Kembara Korea Kembar 2016
Episod : Everland oh Everland
by ANIA MALNA & TINI HARDANISYAH
Assalamualaikum...
Hai semua, apa khabar? Lamanya Nia tak update blog kan... selalunya up entry mss je tapi memandangkan production mss semakin merudum dari hari ke hari so kali ni Nia nak update tentang kembara Korea Kembar (Ania Malna & Tini Hardanisyah) ke Korea pada 20 April - 27 April 2016. Entry yang ni, Nia fokus pada Everland je... kalau sesiapa yang pernah pergi Everland tu mesti terkenang-kenang keindahan Everland especially masa musim bunga. Subhanallah, rasa nak nangis tengok sebab memang cantik sangat.
FYI, Everland bukan dekat Seoul jadi perjalanan tu agak memakan masa, dinasihatkan untuk keluar lebih awal. Meh nak cerita macam mana cara nak ke Everland by train & bus.
by ANIA MALNA & TINI HARDANISYAH
Assalamualaikum...
Hai semua, apa khabar? Lamanya Nia tak update blog kan... selalunya up entry mss je tapi memandangkan production mss semakin merudum dari hari ke hari so kali ni Nia nak update tentang kembara Korea Kembar (Ania Malna & Tini Hardanisyah) ke Korea pada 20 April - 27 April 2016. Entry yang ni, Nia fokus pada Everland je... kalau sesiapa yang pernah pergi Everland tu mesti terkenang-kenang keindahan Everland especially masa musim bunga. Subhanallah, rasa nak nangis tengok sebab memang cantik sangat.
FYI, Everland bukan dekat Seoul jadi perjalanan tu agak memakan masa, dinasihatkan untuk keluar lebih awal. Meh nak cerita macam mana cara nak ke Everland by train & bus.
1) Naik subway & turun di Gangnam station.
2) Exit 10 dari Gangnam station & jalan straight kira-kira 3 minit macam tu (bergantung pada kelajuan yg ni, so kembar jalan memang macam bullet train. Mungkin perlu jalan dalam 5 minit kalau slow)
3) Sampai di stesen bus silalah naik bas bernombor 5002 ke Everland. Senang cerita, bila nampak ramai-ramai orang beratur, itulah stesen basnya. Pastikan ada kad T-Money & baki cukup untuk pergi & balik ke Everland!!!
4) Perjalanan memakan masa kira-kira 50 minit. Sampai di stesen, kita perlu naik shuttle bus untuk ke Everland.
..............................
Akhirnya sampai juga ke Everland...
tapi ini baru luar Everland, belum masuk lagi...
Di hadapan Everland. Tak nampak lagi 'kemeriahannya' kan?
Yang ni, Tini Hardanisyah yang snap. Tak tahu apa motif dia. Ha3...
Nia dengan Azalea yang tak berapa nak banyak.
Yang ni pun kerja Tini Hardanisyah. Mungkin TH rasa tiang tu cantik kut...
Azalea yang lebat dan menyilaukan mata. So kenalkan inilah Tini Hardanisyah a.k.a Aisyah a.k.a Adik a.k.a Cik Aisyah a.k.a etc...
This is me!!!!!
The beauty of Azalae. Cantik yang menyilaukan mata.
Kereta sorong yang memudahkan parents bawak anak-anak mereka. Kepada mereka yang ada anak-anak kecil bolehlah sewa.
3 'Babies' pun nak jugak enterframe. Asyik terperuk dalam beg je. Mana aci 'Mommy' je yang cuci mata tengok Azalea.
Siapa dah baca Beijing, Aku Cinta Dia! & Cintaku Tertinggal di Korea? *sempat tu promote* ha3...
Jajang!!!... Tak tahulah apa yang menarik kat belakang tu tapi Tini Hardanisyah yang paksa Nia jadi model kat belakang tu, so turutkan aje la....
Ini belum masuk Everland lagi. Baru kat depan tapi dah teruja tau.
Kini tibalah masanya untuk kita masuk ke Everland!!! Untuk pelancong ada harga special tau. Kembar pergi ke Ofis untuk purchase tiket (Ticket office for Foreigners) sebab sebelum ni kalau nak beli tiket memang pergi ke ofis tu tapi rupa-rupanya kena purchase kat kaunter biasa. Nasib baik masih special price...
Entrance Everland.
Yeayyyy!!! Cherry blossom! Memang excited nampak bunga ceri ni. Maklumlah dah hari ke-4 barulah jumpa bunga ceri yang masih setia kat atas pokok. Kat sini bergambar sakanlah kembar. Bukan setakat kembar yang bergambar sakan tapi tu 3 ketul tu nak jugak hah...
Twins effect!!!
Again my 'babies'
Nampak tak tulip tu??? Ini baru acah-acah je, sikit je. Belum masuk ke kawasan Tulip Festival...
FYI, dekat Everland ni masa musim bunga, Tulips are everywhere!!! Macam-macam warna & jenis ada... Jadi kalau nak ke Everland masa musim bunga, tolonglah pastikan telefon @ kamera ada space yang banyak untuk snap pictures kalau tidak nanti mulalah gelabah bila no space *it happened to Nia* & it will effect ur mood okay...datang sini nak Happy2 jadi pastikan hal macam ni tak spoil your day in Everland...
Ehhhhh. suka betulla dua pinky to posing ya? Kalah 'Mommy'...
