My Sweetie Readers

Friday 1 July 2016

Republik Alam Semulajadi

Cosmetics by NATURE REPUBLIC


Assalamualaikum & selamat berpuasa untuk semua...

Untuk entry kali ni, AM terasa nak share tentang produk2 Nature Republic (NR) yang AM gunakan... AM ni bukannya jenis yang bermekap bagai tu tapi setakat bedak, cc cream, lip balm & lipstick tu pandailah pakai sikit2...

Bagi yang dah pernah ke Korea atau yang memang minat Korea for sure dah tahu sangat pasal NR ni kan.  FYI, NR ni cosmetic product terlaris di Daehan Minguk a.k.a Korea Selatan a.k.a South Korea dan tengoklah duta-duta yang NR ambil.  Bukan calang2 orang....

AM start gunakan NR ni sejak April 2012 dan masa tu 1st time pergi Korea.  (BTW, thanks to Biha * Kawan AM selaku tourist Guide tak berbayar during my 1st visit to Korea.)  Masa tu NR ni kiranya not as popular as now.  Pergi NR store dekat Myeong-Dong tu boleh happy2 lagi nak shopping sebab tak ramai sangat orang compare to now, memang sangat crowded.  NR makin kebabom lepas recrut EXO as their brand ambassador.  Jadi jangan cakap AM pakai NR sebab EXO sebab masa April 2012 tu EXO belum jadi brand ambassador lagi.  Tiada kaitan sama sekali okeh. Hehehehe... 2nd Visit barulah 'EXO' tu dah terpacak depan NR..

Membebel panjang pulak kan, jadi jom kita tengok satu2 apa yang AM beli masa pergi baru-baru ni...


Gambar ni masa November 2013.  Bergambar dengan Baekhyun & belakang tu ex awek dia Tae Yeon.  Nasib baik tak kena kejar dengan senapang gajah.  Hahahaha...



Ini hasil 'tangkapan' masa pergi baru-baru ni.  Ini fasa pertama & tak termasuk fasa yang kedua.  Tapi yang ini gabungan AM & TH la....



Inilah isinya yang telah dikeluarkan daripada paper bag...  Kalau masa zaman Jang Geun Seuk jadi brand ambassador, paper bag tu siap ada gambar JGS lagi tau, simpan sampai sekarang paper bag tu tapi mungkin nak cut budget kut sekarang, itu yang plain aje. Hahaahaha...
(Pic was taken in Korea)


Ini namanya mineral cushion.  Beli satu dan dapat dua refill.  Kira harga pun berpatutan lah sebab dapat dua kan.  Tahan lama sikit...  Actually, kawan AM yang kenalkan dengan produk ni, dia kirim mineral cushion Etude House dan AM pun nak cuba jugak tapi sebab dah jatuh cinta konon dengan NR ni, jadi kita pun beli NR punya version.  Kat Korea rupa-rupanya dah famous mineral cushion ni.  Senang nak guna dan tak perlu guna tangan pun nak apply kat muka.
(Pic was taken in korea)





Ini rupa dia kat dalam.  Maap dah comot2 cushion dia tu. Hahahaha..Dah nak habis pun ni, tapi tak apa kita kan ada yang refill punya.  Sempatlah guna sampai habis 30 Syawal.  Hahahahahaha.... Mineral Cushion ni memang bagus sebab boleh cover sebarang anasir jahat dekat muka kita.  Lepas tu glowing2 gitu.  Pakai ni lepas tu, tepek sikit compact powder pun dah ok tau.  Tak payahlah nak pakai macam2 dah.  Cukup dua tu je.




Let's move to CC cream...  Yang ni mini CC Cream, kecik sangat.  Adalah besar hidung AM kut... JK. Hihihihi... Saiznya lebih kurang dua ibu jari... memang senang kalau nak travel bawak yang ini je.  Jimat space & jimat berat.  Kihkihkih....  CC Cream ni AM belum pakai lagi jadi tak boleh nak review pasal produk ni.



Okay untuk CC Cream kedua ni, serius suka sangat2, baru sekali pakai dan memang puas hati.  Suka dengan tona warnanya, it's perfect for my skin.  Lepas ni boleh gilir2 CC Cream ni dengan Mineral cushion tu....


