My Sweetie Readers

Sunday, 13 September 2015

ANTARA U DAN I

AUDI

BAB 6
by ANIA MALNA
“Kenapa tak ambik Business Class? Abang kan banyak duit.  Tak luak pun duit tu kalau ambik seat mahal.”
“Tak berdosa pun kan abang duduk sini.”
“Memanglah tak berdoasa, tapi saya tak suka.  Awkward lah duduk sebelah abang ni.  Orang tengok-tengok pulak tu.”
“Sorry, You Amru Yusuf kan?  Owner of Mosu Hotel?”
Amru sekadar mengangguk.
“I ada terbaca tentang You dalam majalah bisnes.  Young businessman, extra handsome and bachelor.”
Melangitnya puji.  Geli gegendang telingaku dengar pujian-pujian daripada perempuan lawa yang duduk di sebelah Amru.  Cantik macam model, kalau bukan model, artis agaknya.  Malas ambil peduli.  Baik aku buat-buat tidur.  Pejam mata dan alihkan wajah 90 darjah ke kiri.
“So are you a businesswoman since susah nak jumpa woman yang suka baca majalah bisnes.”  Amru buat-buat gelak, nampak sangat tak ikhlas.  Sekadar menjaga hati ‘peminat’.
“No, I’m a model.”
“No wonder you are gorgeous.”
Euwww, ayat klise lelaki bila jumpa perempuan cantik.
“I consider it as a praise from a rich & handsome guy.  Thank you.”
“Who is the girl next to you?”
“She’s my sister.”
Eh bila masa pulak aku jadi adik dia?
“Oh, you guys look different.”
“Of course we are different.  She’s a girl and I’m a man.”
Dua-dua gelak.  Memang kelakar pun.  Puas aku tahan gelak sampai sakit rahangku.  Mana boleh gelak, karang kantoilah aku baut-buat tidur.  Kedengaran suara pramugari bertanya penumpang makanan yang diinginkan.  Laju aku buka mata dan melilau mencari pramugari yang bertugas.  Pramugari itu tengah service penumpang di belakang kami.
“Aik, dah terjaga ke?  Macam tidur mati je tadi.”
“Hmmm, lapar.  Bangunlah.”
“Nak menipu tapi tak pandai.”
“Biarlah, habis dah berbual dengan fan abang tu?”
“Dah orang tu tak nak layan abang berbual, so abang berbuallah dengan orang lain.  Kenapa?  Cemburu ya?  Ada bau-bau cemburu tu.”
“Eh, tolong sikit.  Bermasalah sungguh kalau saya cemburu.  Lantak abanglah nak berbual dengan siapa-siapa pun cumanya saya menyampahlah bila tak pasal-pasal cakap saya ni adik abang.  Saya tak mahulah jadi adik abang tu.”
“Habis tu nak jadi kekasih?”
“Yang itu lagi bermasalah.  Tak payah nak mengarutlah.”
Pramugari tiba di barisan kami.  Laju aku meminta itu dan ini, penuh meja dengan makanan.  Amru sekadar meminta kopi dan roti.  Pelik betul, mana mungkin dia tidak lapar.  Sedangkan sudah hampir satu jam kami di awan biru.  Sebelum berlepas tadi, bukannya makan apa-apa pun.  Atau dia sebenarnya mahu control macho depan peminat?
“Berselera betul awak makan.  Sedap ke?”
Fokus aku teralih dari makanan kepada Amru.  Sibuklah Mr. Superbike!  Malas hendak bersuara, aku sekadar mengangguk dengan sudu masih di mulut.  Tangan pula mengambil air mineral.  Dalam sekelip mata, sudu di mulutku ‘dirampas’ oleh Amru dan selamba dia mencedok lasagna lalu dibawa ke mulutnya.  Penuh mulutnya dengan lasagna aku.  Dia curi lasagna aku!  Sudu diletakkan semula ke bibirku.  Aku ketap bibir.  Tidak rela berkongsi sudu dengan dia!
“Gelilah, entah-entah abang smoking ke.”
“Muka abang ni nampak macam merokok ke?  Tengok bibir abang ni.”  Amru letakkan jari telunjuk ke bibirnya dan bagai ada magnet pada bibirnya lalu mataku terus memanah ke situ.  Merah jambu sangat bibir dia.  Memang sah tidak merokok.
