?”  Mama sudah mula membebel.  Ayat yang sudah diulang berkali-kali oleh mama.  Aku sendiri sudah menghafalnya.
            “Tak aci ke ma kalau tak mandi?”
            “Aci kat India, kat sini ada mama je.  Kejap lagi nak cuba baju pengantin takkan lah nak sememeh macam ni.”
            “Huh, baju pengantin???”  Kali ini aku benar-benar terkejut babun.
            “Jangan nak buat-buat lupa.  Kita ada janji dengan butik pengantin pukul 1 tengah hari nanti.”
            “Iya ke ma?”
            “Ishh, adik yang nak kahwin, takkanlah itu pun lupa.  Cepat siap.”
            Aduhh, aku benar-benar lupa tentang itu.  Mr.  D pulak langsung tidak mengingatkanku.  Ishhh, tunang siapalah ni.  Sabar aje lah.  Patutnya, telefonlah atau kalau sudah malas sangat mesej aje, sekadar mengingatkanku.  Sengaja cari pasal nak suruh aku merajuklah tu.  Eiiii, geramnya.
            “Ma, kalau adik tak pergi boleh tak?”  Aku jadi malas pula hendak pergi.  Mana sempat, lagi sejam sahaja lagi.  Bersiap sudah setengah jam, perjalanan ke butik pengantin setengah jam, itu pun kalau tidak jammed. 
            “Eh, jangan nak mengarut.”  Laju aje tangan mama mencubit pipiku yang putih gebu.  Aku mengusap pipi yang terasa sedikit perit.  Auchhh.
            “Baju tu kan memang kita tempah khas, dah siap ukur badan adik pun hari tu.  So, bawak aje la balik rumah.  Kat rumah pun boleh pakai kan.  Lecehlah ma kena pergi sana sini ni.  Seteghessss adik tau.”  Aku mula merungut dan menekankan perkataan stress versi aku.  Mama sudah melabuhkan punggung di birai katil.
            “Adik, kerja kahwin ni bukannya senang.  Banyak perkara yang perlu diuruskan.  Takkanlah sekadar cuba baju pengantin pun adik dah rasa berat dan susah, habis tu akan datang banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.  Mama dah cakap awal-awal, kalau belum bersedia jangan teruskan, tunggu sampai adik betul-betul dah bersedia tapi adik sendiri yang  yakin dan pasti untuk cepat-cepat kahwin.  Mama, papa setuju sebab kahwin itu jalan yang terbaik, bercinta lama-lama ni tak elok.  Macam-macam perkara yang boleh jadi.  Sebagai ibu bapa, kami nak yang terbaik untuk adik.”  Kata-kata bernas daripada mama.  Aku mengangguk-angguk.
            Aku mendekatkan diri ke mama dan spontan mengucup kedua-dua belah pipi mama lalu tubuh mama kupeluk erat.  Terasa kasih sayang mengalir deras masuk ke dalam tubuhku.  Mama membalas pelukanku dengan erat.  Bahuku ditepuk-tepuk lembut.  Seronoknya berada di dalam pelukan mama, terasa macam bayi.
            Thanks Mama for your nice words.  I’m so touched.  Adik siap sekarang ya.”  Aku meleraikan pelukan.  Aku cuba mengucup pipi mama untuk kali yang kedua namun kali ini mama mengelak.  Aku mula tarik muncung.  Merajuklah kononnya.
            Just once okay.  Lepas mandi nanti barulah boleh nak cium mama.”  Mama menekup hidungnya dengan tangan kanan.  Aku baru teringat, aku belum mandi.  Habislah air liur basi melekat di pipi mama yang sudah cantik dengan mekap yang sederhana.
            “Opss, sorry ma.”  Aku mengedip-ngedipkan mata untuk kali yang kedua.  Berlagak comel.
            “Anak bucuk mama ni cepat mandi.  30 minit kemudian, mama nak tengok dah ada kat bawah.”  Arahan tegas daripada mama.
            “Ma, mana cukup 30 minit je.  Nak mekap pun dah 15 minit paling kejap.  Takkanlah nak mandi koboi.  Nak pilih ba….”
            “25 minit.”  Mama tersengih-sengih, itu taktik mama untuk menyuruhku cepat.
            “Huh, okay okay.  30 minit.”  Aku melompat dari katil.  Terus sahaja mencapai tuala yang bersangkut pada pintu almari.
………………………………………………………………………………………………………
            “Pa, tukarlah lagu lain.”  Aku menjegulkan kepala ke bahagian hadapan.
