by ANIA MALNA
“Jom kakak hantar kat bilik Daddy dan Mama. Mandi dan bersiap, kita nak jalan-jalan pulak
ni.” Aku bangun dari katil. Aqif dan Afiq mendepangkan tangan minta aku
turunkan mereka. Bukan tidak boleh turun
sendiri tetapi sengaja nak bermanja dengan kakak sendiri. Aku sekadar tersenyum dan menurunkan
mereka. Belum sempat menanggalkan
telekung, loceng berbunyi. Pasti Daddy
dan Mama. Laju aku ke pintu dan si
kembar turut sama mengikut langkahku.
Terkejut babun aku saat mata dijamu dengan wajah
yang tidak disangka dengan pakaiannya yang lagilah aku tidak jangka. Membulat mata melihatnya dalam pakaian
itu. Mulut pula terbuka sedikit. Terkelu tidak mampu berkata apa-apa.
“Abang Amru!”
Si kembar sama-sama teruja menyebut nama Amru. Aku pula masih lagi dengan mode ‘terkejut
babun’.
“Assalamualaikum twins.”
“Waalaikumusalam.”
Si kembar menjawab dengan tangan diangkat tinggi. Apa lagi?
Mintak Pakcik Amru dukunglah tu.
Dalam sekelip mata, si kembar sudah berada di dalam
dukungan Amru. Jumlah berat kedua-duanya
mencecah 20 kg namun elok sahaja Amru memegang kedua-duanya di kiri dan
kanan. Terserlah urat-urat tangannya.
“Lama betul terbulat mata, ternganga mulut.”
Terbatuk-batuk aku ditegur oleh Amru. Aku meraup wajah dengan tangan dan
beristighfar berkali-kali di dalam hati.
Ya ALLAH betapa berdosanya aku kerana baru sahaja menyempurnakan seruan-Mu
serta menambah ibadat sunat namun boleh pula aku ‘tertengok’ sesuatu yang tidak
sepatutnya ditengok dalam tempoh yang panjang.
Tak berkelip pulak tu tengok.
Sesungguhnya, aku Hamba yang sangat lemah. Ampunkan Hamba-Mu yang hina ini.
“Abang bawak twins ke bilik abang.”
“Tapi…”
“Abang dah mintak izin dengan your parents. Twins akan bersiap di bilik abang. Jangan risau, baju dah ada abang belikan
untuk twins.”
Entah kenapa kali ini aku tidak membangkang dan
mengangguk setuju. Amru hadiahkan
senyuman nipis dan berlalu pergi membawa bersama-sama kesayanganku si
kembar. Kedua-duanya melambai ke arahku
namun tidak aku balas pula. Mata masih
lagi mahu melihat Amru walau sekadar belakangnya. Cepat aku tersedar dan sekali lagi
beristighfar.
“Kenapalah dia pakai macam tu.” Aku bersuara perlahan. Cukup didengar oleh sepasang telingaku
sahaja.
No comments:
Post a Comment