This is what i call perfect combination but sadly...
Compact powder tu dah habis.  FYI, compact powder tu dah lama beli.  AM beli dekat KL sebab masa tu memang stok compact powder dah habis jadi beli aje la.


Yang ini beli masa November 2013 kalau tak salah.  Tinggal sikit je dah tapi In Sha Allah sempat pakai sampai habis raya.  Lepas ni memang dah tak ada compact powder by NR.  Sedihhh...


Yang ini pulak lip gloss.  Comel kan packaging dia...  Perisa strawberry gituuu.  Bulan puasa ni dinasihatkan untuk tak pakai lip gloss ni nanti terbayang-bayang pulak strawberry.  Hahahaha...


Tadi strawberry, ini pulak cherry.  Sabar aje lah kan.  Ini pulak lip balm.  Pink habis color dia tau.  tapi bila apply dekat bibir, tak nampak pinkish sangat pun...




Akhir sekali creamy lipstick.  Nampak aje warna dia pekat macam tu tapi bila pakai tu color dia sebenarnya natural dan tidak terlalu over...



Hottest item NR goes to Aloe Vera gel... 


Tengok jelly melly dia...  Memang soooo aloe vera... Sesuai untuk pakai dekat muka, tangan, kaki, rambut.  Dekat kucing pun boleh pakai. hahaha... cubalah try...



Free gift soap...


Korang rasa sanggup tak pakai???  Hahahaha... 
Sebenarnya gambar budak2 EXO ni sarung je pun.  Sabun2 ni serius berat gila.  2 KG ada kut rasanya. Lenguh bahu nak pikul....Hahahaha...  Ini gambar2 lama, zaman2 Tao & Luhan ada lagi...




Bukan sekadar dapat sabun tapi dapat jugak gambar2 budak2 EXO ni...Apa ya orang panggil, polaroid kut....



Okay, sampai sini aje lah ya...
Till we meet again ...

Selamat berpuasa & berbuka...  Selamat pulang ke kampung jugak untuk yang nak balik kampung dan jugak untuk AM & TH...

Bubaiiiii....










Sunday 19 June 2016

Kembara Korea Kembar 2016 (Episod : Kampung Budaya Gamcheon)

Kembara Korea Kembar 2016 



Episod : Kampung Budaya Gamcheon

by TINI HARDANISYAH & ANIA MALNA



Assalamualaikum semua...
Tak terlambat untuk AM & TH ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan...
Seperti yang dijanjikan, TH & AM akan upload episod seterusnya berkenaan KKK, jadi untuk episod kali ni, AM & TH akan bawak korang semua ke Gamcheon Culture Village...

Ada apa dengan Gamcheon Culture Village?  Apalah yang menarik sangat dengan Kampung Budaya ni kan?  Nak tahu kenalah stay tune sampai habis entry kali ni...

Oh, sebelum tu, nak bagitahu yang Gamcheon Culture Village ni adalah destinasi pertama TH & AM di Busan...

Macam post sebelum ni, AM akan letak banyak gambar bak kata orang, gambar itu menggambarkan seribu makna....

Apa-apa, sebelum tu jom kembar bagitahu macam mana nak pergi sini.
1) Naik Subway Line 1 dan berhenti di Toseong Station.
2) Keluar ikut Exit 6 dan jalan ke depan sikit. Bila jumpa simpang silalah masuk ke kanan (Ditakdirkan masa tengah berjalan ni si kembar jumpa dengan satu family melayu. Jadi kami pun berbuallah sambil berjalan)
3) Jalan sampai jumpa stesen bas (betul-betul berhadapan hospital). Kembar naik bas SAHA 1-1 (Bas ni memang akan berhenti di Gamcheon Culture Village)

Jajang, inilah Gamcheon Culture Village. Memang colourful habis kan. Rasa macam duduk dalam cerita kartun...Tak puas mata memandang...

TH pun nak interframe bersama air kegemaran dia, banana uyu. Kalau di Korea, kembar dan banana uyu berpisah tiada.

AM muka tak sempat ready nak bergambar. Masa ni kami di balkoni khas yang memang jadi trademark tempat ni. 