            “Patutnya sukalah dengar lagu jiwang-jiwang macam ni.”  Ujar papa tanpa memandangku.  Iyalah papa sedang memandu, mana mungkin papa menolehku yang duduk di bahagian belakang.
            “Tak nak.  Lagu ni kan lagu lama.  Old-fashioned la pa, kita kena ikut peredaran masa, lagu macam ni masa zaman papa kot.  Tukar ya.”  Aku mula menekan butang di hadapan untuk menukar lagu. 
            Tidak puas dengan lagu yang dimainkan, aku terus-terusan menekan untuk mendengar lagu yang seterusnya.  Sudah bunyi macam radio rosak pula, kejap bunyi lagu rancak, kejap balada, kejap macam bunyi zapin, kejap lagu Mandarin, kejap Tamil.  Aku berhenti apabila lagu ‘Trouble’ yang dipopularkan Taylor Swift kedengaran.  Aku mengetuk-ngetuk seat papa dengan tangan kanan, sama-sama mengikut rentak lagu tersebut.
            You fouuund me, you fouuuund me, eeee.”  Aku mula menyanyi atau lebih tepat, melalak.  Syok sendiri, padahal suara bukanlah sedap sangat.  Papa ketawa kecil.  Mama pula sudah tarik muka namun aku tidak mengendahkan mama.  Without me, without me, without me, eeee.  And he’s long gone, when he’s next to me, and I realize the blame is on me…..”  Suaraku makin ditinggikan.  Tangan sudah mula digerakkan ke kiri dan ke kanan, mengikut rentak lagu.
            “Mama, kenapa tutup?”  Aku sudah mula tarik muncung sedepa apabila mama menutup lagu yang sedang berkumandang.
            “Elok sangatlah anak dara melalak dalam kereta macam tu.”
            “Selalu boleh je ma.  Bukannya adik pergi masuk Akademi Fantasia pun, cuma buat persembahan free untuk mama dengan papa.  Bukan senang nak dengar adik nyanyi tau.”  Aku cuba mempertahankan diri walau hakikatnya bagai menegakkan benang yang basah.  “Kalau mama nak bagi alasan suara tu aurat, only papa and mama je dengan adik dalam kereta ni.  Bukan ada orang lain pun ma.”  Aku merengek manja.  Kepalaku sudah dilentokkan ke bahu mama.
            “Memanglah tapi tak sopanlah macam tu.  Nanti dah kahwin takkanlah nak melalak dalam kereta masa suami tengah drive.  Teguran mama lembut tapi ada nada tegas.  Aku tergamam seketika.  Hilang akal untuk membidas kata-kata mama.
            “Hmmm, tak apalah.  Nanti mesti Mr. D sama-sama nyanyi dengan adik.”  Akhirnya aku bersuara setelah seketika mencari idea untuk membidas mama.
            “Ishh, ada aje idea dia nak menjawab bila mama cakap.”  Gunung berapi mama nampaknya sudah mula berasap.  Siapa suruh cari pasal.
            “Biarlah adik nak menyanyi pun.”  Papa menyebelahiku.  Sukanya aku.  Thanks my hero.
            “Itulah abang, manjakan sangat anak, sekarang tengok manjanya melampau.  Dah tak lama nak kahwin ni, takkan perangai macam ni jugak.  Cubalah nasihat sikit supaya molek sikit perangai anak kita ni, tak buat saya pening kepala pun dah kira cukup bang.”  Bebel mama sambil merenung dalam wajahku.  Aku tunduk tidak berani membalas renungan mama.  Pelik situasi kami, selalunya ibu yang lebih manjakan anak, ini ayah pula.
            “Kalau Mr. D tak suka perangai adik macam ni, janganlah kahwin dengan adik.”  Aku sudah mula dengan rajukku.  Suaraku sengaja diperlahankan.  Manja melebih, suka merajuk tidak tentu pasal.  Itulah perangaiku yang entah apa-apa.
            “Itu lagi satu perangai yang mama tak suka.  Sikit-sikit nak merajuk.”  Mama mula membelai kepalaku.  “Dah kahwin nanti, adik kena jaga perangai elok-elok.  Tak boleh cepat merajuk, kena belajar buat semua kerja sendiri, kena pandai jaga suami.  Mama dah tak boleh sentiasa ada di sisi adik.”  Suara mama dilembutkan, nasihat mama kudengar dengan teliti namun entah berapa lama akan bertahan melekat di kepalaku.