“Lama betul tengok, ke tergoda dengan bibir abang yang seksi.”  Amru gelak gedik.  Menjengkelkan sungguh!
“Mintak sudu lain untuk saya!”  Selamba aku membentak.  Peminat Amru mengalihkan wajahnya kepadaku.
“Any problem guys?”
“Tak ada apa-apa kak.  Abang saya ni suka menyakat, sorrylah kalau ganggu akak.  Apa kata akak dengan abang saya tukar tempat duduk.  Tidaklah kami bergaduh dan ganggu ketenteraman akak.”  Senafas aku berkata-kata.  Amru buat isyarat mata.  Aku sengih tayang semua gigi.
“Why not kalau abang you okay.”
Aku terasa hendak meloncat.  Jika Amru setuju, ertinya kami akan terpisah.  Tidaklah aku terus-terusan diganggunya.
“Tak perlu tukar tempat.  I prefer adik I duduk sebelah I since she’s my sister and she’s my responsibility.”
Terasa hendak menjerit katakan ‘Saya bukan adik dia!’.
Penerbangan yang berbaki lima jam tidak terasa.  Bukan apa, masa banyak dihabiskan bergaduh dengan Amru.  Tolak dengan sejam aku tertidur sahaja yang kami tidak bergaduh.  Model di sebelah Amru sesekali menarik Amru untuk berbual namun tidak lama kerana Amru ada sahaja akalnya untuk mengalihkan topik perbualan kepada aku dan akhirnya model itu tidur. 
Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan kira-kira jam 4 petang.  Selesai pemeriksaan keselamatan kami terus ke tempat pengutipan bagasi.  Aku terlihat Amru dan model tadi bertukar kad bisnes.  Tipikal sungguh bertukar kad bisnes, zaman sekarang paperless, lebih baik follow akaun instagram masing-masing.  Kad bisnes nanti letak merata-rata, hilang jugak.
Amru berjalan beriringan dengan Daddy.  Rancak mereka berbual, sesekali Daddy memegang bahu Amru.  Alahai sweet betul mereka berdua.  Entah kenapa Daddy nampak berkenan dengan Amru.  Jangan disuruhnya aku kahwin dengan Mr. Superbike itu sudahlah.  Memang aku lari ke Jepun kalau betul-betul Daddy suruh aku kahwin dengan dia.  Ingat ini macam kisah novel atau drama.  Haihai, ini kisah realiti seorang Auni Marjan.
Kami tidak menunggu lama untuk mendapatkan bagasi masing-masing.  Aku cepat-cepat menarik bagasiku saat ia lalu di hadapanku.  Bagasi Daddy, Mummy dan si kembar baru sahaja kelihatan.  Bagasi Amru pula aku tidak cam pula.
“Biar abang angkatkan.”
“Tak payahlah, saya boleh angkat sendiri.”
“Sombong betullah budak sorang ni.”
“Biar sombong, jangan tergedik-gedik, tergelak-gelak.  I consider it as a praise from rich and handsome guy.”  Aku tiru gaya bercakap model tadi.  Kemudian aku gelak ala-ala gedik. 
Amru gelak.  Tiba-tiba aku rasa dia nampak comel.  Sudah!  Jangan kata aku terpikat dengan dia???  Haruslah tidak!  Aku turut sama tergelak.  Mood baik datang, bolehlah kami gelak berjemaah.
Keluar sahaja dari bangunan airport, terus sahaja wajahku disentuh lembut oleh kedinginan musim luruh.  Tidak sesejuk musim salji namun lebih sejuk daripada musim bunga.  Seronoknya!  Mataku melilau ke sekeliling kawasan dan terjamu dengan dedaunan yang sudah menguning.  Ada juga yang berwarna merah, menandakan ia akan gugur ke bumi tidak lama lagi.  Menunggu masa untuk menyambut musim sejuk.  Kami datang pada akhir musim luruh, mungkin kami juga berpeluang untuk menikmati salji yang pertama.
“Ehem.” 