Bila tengok gambar di bawah ni memang tak dapat nak beza yang mana lukisan yang mana betul (Nak menampakkan betapa comel dan colourful nya village ni)

Ok, nampak tak tiga ketul babies menyelit di situ. Haish mana aci mommy mama aje yang interframe kan.



Kembar mula menapak turun melewati bukit yang boleh tahan tinggi. Sepanjang perjalanan tu memang asyik berhenti sebab banyak sangat mural yang menawan. Serious cantik tak terkata. Street Art yang betul-betul hidup.





Meow-meow....


Berehat sebentar untuk photoshoot kan babies tiga ketul.

Alkisahnya bila dah turun bukit haruslah panjat naik semula kan. Kalau tak mana nak cari bas. Perjalanan mendaki ni bukan calang-calang tahu. Memang tinggi dan curam. Tapi, Alhamdulillah dek kerana cuaca yang sejuk dan berangin taklah terlalu letih. Cuma TH tak larat sangat sebab ada darah rendah. So, selalu AM kena lambai-lambai dia dari atas macam ni, sambil tu AM jerit2 lah 'Adik boleh! Hwaiting!!!'...

Jalan-jalan sebentar di deretan kedai dan terjumpalah strawberi yang sangatlah menggoda dari segi warna dan saiznya. Mak aiii besar amat. Si kembar nak beli tapi tak ada jual paket kecil jadi batalkan niat.

Mendaki ke atas sedikit dan jumpalah landmark paling penting. Buat bukti yang si kembar memang pergi Gamcheon Culture Village ni. huhu..

Balik dari village, si kembar sempat pula singgah di Fashion Street. AM sibuk beli dua baju. TH lebih sabar menahan godaan jadi beli satu aje trench coat...Tapi serious memang baju dia cantik sesangat... Tapi janganlah boros-boros sangat ya belanja..Baru hari pertama si kembar. Kena ingat ada lagi tujuh hari.

Sempat singgah beli sudu Korea dan fridge magnet untuk yang tersayang...Di Seoul lagi banyak pilihan tapi nak juga beli yang ada cop Busan kan.huhu.


*Ingat tak kisah strawberry???Dipendekkan cerita kembar pergi beli semula strawberry tu sebab teringin sangat.hahaha..banyak pun banyaklah.

Sekian sahaja untuk episod kali ni...
Episod seterusnya, kita bagi hint sikit.  Hintnya adalah 'Hanbok'...


Bubye....


Saturday 28 May 2016

Kembara Korea Kembar 2016 (Episod : Everland oh Everland)

Kembara Korea Kembar 2016 



Episod : Everland oh Everland

by ANIA MALNA & TINI HARDANISYAH


Assalamualaikum...

Hai semua, apa khabar?  Lamanya Nia tak update blog kan... selalunya up entry mss je tapi memandangkan production mss semakin merudum dari hari ke hari so kali ni Nia nak update tentang kembara Korea Kembar (Ania Malna & Tini Hardanisyah) ke Korea pada 20 April - 27 April 2016.  Entry yang ni, Nia fokus pada Everland je... kalau sesiapa yang pernah pergi Everland tu mesti terkenang-kenang keindahan Everland especially masa musim bunga.  Subhanallah, rasa nak nangis tengok sebab memang cantik sangat.


FYI, Everland bukan dekat Seoul jadi perjalanan tu agak memakan masa, dinasihatkan untuk keluar lebih awal.  Meh nak cerita macam mana cara nak ke Everland by train & bus.


1) Naik subway & turun di Gangnam station.
2) Exit 10 dari Gangnam station & jalan straight kira-kira 3 minit macam tu (bergantung pada kelajuan yg ni, so kembar jalan memang macam bullet train. Mungkin perlu jalan dalam 5 minit kalau slow)
3) Sampai di stesen bus silalah naik bas bernombor 5002 ke Everland.  Senang cerita, bila nampak ramai-ramai orang beratur, itulah stesen basnya.  Pastikan ada kad T-Money & baki cukup untuk pergi & balik ke Everland!!!
4) Perjalanan memakan masa kira-kira 50 minit.  Sampai di stesen, kita perlu naik shuttle bus untuk ke Everland.

..............................

Akhirnya sampai juga ke Everland...
tapi ini baru luar Everland, belum masuk lagi...



Di hadapan Everland.  Tak nampak lagi 'kemeriahannya' kan?


