My Sweetie Readers

Wednesday, 16 December 2015

CUCU TAN SRI MOKHTAR *teaser*

CUCU TAN SRI MOKHTAR.....

by

ANIA MALNA


Thank you so much my sweet & lovely die hard friend.  I love you muchie more.  Muah manyak.”  Aku muncungkan bibir.
“Euwww, gelilah.  Cepatlah pergi, nak drama nanti balik rumah sewa.  Kau tu dah lambat lah Makcik.”  Aida menolak tubuhku.
“Okay sayang, babai.  Jumpa nanti tau.”
“Time ni baru nak sayang.”
Keluar sahaja dari kereta, aku terus berlari ke pintu masuk Wisma Mokhtar.  Bukan apa, bimbang terlambat untuk temujanji dengan Tan Sri Mokhtar.  Aku tidak mahu terlepas peluang yang sudah ada di hadapan mata.  Sampai sahaja di hadapan lif, terus nampak ‘lif rosak’.  Aku tepuk kedua-dua belah pipi dengan tangan.  Apa lagi, naik tanggalah jawapannya.  Ada masa lima minit sebelum masa yang dijanjikan.
Aku lajukan langkah dan akhirnya berlari menuju ke tangga.  Menjangkau anak tangga demi anak tangga.  Selaju mungkin aku pecut, mujur tidak pancit.  Entah macam mana aku terlanggar seseorang. Habis semua barang-barang di tangannya jatuh.
“Abang, saya mintak maaf.  Saya tak dapat tolong kutip barang-barang abang.  Saya betul-betul emergency, kena cepat..”  Kakiku tetap memanjat tangga namun mata masih memandang lelaki yang berT-shirt hitam dan seluar track putih itu.  Topi merah di kepalanya sudah terbang melayang jatuh ke lantai gara-gara rempuhan aku tadi.
“Sorry sekali lagi.  Nanti kalau kita jumpa, saya belanja abang apa aje yang abang nak makan.”  Kata-kataku hanya dibalas dengan pandangan kosong lelaki yang kulanggar ini.  Tiada suara daripadanya dan aku terus pandang ke hadapan, kembali melangkah laju.  Sampai di tingkat lima aku terus meluru ke kaunter.
 “Assalamualaikum Kak.  Saya…”  Aku masih tercungap-cungap cuba mencari nafas.  Mana tidaknya, sampai ke tingkat lima aku berlari naik tangga.  Tangan diletakkan di kaunter, cuba menahan daripada jatuh.
“Waalaikumusalam, adik tarik nafas dulu.  Bawak bertenang, lepas tu baru sambung.”  Wanita yang tadinya duduk kini sudah bangun berdiri.  Aku ambil masa kira-kira 10 saat untuk kembali bernafas normal.
“Kak, saya nak jumpa dengan Tan Sri Mokhtar untuk …”
“Tan Sri Mokhtar tak ada dan saya yang take over semua tugas beliau.”
Aku berpaling mencari pemilik suara itu.  Rahangku menjatuh saat melihat lelaki di hadapanku ini.  Aku kelip mata laju-laju.  Mengharap sepenuh hati aku tersalah pandang namun tetap lelaki yang sama.  Lelaki yang aku langgar tadi!
“Seperkara lagi, Cik perlu professional dan jangan sesuka hati aje panggil orang ‘Kak’.  Ini ofis bukannya pasar malam.”  Agak sinis kata-kata lelaki di hadapanku ini.  “Now follow me.”
Lelaki itu bagaikan magnet dan aku pula logam, automatik langkah kakiku diayun mengikutnya.
“Saya Cucu Tan Sri Mokhtar.  Ada apa-apa yang saya boleh bantu, Cik yang sangat budiman?”  Jelas dia perli aku.  Budiman apa bendanya kalau langgar dia tapi tak tolong kutip barang-barang dia.  Dia sekadar menyadarkan badan ke meja kerjanya.  Aku kaku berdiri dengan jarak kira-kira 1 meter daripadanya.
“Saya mintak maaf, Encik……Kaya.”  Manalah aku tahu nama dia, jadi aku hentam labu panggil Encik Kaya.  Cuak jangan cakaplah, menggigil tangan aku.  Terasa macam ada selori ais menghempap kepala.
“Katakan orang yang awak langgar tadi warga emas.  Awak akan biarkan aje atau awak akan tolong?”  Bila Encik Kaya sebut warga emas, terus sel-sel otak aku teringatkan proposal di dalam backpack.  Laju tanganku membuka zip backpack dan proposal terus aku hulurkan kepadanya.  Proposal bertukar tangan.
Cinta Tanpa Syarat (Program Amal di Teratak Jannah).  I don’t have time to read this, so it will be my pleasure if u can explain in one minute.”  Permintaan itu berbunyi sinis sekali.  Tahulah dia businessman, dalam kepala sentiasa ‘time is 24k diamond’.  “One more thing, soalan saya tadi masih belum terjawab.  Selitkan sekali jawapan tu dalam masa satu minit yang saya berikan.”
“Saya wakil dari UiTM Shah Alam dan datang ke sini untuk hantar proposal berkenaan program amal yang kami akan laksanakan pada tarikh 21 Disember nanti.  Sebelum ni saya dah berhubung dengan setiausaha Tan Sri Mokhtar dan TSM setuju untuk jadi penaja program kami.  Setiausaha TSM maklumkan pada pihak kami yang TSM nak jumpa kami dulu untuk bincang serba sedikit tentang program kami.  Program itu adalah lawatan ke rumah warga…”  Serius kalah bullet train Jepun.  Sungguh!  Sampai tercungap-cungap aku mencari nafas.  Setelah nafasku kembali normal.  Aku buka mulut untuk menyambung kata-kata.