            Kalau diikutkan, memang aku masih belum layak lagi untuk bergelar isteri.  Iyalah, tengok aje perangai aku yang aneh sedikit daripada orang lain, mungkin macam alien gamaknya walaupun usiaku sudah menjangkau ke angka 23.  Jodoh rahsia Allah dan jodoh sudah tiba jadi aku terima dan aku akan cuba buat yang terbaik walaupun aku tahu aku bukan yang terbaik untuk Mr.D, aku sentiasa sedar diri.
            Wajah Mr. D tiba-tiba muncul di ruang mata.  Senyumannya yang manis menampakkan lesung pipit yang sungguh dalam di kedua-dua belah pipinya, wajahnya yang cerah bersih tanpa ada cela, kalah perempuan gitu, giginya yang tersusun rapi dengan matanya yang agak bulat, bulu mata yang lentik serta kening yang berbentuk bulan.  Rasa rindu pula padanya, tidak sabar untuk menatap wajah itu.  Aku tersenyum bahagia.
            “Adik ni kenapa?  Tersengih-sengih, ingat encik tunanglah tu.”
            “Eh mana ada.”  Aku tersipu-sipu.  Aduh, papa memang cepat menghidu tingkah lakuku melalui cermin pandang belakang.
            “Entah-entah adik tengah berangan duduk atas pelamin kot abang.”  Mama sengaja mengusikku.
            “Eh mana ada ma.  Adik tengah bayangkan baju pengantinlah.”  Aku sengaja mengelak.  Segan pula dibuatnya.
            “Tak payah nak soroklah.  Macamlah mama dengan papa tak kenal anak kami ni.”  Mama masih lagi cuba menjeratku.
            Kesudahnya aku hanya tersenyum malu.  Menyerah kalah, tidak mahu mencari alasan lagi.  Walau seribu alasan yang kuberikan, mama tentu tidak terpedaya.  Setiap gerak geriku mama dan papa sudah tahu.  Seperti kata pepatah Melayu versi aku, sekilas ikan di air sudah tahu  ikan paus atau dolphin.  Malahan setiap perkara yang berlaku padaku tidak kira sekecil kuman mahupun sebesar dinosaur tetap kukhabarkan pada mama dan papa. 
………………………………………………………………………………………………………
            “Mama, papa jomlah.”  Aku hairan kerana mama dan papa duduk terpaku.  Bagai tidak mahu keluar dari kereta.
            “Mama dengan papa tak pergi.”  Jawab mama sambil berpaling untuk melihatku di tempat duduk belakang.
            “Huh, kenapa tak pergi?”  Aku sudah terkejut.
            “Mama dengan papa kena uruskan katering pulak lepas ni.  Adik pergi dengan Ikhwan dan Mummy dia je.  Nanti, Ikhwan yang akan hantar adik balik.  Kita jumpa di rumah nanti.”  Penjelasan papa menimbulkan rasa tidak puas hatiku.
            “Kenapa macam ni, bukan dah janji nak pergi sama-sama tengok baju pengantin tu.”  Aku mula memandai, bila masa entah mama dan papa berjanji denganku.
            “Bila masa pulak mama dengan papa kata nak pergi sekali ni sayang?”  Mama mengerutkan dahinya.
            Okay, fine memang mama papa tak pernah janji pasal ni tapi I don’t care, if mama papa tak nak pergi sekali, adik tak nak pergi.”  Aku mula memberontak.  Muncung sudah ditarik, bukan sedepa, mungkin sudah berdepa-depa.
            Aku tidak kira, A kataku maka harus A, aku tidak mahu B atau C.  Mama dan Papa mesti pergi bersamaku.  Aku mahu mama dan papa bersama-samaku.  Biarlah, orang kata aku anak manja, semua harapkan mak ayah, aku tidak kisah.  Mama dan papa aku, bukannya aku pinjam mak ayah orang lain.  Lagi pula, akulah satu-satunya anak mama dan papa, mahu tidak mahu mama dan papa perlu ikutkan juga.
            Tubuhku dikeraskan, protes tidak mahu turun.  Wajah mama dan papa kupandang silih berganti dan wajah mereka cukup tenang.  Tiada riak marah mahupun menyampah dengan perangai aku.  Mama dan papa tentunya sudah lali dengan perangaiku.  Iyalah, sudah 23 tahun menghadap anak mereka yang satu ini.  Bunyi ketukan pada tingkap kereta mengalihkan pandanganku.
            “Mr.D!”  Mulutku laju menyebut tunangku.  Dia sudah tersenyum manis.  Aku menurunkan tingkap kereta.