Yang ni, Tini Hardanisyah yang snap.  Tak tahu apa motif dia.  Ha3...


Nia dengan Azalea yang tak berapa nak banyak.


Yang ni pun kerja Tini Hardanisyah.  Mungkin TH rasa tiang tu cantik kut...



Azalea yang lebat dan menyilaukan mata.  So kenalkan inilah Tini Hardanisyah a.k.a Aisyah a.k.a Adik a.k.a Cik Aisyah a.k.a etc...


This is me!!!!!



The beauty of Azalae.  Cantik yang menyilaukan mata.



Kereta sorong yang memudahkan parents bawak anak-anak mereka.  Kepada mereka yang ada anak-anak kecil bolehlah sewa.


3 'Babies' pun nak jugak enterframe.  Asyik terperuk dalam beg je.  Mana aci 'Mommy' je yang cuci mata tengok Azalea.



Siapa dah baca Beijing, Aku Cinta Dia! & Cintaku Tertinggal di Korea?  *sempat tu promote* ha3...


Jajang!!!...  Tak tahulah apa yang menarik kat belakang tu tapi Tini Hardanisyah yang paksa Nia jadi model kat belakang tu, so turutkan aje la....

Ini belum masuk Everland lagi.  Baru kat depan tapi dah teruja tau.  
Kini tibalah masanya untuk kita masuk ke Everland!!!  Untuk pelancong ada harga special tau.  Kembar pergi ke Ofis untuk purchase tiket (Ticket office for Foreigners) sebab sebelum ni kalau nak beli tiket memang pergi ke ofis tu tapi rupa-rupanya kena purchase kat kaunter biasa.  Nasib baik masih special price...


Entrance Everland.


Yeayyyy!!!  Cherry blossom!  Memang excited nampak bunga ceri ni.  Maklumlah dah hari ke-4 barulah jumpa bunga ceri yang masih setia kat atas pokok.  Kat sini bergambar sakanlah kembar.  Bukan setakat kembar yang bergambar sakan tapi tu 3 ketul tu nak jugak hah...


Twins effect!!!


Again my 'babies'


Nampak tak tulip tu???  Ini baru acah-acah je, sikit je.  Belum masuk ke kawasan Tulip Festival...

FYI, dekat Everland ni masa musim bunga, Tulips are everywhere!!!  Macam-macam warna & jenis ada...  Jadi kalau nak ke Everland masa musim bunga, tolonglah pastikan telefon @ kamera ada space yang banyak untuk snap pictures kalau tidak nanti mulalah gelabah bila no space *it happened to Nia* & it will effect ur mood okay...datang sini nak Happy2 jadi pastikan hal macam ni tak spoil your day in Everland... 



Ehhhhh. suka betulla dua pinky to posing ya?  Kalah 'Mommy'...


Cantik ke cantik?  Jawab sekarang!!!  Ada orang ingat ni bunga palsu.




'White tiger' yang sesat di taman tulip.


Cantik yang tak terkata.  Awak Ilham Saya atau tulip?  Dua2... Lepas ni kalau ada rezeki Ania Malna & Tini Hardanisyah untuk keluarkan novel baru, nak request cover ada tulip...




Seekor lagi 'white tiger' dikesan.  Beg tu spoil betullah tapi sebenarnya ada sebab kenapa beg tu dihalakan ke depan.  Siapa boleh bagitahu sebabnya?  Jawapannya ada di facebook Tini Hardanisyah... jengjengjeng...









Tulip ni kan, dia macam ada aura yang sangat kuat.  Yang buatkan kita tak mahu tinggalkan dia.  Bergambar dekat sini je pun dah dekat sejam agaknya.  Yalah, bunga ni kan susah nak jumpa jadi sekali sekala jumpa naklah tenung puas-puas kan???






See, Nia pun halakan beg ke hadapan.  Jawapannya adalah...





Keep walking and never stop reaching your dreams...



Ada orang tu teringin sangat nak naik benda alah ni tapi tak kesampaian.  Kesian... *ini ride budak2 kut memanglah Nia tak bagi naik*


House of Ppororo...


Aucak!!! (*Awas white tiger yang kelaparan nak makan bunga tu)


Cantik juta kali!!!  Kecantikan yang sukar untuk kita gambarkan.


