Seminggu sudah berlalu
sejak pertemuan terakhir aku dan Min Hyuk.
Kami langsung tidak berhubung walaupun kami mempunyai nombor telefon
masing-masing. Mungkin pertemuan yang
membawa kami ke Itaewon itulah yang terakhir.
Andaianku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku.
Senyumanku melebar
sebaik sahaja melihat nombor yang terpapar di skrin telefonku.
(Eh kenapa aku senyum macam kerang busuk ni?) Aku ‘memasamkan’ muka
sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Hello.”
“Hello, awak sibuk ke?”
“No, just do some revision. I
have test next week. Why?” Tanyaku kerana aku yakin ada sesuatu, kalau
tidak, pasti Min Hyuk tidak menelefon.
“Is it okay if I take your time for a few hours?” Min Hyuk meluahkan
hasratnya.
“Untuk apa?” Tanyaku inginkan kepastian.
“ Awak akan tahu nanti. Saya di hadapan rumah awak.”
“Mworago (Apa awak cakap)? Awak depan rumah saya?” (Gila
ke apa mamat ni tunggu aku depan rumah?)
“Ya, saya tunggu awak ni. Ppalli (Cepat).” Min Hyuk memberi arahan dan terus mematikan
panggilan sebelum sempat aku berkata apa-apa. (Aku tak cakap pun aku setuju, memandai betul la dia ni.)
………………………………………………………………………………………………………
(Kereta
sapa pulak dia bawak ni?)
“Saya pinjam kereta
hyung (abang) saya.” Jawapan Min Hyuk
membuatkan aku tersentak. Lelaki itu
seperti dapat membaca fikiranku.
“Awak cakap untuk
beberapa jam je kan? Saya kena balik awal, Nadia tak bawak kunci. Karang tak pasal-pasal dia melanguk kat luar
rumah. Kawan-kawan serumah yang lain
semua tak ada.’ Bebelku dan aku yakin,
pasti dia sendiri tidak faham beberapa perkataan yang aku gunakan namun tidak
pula dia bertanya.
“Kokchongma (Jangan
risau).”
“Awak nak bawak saya
pergi mana ni?” Tanyaku tegas. ( Suka-suka ati aje bawak aku keluar tapi
tak bagitahu pun ke mana.)
“Kokchongma.” Lamunanku mati dengan ulangan ‘Kokchongma’
Min Hyuk. Setelah itu kami hanya diam
membatu sehingga sampai ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu. Yang kutahu, kami berada di Cheongdam, bandar yang paling mewah di Seoul. Sepanjang aku di Korea, hanya sekali aku menjejak kaki ke bandar
ini, itupun dibawa oleh mummy dan daddy Nadia semasa mereka datang melawat Nadia tahun
lepas.
“Kita nak buat apa kat
sini?” Aku mengerutkan dahi.
“Ikut saya.” Min Hyuk menghulurkan tangan kanannya. (Lupalah tu, lagipun nak pegang-pegang tangan
apa kes, bukannya aku ni awek dia pun.)
Aku memberikan beg
sandangku setelah Min Hyuk masih menghulurkan tangannya. (Ambik
beg ni dah nak sangat kan) Min Hyuk
akur dan mengambil beg dari tanganku dan dia tersenyum.
Aku hanya menuruti Min
Hyuk. Kami masuk ke dalam sebuah butik
pakaian mewah. Kelihatan seorang wanita
20-an sedang membelek-belek pakaian yang dipakaikan pada mannequin.
“Cantiknya dia.” Kataku jujur apabila melihat wanita itu
berjalan ke arah kami.
“Kekasih saya.” Ujar
Min Hyuk dan terus memeluk wanita itu, wanita itu membalas pelukan Min
Hyuk. Aku terpaku, terkejut, terasa
terhenti nafasku mendengar pengakuan Min Hyuk sekaligus melihat kedua mereka
berpelukan di hadapanku.
(
Ajak aku pergi sini semata-mata nak suruh aku tengok kekasih dia. Apa motif dia buat semua ni?)
Aku merintih di dalam hati. Tidak tahu
apa perasaan aku saat ini. Yang aku tahu
aku mahu cepat-cepat keluar dari tempat ini.
Tiada sebab mengapa aku perlu terus di sini.
“Aimin, ini…..”
“Min Hyuk, maaf saya
balik dulu. Nadia dah nak sampai
rumah. Saya pergi dulu. Annyeonghikaseyo (Goodbye)” Aku tetap mengucapkan selamat tingal kepada
kekasih Min Hyuk. Tidak mahu digelar
kurang sopan.