Mataku teralih kepada pemilik suara yang berdehem itu.  Amru elok berdiri di sebelahku.  Entah bila, aku tidak sedar.  Cukup dekat, hanya terpisah kira-kira satu inci.  Aku jarakkan diri, dia ni teruk betullah!  Takkan tak tahu batas.  Inilah masalah orang lelaki, memang tidak tahu menjaga batas.  Mana boleh duduk dekat-dekat!
“Cantik kan?”  Soalannya aku sekadar balas dengan anggukan.  Malas hendak berbual dengan Amru.  Tadi dalam flight sudah jenuh berbual.  Mataku meliar mencari Daddy, Mama dan kembar.
“Syok sangat jamu mata dengan pemandangan musim luruh sampai tak perasan orang panggil.  Your parents and twins dah masuk dalam MPV.  Ready to leave for Hotel.”  Tangan Amru dihalakan kearah sebuah MPV berwarna hitam tidak jauh dari tempat kami berdiri.  “Luggage semua dah bawak masuk dalam MPV.  Let’s go.”  Amru sudah melangkah dan aku mengikut langkahnya.  Backpack MCM kesayanganku dibawa ke hadapan.
…………………………………………………………………………………………………..
Rancangan di TV langsung tidak menarik mataku untuk terus setia.  Ibu jariku naik lenguh kerana asyik menukar siaran tv.  Afiq dan Aqif yang duduk masing-masing di kira dan kananku sudah mula tidak duduk diam.  Jam 9 malam waktu Korea tadi, pintu diketuk dan rupa-rupanya Daddy datang menghantar si kembar.  Katanya si kembar sibuk hendak tidur denganku.  Aku pula lagi suka jika ada teman.  Tidaklah sunyi keseorangan.  Daddy bukan tidak mahu mengambil bilik suite tapi katanya mahal sangat ambil suite.  Lagi untung ambil dua bilik.  Satu family dan satu single.
“Kakak, nak pergi bilik Abang Amru.”  Afiq mula merengek.  Selamba aku hadiahkan cubitan kecil pada lengan Afiq.
“Jangan panggil dia Abanglah.  Dia tu dah tua.  Panggil Uncle atau pakcik.”  Mata aku jegilkan.  Memang aku kakak yang sangat penyayang tapi ikut tempat.  Boleh bertukar jadi singa jadian.
“Afiq tak nak kawan dengan kakak.”  Afiq sudah turun dari katil dan menuju ke pintu.  Kuat merajuk betul adik aku yang satu ini.  Aqif juga turun dari katil dan kedua-duanya berlari-lari ke pintu bilik.  Sudah!  Jangan-jangan mereka benar-benar merajuk dan mahu lari ke bilik Amru.
“Buyat!  Tebby!  Nak pergi mana tu?”
“Nak kawan dengan Abang Amru.”  Kedua-duanya menjawab serentak dan jawapan yang sama.  Kembar memang begitu.  Copy and paste.
“Jangan mengarut, dah malam ni.  Pakcik tu dah tidurlah.  Mari tidur kat kakak.  Kakak dodoikan, nyanyi lagu 25 Rasul.  Aku tepuk bantal di sebelah kiri.  Si kembar sama-sama menggeleng.  Tombol pintu dibuka dan mereka terus keluar.  Parah!  Nekad benar mereka nampaknya.
“Buyat, Tebby!  Tunggu kakak!”  Aku menjerit lantang.  Perlahan-lahan pintu bilik tertutup. 
Aku meluru ke bagasi di tepi almari.  Menarik apa sahaja yang boleh aku pakai untuk menutup aurat.  Jumper berwarna kuning yang pertama aku nampak saat bagasi dibuka.  Terus aku sarung ke badan.  Tudung bawal di kerusi aku capai dan kusarungkan ke kepala.  Kalut benar aku tika ini.  Kakiku tidak jadi melangkah.  Tudung aku tanggalkan semula.  Anak tudung berwarna hitam di atas kerusi aku pakai laju-laju.  Bimbang pula rambut terkeluar.  Aurat tu mana boleh bagi Amru nampak.  Tengok kaki!  Okay dah pakai stokin.  Aku terus ke pintu dan meluru keluar.  Berlari-lari ke bilik Amru.  Loceng di pintu aku tekan dengan rakus.  Bunyi pintu dikuak dari dalam membuatkan aku sedikit lega.  Tidak perlu tunggu lama.
