pic puding roti ni ehsan http://tengkubutang.blogspot.com/2013/05/resepi-puding-roti-farah-lee.html
BAB 2
by ANIA MALNA
HCT
(lau rajin,sile2 ler komen ye^^)
Aku
mengunyah pop corn tidak berhenti-henti.
Bahagianya aku saat ini kerana di dalam pelukanku ada dua pop corn
berperisa caramel yang baru sahaja dibeli oleh Ikhwan. Setelah pulang daripada butik pengantin aku
terus menuntut janjinya kepadaku. Bimbang
nanti lupa pula, itu pun pada mulanya dia buat-buat lupa. Mahu tidak bengang aku, mujurlah waktu itu
ada bakal ibu mertuaku, jika tidak sudah tentu perang tercetus antara kami.
“Ehem, orang sebelah saya ni tak nak
bagi ke sikit pop-corn tu?” Aku
pura-pura tidak mendengar teguran Ikhwan.
Tidak sedar diri, sudahlah makan pop-corn yang dibeli olehnya tapi tidak
mahu menghulur walau seulas. Kedekutnya
Afrina Imani!!!
“Ehem, ulang suara.” Ikhwan menguatkan suaranya.
“Awak jangan bisinglah, saya nak
dengar lagu ni. My favourite tau.” Aku
mencari alasan. Dasar kedekut tahi
hidung tak tahulah masin ke tidak. Tak
pernah pulak aku rasa.
“You,
tolonglah suap 1.” Ikhwan membuka mulutnya.
“Eiii, tak nak.” Aku laju aje menggelengkan kepala. “Awak, ada tangan kan. Cukup sepuluh jari kan? Suaplah sendiri.” Aku menjelirkan lidah. Buruk perangai.
“Amboi, ingat comel sangat jelir
lidah tu. Tak baik tau. I ni
bakal suami You.” Nada Ikhwan sedikit tegas namun dia tetap
menghadiahkan senyuman nipis.
“Okay, patik pacal yang hina mintak
ampun dan maaf.” Aku sudah
tersengih-sengih.
“Maaf diterima tapi kalau You bagi I pop-corn.” Ikhwan
mengerlingku seketika. Dia sedang
memandu jadi manalah boleh menatap wajah aku yang comel ini. Opsss, perasan pulak.
“Boleh tapi I ada satu teka-teki
untuk awak. Kalau dapat jawab baru I
bagi.” Aku memeluk kemas kedua-dua
pop-corn bersaiz besar. Bimbang diambil
oleh encik tunangku.
“Apa dia?” Ikhwan nampak teruja dengan teka-tekiku.
“Benda apa yang, kalau satu tak
cukup….” Aku mengangkat jari
telunjuk. “….dua tak cukup….” Mengangkat dua jari pula. “ tiga, empat, lima, sepuluh, seratus tetap
tak cukup dan..”
“Saya tahu.” Ikhwan sudah sengih beria menampakkan barisan
giginya yang putih bersih lalu menampakkan lesung pipitnya yang dalam
mengalahkan kawah bulan. Geram pula
hendak dicucuk dengan pop-corn, mau muat rasanya.
“…eh tapi I tak habis lagilah.” Aku
mengerutkan dahi.
“Tak payah, I dah tahulah
jawapannya. Pop-corn kan?” Ikwan
tergelak kecil.
Kurang asam belimbing betullah encik
tunang. Macam mana dia boleh tahu? Ada jawapan ke dekat dahi aku ni? Atau dia nampak apa yang ada dalam fikiran
aku? Pelik benar. Padahal soalan teka-teki susah aku bagi, teka
teki yang tidak pernah orang sebutkan kerana ia adalah teka-teki rekaan aku.
“Mana awak tahu?” Aku sudah menghulurkan pop-corn kepada Ikhwan
dan Ikhwan menalakan mulutnya tanpa mengalihkan pandangan. Minta disuaplah, apa lagi. Belum kahwin lagi sudah hendak bermanja. Geram betullah. Sabar-sabarlah sikit. Dengan malas aku menyuapkan juga pop-corn ke
mulutnya walhal aku memang tidak suka bersuap-suap begini. Ishhh geli geleman dibuatnya. Jika bersuap-suap dengan mama dan papa
haruslah wajib, setiap hari, ketika makan.
“Senang sangat teka-tekinya. Sambil mengunyah sambil mengira, satu tak
cukup, dua tak cukup, seratus tak cukup.
Jawapan ada depan mata tapi kalau You, I rasa sejuta pun tak cukup. Kalau tak percaya cuba you kira ada berapa
ulas pop-corn dalam satu bekas ni.” Aku
mengangguk-angguk. Mengiyakan kata-kata
Ikhwan.
“Satu.” Aku menyuap pop-corn ke dalam mulut. “…dua..”
suap lagi. “….tiga…” terus menerus
menyuap.
“Sayang, kenapalah awak ni lurus
macam tiang gol. Takkanlah awak nak kira
sampai habis pop-corn tu.” Ikhwan ketawa
kecil sambil menggelengkan kepala.
