BAB 6
Hari ini genap seminggu
aku pulang ke Malaysia. Ayah dan ibu
mengadakan kenduri kesyukuran pada hari ketiga aku di Malaysia dan aku
berpeluang berjumpa dengan saudara-mara dan rakan-rakan yang telah lama tidak
bersua denganku. Terasa sungguh bahagia
apabila berada di tanah air sendiri.
Kini kami sekeluarga
menumpukan perhatian kepada perkahwinan Angahku yang akan berlangsung kurang
dua bulan lagi. Akhirnya abangku dan Kak
Ija akan diijabkabulkan setelah setahun lebih bertunang. Alhamdulillah.
………………………………………………………………………………………………………
“Banyaknya barang
masakan ayah beli. Nak buat kenduri
kesyukuran lagi ke?” Perliku sebaik
sahaja melihat barangan yang dibeli oleh ayah di pasar. Aku membelek-belek makanan basah yang dibeli
ayah, ada udang, ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran.
“Cikgu Razif dengan
keluarga dia nak datang hari ni. Jadi
kita ajak makan tengahhari sekali la.”
Jelas ayah dan aku hanya mengangguk.
“Adik tak ingat ke
Cikgu Razif? Kawan sekerja ayah masa
mengajar dekat Pahang dulu. Kan sempat
mengajar Adik sebelum kita pindah ke Johor ni.”
Ibu yang juga berada di dapur cuba mengembalikan ingatanku.
“Jap, yang ajar BM tu
kan ibu?” Tanyaku ingat-ingat lupa.
“Aah, yang tu la.” Kata ayah sambil mengeluarkan semua barangan
yang dibelinya itu. Ayah akan seperti
biasa membantu ibu memasak di dapur.
Ayah memang seorang yang ringan tulang.
Boleh dikatakan hampir kesemua kerja rumah dilakukannya bersama-sama
ibu.
………………………………………………………………………………………………………
“Dah besar dah ya Aimin
ni. Umur berapa dah Abang Man?” Tanya Cikgu Razif kepada ayah. Aku hanya menghadiahkan senyuman sambil
menguyah makanan yang tersedia di dalam mulut.
“Dua puluh dua dah,
baru je habis belajar.”
“Yang belajar
Engineering di Korea tu la ya? Sekejap je Cikgu dapat mengajar Aimin
kan. Yalah, orang tu melompat kelas
katakan.” Kata-kata Cikgu Razif disertai
tawa kecil dari ayah. (Apalah yang ayah
gelakkan, tak lucu pun).
“Samalah jugak dengan
Adha, lompat kelas jugak kan?” Mata ayah
kini teralih kepada Adha, anak Cikgu Razif.
“Biasa-biasa ajelah lompat kelas tu pak cik, lagipun masa batch Adha tu memang ramai yang lompat kelas. Kebetulan soalan senang agaknya tahun tu.”
(Gelinya aku dengar dia bahasakan Adha dengan ayah)
“Aimin kenapa senyap
aje dari tadi?” Teguran Mak Cik Dhia,
isteri Cikgu Razif membuatkan aku tersedar dari lamunanku.
“Segan dengan Adha
agaknya. Yalah, kali terakhir jumpa
kecik lagi, ni dah besar panjang.” Belum
sempat aku menuturkan apa-apa, ibu terlebih dahulu berkata-kata. Kata-kata yang membuatkan aku agak marah
namun tidak dipamerkan.
(Ibu
nak suruh anak ibu ni bercakap ke? Kang pengsan semua dengar.)
“Ibu, adik tak
seganlah. Tak elok kan menyampuk orang
tua bercakap.” Puas hatiku kerana dapat
mengeluarkan kata-kata itu.
“Saya tak tua pun tapi
saya bercakap jugak.” Kata-kata Adha
yang berunsurkan gurauan itu hanya kubalas dengan senyuman.
………………………………………………………………………………………………………
“Adik, pergi hantar
puding ni pada Adha, dia ada kat taman depan tu.” Arahan Ayah lembut namun tegas.
“Kenapa adik? Ayah je
lah yang pergi hantar.” Aku cuba menolak, Cikgu Razif dan Mak Cik Dhia hanya
senyum memerhatikanku.