            “Assalamualaikum Uncle, Auntie.”  Ikhwan menyapa mama dan papa dengan mesra.
            “Waalaikumusalam.”  Mama dan papa menjawab serentak.  Aku pula masih belum memberikan apa-apa reaksi.
            “Wan dah lama ke sampai?”  Mama menghadiahkan senyuman buat bakal menantunya.
            “Baru je lagi.  Mummy dah masuk dalam.”  Lembut sekali tutur kata Mr. D, itulah yang membuatkan mama dan papa sangat sukakan pilihan hatiku ini.  “Tuan puteri kat belakang ni kenapa muncung semacam je?”  Ikhwan sudah mengalihkan pandangan kepadaku.
            “Biasalah Wan, hobi bakal isteri kamu ni memang merajuk.  Tak boleh nak buat apa.”  Papa ketawa kecil.  Aku semakin berangin apabila papa menyebut bakal isteri Ikhwan daripada menyebut anak papa.
            “Oh, Uncle jangan risau.  Wan pandailah pujuk dia nanti.  B, cepatlah keluar, kesian Mummy tunggu kat dalam sorang-sorang.  Cepatlah.”  Lembut sekali Ikhwan memujukku namun hatiku keras, tidak cair walau setitik.
            I will go if mama and papa will go with us.  Kataku dengan tegas sekali.
            “Kan mama dengan papa ada hal lain nak diuruskan.  Janganlah macam ni, stop being like a baby, B.  Nanti lepas ambil baju pengantin, we’ll go eat icecream then I bought you large pop-corn, okay?  Wajahku mula longgar mendengar kata-kata Ikhwan.  Dia sengaja menawarkan kegemaranku, aiskrim dan bertih jagung.
            Okay but I want two large pop-corn.  Both caramels okay?”  Sudah diberi betis, mahu peha pula.  Tamaknya aku, ‘bertuah’ sungguh Encik Tunangku.
            “Okay, boleh.  Dah jom.”  Ikhwan membukakan pintu kereta dan aku keluar dengan hati yang girang.  Sudah tidak merajuk seperti tadi.
            Bye mama, papa.  Aku melambaikan tangan kepada mama dan papa dan setelah itu BMW X5 milik papa berlalu pergi meninggalkanku dan Ikhwan.
            You lewat sepuluh minit tau Baby.”  Ikhwan mengetuk-ngetuk hujung jarinya pada jam tangan berjenama Tag Haeur.
            You, kan I dah cakap jangan panggil Baby, kalau orang dengar malulah,  B sudahlah.  You pun tak suka kan kalau I panggil You, Darling.”  Aku sudah angin separuh badan.  Bukan tidak tahu pantangku yang satu ini.
            Okay you won.”  Ikhwan mengangkat kedua-dua belah tangan hingga ke paras dada tanda mengaku kalah.  “Tapi tentang kelewatan You tu, what you wanna say about it?  I’m pretty sure sebab You dan bukan mama dan papa kan?”  Aku baru hendak bersorak riang tapi sudah terbantut.
            “Okay, hamba pacal yang hina minta ampun dengan tuanku.  Ampun tuanku, lain kali patik buat lagi.”  Aku merapatkan kedua-dua belah tangan dan kemudia membawanya ke dahi.  Ikhwan ketawa dan aku pula pamer muka selamba.
            “Beta maafkan tuan hamba.  Dah jom kita masuk.  Kesian Mummy tunggu lama.”
            “Ya ALLAH, mummy.”  Aku juga baru teringat mama sedang menunggu kami di dalam butik pengantin yang eksklusif ini.
            Aku terus melangkah laju menuju ke butik pengantin, meninggalkan Ikhwan di belakangku dan aku yakin Ikhwan sedang tersenyum saat ini.  Walau perangaiku tidak sesempurna gadis lain, akulah wanita yang menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan sebagai isteri.  Dia menerima aku seadanya dan hatinya juga sudah terpahat namaku. 
           

4 comments:

  1. salam..adakah ini sambungan crta CTDK??huhuhu..kita tggu next part..excited..part 1 pun da intersting..nice kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak la sayang^^yang ni memang cerita lain betul^^hihihi~thanks by the way~

      and it will be my pleasure if you can go and read kak aisyah punya cerita^^

      btw, how about your story?

      Delete
  2. cerita ini kak tak sambung ke macam best jeeeeee:):):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cerita ni dah jadi novel dik pada tahun 2015 dik... maaf ya lambat reply, akak lama sangat dah tak bukak blog

      Delete