“Kan awak suruh tadi.” Aku mengerutkan dahi.
“Memanglah saya suruh tapi tak
semestinya awak kena ikut. Ni kes nak
jadi isteri solehah la ni ya? Ikut aje
apa yang suami perintahkan.”
“Iyalah, nanti tak ikut cakap suami
berdosa tau. Biarlah I nak berlatih
dulu.”
“Eii, tunang saya ni. Lurus macam tiang, manja, suka merajuk, suka
cari pasal dengan saya dan macam-macam lagilah tapi tetap comel.” Tangan kiri Ikhwan laju mencubit pipi kananku.
“Awak!!! Tak nak peganglah, saya
belum sah lagi tau tak. Nanti dah kahwin
awak nak pegang pipi saya dua puluh empat jam pun saya dah tak kisah.” Aku cepat-cepat melarikan wajah hingga ke
cermin kereta. Pipi yang dicubit tadi
kuusap lembut. Sakit tidak terasa tapi
sengaja, mengada-ngada.
“Okay, sorry B.” Ikhwan membawa
tangannya kembali ke stereng kereta.
“Betul dah kahwin nanti saya boleh cubit pipi awak selalu? Kalau macam tu, kita kahwin
sekaranglah.” Ikhwan sudah mula
mengada-ngada. Eiii geram.
“Eiiiii, jangan nak gatal sangat
boleh? Mentang-mentanglah mummy tak nak balik sekali dengan
kita. Kalau mummy ada mesti awak tak berani nak cakap mengarut-ngarut
kan.” Aku membesarkan biji mata.
“Garangnya B, takut I.” Ikhwan mula mempamerkan wajah ketakutan dan
tawaku terlerai.
Kami memang begini. Bila berdua tidak akan ada istilah sunyi
sepi. Pasti kecoh sekereta. Ada sahaja yang hendak didebatkan,
dibalahkan, dibahasakan dan aku tidak pernah sesekali merasa ianya
menjengkelkan malah aku senang dan gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama
encik tunang. Ikhwan juga tidak pernah
mengeluh atau lelah melayan kerenahku yang kadang-kadang menjengkelkan. Terima kasih encik tunang kerana menerimaku
seadanya.
………………………………………………………………………………………………………
Kepalaku dilentokkan ke bahu papa
yang sedang khusyuk membaca buku The
Success Principles hasil karya Jack Canfield. Papa memang minat membaca dan buku-buku
pilihan Papa ialah dari genre Islamik dan motivasi. Bilik bacaan yang terletak di tingkat atas
sudah seperti mini perpustakaan. Penuh
dengan pelbagai buku-buku yang dibeli sendiri oleh papa dan juga yang
dihadiahkan oleh rakan-rakannya.
“Papa, buat apa baca buku ni. Papa kan memang dah berjaya pun.” Aku mula membuka bicara. Bosan pula bila tiada suara antara kami. Iyalah papa punya tekun pada bacaannya bagai
tidak berkelip-kelip mata.
“Kenapa pulak tak boleh? Selagi Allah beri nikmat sihat pada kita,
kita tetap kena berusaha untuk berjaya walau dalam apa bidang sekalipun dan
satu papa nak pesan jangan pernah berhenti untuk berjaya walau kamu dah berjaya
hingga ke tahap yang kamu tuju tapi ingat, kejayaan tu juga meliputi kejayaan
di akhirat nanti. Faham anak papa?” Kata-kata papa memang tidak boleh
disangkal. Aku mengangguk-angguk, kagum
dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut papa.
“Papa, adik kagum sangat dengan
papa.” Kepalaku sudah tegak sambil mata
memandang papa. Papa tersenyum.
“Kenapa nak kagum dengan papa?” Papa mengerutkan dahinya.
“Iyalah, papa kan kira dah berjaya
dan papa bermula daripada bawah sehinggalah ke tahap sekarang ni tapi papa tak
pernah bangga diri. Sentiasa merendah
diri dalam apa pun keadaan.”
“Dalam Islam sekalipun memang
menuntut kita supaya tak bermegah diri kan.”
Papa menutup buku yang dibaca dan mengusap lembut rambutku. Aku memang suka bila diusap rambut begini
oleh mama dan papa.
“Apa yang diborakkan dua beranak
ni.” Mama datang sambil tangannya
membawa dulang yang berisi puding roti.
“Wow, mama buat puding roti. Sedapnya.”
Aku bangun mendapatkan mama dan cepat-cepat mengambil dulang di tangan
mama. Mata sudah bersinar-sinar melihat
puding roti hasil buatan mama yang nampak sungguh menyelerakan.
“Mestilah sedap kalau mama yang
buat. Mana boleh tak sedap, sebab tu lah
papa sanggup balik tiap-tiap hari untuk makan tengahari di rumah berbanding makan
dekat kedai.” Papa mula memuji mama dan
mama sudah tersenyum. Pasti tulip sudah
berkembang di taman hati mama. Iyalah,
siapa tak suka bila dipuji oleh suami.