“Ishh Adik ni, ada pulak
cakap macam tu. Pergilah.” Kini ibu pula yang menyuruhku. Aku terpaksa akur dan mengambil sepiring
puding jagung di atas meja tamu lalu membawanya ke taman kecil yang direka
sendiri oleh ayah yang berada tidak jauh dari rumah.
“Adha, ayah saya suruh
hantarkan puding ni.” Adha sedikit
terperanjat dengan kemunculanku. Iyalah
tanpa salam tiba-tiba sahaja terhulur sepiring puding di depannya.
“Terima kasih,
susah-susah aje.” Ujarnya penuh sopan. “Eh
awak nak kemana tu? Duduklah dulu.”
Kata-kata Adha itu mematikan langkahku dan aku akur lalu duduk di bangku
bertentangan dengan Adha.
“Siapa yang masak
puding ni? Awak ke?” Tanya Adha seraya
menyuap sepotong puding ke dalam mulutnya.
“Mestilah ibu saya,
saya ni manalah pandai masak. Nasi tu
pun nasib baiklah guna periuk letrik, kalau tidak memang sah hangus.” Adha tergelak kecil mendengar pengakuan
jujurku itu.
“Saya tak pernah tengok
orang yang jujur macam awak ni.”
“Tak apalah sekarang
dah tengok kan?”
“Jujur tu bagus. Innocent,
saya suka.”
“Tapi tak semua perkara
saya akan jujur, ada juga yang saya sendiri tak mampu dan tak boleh nak cerita
atau luahkan.” Aku mengalihkan pandangan
ke arah kolam kecil di sebelah kiriku.
“Contohnya apa?” Adha
ternyata berminat untuk tahu tapi tak mungkin aku perlu meluahkannya pada
lelaki yang agak asing ini. “Awak ada mohon kerja kat mana-mana syarikat?” Adha cepat-cepat mengubah topik perbualan,
mungkin kerana dia dapat menghidu ketidakselesaanku dengan soalan yang ditanya
itu.
“Tak, saya tunggu panggilan
JPA sebab saya under JPA.” Aku menghadiahkan senyuman nipis kepada Adha.
“Oh, sebelum tu tak ada
planning nak kerja sambilan dulu?”
“Tak kot sebab saya nak
spending time dengan ayah dan ibu je,
lagi meaningful kan?”
‘ Betul, saya setuju
dengan awak.’
‘ Oh ya, awak kerja kat
Hospital mana?’
‘ Klang. I hope that you will get a job in Klang or
near area.’ Aku mengerutkan dahi
(Apa kes pulak Adha ni nak aku kerja kat situ.)
‘ Why?’
‘ Yalah, nanti senang
la kita nak jumpa ke? Kalau ada apa-apa hal, boleh saya tolong ke.’
‘ Saya dah besarlah
awak. Pandailah saya nak berdikari. Mentang-mentanglah saya ni anak bongsu
ya.’ Kataku dengan nada gurauan.
‘ Yalah, anak bongsu
dan manja pulak tu kan?’ Adha seperti
sengaja ingin mengusikku. ‘ Yang tu awak
tak boleh marah, ayah awak yang cerita tadi.’
Aku hanya tersenyum dan mengiyakan di dalam hati. Benar kata Adha aku memang manja. Bukan sahaja dengan ayah dan ibu malahan juga
dengan ketiga-tiga abangku.
………………………………………………………………………………………………………………..
‘ Ayah nak epal?’ Pelawaku sambil menghulurkan sebiji epal di
tangan.
‘ Ai anak dara ayah ni,
ada nak bagi ayah epal macam tu je. Kalau ya pun, potong la dulu.’ Bebel ayahku.
‘ Biasa ayah ambik je,
kenapa hari ni siap bagi ceramah pendek lagi.’
Tanyaku hairan.
‘ Yalah, sekarang Adik
kenalah belajar buat kerja dengan teratur.
Takkanlah nanti nak bagi epal sebiji macam tu dekat suami adik.’ Aku tersedak mendengar kata-kata ayah, habis
bersembur epal di dalam mulutku. Ayah
mengurut belakangku perlahan-lahan.
‘ Kenapa sampai
tersedak ni?’ Tanya ibu yang baru datang
dari dapur.
‘ Ayah ni ibu,
tiba-tiba aje ca….kap pasal suami. Geli
la te…kak adik.’ Aku masih
terbatuk-batuk kecil.
