My Sweetie Readers

Thursday, 29 January 2015

TEASER ANTARA U DAN I (AUDI)

TEASER 'AUDI'....

Assalamualaikum semua...

sihat?

Lamanya tak update blog, berbulan dah...
Jadi untuk semua yang setia sokong AM, ini boleh dikatakan 'hadiah' kecil untuk anda semua...
Masih jauh perjalanan AUDI dan doakan moga AM akan terus dikurniakan ilham, semangat dan kegigihan untuk siapkan AUDI...

jom kita berkenalan dengan AMRU YUSUF dan AIRIN HASANAH...
orang kata tak kenal maka tak cinta...





“Gurau jelah.  Awak kan gadis separa tomboy.”  Amru gelak jahat.  Ada juga yang kena lempang laju-laju dengan aku nanti.
“Okay, sorry.  Lawak di pagi hari.”
“Tak kelakar okay.”  Tegas suaraku.
“Okay, how about kot?”
“Busuk!  Entah berapa bulan tak basuh.”
“Suratkhabar?”
“Macam orang gila!”
“Alas meja?”
“Cantik tak?”
“Cantik, ada bunga-bunga lagi.”
“Besar tak?”
“Besar sampai boleh buat selimut.”  Datang angin melawak dia memang kalau dilayan susah mahu tamat.
“Bagi aje lah.”  Malas hendak melayan lawak kurang kelakar Amru.
“Kejap.”
Bunyi derapan kaki Amru menunjukkan dia melangkah ke meja kopi untuk mengambil alas meja.
“Nah.”  Alas meja dihulur dan cepat-cepat aku capai.  Selubungkan ke kepala dan kepit dengan klip kertas bersaiz sederhana.  Selesai ber‘tudung’, aku keluar dari tempat persembunyian dan hampir hendak terloncat aku dibuatnya kerana Amru tepat-tepat menunggu di sebelah meja kerjanya sambil menyilangkan tangan ke dada.
Bibirnya diketap dan bahunya bergerak-gerak.  Aku tahu dia menahan tawa di dalam hati.
“Silakan ketawa kalau nak ketawa.”  Usai berkata-kata aku berjalan menuju ke pintu.
“Eh nak ke mana pulak?”  Amru kini berdiri di hadapanku.   Laju benar dia. 
“Nak baliklah.”  Aku bulatkan mata, ketatkan bibir.
“Dalam keadaan macam ni?”
“Dah tu?”
“Let me ask my assistant to buy you a something to cover your head.  Sesuatu yang nampak waras dan bukannya alas meja.  Tudung atau selendang ke?”
“Tak payah nak membazir.  Tudung melambak kat rumah saya tu.  Pakai macam ni pun ok, asal tutup aurat.”  Aku buat isyarat tangan menyuruh Amru ke tepi.
“Degil.”
“Suka hatilah.”  Aku buat lagi isyarat tangan dan Amru beralih namun bukan ke tepi tapi ke pintu.  Pintu biliknya dibuka dan dia melangkah keluar.
“What are you waiting for?  Kata nak balik.”  Amru angkat kening kiri.
“Habis tu abang?”

“Abang hantar awaklah.”



Ducati 1098R Troy Bayliss Limited Edition


2 comments:

  1. Hai! Lama tunggu update dari Nia...^^,
    Tak sabar nak baca bab penuh cerita ni..
    All the best! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear atas sokongan...
      In sha ALLAH akan diupload nanti...
      <3 <3 <3

      Delete