Time’s up.  You may leave now.”
“Encik Kaya saya baru cakap tak sampai 30 saat.  Saya ada 30 saat lagi kan.  Saya betul-betul mintak maaf tentang tadi tapi tolonglah jangan batalkan sponsor yang TSM dah setuju untuk bagi pada kami.  Saya sanggup buat apa aje untuk puaskan hati Encik Kaya supaya sponsor tu tak ditarik.  Selagi apa yang Encik Kaya suruh saya buat tu tak langgar hukum Islam, saya akan buat.”
“Cik yang sangat budiman, masa 30 saat telah pun digunakan.  Dengan penuh hormat dan budiman, saya persilakan untuk keluar.”
“Encik…”
Stop calling me Encik Kaya.  Proposal tu Cik boleh tinggalkan atas meja saya.  Manalah tahu saya ada masa untuk baca nanti.  Paling kurang budiman, saya akan tatap dan lepas tu saya akan letak dengan budiman ke dalam tong sampah. 
Terasa hatiku ditembak berkali-kali dengan peluru dek kata-kata pedas Cucu Tan Sri Mokhtar.  Nampak gayanya penaja utama untuk program kami akan tarik diri.  Apa aku nak jawab dengan Team aku terutama Dr. Malina.  Aku mendekat ke meja dan proposal diletakkan ke atas meja.
“Satu lagi, sesuka hati aje Cik panggil Tan Sri Mokhtar dengan TSM.  Saya sendiri pun tak pernah panggil macam tu.”  Suruh aku keluar tapi ada aje perkara yang dia mahu katakan.  Itu pun salah ke?
“Encik memanglah tak panggil macam tu, Encik mesti panggil Atuk.  Tak pun Tok Ayah ke, Tok Aki.  Tok…”
“Jangan nak loyar buruk dengan saya.  Apa nama awak?”  Matanya tepat ke wajahku dengan renungan yang sukar untuk aku tafsir.
Nevermind, orang yang buat salah memang selalu macam ni.  Sampai nama sendiri pun boleh lupa.”  Encik Kaya mengangkat tangan kanannya dan dihalakan ke pintu.  Itu tanda suruh aku cepat-cepat keluar dari ruangan eksklusif miliknya.
Sah-sah Mokhtar Holding tarik balik sponsorship tu.  Eiii, teruk betullah kau ni mawar.  Kenapalah yang aku langgar tu Cucu Tan Sri Mokhtar, kenapa bukan orang lain?  Kenapalah aku tak tolong dia angkat barang-barang dia?  Kenapa dia pakai baju sukan waktu pejabat?  Kenapa!!!
Astaghfirullahaladzim.  Berkali-kali aku beristighfar saat tersedar kekhilafan diri.  Itu semua takdir.  Memang salah aku, jadi silalah redha wahai diri sendiri.  Aku melangkah menuruni anak tangga dengan kekecewaan yang bertan-tan beratnya.  Apa mahu jawab dengan Dr. Malina dan rakan-rakanku.  Mahu nangis kuat-kuat!!!
………………………………………………………………………………………………………    AKU pandang wajah Encik Kaya yang duduk bertentangan denganku.  Tidak seserius seperti pertama kali kami bertemu.  Kemudian aku pandang pula adik perempuannya yang duduk di sebelahku.  Cantik sangat adik dia.  Nampak macam muda remaja tapi pakai tudung Fareeda.  Alah, apa yang peliknya.  Dia kan anak orang kaya.  Aku pakai bawal harga tujuh ringgit beli dekat pasar malam aje.
“Cik yang budiman, masih ingat lagi apa yang awak cakapkan pada saya?
Mindaku ligat berputar, mengingat semua benda yang aku katakan semasa pertemuan pertama kami.  Oh ya, sebelum itu.  Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku boleh ada dengan Encik Kaya dan adik dia di restoran mewah.  Aku dapat panggilan telefon daripada Encik Kaya yang menyuruh aku datang ke sini berjumpa dengannya.  Demi menyelamatkan sponsor untuk program kami, aku relakan diri untuk datang.
“Cik ada cakap yang cik sanggup buat apa sahaja asalkan perkara itu tidak melanggar hukum Islam.  Correct me if I’m wrong.”
“Ya, asalkan Encik Kaya tak tarik sponsor untuk program saya.”  Penuh tertib aku tuturkan ayat itu.
“Saya nak jadikan awak isteri saya.  Kita nikah bulan depan dan sponsor tu selamat.  Awak akan dapat elaun lima ribu sebulan.”
Jika aku berdiri memang sudah terjelepok jatuh.  Mujur aku tengah duduk namun terasa lembik juga badan.  Tangan cepat-cepat pegang meja, bimbang badan melayah jatuh ke lantai.   Mataku terkedip-kedip laju sambil merenung wajah Encik Kaya.
“Gila…”  Hanya ini yang keluar dari celah bibirku.
“Suka hati awaklah nak panggil saya apa pun, yang penting saya tetap nak awak kahwin dengan saya.  Saya akan gandakan sponsor tu kepada empat kali.”
“Saya tak nak!!!”  Aku sudah bangun berdiri.  Mujur tidak terbalik meja.  “Ingat saya ni apa!  Sanggup gadai diri sendiri hanya kerana sponsor Encik Kaya tu.  Saya boleh cari sponsor lainlah!”
“Saya akan pastikan awak tak akan dapat sponsor lain.  Awak kena kahwin dengan saya jugak, muktamad.”  Encik Kaya juga sudah bangun berdiri.
“Tak nak!!!”  Aku jerit sekuat hati.




No comments:

Post a Comment