Bila dua 'White Tiger' tengah mood baik bolehlah snap pict macam ni, time tengah gaduh.  Rasanya habis telinga masing-masing kena gigit.  Hahahaha....

Kisah di sebalik white tiger headband ; actually kembar dah ada pink cat headband tapi dua2 lupa nak bawak jadi kami pun terpaksalah beli white tiger ni. Siap janji lagi nanti nak datang Everland dengan 'MR' masing2.  'MR' dua orang tu wajib pakai headband ni. Hahahahaha....


Perfect combination.  Red & White!!!!
Another perfect colour combination : Black & Pink!!!


Bunga semua dah gugur kalau tidak kat belakang tu memang penuh dengan cherry blossom.  Sedih kan sebab terlepas pemandangan cherry blossom...


Tong sampah colour pink pun nak enterframe.  Nasib baik comel kalau warna hitam memang tak upload gambar ni...

Menariknya pergi ke Everland masa musim bunga ni sebab adanya Tulip Festival.  Gambar-gambar kat atas tu dah banyak kan Tulips tapi bila sampai ke kawasan festival memang tak tergambar dek kata-kata bila nampak lautan tulips.  Ada pelbagai jenis tulips, dan setiap tulip tu diletakkan tagging nama.  Kalau tak silap Nia ada satu tulip tu namanya ada 'Devil'.  









One of my favourite picture in Everland. Suka sangat dengan background tu.




Tagging hitam yang bertulis dengan warna putih tu adalah nama tulip.





Bila White Tigers bertemu dengan Red Tiger, makanya kami pun berebutlah untuk mendapatkan cinta si Red Tiger. Hahahahaha...


Cuba cari benda tersembunyi dalam gambar ni....


Kuda tak sampai lagi so kita posing dulu dalam carriage ni.  Eh cop putera mana putera????



Expectation vs Reality...
Kita mintak water fountain tu atas kepala tapi tengoklah apa yang Miss photographer buat.... Nangis bawah bantal.



Sekali lagi cari 'benda tersembunyi'...


Dah jumpa ke belum???



Terkekek-kekek kembar gelak masa nak snap pic ni.  Puas matikan tawa, Tini Hardanisyah lah yang start ketawa tak ingat nak berhenti.  Katanya Nia dah macam tulip dalam gambar tadi.  Sekali bila TH & Nia tukar posisi barulah tahu memang dah macam tulip bila duduk macam tu.



My favourite colour!!!!
Boleh tak nak mintak designer buat cover novel tulip pink untuk upcoming novel *andai ada rezeki* novel tulisan Nia keluar...




Pose feveret TH...








Dalam entry ni tak ada satu pun gambar rides yang kami naik.  Dekat Everland ni bukan sekadar boleh cuci mata tapi ada macam-macam rides jugak.  Kali ni kembar naik beberapa rides ; Let's twist, Rolling x-Train, Hurricane, Columbus Adventure, Championship Rodeo (naik 2 kali).  Ada satu ride yang sangat2 terkilan sebab tak dapat naik, TH tak nak naik so Nia ni penakut kalau nak naik benda2 macam tu sorang.  Namanya Double rock spin.  Masa 1st time datang Everland dulu dah pernah naik dan memang agaklah 'menyeramkan' ride tu tapi tetap teringin nak naik.  Tapi ada satu ride ni memang naik sekali terus sumpah tak nak naik dah.



Siapa pernah naik T-Express??? Yang ni memang 'berhantu' betullah.  The scariest roller coaster!!!
Jadi kali ni datang, memang kembar lambai-lambai dari jauh aje...

Tamatlah penjelajahan kembar di Everland.  Balik dari Everland pun hari dah gelap tapi jangan risau bas masih ada.  Sama aje macam masa datang, perlu naik Shuttle bas untuk ke stesen bas dan naik bas bernombor 5002.  Jangan salah naik bas, karang menangis berlagu kpop pulak.

.........................................................
Terima kasih sudi pinjamkan waktu untuk baca entry ni...  Entry paling panjang kut sebab banyak sangat gambar...  Nantikan Episod yang seterusnya ya....

Lots of love from ANIA MALNA & TINI HARDANISYAH....