BAB 7
Aku membelek-belek
hantaran yang telah siap. Tema yang
dipilih untuk majlis pertunangan Nadia ialah hijau, warna yang cukup memberikan
ketenangan. Aku tiba di Kuala Lumpur
petang tadi dan Nadia telah menungguku di stesen bus bersama-sama Farid. Mereka nampak begitu secocok dan
sepadan. Aku dapat melihat wajah Nadia
yang sungguh berseri-seri, teruja menunggu masa untuk bergelar tunang orang.
“ Aimin, lama merenung
hantaran tu.?” Teguran Datin Zainab
mematikan lamunanku.
“ Cantik hantaran ni
auntie.”
“ Semua ni tempah
aje. Auntie bersyukur sangat akhirnya
Nadia akan bertunang dengan Farid.” Aku khusyuk mendengar luahan Datin Zainab.
“ Alhamdulillah Auntie
dan tak lama akan ke jinjang pelamin pulak.” Aku dapat melihat raut kelegaan
yang jelas terpancar di muka Datin Zainab.
“ Auntie risau
sebenarnya sebab tu lah suruh mereka tu cepat-cepat mengikat tali
pertunangan. Yalah, Aimin sendiri pun
tahu kan mereka tu macam belangkas, berkepit je kesana kemari. Ibu mana yang tak risau, jadilah biarlah dipercepatkan
semua perkara yang diwajibkan tu.” Datin
Zainab memegang lembut bahuku.
“ Auntie dah tak perlu
risau semua tu, sekarang kita doakan semuanya berjalan lancar dan Nadia dengan
Farid akan ke jinjang pelamin.” Aku memegang tangan Datin Zainab dan Datin
Zainab menyentuh lembut pipiku. Wanita
di hadapanku ini penuh dengan sifat keibuan.
………………………………………………………………………………………………………
“ Hello Pinky Girl.” Aku mengerutkan dahi membaca mesej yang baru
dihantar oleh Adha itu.
( Macam mana Adha boleh tahu aku pakai pink ni.) Aku melihat baju
kurung berwanra merah jambu yang tersarung di badanku.
Para tetamu mula
meninggalkan rumah Nadia usai makan tengahhari.
Alhamdulillah majlis pertunangan Nadia berjalan dengan lancar dan kini
Nadia sudah sah bergelar tunang Farid.
Nadia kelihatan sungguh cantik dengan mengenakan sepasang kebaya moden
berwanra putih yang ditempah khas.
“ Saya mesej awak tak
balas pun ya.” Satu suara menegurku dari
belakang. Aku tidak jadi menyuap nasi ke
dalam mulut. Nadia di sebelahku juga
menoleh mencari pemilik suara itu.
“ Adha, macam mana awak
boleh ada kat sini?” Tanyaku kehairanan.
“ Kau kenal Adha ke
Aimin?” Farid yang duduk bertentangan
dengan Nadia ternyata mengenali Adha.
“ Kenal, Adha anak
kawan ayah aku.” Adha kini sudah mengambil
tempat di kerusi kosong bertentangan denganku.
“ Farid ni anak sepupu
abah saya jadi.” Jelas Adha dan aku
mengangguk.
“ What a small world?” Nadia menyampuk dan tersenyum ke arahku.
“ By the way, congratz bro. Aku
doakan semoga ke jinjang pelamin.” Adha
menepuk bahu Farid.
“ Eh kau dah makan ke?
Marilah join sekali.” Pelawa Farid.
“ Ishh, aku dah makan
tadi dengan abah. Kami dah nak balik pun
ni. Kenyang sangat dah ni.” Adha
mengusap-usap perutnya.
“ Lah, dah nak balik
ke? Kita gerak sekali la.”
“ Tak apalah bro, abah
dengan mak aku nak jenguk adik bongsu aku kat UKM pulak lepas ni. So,
kami kena gerak cepat.”
“ Oh. Eh yang bunga dua kuntum ni senyap je
kenapa?” Farid menegur kami berdua. Aku
yang baru menyuap nasi ke mulut hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka.
“ Orang lelaki berborak
so kami diam aje la.” Ujar Nadia
sambil tersenyum manja ke arah Farid.
