My Sweetie Readers

Thursday 23 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 6


BAB 6

Hari ini genap seminggu aku pulang ke Malaysia.  Ayah dan ibu mengadakan kenduri kesyukuran pada hari ketiga aku di Malaysia dan aku berpeluang berjumpa dengan saudara-mara dan rakan-rakan yang telah lama tidak bersua denganku.  Terasa sungguh bahagia apabila berada di tanah air sendiri.  
Kini kami sekeluarga menumpukan perhatian kepada perkahwinan Angahku yang akan berlangsung kurang dua bulan lagi.  Akhirnya abangku dan Kak Ija akan diijabkabulkan setelah setahun lebih bertunang.  Alhamdulillah.
………………………………………………………………………………………………………
“Banyaknya barang masakan ayah beli.  Nak buat kenduri kesyukuran lagi ke?”  Perliku sebaik sahaja melihat barangan yang dibeli oleh ayah di pasar.  Aku membelek-belek makanan basah yang dibeli ayah, ada udang, ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran.
“Cikgu Razif dengan keluarga dia nak datang hari ni.  Jadi kita ajak makan tengahhari sekali la.”  Jelas ayah dan aku hanya mengangguk.
“Adik tak ingat ke Cikgu Razif?  Kawan sekerja ayah masa mengajar dekat Pahang dulu.  Kan sempat mengajar Adik sebelum kita pindah ke Johor ni.”  Ibu yang juga berada di dapur cuba mengembalikan ingatanku.
“Jap, yang ajar BM tu kan ibu?”  Tanyaku ingat-ingat lupa.
“Aah, yang tu la.”  Kata ayah sambil mengeluarkan semua barangan yang dibelinya itu.  Ayah akan seperti biasa membantu ibu memasak di dapur.   Ayah memang seorang yang ringan tulang.  Boleh dikatakan hampir kesemua kerja rumah dilakukannya bersama-sama ibu.
………………………………………………………………………………………………………
“Dah besar dah ya Aimin ni.  Umur berapa dah Abang Man?”  Tanya Cikgu Razif kepada ayah.  Aku hanya menghadiahkan senyuman sambil menguyah makanan yang tersedia di dalam mulut.
“Dua puluh dua dah, baru je habis belajar.” 
“Yang belajar Engineering di Korea tu la  ya?  Sekejap je Cikgu dapat mengajar Aimin kan.   Yalah, orang tu melompat kelas katakan.”  Kata-kata Cikgu Razif disertai tawa kecil dari ayah. (Apalah yang ayah gelakkan, tak lucu pun).
“Samalah jugak dengan Adha, lompat kelas jugak kan?”  Mata ayah kini teralih kepada Adha, anak Cikgu Razif.
“Biasa-biasa  ajelah lompat kelas tu pak cik, lagipun masa batch  Adha tu memang ramai yang lompat kelas.  Kebetulan soalan senang agaknya tahun tu.” 
(Gelinya aku dengar dia bahasakan Adha dengan ayah)
“Aimin kenapa senyap aje dari tadi?”  Teguran Mak Cik Dhia, isteri Cikgu Razif membuatkan aku tersedar dari lamunanku.
“Segan dengan Adha agaknya.  Yalah, kali terakhir jumpa kecik lagi, ni dah besar panjang.”  Belum sempat aku menuturkan apa-apa, ibu terlebih dahulu berkata-kata.  Kata-kata yang membuatkan aku agak marah namun tidak dipamerkan. 
(Ibu nak suruh anak ibu ni bercakap ke? Kang pengsan semua dengar.)
“Ibu, adik tak seganlah.  Tak elok kan menyampuk orang tua bercakap.”  Puas hatiku kerana dapat mengeluarkan kata-kata itu.
“Saya tak tua pun tapi saya bercakap jugak.”  Kata-kata Adha yang berunsurkan gurauan itu hanya kubalas dengan senyuman.
………………………………………………………………………………………………………
“Adik, pergi hantar puding ni pada Adha, dia ada kat taman depan tu.”  Arahan Ayah lembut namun tegas.
“Kenapa adik? Ayah je lah yang pergi hantar.” Aku cuba menolak, Cikgu Razif dan Mak Cik Dhia hanya senyum memerhatikanku.