‘ Kejap ibu ambilkan
air, tengok tu habis bersembur-sembur epal kat lantai. Nanti ibu bersihkan.’ Ibu cepat-cepat kembali ke dapur.
‘ Jangan biar ibu buat,
adik kena kemaskan sendiri. Macam mana
ni, semua benda mesti ayah dan ibu buat.
Masa di Korea boleh je berdikari kan?’
‘ Ya ayah, adik
bersihkan nanti.’ Aku mula buat muka
seposen.
‘ Tengok tu, mula nak
merajuk la tu.’ Ayah menjeling tajam.
‘ Mana ada merajuk la
ayah.’ Aku cepat-cepat mengukir senyuman
di bibir. ‘ Tapi ayah jangan la sebut
benda-benda mengarut macam tu dah.’
Sambungku kembali dan terus mengalih pandangan ke kaca televisyen.
‘ Benda tu bukan
mengarut tapi sesuatu yang pasti adik akan lalui.’
‘ Ayah, tengoklah drama
ni best. Hero dia handsome la
ayah.’ Aku cepat-cepat mengalih topik
namun melihat pandangan serius ayah membuatkan aku cepat-cepat mencari helah
lain untuk lari. ‘ Ibu ni mana? Lama betul ambik air, adik pergi tengok kat
dpaur ya.’ Aku cepat-cepat bingkas
bangun ingin menuju ke dapur. ‘ Epal yang berterabur tu kejap nanti adik
sapu.’ Belum sempat ayah membuka mulut,
aku bertindak lebih pantas.
………………………………………………………………………………………………………………..
Aku mengeluarkan sebuah
kotak kecil berwarna merah jambu dari dalam almari pakaianku. Di dalam kotak kecil itu tersimpan
kenangan-kenangan bersama seseorang.
Seseorang yang kini cukup jauh dariku.
Sebuah buku nota dan headband yang kedua-duanya berwarna merah jambu
kukeluarkan dan ditatap.
( Kenapa aku masih simpan barang-barang ni, aku patut buang je.) Aku mengutuk diri sendiri. Entah kenapa perasaanku terhadap Min Hyuk
tidak pernah berubah dan setiap hari aku dapat merasakan kerinduanku kepada
lelaki itu semakin menebal walaupun perkara terakhir yang dilakukan olehnya
kepadaku ialah melukakan hatiku.
Mungkin masa akan membawa pergi bersama-sama perasaan cintaku dan juga
kerinduan pada Min Hyuk.
Seharusnya aku membenci
lelaki itu tetapi entah kenapa sebesar zarah pun perasaan benci tidak terbit
dari hati. Kadang-kadang aku terasa
diriku terlalu bodoh mencintai lelaki yang telah mempermainkanku itu.
( Ya ALLAH bantulah aku untuk memadamkan perasaanku pada lelaki tu.) Tidak cukup di atas sejadah aku berdoa
tentang perkara yang sama malahan kurasakan hampir setiap degup jantungku aku
berdoa tentang perkara itu.
Kepedihan, keperitan,
kesakitan ini terasa seperti memamah hatiku.
Hanya ALLAH yang tahu perasaanku namun aku tetap bersyukur kerana air
mataku hanya gugur sekali kerana lelaki itu.
Tiada guna untuk membazirkan air mata kerana lelaki seperti itu biarlah
seksa bagaimana sekalipun.
Mujurlah ayah dan ibu
tidak pernah menghidu perasaanku ini.
Keceriaanku adalah senjata utama untuk menutup segala yang membelenggu
hati ini. Bagiku ayah dan ibu tidak
perlu tahu semua ini, tak mungkin aku akan ceritakan perkara yang telah
dilarang sama sekali oleh ayah.
Deringan telefon bimbit
mematikan fikiranku. Aku cepat-cepat
meletakkan kembali barang-barang kenagan tersebut ke dalam kotak. Telefon di atas meja dicapai dan aku melihat
nama Nadia tertera di skrin.
‘ Assalamualaikum kakak
kesayangan saya.’ Ujarku riang lantas
duduk di birai katil.
‘ Waalaikumussalam
orang yang perasan muda nak jadi adik saya tu.’
Balas Nadia dan disertai dengan galak tawanya. Aku turut sama tertawa.
‘ Rindu aku ya? Baru tiga hari lepas kan telefon aku.’