“ Aimin, abah dengan
mak saya nak jumpa awak dulu sebelum kami balik.” Kata-kata Adha membuatkan aku
tersedak. Terasa pedih tekakku. Nadia mengurut-urut belakangku.
“ Ya ALLAH, Aimin awak
okay ke? Saya minta maaf, saya tak sengaja nak buat awak tersedak.” Adha nampak
cukup panik. Mataku sudah mula
merah. Nadia membantuku menghirup air
ribena. Aku hanya menganggukkan kepala
kerana aku tidak mampu berkata-kata.
(Apahal pulak mak ayah dia nak jumpa aku ni. Cuak betullah.) Aku hanya mampu
berkata-kata di dalam hati.
Aku akur dengan
permintaan ibu bapa Adha. Mereka nampak
begitu gembira melihatku dan Mak Cik Dhia sempat menghadiahkanku sehelai jubah
kepadaku. Aku sangat berbesar hati
menerimanya namun aku hairan mengapa Mak Cik Dhia terlalu prihatin terhadapku
padahal ini baru pertemuan kedua kami setelah hampir sepuluh tahun tidak
bersua.
………………………………………………………………………………………………………
Sudah hampir tiga bulan
aku menjadi suri rumahtangga tidak bertauliah.
Sehingga kini tiada apa-apa panggilan kerja. Benar aku tidak pernah bosan di rumah namun
terasa agak membebankan ayah dan ibu kerana mereka terpaksa menanggungku. Seharusnya aku membantu meringankan beban
mereka setelah tamat pengajian.
“ Adik, kau ni lipat
baju ke berangan?” Abangku yang ketiga mencuit bahuku.
“ Lipat bajulah, tak
nampak ke?” Aku menjegilkan biji mata.
“ Kau kena tunggu
berapa lama panggilan kerja JPA tu?”
Abangku sudah melabuhkan punggung di sofa dan matanya telah melekat di
kaca televisyen.
“ Dua tahun.” Jawabku
pendek seraya tanganku kembali ligat melipat timbunan baju kering di hadapanku.
“ Kau tak nak kerja
apa-apa ke dulu, at least dapat jugak
duit poket.”
“ Adik duduk rumah pun
ibu dengan ayah still bagi duit, along dengan angah pun ada jugak
hulur. Abang tu je yang taik idung
masin.” Aku menjuihkan bibir.
“ Woit, kau pernah rasa
taik idung aku ke? Aku tak tau pun taik idung aku ni masin.” Melawak la pula
abangku ini namun aku langsung tidak ketawa.
Abang tertawa dengan jenakanya.
“ Pengotor la kau ni
abang, buwekk.” Aku pura-pura loya.
“ Alah, aku bukan
kedekut tapi aku nak simpan duit dulu nak kahwin.”
“ Eh, angah baru je
sebulan kahwin. Kalau ya pun sabar-sabarlah
dulu. Abang tu baru 24 tahun.”
“ Biarlah, aku yang nak
kahwin bukan kau. Nah duit. Lepas ni jangan nak cakap aku kedekut
lagi.” Abang Aidil menghulurkan sekeping
duit seringgit kepadaku.
“ Dasar taik idung
masin.” Aku menghulurkan kembali duit seringgit itu.
“ Kau cakap apa?” Abang
menarik rambutku yang dibiarkan lepas.
Aku tidak mahu mengaku kalah dan mencubit lengannya sekuat hati.
“ Sakitlah!!” Jeritan
abang menggegarkan isi rumah.
“
Astaghfirullahhalazim, Aidil! Aimin! Apa ni, macam budak-budak.” Ibu berlari
anak ke arah kami dan cuba meleraikan ‘pergaduhan’ antara aku dan abang.
“ Abang tarik rambut
adik bu.” Aku mula mengadu setelah ibu berjaya meleraikan kami.
“ Adik yang mulakan
dulu. Dia cakap abang taik idung masin.”
Abang tidak mahu mengaku kalah dan turut sama mengadu.
“ Apa nak jadilah, dah
besar panjang pun nak bertumbuk lagi.
Malulah sikit. Masa sorang kat
Korea, sorang kat sini sibuk sangat tanya pasal hal masing-masing, tapi bila
dah berjumpa pulak asyik nak bergaduh je.