“Ishh Adik ni, ada pulak cakap macam tu.  Pergilah.”  Kini ibu pula yang menyuruhku.  Aku terpaksa akur dan mengambil sepiring puding jagung di atas meja tamu lalu membawanya ke taman kecil yang direka sendiri oleh ayah yang berada tidak jauh dari rumah.
“Adha, ayah saya suruh hantarkan puding ni.”  Adha sedikit terperanjat dengan kemunculanku.  Iyalah tanpa salam tiba-tiba sahaja terhulur sepiring puding di depannya.
“Terima kasih, susah-susah aje.”  Ujarnya penuh sopan. “Eh awak nak kemana tu? Duduklah dulu.”  Kata-kata Adha itu mematikan langkahku dan aku akur lalu duduk di bangku bertentangan dengan Adha.
“Siapa yang masak puding ni? Awak ke?”  Tanya Adha seraya menyuap sepotong puding ke dalam mulutnya.
“Mestilah ibu saya, saya ni manalah pandai masak.  Nasi tu pun nasib baiklah guna periuk letrik, kalau tidak memang sah hangus.”  Adha tergelak kecil mendengar pengakuan jujurku itu.
“Saya tak pernah tengok orang yang jujur macam awak ni.”
“Tak apalah sekarang dah tengok kan?”
“Jujur tu bagus.  Innocent, saya suka.” 
“Tapi tak semua perkara saya akan jujur, ada juga yang saya sendiri tak mampu dan tak boleh nak cerita atau luahkan.”  Aku mengalihkan pandangan ke arah kolam kecil di sebelah kiriku.
“Contohnya apa?” Adha ternyata berminat untuk tahu tapi tak mungkin aku perlu meluahkannya pada lelaki yang agak asing ini. “Awak ada mohon kerja kat mana-mana syarikat?”  Adha cepat-cepat mengubah topik perbualan, mungkin kerana dia dapat menghidu ketidakselesaanku dengan soalan yang ditanya itu.
“Tak, saya tunggu panggilan JPA sebab saya under JPA.” Aku menghadiahkan senyuman nipis kepada Adha.
“Oh, sebelum tu tak ada planning nak kerja sambilan dulu?” 
“Tak kot sebab saya nak spending time dengan ayah dan ibu je, lagi meaningful kan?”
‘ Betul, saya setuju dengan awak.’
‘ Oh ya, awak kerja kat Hospital mana?’
‘ Klang.  I hope that you will get a job in Klang or near area.’  Aku mengerutkan dahi
(Apa kes pulak Adha ni nak aku kerja kat situ.)
‘ Why?’
‘ Yalah, nanti senang la kita nak jumpa ke? Kalau ada apa-apa hal, boleh saya tolong ke.’
‘ Saya dah besarlah awak.  Pandailah saya nak berdikari.  Mentang-mentanglah saya ni anak bongsu ya.’  Kataku dengan nada gurauan.
‘ Yalah, anak bongsu dan manja pulak tu kan?’  Adha seperti sengaja ingin mengusikku.  ‘ Yang tu awak tak boleh marah, ayah awak yang cerita tadi.’  Aku hanya tersenyum dan mengiyakan di dalam hati.  Benar kata Adha aku memang manja.  Bukan sahaja dengan ayah dan ibu malahan juga dengan ketiga-tiga abangku.
………………………………………………………………………………………………………………..
‘ Ayah nak epal?’  Pelawaku sambil menghulurkan sebiji epal di tangan.
‘ Ai anak dara ayah ni, ada nak bagi ayah epal macam tu je.  Kalau ya pun, potong la dulu.’  Bebel ayahku.
‘ Biasa ayah ambik je, kenapa hari ni siap bagi ceramah pendek lagi.’  Tanyaku hairan.
‘ Yalah, sekarang Adik kenalah belajar buat kerja dengan teratur.  Takkanlah nanti nak bagi epal sebiji macam tu dekat suami adik.’  Aku tersedak mendengar kata-kata ayah, habis bersembur epal di dalam mulutku.  Ayah mengurut belakangku perlahan-lahan.
‘ Kenapa sampai tersedak ni?’  Tanya ibu yang baru datang dari dapur.
‘ Ayah ni ibu, tiba-tiba aje ca….kap pasal suami.  Geli la te…kak adik.’  Aku masih terbatuk-batuk kecil.