‘ Eii tengok tu
perasannya dia tapi memanglah aku rindu kau pun, dah sebulan ni tak jumpa. Rindu sangat nak gaduh dengan kau.’
‘ Eii, kalau depan aku ni memang aku cubit
tau.’ Aku yakin ada sesuatu yang ingin
dikhabarkan oleh Nadia. ‘ Okay, back to
the main point. Apa hal telefon aku
ni?’
‘ Ada dua perkara aku
nak bagitau kau ni. Yang pertama, minggu
depan aku akan mula masuk office daddy aku dan yang kedua Farid dengan aku dah
buat keputusan untuk bertunang bulan depan.’
Jelas kedengaran keceriaan pada kata-kata Nadia.
‘ Yeke, Alhamdulillah
untuk kedua-duanya. So means aku boleh la suruh kau belanja aku kan sebab kau yang
masuk kerja dulu dan kawan aku sorang ni akan naik pelamin tak lama lagi.’ Ada tawa terselit pada kata-kataku.
‘ Ishh kau ni, cakap
pasal naik pelamin pulak. Bulan depan
bertunang.’ Pastinya Nadia tersipu-sipu
malu sekarang.
‘ Eh bulan depan tu
bila, angah aku kahwin bulan depan jugak.’
Aku tiba-tiba resah gelisah.
‘ Jangan risaulah, kan
kau dah cakap yang angah kau kahwin akhir bulan, jadi kami bertunang awal
bulan. Aku mestilah nak kawan aku yang
paling nakal ni datang majlis bertunang tu.’
Jelas Nadia dan aku menarik nafas lega.
‘ Nasib baik, cuak dah
aku tau tak. Eh, barang-barang hantaran
dan persiapan macam mana? Dah start beli?’
Tanyaku dengan nada yang agak risau, maklumlah hanya tinggal dua minggu
sebelum awal bulan depan.
‘ Yang tu semua mummy
daddy aku yang uruskan. Aku tinggal
pilih je. Kalau boleh aku nak kau datang
sini lebih awal, boleh kan? Nanti aku
datang jemput kau kat Johor ya.’ Nadia
seperti memujukku namun sudah tentu aku setuju dengan pelawaannya itu.
‘ Mestilah boleh tapi
tak payah mengada-ngada nak ambik aku.
Ingat K.L dengan J.B ni boleh sampai dalam masa sejam je kan. Aku boleh datang naik bas je la, mudah dan
murah tau tak.’
‘ Mana boleh macam tu,
aku yang akan datang jemput kau. Aku
yang beria nak kau datang awal kan jadi biarlah aku yang ambik kau kat
sana.’ Nadia masih tidak mahu mengalah.
‘ Jangan degillah,
lagipun nanti kau nak buat persiapan terakhir lagi. Kau nak aku datang ke tidak?’ Kata-kataku berbunyi tegas.
‘ Nak tapi aku tak nak
susahkan kau la.’
‘ Susahkan apa nya, kau
nak suruh aku ungkit ke semua barang-barang yang mummy and daddy kau pernah
bagi kat aku masa kita kat Korea dulu tu?’
Ugutku. Ya, terlalu banyak aku
terhutang budi dengan ibu bapa Nadia. Mereka
tidak pernah datang dengan tangan kosong apabila melawat anak tunggal mereka
itu di Korea, pasti ada-ada sahaja yang mereka bawakan untukku. Tidak kira dalam bentuk makanan, barangan dan
macam-macam lagi.
‘ Janganlah cakap macam
tu. Ya, aku kalah ni tapi jangan
gatal-gatal cakap yang aku tak boleh pick
up kau dekat bus stand.’
(Macam tahu je aku nak cakap pasal tu.)
‘ Okay, yang ni aku
kalah. Kita seri okay.’ Aku memuncungkan bibir, tunjuk protes
walaupun Nadia tiada di hadapanku.
………………………………………………………………………………………………………………..
Sudah tiga hari aku
menerima mesej dari sesorang yang tidak kukenali. Sudah tidak terkira mesej yang diberikan
kepadaku dan mesejnya hanya berbunyi ‘Assalamualaikum’ namun tidak pernah
sekalipun mesej-mesej itu dibalas.
( Ah, tak kuasa aku nak melayan mesej entah sape-sape tu.)
………………………………………………………………………………………………………………..