Cantik ke cantik? Jawab sekarang!!! Ada orang ingat ni bunga palsu.
'White tiger' yang sesat di taman tulip.
Cantik yang tak terkata. Awak Ilham Saya atau tulip? Dua2... Lepas ni kalau ada rezeki Ania Malna & Tini Hardanisyah untuk keluarkan novel baru, nak request cover ada tulip...
Seekor lagi 'white tiger' dikesan. Beg tu spoil betullah tapi sebenarnya ada sebab kenapa beg tu dihalakan ke depan. Siapa boleh bagitahu sebabnya? Jawapannya ada di facebook Tini Hardanisyah... jengjengjeng...
Tulip ni kan, dia macam ada aura yang sangat kuat. Yang buatkan kita tak mahu tinggalkan dia. Bergambar dekat sini je pun dah dekat sejam agaknya. Yalah, bunga ni kan susah nak jumpa jadi sekali sekala jumpa naklah tenung puas-puas kan???
See, Nia pun halakan beg ke hadapan. Jawapannya adalah...
Keep walking and never stop reaching your dreams...
Ada orang tu teringin sangat nak naik benda alah ni tapi tak kesampaian. Kesian... *ini ride budak2 kut memanglah Nia tak bagi naik*
House of Ppororo...
Aucak!!! (*Awas white tiger yang kelaparan nak makan bunga tu)
Cantik juta kali!!! Kecantikan yang sukar untuk kita gambarkan.
Bila dua 'White Tiger' tengah mood baik bolehlah snap pict macam ni, time tengah gaduh. Rasanya habis telinga masing-masing kena gigit. Hahahaha....
Kisah di sebalik white tiger headband ; actually kembar dah ada pink cat headband tapi dua2 lupa nak bawak jadi kami pun terpaksalah beli white tiger ni. Siap janji lagi nanti nak datang Everland dengan 'MR' masing2. 'MR' dua orang tu wajib pakai headband ni. Hahahahaha....
Perfect combination. Red & White!!!!
Another perfect colour combination : Black & Pink!!!
Bunga semua dah gugur kalau tidak kat belakang tu memang penuh dengan cherry blossom. Sedih kan sebab terlepas pemandangan cherry blossom...
Menariknya pergi ke Everland masa musim bunga ni sebab adanya Tulip Festival. Gambar-gambar kat atas tu dah banyak kan Tulips tapi bila sampai ke kawasan festival memang tak tergambar dek kata-kata bila nampak lautan tulips. Ada pelbagai jenis tulips, dan setiap tulip tu diletakkan tagging nama. Kalau tak silap Nia ada satu tulip tu namanya ada 'Devil'.
One of my favourite picture in Everland. Suka sangat dengan background tu.
Tagging hitam yang bertulis dengan warna putih tu adalah nama tulip.
Bila White Tigers bertemu dengan Red Tiger, makanya kami pun berebutlah untuk mendapatkan cinta si Red Tiger. Hahahahaha...
Kuda tak sampai lagi so kita posing dulu dalam carriage ni. Eh cop putera mana putera????
Expectation vs Reality...
Kita mintak water fountain tu atas kepala tapi tengoklah apa yang Miss photographer buat.... Nangis bawah bantal.
Sekali lagi cari 'benda tersembunyi'...
Dah jumpa ke belum???
Terkekek-kekek kembar gelak masa nak snap pic ni. Puas matikan tawa, Tini Hardanisyah lah yang start ketawa tak ingat nak berhenti. Katanya Nia dah macam tulip dalam gambar tadi. Sekali bila TH & Nia tukar posisi barulah tahu memang dah macam tulip bila duduk macam tu.
My favourite colour!!!!
Boleh tak nak mintak designer buat cover novel tulip pink untuk upcoming novel *andai ada rezeki* novel tulisan Nia keluar...
Pose feveret TH...
Dalam entry ni tak ada satu pun gambar rides yang kami naik. Dekat Everland ni bukan sekadar boleh cuci mata tapi ada macam-macam rides jugak. Kali ni kembar naik beberapa rides ; Let's twist, Rolling x-Train, Hurricane, Columbus Adventure, Championship Rodeo (naik 2 kali). Ada satu ride yang sangat2 terkilan sebab tak dapat naik, TH tak nak naik so Nia ni penakut kalau nak naik benda2 macam tu sorang. Namanya Double rock spin. Masa 1st time datang Everland dulu dah pernah naik dan memang agaklah 'menyeramkan' ride tu tapi tetap teringin nak naik. Tapi ada satu ride ni memang naik sekali terus sumpah tak nak naik dah.
Siapa pernah naik T-Express??? Yang ni memang 'berhantu' betullah. The scariest roller coaster!!!
Jadi kali ni datang, memang kembar lambai-lambai dari jauh aje...
Tamatlah penjelajahan kembar di Everland. Balik dari Everland pun hari dah gelap tapi jangan risau bas masih ada. Sama aje macam masa datang, perlu naik Shuttle bas untuk ke stesen bas dan naik bas bernombor 5002. Jangan salah naik bas, karang menangis berlagu kpop pulak.
.........................................................
Terima kasih sudi pinjamkan waktu untuk baca entry ni... Entry paling panjang kut sebab banyak sangat gambar... Nantikan Episod yang seterusnya ya....
Lots of love from ANIA MALNA & TINI HARDANISYAH....
No comments:
Post a Comment