‘ Kejap ibu ambilkan air, tengok tu habis bersembur-sembur epal kat lantai.  Nanti ibu bersihkan.’  Ibu cepat-cepat kembali ke dapur.
‘ Jangan biar ibu buat, adik kena kemaskan sendiri.  Macam mana ni, semua benda mesti ayah dan ibu buat.  Masa di Korea boleh je berdikari kan?’
‘ Ya ayah, adik bersihkan nanti.’  Aku mula buat muka seposen.
‘ Tengok tu, mula nak merajuk la tu.’  Ayah menjeling tajam.
‘ Mana ada merajuk la ayah.’  Aku cepat-cepat mengukir senyuman di bibir.  ‘ Tapi ayah jangan la sebut benda-benda mengarut macam tu dah.’  Sambungku kembali dan terus mengalih pandangan ke kaca televisyen.
‘ Benda tu bukan mengarut tapi sesuatu yang pasti adik akan lalui.’
‘ Ayah, tengoklah drama ni best.  Hero dia handsome la ayah.’  Aku cepat-cepat mengalih topik namun melihat pandangan serius ayah membuatkan aku cepat-cepat mencari helah lain untuk lari. ‘ Ibu ni mana? Lama betul ambik air, adik pergi tengok kat dpaur ya.’  Aku cepat-cepat bingkas bangun ingin menuju ke dapur. ‘ Epal yang berterabur tu kejap nanti adik sapu.’  Belum sempat ayah membuka mulut, aku bertindak lebih pantas.
………………………………………………………………………………………………………………..
Aku mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah jambu dari dalam almari pakaianku.  Di dalam kotak kecil itu tersimpan kenangan-kenangan bersama seseorang.  Seseorang yang kini cukup jauh dariku.  Sebuah buku nota dan headband  yang kedua-duanya berwarna merah jambu kukeluarkan dan ditatap.
( Kenapa aku masih simpan barang-barang ni, aku patut buang je.)  Aku mengutuk diri sendiri.  Entah kenapa perasaanku terhadap Min Hyuk tidak pernah berubah dan setiap hari aku dapat merasakan kerinduanku kepada lelaki itu semakin menebal walaupun perkara terakhir yang dilakukan olehnya kepadaku ialah melukakan hatiku.   Mungkin masa akan membawa pergi bersama-sama perasaan cintaku dan juga kerinduan pada Min Hyuk.
Seharusnya aku membenci lelaki itu tetapi entah kenapa sebesar zarah pun perasaan benci tidak terbit dari hati.   Kadang-kadang aku terasa diriku terlalu bodoh mencintai lelaki yang telah mempermainkanku itu.
( Ya ALLAH bantulah aku untuk memadamkan perasaanku pada lelaki tu.)  Tidak cukup di atas sejadah aku berdoa tentang perkara yang sama malahan kurasakan hampir setiap degup jantungku aku berdoa tentang perkara itu. 
Kepedihan, keperitan, kesakitan ini terasa seperti memamah hatiku.  Hanya ALLAH yang tahu perasaanku namun aku tetap bersyukur kerana air mataku hanya gugur sekali kerana lelaki itu.  Tiada guna untuk membazirkan air mata kerana lelaki seperti itu biarlah seksa bagaimana sekalipun.
Mujurlah ayah dan ibu tidak pernah menghidu perasaanku ini.  Keceriaanku adalah senjata utama untuk menutup segala yang membelenggu hati ini.  Bagiku ayah dan ibu tidak perlu tahu semua ini, tak mungkin aku akan ceritakan perkara yang telah dilarang sama sekali oleh ayah.
Deringan telefon bimbit mematikan fikiranku.  Aku cepat-cepat meletakkan kembali barang-barang kenagan tersebut ke dalam kotak.  Telefon di atas meja dicapai dan aku melihat nama Nadia tertera di skrin.
‘ Assalamualaikum kakak kesayangan saya.’  Ujarku riang lantas duduk di birai katil.
‘ Waalaikumussalam orang yang perasan muda nak jadi adik saya tu.’  Balas Nadia dan disertai dengan galak tawanya.  Aku turut sama tertawa.
‘ Rindu aku ya?  Baru tiga hari lepas kan telefon aku.’ 
‘ Eii tengok tu perasannya dia tapi memanglah aku rindu kau pun, dah sebulan ni tak jumpa.  Rindu sangat nak gaduh dengan kau.’ 
‘  Eii, kalau depan aku ni memang aku cubit tau.’  Aku yakin ada sesuatu yang ingin dikhabarkan oleh Nadia. ‘ Okay, back to the main point.  Apa hal telefon aku ni?’ 
‘ Ada dua perkara aku nak bagitau kau ni.  Yang pertama, minggu depan aku akan mula masuk office daddy aku dan yang kedua Farid dengan aku dah buat keputusan untuk bertunang bulan depan.’  Jelas kedengaran keceriaan pada kata-kata Nadia.
‘ Yeke, Alhamdulillah untuk kedua-duanya.  So means aku boleh la suruh kau belanja aku kan sebab kau yang masuk kerja dulu dan kawan aku sorang ni akan naik pelamin tak lama lagi.’  Ada tawa terselit pada kata-kataku.
‘ Ishh kau ni, cakap pasal naik pelamin pulak.  Bulan depan bertunang.’  Pastinya Nadia tersipu-sipu malu sekarang.
‘ Eh bulan depan tu bila, angah aku kahwin bulan depan jugak.’  Aku tiba-tiba resah gelisah.
‘ Jangan risaulah, kan kau dah cakap yang angah kau kahwin akhir bulan, jadi kami bertunang awal bulan.  Aku mestilah nak kawan aku yang paling nakal ni datang majlis bertunang tu.’  Jelas Nadia dan aku menarik nafas lega.
‘ Nasib baik, cuak dah aku tau tak.  Eh, barang-barang hantaran dan persiapan macam mana?  Dah start  beli?’  Tanyaku dengan nada yang agak risau, maklumlah hanya tinggal dua minggu sebelum awal bulan depan.
‘ Yang tu semua mummy daddy aku yang uruskan.  Aku tinggal pilih je.  Kalau boleh aku nak kau datang sini lebih awal, boleh kan?  Nanti aku datang jemput kau kat Johor ya.’  Nadia seperti memujukku namun sudah tentu aku setuju dengan pelawaannya itu.
‘ Mestilah boleh tapi tak payah mengada-ngada nak ambik aku.  Ingat K.L dengan J.B ni boleh sampai dalam masa sejam je kan.  Aku boleh datang naik bas je la, mudah dan murah tau tak.’
‘ Mana boleh macam tu, aku yang akan datang jemput kau.  Aku yang beria nak kau datang awal kan jadi biarlah aku yang ambik kau kat sana.’  Nadia masih tidak mahu mengalah.
‘ Jangan degillah, lagipun nanti kau nak buat persiapan terakhir lagi.  Kau nak aku datang ke tidak?’  Kata-kataku berbunyi tegas.
‘ Nak tapi aku tak nak susahkan kau la.’
‘ Susahkan apa nya, kau nak suruh aku ungkit ke semua barang-barang yang mummy and daddy kau pernah bagi kat aku masa kita kat Korea dulu tu?’  Ugutku.  Ya, terlalu banyak aku terhutang budi dengan ibu bapa Nadia.  Mereka tidak pernah datang dengan tangan kosong apabila melawat anak tunggal mereka itu di Korea, pasti ada-ada sahaja yang mereka bawakan untukku.  Tidak kira dalam bentuk makanan, barangan dan macam-macam lagi.
‘ Janganlah cakap macam tu.  Ya, aku kalah ni tapi jangan gatal-gatal cakap yang aku tak boleh pick up kau dekat bus stand.’
(Macam tahu je aku nak cakap pasal tu.)
‘ Okay, yang ni aku kalah.  Kita seri okay.’  Aku memuncungkan bibir, tunjuk protes walaupun Nadia tiada di hadapanku.
………………………………………………………………………………………………………………..
Sudah tiga hari aku menerima mesej dari sesorang yang tidak kukenali.  Sudah tidak terkira mesej yang diberikan kepadaku dan mesejnya hanya berbunyi ‘Assalamualaikum’ namun tidak pernah sekalipun mesej-mesej itu dibalas.
( Ah, tak kuasa aku nak melayan mesej entah sape-sape tu.)
………………………………………………………………………………………………………………..
‘ Ayah, tengahhari ni nak masak apa?’  Tanyaku tatkala melabuhkan punggung di sebelah ayah.
‘ Anak ayah ni tanya, nak masak ke?’  Aku tahu ayah sedang memerliku.
‘ Tu perlilah tu.  Mentang-mentanglah anak ayah ni tak pandai masak kan.’  Aku pura-pura merajuk.
‘ Memang pun, lepas tu hobinya merajuk je kan?’  Ayah semakin galak menyakatku.
‘ Ayah.’  Aku tidak jadi merajuk dan hanya tertawa kecil.  Tawaku mati tatkala telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.  Telefonku ambil dan mesej itu dibuka. 
‘ Hantu ni lagi.’  Kataku perlahan namun dapat didengari ayah.
‘ Hantu mana pulak?’  Tanya ayah hairan.
‘ Hantula tu ayah, dia hantar mesej tiap-tiap hari, sehari sampai berpuluh-puluh kali tapi tak bagitau dia tu siapa, yang dia tulis Assalamualaikum je.’  Senafas aku menerangkan perihal mesej itu kepada ayah.  Aku menghela nafas panjang.
‘ Aih, tak tahu pulak ayah yang hantu pandai bagi salam.’  Ayah kena virus melawak agaknya hari ni.  Akau tergelak besar sehinggakan ibu yang berada di dalam bilik keluar.
‘ Astaghfirullahhalazim.  Anak dara, gelak tu biar sopan sikit.  Ni satu kampung boleh dengar.’  Aku masih ketawa walaupun ditegur ibu.  Ibu datang kearahku dan mencubit kedua-dua belah pipi tembamku.
‘ Ibu, sakit.  Tak gelak macam tu dah.’  Padahalnya cubitan ibu langsung tidak pedih.
‘ Manjanya anak ibu ni, cubit sikit pun cakap sakit.’  Ibu kini sudah duduk di sebelahku.
‘ Ibu, ayah kena virus badut hari ni.  Asyik buat adik gelak je.’  Jelasku pendek.
‘ Adik tak tahu ke, ayah memang pernah ada cita-cita nak jadi badut tapi tak kesampaian sebab dah jadi cikgu dulu.’  Ibu pula cuba melawak dan aku tertawa lagi tapi kali ini tanganku menutup mulut.  Bimbang tawaku akan kuat seperti tadi.
‘ Ibu cakap ayah, padahal tengoklah ibu pun ada kemahiran nak jadi badut jugak, adik pun gelak kan.’  Ayah tidak mahu mengaku kalah.
‘ Yalah, dua-dua nak jadi badut kan.  Esok adik pergi beli hidung merah tu dengan rambut afro warna-warni.  Pinjam baju McDonald sekali tau, barulah the real clown.’ Ayah dan ibu turut ketawa mendengar celoteh mengarutku itu.
‘ Mari sini ayah tengok nombor ‘hantu’ tu.’  Ujar ayah setelah mampu menahan tawanya.  Aku menghulurkan telefon bimbitku namun masih lagi ketawa dan ibu juga masih belum berhenti ketawa.
‘ Biar ayah cuba telefon tanya siapa hantu tu.’ Kata-kata ayah mematikan tawaku. 
‘ Tak payahlah ayah, buat apa.’  Aku cuba mengambil kembali telefon bimbitku namun ayah bingkas bangun dan menuju ke anjung dengan membawa bersama telefon bimbitku.
Ayah kembali ke ruang tamu setelah lima minit ke anjung sambil ketawa.  Aku dan ibu saling berpandangan dan serentak mengangkat bahu. 
‘ Abang kenapa ketawa sorang-sorang, hantu tu pandai buat lawak ya?’  Ayah semakin galak ketawa mendengar kata-kata ibu dan ibu sedikitpun tidak terkesan dengan lawak rekaannya itu.  Aku sama-sama menyertai ayah ketawa.
‘ Adik, sebab tu kalau orang mesej balas.  Ini, senyap aje tak dibalas.  Hantu tu rupanya, Adha.’  Ayah menghulurkan telefon bimbitku dan talian masih belum dimatikan.
‘ Hello.  Cakaplah ni nombor awak dari awal kan senang.’  Bebelku pendek.
‘ Saya cuma nak tengok reaksi awak bila ada nombor asing kacau awak.’ 
(Hello, kau ingat aku ni layan sangat ke nombor-nombor asing tu.  Tak kuasa aku.)  Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati.
‘ Awak panggil saya hantu pulak tu.  Aishhh, cubalah bagi gelaran sedap sikit.  Mystery guy ke?’  Sambung Adha apabila aku tidak memberi reaksi.
‘ Saya manalah tahu pemilik nombor ni lelaki ke perempuan.  Kang panggil macam tu sekali perempuan.’  Aku sedikit tertawa dan aku dapat mendengar tawa Adha juga.
So sekarang dah tahu siapa pemilik nombor ni jadi tak ada alasan untuk tak balas mesej saya kan.’
‘ Okay, nanti saya balas la ‘Waalaikumussalam’.”  Perliku dan Adha masih tertawa.
Ayah tersenyum memerhatikanku dan ternyata ayah khusyuk mendengar perbualanku dan Adha.  Sesekali ayah juga tertawa mendengar kata-kataku.  Hampir sepuluh minit aku dan Adha berbual di telefon dan akhirnya aku yang bertindak menamatkan perbualan.
‘ Apa pendapat adik tentang Adha?’  Aku mengerutkan dahi mendengar soalan ayah itu.
“ Ibu aje lah yang jawabkan soalan ayah tu.”  Aku mengalihkan pandangan ke arah ibu.
“ Ibu tak padailahjawab, nanti dapat kosong.”  Lawak ibu membuatkan aku tertawa.
“ Ibu cubalah dulu, mana tahu ayah murah hati bagi markah kesian.”  Aku mengalih pandangan ke arah ayah yang berwajah serius. “ Kenapa ayah serius ni? Takut adik.”  Aku bingkas bangun dan duduk di sebelah ibu.
“ Ayah tanya betul-betul, janganlah main-main.”  Tegas sekali kata-kata ayah.
“ Okay, adik jawab ni.  Dia tu handsome, putih, tinggi.”  Kata-kataku membuatkan ayah tersenyum.
“ Maksud ayah bukan dari segi fizikal tapi dalaman dia la.”
“ Ayah ni, apalah baru je kenal dia tiba-tiba tanya macam tu.  Manalah adik tahu.  Tanyalah dia sendiri.”  Aku masih cuba berceloteh. “ Hormat orang tua, sopan, lagi apa ya.”  Aku cepat-cepat menyambung kata-kata apabila muka ayah kembali serius.
“ Adik suka?”  Giliran ibu pula bertanya.
“ Apa, sifat dia tu ke?  Sifat macam tu semua orang pun suka kan ibu.”
“ Adik masih tak faham lagi ke apa yang ayah cuba sampaikan?”  Ayah merenungku tajam.
“ Ayah nak sampaikan sesuau ke?”
“ Ayah sebenarnya suka dengan sifat Adha tu, jadi tak salah kalau ayah berhasrat jadikan dia sebagai menantu.” Kata-kata ayah mengejutkanku namun aku pura-pura ketawa.
“ Apalah ayah ni nak melawak lagi.”
“ Muka ayah ni nampak macam tengah melawak ke?”  Aku mati kata-kata mendengar pertanyaan ayah yang jawapannya sudah terserlah melalui air muka ayah yang serius.
“ Ayah ibu, adik masuk bilik dulu.” Hanya itu yang mampu kukatakan.

8 comments:

  1. adeh...parents aimin dah terpikat dgn adha la pulak..camne ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi,adha tu kire menantu idaman so of coz la terpikt

      Delete
  2. hihik..suspen jer ingatkn min hyuk yg sms aimin tu..siap bagi salam.. kot2 tetiba min hyuk convert..upernya adha..

    ReplyDelete
  3. yelah,ibu bapa mana tak terpikt ngn lelaki mcm adha tu, kire menantu idaman la jugak tu~hihi,seems cinta baru da dtg kan~

    ReplyDelete
  4. cinta yg datang tanpa paksaan lebih indah daripada cinta yg diatur oleh org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul,walau sebaik mana pun yg dtg tp if hati kita cuma cintakan org lain x mgkin kot kte trima die^^

      Delete
  5. bestla citer ni....x bosan... seroiusly best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot dear^^nant ajklah kwn2 bce crite ni jgk^^

      Delete