“Yes miss, what can I do for you?”  Amru sekadar menjengukkan kepalanya keluar.
“Please return back my twins.”  Aku hulurkan tangan kepada Amru.  Gaya orang mintak barang.
“Why should I?  I didn’t borrow them, they’re coming to me.”
“Okay, apa-apa je.  Yang penting tolong suruh twins keluar dari bilik abang.”  Nadaku dilembutkan sedikit.
“Twins are happy with me.  Seronok mereka tengok Return of Superman tu.  Tinggalkan mereka dengan abang, I can take care of them.  No worries okay.”
“Saya nak jugak adik-adik saya.”  Suaraku bernada tegas.
 “Kalau nak jugak adik-adik awak, masuklah bilik abang.  Ambil sendiri.”
“Wehhh, gila ke apa?  Saya bagi penumbuk karang baru tahu.”  Aku genggam penumbuk dan diangkat tinggi separas dada Amru.
“Ya ALLAH, garangnya budak ni.  Abang gurau je pun.”
“Tak payah nak bergurau sangat.  Saya tak reti nak bergurau-murau ni.  Sekarang, sila pulangkan adik-adik saya.”
“Pulang?  Awak ingat twins tu barang ke?  Biarlah mereka dekat sini.  They are fine with me.  Abang tak akan jual adik-adik awak tu.”
“Tak kira, sekarang bagi semula adik-adik saya.  Twins tu adik saya, tanggungjawab saya jadi abang tu tak payahlah nak sibuk-sibuk.  Abang bukannya pandai jaga budak-budak.  Anak pun tak ada.  Itulah, dah tua tapi tak nak kahwin.”  Ambil sedas.  Dengan aku bukan boleh kira, belasah aje.  Lantaklah nak terasa, merajuk ke, sentap.  Bantai!
Amru gelak.  Bukan gelak biasa-biasa.  Beria-ia dia gelak sampai naik merah muka.  Aku tayang muka tanpa emosi.  Sakit pula hati kita.  Lama pula dia gelak, dekat lima minit jugalah.  Penat aku berdiri tercanguk di hadapannya. 
“Dah habis gelak?”  Perliku apabila tawa Amru yang tadinya umpama petir sudah reda.  Amru angkat kedua-dua belah tangan.  Persis orang menyerah kalah.
“Dah.  Kejap abang pujuk twins ikut awak balik bilik.”  Amru berlalu meninggalkanku.  Kurang satu minit dia kembali dengan sengihan.  Ingat aku tergoda. 
“Twins dah tidur.”
“Ya ALLAH, cepat betul tidur.  Baru je tadi kan abang cakap tengok Superman.”
“Budak-budak memanglah cepat terlelap kalau dah mengantuk.”
“Macam ni, mahu atau tidak adik-adik saya kena ada dengan saya jugak.  Saya tunggu dekat pintu bilik dan abang tolong angkat mereka ke bilik saya tapi sampai pintu je.  Boleh?”  Aku cuba berlembut kembali dengan Amru dan dia angguk setuju.
Aku berjalan menuju ke bilik yang berada di bahagian bertentangan dengan Amru namun selang satu bilik.
“Akses kad.”  Mataku membulat.  Mana sempat aku berfikir untuk mengambil kad.  Walau tahu memang pintu tidak akan terbuka, aku tetap memulas tombol.
“Kenapa lama sangat nak bukak pintu?”  Suara Amru terasa dekat denganku.  Aku berpaling dan Amru ada di belakangku.
“Saya lupa nak bawak keluar sekali kad.”  Wajahku pastinya panik.
“Ya Allah.”  Amru berlari ke biliknya semula dan dia memulas tombol pintu.  Sudah!  Jangan cakap dia pun dua kali lima dengan aku.  Amru memicit dahinya.
“Twins macam mana?  Nanti kalau terjaga, mesti nangis tengok tak ada siapa-siapa dalam bilik abang tu.”  Aku sudah cuak.  Mahu salahkan Amru pun tak boleh sebab memang ia berpunca daripada aku.

“Jom kita turun ke lobi untuk mintak duplicate kad.”


p/s : even cerita saya ni biasa2 je tapi tetap nak ingatkan, no copy & paste merata-rata tempat... heh...kalau tidak saya rotan dengan tongkat semambu (****)

2 comments: