SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 5
Aku kembali ke alam
nyata setelah kenangan bersama Min Hyuk menyelubungi mindaku. Walaupun tidak semua kenanganku bersama Min
Hyuk menerjah mindaku namun itu sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum.
Dalam senyumku itu
sebenarnya terselit satu perasaan yang jauh lebih kuat dari itu. Perasaan yang telah lama kupendam. Perasaan yang juga membuatkan hati dan jiwaku
selalunya tidak tenteram. Perasaan yang
sebenarnya tidak kuingini tapi ianya datang sendiri tanpa dipinta. Perasaan yang padaku hanyalah bertepuk
sebelah tangan kerana hingga ke hari ini Min Hyuk tidak pernah menyatakan
apa-apa kepadaku.
Aku tidak pernah
mempercayai kata-kata Nadia yang aku tidak bertepuk sebelah tangan. Hari esok hari terakhirku di tanah Korea
namun segalanya tetap sama. Status kami
berdua tetap sebagai kawan, mungkin kawan rapat.
Mungkin setelah aku
kembali ke Malaysia aku akan berjumpa dengan seorang lelaki Melayu yang mampu
mencuri hatiku sepertimana yang dilakukan Min Hyuk dan sekaligus dapat
melupakan lelaki itu. Manusia datang dan
pergi. Aku cuba menyedapkan hatiku
walaupun hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di dalam hatiku.
Di mataku tiada setitis
air mata yang gugur namun hatiku merintih pedih. Aku mengerling Nadia yang
masih nyenyak tidur. Walaupun aku tidak
menunjukkan kesedihanku di hadapan Nadia namun aku tahu dia cukup faham apa
yang ada di dalam hatiku.
Aku cuba mematikan
kesedihan dengan mengenangkan yang aku akan pulang ke Malaysia esok. Ya sesungguhnya memang perkara itu adalah
perkara yang paling menggembirakan sepanjang aku berada di Korea iaitu
kepulanganku ke Malaysia setelah bertahun-tahun menuntut ilmu di sini. Lamunanku dikejutkan dengan bunyi beep menandakan ada mesej yang baru
masuk ke telefonku.
………………………………………………………………………………………………………
Aku membelek wajahku di
cermin. Kali ini, selendang yang
tersarung di kepalaku adalah ‘hasil kerja’ Nadia. Sahabatku itu cukup gembira
apabila aku memberitahunya bahawa Min Hyuk ingin berjumpaku di Sungai Han pada
pagi ini.
Aku keluar ke stesen
kereta api bawah tanah jam 8.00 pagi.
“Saya jumpa awak di
Hangang ( Sungai Han) jam 9.00 pagi esok.
There’s something important I
wanna tell you.”
Begitulah mesej yang
kuterima semalam.
Aku tidak mengharapkan
apa-apa kali ini dan aku yakin pasti Min Hyuk hanya ingin mengucapkan selamat
tinggal kepadaku dan ini juga akan menjadi pertemuan terakhir kami. Namun aku sedikit hairan mengapa dia memilih
untuk berjumpaku di Sungai Han. Selalunya
dia akan datang ke Suwon atau lebih tepat dia yang akan datang kepadaku.
Keadaan pagi ini agak
tenang. Awal pagi begini tidak ramai
pengunjung dan hanya terdapat beberapa pengunjung yang melakukan senaman pagi
di sekitar kawasan Sungai Han. Aku melihat
jam pada telefon bimbitku dan ianya tepat menunjukkan jam 9.00 pagi dan ini
bermakna aku sampai tepat pada masa yang dijanjikan.
Aku melilau ke
sekeliling mencari kelibat Min Hyuk namun ternyata dia masih belum tiba. Aku bergerak ke arah Sungai Han dan duduk di
tangga berhadapan dengan restoran makanan ringan Lotte Ria yang berada di atas
struktur terapung berbentuk kapal di atas permukaan Sungai Han.
Aku teringat pengalaman
pertama aku dan Nadia menaiki magic
cruise yang merupakan salah satu pakej menaiki cruise di Sungai Han.
Walaupun pada mulanya kami terpaksa mengeluarkan puluhan ribu won
semata-mata untuk menaiki cruise itu
namun kami amat berpuas hati kerana pengalaman yang kami perolehi amat
menyeronokkan.
Aku kembali ke alam
nyata. Kelibat Min Hyuk masih belum
kelihatan. Jam kini sudah 9.30 pagi.
( Selalunya dia yang tunggu aku, jadi kali ni tak salah untuk aku tunggu
dia pulak)
Aku memegang kedua-dua
belah pipiku. Selalunya sewaktu musim
sejuk, aku cukup liat untuk berada di luar bangunan. Cuaca sejuk seperti mencengkam masuk ke
kulitku. Pagi ini salji masih belum turun.
Telefon bimbit dari
poket baju tebalku dikeluarkan apabila bunyi beep kedengaran. Ianya mesej
dari Nadia. ‘Apa yang berlaku. Min Hyuk cakap apa pada kau.’ Mesej nadia tidak kubalas kerana tiada apa
yang perlu dikhabarkan memandangkan Min Hyuk belum berada di hadapanku. Jam kini menunjukkan 10.30 pagi.
Aku tetap setia di
tangga berhadapan Sungai Han, menunggu Min Hyuk. Kini sudah jam 11.00 pagi dan Min Hyuk masih
belum muncul. Kesejukan seperti menggigit wajahku. Aku dapat rasakan yang aku sudah mula
menggigil.
Untuk kali yang
keberapa aku sendiri sudah lupa, aku melihat telefon bimbitku dan skrin telefon
bimbitku sudah menunjukkan jam 12.30 tengahhari. Aku telah berjanji dengan Nadia akan pulang
sebelum jam 1.00 tengahhari. Aku juga
perlukan masa untuk melakukan persiapan terakhir sebelum berangkat ke Incheon
Airport kerana penerbanganku ke Malaysia adalah pada jam 11.45 malam ini.
Ada sesuatu yang agak
suam mengalir menuruni pipiku. Cecair
itu seperti membunuh kesejukanku walaupun aku kini sudah betul-betul
menggigil. Air mataku tidak mampu untuk
ditahan. Aku sendiri tidak tahu mengapa
Min Hyuk perlu lakukan semua ini kepadaku.
Kalau dia benar-benar
tidak dapat datang, takkanlah dia tidak mampu untuk menelefonku. Atau aku sebenarnya telah terpedaya. Terpedaya dengan perasaanku sendiri terhadap
Min Hyuk. Aku terasa diriku terlalu
bodoh kerana mempercayai kata-kata lelaki itu.
Aku menangis
teresak-esak. Aku tidak pasti untuk apa
tangisanku ini, adakah kerana aku kecewa tidak dapat bertemu dengan Min Hyuk
untuk kali yang terakhirnya atau adakah kecewa kerana aku telah diperdaya oleh
lelaki itu? atau mungkin juga kerana aku tahu aku akan merindui lelaki itu?
Aku bangun dari duduk
dan melangkah perlahan-lahan beserta esakan kecil.
owh kesiannya penantian itu satu penyiksaan.. apa yg berlaku pada Min Hyuk? Nape dia x datang?
ReplyDeletejejeng~yg tu kne tunggula, tp seriously ania dah siap smpi part 23 but upload sikit2 dlu kt blog neh~hihi
ReplyDeletecaya la..hmm dah baca sampai bab 6..
ReplyDeletethanks a lot sya~
Deletereally appreciate your interest towards this story^^
reading is the cheapest way of travel nia..so this time at least bleh tau sikit2 tempat di korea..who knows 1 day sha akan ke sana..
ReplyDeleteamin100x, nia doakan moga 1 day kak sha akan jejk kaki ke korea~korea is a place that we should travel^^
Delete