‘ Ayah, tengahhari ni
nak masak apa?’ Tanyaku tatkala
melabuhkan punggung di sebelah ayah.
‘ Anak ayah ni tanya,
nak masak ke?’ Aku tahu ayah sedang
memerliku.
‘ Tu perlilah tu. Mentang-mentanglah anak ayah ni tak pandai
masak kan.’ Aku pura-pura merajuk.
‘ Memang pun, lepas tu
hobinya merajuk je kan?’ Ayah semakin
galak menyakatku.
‘ Ayah.’ Aku tidak jadi merajuk dan hanya tertawa
kecil. Tawaku mati tatkala telefon
bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Telefonku ambil dan mesej itu dibuka.
‘ Hantu ni lagi.’ Kataku perlahan namun dapat didengari ayah.
‘ Hantu mana
pulak?’ Tanya ayah hairan.
‘ Hantula tu ayah, dia
hantar mesej tiap-tiap hari, sehari sampai berpuluh-puluh kali tapi tak bagitau
dia tu siapa, yang dia tulis Assalamualaikum je.’ Senafas aku menerangkan perihal mesej itu
kepada ayah. Aku menghela nafas panjang.
‘ Aih, tak tahu pulak
ayah yang hantu pandai bagi salam.’ Ayah
kena virus melawak agaknya hari ni. Akau
tergelak besar sehinggakan ibu yang berada di dalam bilik keluar.
‘ Astaghfirullahhalazim. Anak dara, gelak tu biar sopan sikit. Ni satu kampung boleh dengar.’ Aku masih ketawa walaupun ditegur ibu. Ibu datang kearahku dan mencubit kedua-dua
belah pipi tembamku.
‘ Ibu, sakit. Tak gelak macam tu dah.’ Padahalnya cubitan ibu langsung tidak pedih.
‘ Manjanya anak ibu ni,
cubit sikit pun cakap sakit.’ Ibu kini
sudah duduk di sebelahku.
‘ Ibu, ayah kena virus
badut hari ni. Asyik buat adik gelak
je.’ Jelasku pendek.
‘ Adik tak tahu ke,
ayah memang pernah ada cita-cita nak jadi badut tapi tak kesampaian sebab dah
jadi cikgu dulu.’ Ibu pula cuba melawak
dan aku tertawa lagi tapi kali ini tanganku menutup mulut. Bimbang tawaku akan kuat seperti tadi.
‘ Ibu cakap ayah,
padahal tengoklah ibu pun ada kemahiran nak jadi badut jugak, adik pun gelak
kan.’ Ayah tidak mahu mengaku kalah.
‘ Yalah, dua-dua nak
jadi badut kan. Esok adik pergi beli
hidung merah tu dengan rambut afro warna-warni.
Pinjam baju McDonald sekali tau, barulah the real clown.’ Ayah dan ibu turut ketawa mendengar celoteh
mengarutku itu.
‘ Mari sini ayah tengok
nombor ‘hantu’ tu.’ Ujar ayah setelah
mampu menahan tawanya. Aku menghulurkan
telefon bimbitku namun masih lagi ketawa dan ibu juga masih belum berhenti
ketawa.
‘ Biar ayah cuba
telefon tanya siapa hantu tu.’ Kata-kata ayah mematikan tawaku.
‘ Tak payahlah ayah,
buat apa.’ Aku cuba mengambil kembali
telefon bimbitku namun ayah bingkas bangun dan menuju ke anjung dengan membawa
bersama telefon bimbitku.
Ayah kembali ke ruang
tamu setelah lima minit ke anjung sambil ketawa. Aku dan ibu saling berpandangan dan serentak
mengangkat bahu.
‘ Abang kenapa ketawa
sorang-sorang, hantu tu pandai buat lawak ya?’
Ayah semakin galak ketawa mendengar kata-kata ibu dan ibu sedikitpun
tidak terkesan dengan lawak rekaannya itu.
Aku sama-sama menyertai ayah ketawa.
‘ Adik, sebab tu kalau
orang mesej balas. Ini, senyap aje tak
dibalas. Hantu tu rupanya, Adha.’ Ayah menghulurkan telefon bimbitku dan talian
masih belum dimatikan.
‘ Hello. Cakaplah ni nombor awak dari awal kan
senang.’ Bebelku pendek.
‘ Saya cuma nak tengok
reaksi awak bila ada nombor asing kacau awak.’