“Aimin….” Aku tidak mempedulikan panggilan Min Hyuk dan
terus mengatur langkah selaju yang boleh.
Setelah berjalan hampir lima minit, akhirnya aku tiba di stesen keretapi
bawah tanah. Aku menuruni anak tangga
stesen itu perlahan-lahan.
Aku mengeluarkan kad
pop (@ Touch & Go) yang berwarna hitam dan kuning dari poket seluar. Kad itu memang aku letakkan di dalam poket
seluar kerana lebih mudah untuk dikeluarkan berbanding di dalam dompet namun
aku merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap di badanku. Mujurlah train
agak kosong dan ada tempat duduk kosong.
Sekurang-kurangnya aku dapat duduk dan berfikir dengan lebih tenang
tentang perasaan apa yang melanda diriku ini.
………………………………………………………………………………………………………
Aku tersentak sebaik
sahaja melihat Min Hyuk terpacak di hadapan bagunan rumah sewaku.
(Apa lagi mamat ni nak?)
“Kenapa tipu saya?” Pertanyaan Min Hyuk membuatkan aku
terkedu. Aku tidak menjawab dan hanya
merenung lelaki di hadapanku itu.
“Beg awak.” Kini baru aku sedar yang aku tertinggal beg
galasku pada Min Hyuk, patutlah aku
terasa ada sesuatu yang tidak lengkap.
Aku cepat-cepat mengambil begku di tangan Min Hyuk.
“Awak tinggalkan
kekasih awak sebab nak hantar beg ni pada saya?”
“Maksud awak, nuna
(kakak) saya?” Pertanyaanku dijawab
dengan soalan yang agak mengejutkan.
( Kakak dia.)
“Saya cari awak di bus stop awak tiada, subway tiada. Kenapa awak pergi tinggal saya macam tadi dan
tipu saya? Nadia called your number and
said that she did not told you she’s about coming home.”
(Ya aku salah, aku lari macam tu je.
Aku lari sebab aku ingat tadi kekasih dia, dia yang cakap itu kekasih
dia, manalah tahu rupa-rupanya dia bergurau je dan aku salah juga sebab aku
tipu dia tentang Nadia padahal Nadia tak cakap pun yang dia dah nak balik.) Ikutkan
hati ingin sahaja aku katakan semua itu kepada Min Hyuk tapi apakan dayaku.
“Jeongmal mianhae
(maafkan saya).” Hanya itu yang aku
mampu katakan, aku tunduk merenung tanah.
“Any other words?” Min Hyuk
nyata masih mahu penjelasan daripadaku.
“Saya balik
sebab…..sebab saya masak nasi dan lupa padamkan suis.” (Ya
ALLAH ampunkanlah dosaku atas penipuan-penipuan aku hari ini.)
“Geotjimal (Tipu). Apa-apa saja sebab, saya tetap maafkan awak.”
(Mana
dia tahu aku menipu, ada tulis kat dahi aku ke yang aku menipu?)
“Gwaenchana (Tak apa). Awak tak perlu maafkan saya.” Aku sendiri
tidak tahu apa yang terpacul dari mulutku.
Jadi, maksudku kesalahanku ini tidak perlu dimaafkan sampai bila-bila?
Entah aku sendiri tidak tahu.
“Masuk kereta.” Min Hyuk membukakan pintu kereta.
“Pergi mana?” Tanyaku dengan muka tidak bersalah. “Jumpa
kakak awak?” Tanyaku lagi sebelum sempat dia menjawab.
“Aniya (No), pergi
makan. Awak belum makan lagi.” Kata-kata Min Hyuk benar, aku masih belum
mengisi perut lagi.
“Tak apa, saya ada
tangan sendiri untuk buka pintu kereta.”
Aku menutup pintu kereta dan kemudian membukanya kembali lantas masuk ke
dalam. Min Hyuk hanya tersenyum melihat
gelagatku.
Min Hyuk membawaku ke
Itaewon dan kami makan di restoran kegemaranku walaupun baru minggu lepas kami
makan di sini. Min Hyuk ternyata masih
ingat bahawa aku pernah memberitahunya bahawa restoran itu restoran
kegemaranku. Separuh dari hari Sabtuku
terisi bersama Min Hyuk.
………………………………………………………………………………………………………
“Nadia, jom pergi library lepas ni? Aku nak pulangkan buku yang aku pinjam minggu
lepas.” Pintaku sambil meletakkan buku
dan pencil case ke dalam beg.
“Boleh juga, aku pun
ingat nak pinjam buku untuk revision.”
“Great.”
“Aimin-aa,
annyeong(Selamat tinggal).” Teguran Sung
Min mematikan senyumanku.
“Aa, annyeong.” Ujarku
lambat-lambat dan menghadiahkan senyuman nipis.
“Aku ingat dia dah stop ngorat kau.”
“Biarlah dia pun, janji
dia tak kacau kita.”
“Nasiblah kawan aku ni
tak sangkut dengan kaki perempuan macam Sung Min tu.”
“Ishh kau ni,
mentang-mentanglah dia orang semua tak faham so kau pun mengutuk dia.”
“Bukan kutuklah, memang
hakikat pun.”
“Tapi aku peliklah
kenapa dia boleh ada hati nak letak aku dalam list ‘mangsa’ dia. Aku ni
dah la pendek, tak sexy pulak
tu. Entah apa yang dia nampak pada aku
ni tak tahulah.”
“Kau kan comel. Eh,
Min Hyuk apa cerita?” Nadia
mengubah topik perbualan kami dan aku sedikit kurang selesa apabila isu Min
Hyuk dibentangkan.
“Cerita apa?” Tanyaku
kembali. Kami melangkah keluar dari
dewan kuliah.
“Perkembangan terbaru
setelah empat bulan kau kawan dengan dia. Contohnya, dia melamar kau ke?” Nadia tergelak dengan gurauan yang direkanya
sendiri namun aku hanya mempamerkan muka serius.
“Mula dah nak mengarut.
Kami kawan okay, kawan sahaja.” Kataku agak tegas.
“Aku tak rasa macam tu
pun, aku tengok cara Min Hyuk layan kau pun lain, tak macam layanan seorang
kawan sampai kadang-kadang aku terasa yang Farid pun tak layan aku macam
tu. Kau ingat lagi tak masa kau lari
dari Cheongdam tu, dia risau gila kat kau.
Bila aku call nombor kau tu,
macam-macam dia tanya, dah la dengan beg kau tinggal dengan dia. Nasib baik aku yang tolong tenangkan dia,
cakap yang kau selalu letak kad pop kau tu dalam poket seluar, tu yang dia
pergi cari kau kat stesen subway tapi
tak jumpa. Last sekali dia terus pergi rumah
kita tunggu kau kat sana.”
“Betul ke? Tapi kenapa
baru sekarang kau cerita semua ni?”
“Dia yang tak bagi
ceritakan tapi aku rasa aku tak patut simpan aje perkara ni. Walaupun aku tak ada depan dia masa tu tapi
aku tahu dia memang betul-betul risaukan kau dan dia ikhlas.”
“Aku tak tahu sebab
muka dia macam cool je masa kami
jumpa semula depan bangunan rumah kita tu.”
“Mungkin dia pandai cover kot, lagipun takkan dia beria nak
tunjuk depan kau yang dia betul-betul risaukan kau. Percayalah Aimin, perasaan dia pada kau bukan
sekadar kawan aje.”
“Ya la, kawan aje
la. Lagipun dia tak pernah cakap apa-apa
pun pada aku.”
“Mungkin dia belum
bersedia nak luahkan perasaan sebenar dia pada kau. Jangan risau, kau tak bertepuk sebelah
tangan.”
“Tepuk sebelah tangan,
maksud kau.” Aku tidak memahami maksud
kata-kata Nadia.
“Walaupun kau tak
pernah cakap apa perasaan kau pada Min Hyuk tapi aku tahu. Kau tu kawan baik aku, aku kenal sangat kau. Dari air muka kau pun aku dah tahu yang
perasaan kau pada Min Hyuk bukan sekadar kawan aje.”
Aku memandang wajah
Nadia, lidahku kelu dan aku tidak mampu menyangkal kata-kata Nadia. Aku hanya mampu mengiyakan di dalam hati.
………………………………………………………………………………………………………
Kelas kami hari ini
tamat lebih awal kerana Dr. Albert tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan. Aku memutuskan untuk pulang sahaja ke rumah
manakala Nadia mahu berjumpa Farid dahulu untuk memberikan buah hatinya itu
buah tangan dari Malaysia yang dikirim dari Malaysia oleh mummy dan daddynya.
“Aimin.” Suara yang amat kukenali menghentikan
langkahku.
“Min Hyuk, kenapa awak
kat sini?” Tanyaku inginkan kepastian.