Tak sayang ibu ke? Nak suruh
darah tinggi ibu ni naik?” Ibu terduduk di sofa.
“ Ibu.” Aku dan abang
serentak memanggil ibu dan kami sama-sama memeluk ibu.
“ Ya, lepas ni abang
takkan bergaduh dengan adik.” Abang
mengukir janji. Tanpa dilihat ibu aku
mencebik ke arah abang dan abang membalas dengan menjelirkan lidahnya.
Ibu menepuk lembut bahuku
dan abang, jelas ibu tampak lega. Aku
dan abang memang bagaikan anjing dengan kucing.
Setiap kali bertemu pasti ada pertelingkahan yang tercetus. Mungkin kerana perbezaan umur kami hanya
setahun maka kadang-kadang aku terlupa yang dia ialah abangku. Walaupun kami sentiasa bergaduh namun
masing-masing tahu bahwa kasih sayang antara kami adik beradik tetap utuh. Yalah, siapa tak sayang abang.
………………………………………………………………………………………………………
“ Ayah, ibu tengok ni.”
Aku berlari mendapatkan ayah dan ibu yang duduk berehat di taman.
“ Kenapa lari macam tak
cukup tanah ni?” Tanya ayah kehairanan.
“ Adik dah dapat
tawaran kerja, minggu depan kena lapor diri.
Kerja kat K.L.” Ujarku riang sambil menghulurkan surat tawaran yang baru
kubuka sebentar tadi.
“ Alhamdulillah.” Ibu
mengucapkan syukur kepada Ilahi. Aku
memeluk ibu tanda gembira dan seterusnya memeluk ayah.
“ Mujur dapat di K.L,
bolehlah Along tengok-tengokkan adik nanti.” Ujar ayah yang turut gembira
dengan berita itu.
“ Bestnya, nanti tiap-tiap minggu boleh jumpa Daniel.” Aku terus
terbayang wajah comel anak saudaraku itu.
“ Esok bolehla ke
bandar, beli barang-barang untuk bawa ke sana.” Kata-kata ibu membuatkan aku
tergelak kecil.
“ Ibu, nak beli barang
apa? Bawak baju sudahlah.”
“ Barang-barang
kegunaan lain kenalah beli jugak.”
“ Ibu janganlah risau,
bukannya adik nak kerja kat Korea pun.
Kat K.L tu nanti kita belilah.
Tak payah susah-susah bawak dari sini.”
Aku cuba menenangkan ibu.
“ Amboi, sebut Korea
tu. Ada hati nak balik ke sana? Cukup-cukuplah belajar di sana.” Perli ayah sambil menjeling penuh makna.
“ Selingan je la
ayah. Buat apa nak balik ke Korea tu.”
“ Jomlah kita naik,
boleh mula kemas barang-barang adik.
Lagi empat hari je ni, lambat-lambat kemas nanti takut ada barang yang
tertinggal.” Aku mengangguk mendengar kata-kata ibu.
………………………………………………………………………………………………………
Ibu membantuku
mengemaskan pakaian yang ingin dibawa ke Kuala Lumpur. Satu bagasi telah dipenuhi dengan pakaian dan
kini tinggal satu bagasi lagi untuk mengisi barang-barang keperluan lain
termasuk patung beruang kesayanganku.
“ Kotak apa ni adik?”
Aku tidak jadi mengambil Kiki, patung beruangku yang berwarna merah jambu.
“ Tak ada apa-apa ibu.”
Air mukaku berubah. Aku megambil kotak
merah jambu itu dan meletakkannya ke dalam bagasi. Mujurlah ibu tidak bertanya lebih lanjut
ttentang isi kandungan kotak itu. Ibu
kembali membantu aku mengemaskan barang-barang.
alam pekerjaan..tidak sama sepeti apa yg disogokkan semasa belajar..
ReplyDeletehaha,ni kne berguru byk dgn kak sha coz ania x prnh lg merasa alm pekerjaan^^huhu
ReplyDeletehihik..bleh bg tips tapi kena alami sendiri..coz nature of work kn lain2...hihik...
ReplyDeletehihi,kalo nk tgu alami tatau la ble k.sha^^lmbt lg kot
Delete