(Hello, kau ingat aku ni layan sangat ke nombor-nombor asing tu. Tak kuasa aku.) Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati.
‘ Awak panggil saya
hantu pulak tu. Aishhh, cubalah bagi
gelaran sedap sikit. Mystery guy ke?’ Sambung Adha apabila aku tidak memberi
reaksi.
‘ Saya manalah tahu
pemilik nombor ni lelaki ke perempuan.
Kang panggil macam tu sekali perempuan.’
Aku sedikit tertawa dan aku dapat mendengar tawa Adha juga.
‘ So sekarang dah tahu siapa pemilik nombor ni jadi tak ada alasan
untuk tak balas mesej saya kan.’
‘ Okay, nanti saya
balas la ‘Waalaikumussalam’.” Perliku
dan Adha masih tertawa.
Ayah tersenyum
memerhatikanku dan ternyata ayah khusyuk mendengar perbualanku dan Adha. Sesekali ayah juga tertawa mendengar
kata-kataku. Hampir sepuluh minit aku
dan Adha berbual di telefon dan akhirnya aku yang bertindak menamatkan
perbualan.
‘ Apa pendapat adik
tentang Adha?’ Aku mengerutkan dahi mendengar
soalan ayah itu.
“ Ibu aje lah yang
jawabkan soalan ayah tu.” Aku
mengalihkan pandangan ke arah ibu.
“ Ibu tak
padailahjawab, nanti dapat kosong.”
Lawak ibu membuatkan aku tertawa.
“ Ibu cubalah dulu,
mana tahu ayah murah hati bagi markah kesian.”
Aku mengalih pandangan ke arah ayah yang berwajah serius. “ Kenapa ayah
serius ni? Takut adik.” Aku bingkas
bangun dan duduk di sebelah ibu.
“ Ayah tanya
betul-betul, janganlah main-main.” Tegas
sekali kata-kata ayah.
“ Okay, adik jawab
ni. Dia tu handsome, putih, tinggi.”
Kata-kataku membuatkan ayah tersenyum.
“ Maksud ayah bukan
dari segi fizikal tapi dalaman dia la.”
“ Ayah ni, apalah baru
je kenal dia tiba-tiba tanya macam tu.
Manalah adik tahu. Tanyalah dia
sendiri.” Aku masih cuba berceloteh. “
Hormat orang tua, sopan, lagi apa ya.”
Aku cepat-cepat menyambung kata-kata apabila muka ayah kembali serius.
“ Adik suka?” Giliran ibu pula bertanya.
“ Apa, sifat dia tu
ke? Sifat macam tu semua orang pun suka
kan ibu.”
“ Adik masih tak faham
lagi ke apa yang ayah cuba sampaikan?”
Ayah merenungku tajam.
“ Ayah nak sampaikan
sesuau ke?”
“ Ayah sebenarnya suka
dengan sifat Adha tu, jadi tak salah kalau ayah berhasrat jadikan dia sebagai
menantu.” Kata-kata ayah mengejutkanku namun aku pura-pura ketawa.
“ Apalah ayah ni nak
melawak lagi.”
“ Muka ayah ni nampak
macam tengah melawak ke?” Aku mati
kata-kata mendengar pertanyaan ayah yang jawapannya sudah terserlah melalui air
muka ayah yang serius.
“ Ayah ibu, adik masuk
bilik dulu.” Hanya itu yang mampu kukatakan.
adeh...parents aimin dah terpikat dgn adha la pulak..camne ni?
ReplyDeletehihi,adha tu kire menantu idaman so of coz la terpikt
Deletehihik..suspen jer ingatkn min hyuk yg sms aimin tu..siap bagi salam.. kot2 tetiba min hyuk convert..upernya adha..
ReplyDeleteyelah,ibu bapa mana tak terpikt ngn lelaki mcm adha tu, kire menantu idaman la jugak tu~hihi,seems cinta baru da dtg kan~
ReplyDeletecinta yg datang tanpa paksaan lebih indah daripada cinta yg diatur oleh org lain..
ReplyDeletebetul,walau sebaik mana pun yg dtg tp if hati kita cuma cintakan org lain x mgkin kot kte trima die^^
Deletebestla citer ni....x bosan... seroiusly best..
ReplyDeletethanks a lot dear^^nant ajklah kwn2 bce crite ni jgk^^
Delete