“Jumpa awak. Saya bawa lunch
box untuk awak.” Ujar Min Hyuk riang
dan di tangannya terdapat beg plastik yang kupasti lunch box yang dimaksudkannya.
………………………………………………………………………………………………………
Lokasi ‘date’ pertama
kami menjadi pilihan kali ini. Seperti
biasa kami selesa dengan duduk bersila di atas tanah. Aku sebenarnya khuatir dengan menu yang
diletakkan di dalam lunch box itu
namun Min Hyuk seperti dapat membaca fikiranku dan dia sempat memberitahuku
bahawa dia hanya meletakkan telur goreng dan sayur-sayuran semasa kami bergerak
menuju ke bawah pohon merah jambu.
“Saya masak sendiri.” Tanpa ditanya Min Hyuk memberitahuku.
“Jinjja (Betul ke)?” Tanyaku dengan nada tidak percaya.
“Betul.” Min Hyuk tersenyum ke arahku dan aku hanya
mengangguk serta membalas senyumannya.
“Lesung pipit.” Kata Min Hyuk spontan.
“Aa, awak dah ingat
perkataan tu.”
Min Hyuk mengeluarkan
dua lunch box, dua botol air mineral
dan dua botol banana uyu dari plastik
yang dibawanya tadi. Dia menghulurkan
satu lunch box kepadaku.
“Chokkarak (Kayu
penyepit)?” Tanyaku setelah melihat tiada kayu penyepit di dalam lunch box itu.
“Omona (OMG), saya lupa
bawa. Eotteohke (Macam mana ni)?” Min
Hyuk kelihatan cemas. Kali pertama aku
lihat dia begitu cemas sedangkan hanya kerana tiada kayu penyepit. Aku tergelak kecil.
“Kenapa awak ketawa?”
“Kita boleh guna tangan
untuk makan. Janganlah risau.” Ujarku cuba untuk menenangkan lelaki dihadapanku
yang cemas tak tentu pasal ini.
“Mwo (Apa)? Saya guna tangan, tak pernah untuk makan.” Min Hyuk tersenyum nipis.
“Tak apalah, kira yang
ni akan jadi pertama. Tangan awak.” Arahku setelah membuka botol air mineral yang
dibawa Min Hyuk. Min Hyuk patuh dan
menghulurkan tangannya.
(Macam budak kecik pulak nak kena tolong basuhkan tangan.) Aku tersenyum setelah ‘membantu’ Min Hyuk
membasuh tangannya dan kini giliranku pula untuk membasuh tangan. Habis separuh air mineral kami gunakan untuk
membasuh tangan.
“Kenapa awak senyum?” Min Hyuk ternyata melihat gelagatku sebentar
tadi.
“Tak ada apa.” Ujarku
malas memanjangkan cerita. “Awak, actually
I don’t like vegetables so I didn’t eat kimchi and this one.” Kataku jujur.
“So,
you will only eat that fried egg? Is it okay for you?” Tanya Min Hyuk risau.
(Tak payah nak buat muka cuak sangatlah, bukannya mati pun aku tak makan
sayur tu.)
“Okay, saya dah biasa
makan nasi dengan telur je.”
“Awak ambil ni.” Min
Hyuk meletakkan telur gorengnya di dalam lunc
boxku.
“Tak payahlah.”
“Mokgo (Makan).”
“Okay. Kimchi dan sayur ni awak ambik.” Aku meletakkan kesemua kimchi dan sayur ke
dalam lunch box Min Hyuk dan Min Hyuk
akur.
Aku menadah tangan
untuk membaca doa makan. Tidak
semestinya makan bersama orang bukan Muslim tidak perlu membaca doa. Min Hyuk hanya memandangku.
Hampir sejam kami
mengambil masa untuk menghabiskan makanan tengahari yang disediakan khas oleh
Min Hyuk itu.
hihik..comel je gelagat Min Hyuk..lelaki korea memang sopan camtu ke??
ReplyDeleteboleh kata macam tu jugak la tp not all la^^ad je yg noti2~
Deletehihihihi~thanks sha for supporting this story^^
ur wc..
ReplyDeleteha cantik cover pic awk nia..is that in korea?
yes kat korea^^
Deletetringin sgt nak ke sana masa autumn^^huhu
teringat citer autumn in my heart..best + sedih citernyer..
ReplyDeletehaha,nia pun ske AIMH~yes mmg melelh air mata tgk cite tu^^
Delete