“Biar adik suap mama dengan papa ya?” Aku sudah duduk di tempat tadi dan mama duduk
di sebelahku. Aku duduk di tengah-tengah
maka mudahlah untuk menyuap mama dan papa.
Sudu yang diletakkan di dalam dulang kuambil dan kucedokkan puding roti
yang tentunya baru sahaja dikeuarkan dari peti sejuk. Aku ni tidaklah pandai membuat puding roti
tapi selalu tengok mama buat dan yang aku tahu akhir sekali masukkan poding
roti yang telah siap ke dalam peti sejuk, lagi sedap dimakan sejuk.
“Okay, papa dulu.” Aku menalakan sudu ke mulut papa. Bibir papa bergerak-gerak membaca Bismillah
dan setelah itu puding roti selamat masuk ke dalam mulut papa. Papa mengangkat ibu jarinya tanda best.
Aku mencedokkan sesudu lagi puding
roti dan kali ini untuk mama pula. Sudu
yang berisi puding roti kubawa ke mulut mama.
Mama mengangakan mulut dengan gembira dan aku juga tentunya bahagia
kerana dapat menggembirakan mama dan papa.
Walau aku bukanlah dikategorikan sebagai anak yang sangat baik tapi
setidak-tidaknya aku punya cara sendiri untuk membuatkan mama dan papa senang
denganku.
“Mama, Ikhwan suka sangat puding
roti tau.” Ujarku sambil tangan
menyuapkan puding roti ke dalam mulut.
“Habis tu kenalah belajar buat
puding roti.” Papa menjawab sambil
tersenyum.
“Tak nak, tengok mama buat macam
susah je.” Aku mengeleng-gelengkan
kepala.
“Mana ada susah, senang je. Adik rasa susah sebab adik tak pernah cuba
untuk buat. Tengok mama buat je
kan.” Kata-kata mama betul. Aku selalunya menjadi penonton ketika mama
membuat puding roti, itupun bukan dari mula, kadang-kadang mama dah siapkan
toppingnya barulah aku masuk ke dapur melawat mama.
“Okay untuk Mr.D, adik akan belajar
buat puding roti. Esok boleh ma?” Aku jadi teruja pula hendak mencuba membuat
sendiri pencuci mulut kegemaran Ikhwan.
“Boleh, bila-bila masa pun mama
boleh tolong ajarkan adik tapi janji lepas belajar kenalah buat, nanti
lama-lama lupa pulak.” Mama
mengingatkanku sambil tersenyum.
“Okay mama, sayang mama.” Suaraku dimanjakan dan aku memeluk mama
erat.
“Anak mama dengan papa ni, umur dah
23 tapi manjanya macam umur tiga tahun.
Macam manalah nak kahwin nanti?”
Papa menepuk lembut belakangku dan aku masih lagi berada di dalam
pelukan mama. Tidak mahu meleraikan
pelukan kerana bagiku tempat yang paling selamat adalah berada di dalam pelukan
mama jadi biarlah aku berlama di tempat yang paling selamat ini.
“Tak apalah pa, nanti dah kahwin pun
adik akan balik sini hari-hari.” Ujarku
yang masih lagi di dalam pelukan mama.
“Ishh ada pulak macam tu. Mana boleh sayang, tempat isteri adalah di
sisi suaminya jadi adik tak boleh buat macam tu. Ingat, setiap apa yang adik nak buat bila dah
kahwin nanti kena mintak izin Wan. Adik
kena dengar cakap dia, jangan banyak melawan.”
Nasihat daripada papa benar namun kekeruhan mula terpancar di wajahku. Perlahan-lahan aku meleraikan pelukan.
“Tapi ma, adik tak sanggup nak
berpisah lama-lama dengan mama, papa.”
Aku beralih memandang papa.
“Bukan berpisah lama-lama. Nanti bila-bila adik dengan Wan free baliklah ke sini cuma tak bolehlah
hari-hari. Nanti apa pula kata Wan. Lagipun rumah Adik dengan Wan nanti bukannya
jauh sangat dari sini. Setengah jam aje
dah sampai. Papa dengan mama pun akan
datang melawat adik nanti.” Kata-kata
papa membuatkan wajahku kembali berseri-seri.
Benar aku tidak mampu berpisah
lama-lama dengan papa. Sudah 23 tahun
usiaku dan tidak pernah sekalipun aku terpisah lama dengan papa dan mama. Paling lama pun seminggu ketika papa dan mama
terpaksa ke luar negara atas urusan kerja, itupun terasa hendak gila tanpa papa
dan mama. Mujur juga ada Mak Kiah yang
menjadi pembantu rumah menemankan aku.
Ketika di Universiti Malaya,
rakan-rakanku beria mengajakku tinggal di Kolej Kediaman kerana kata mereka
lebih mudah untuk membuat study group serta
menyelesaikan tugasan-tugasn yang diberikan oleh pensyarah namun haruslah aku
katakan tidak. Aku rela berulang-alik
dari rumah ke universiti setiap hari tapi kesian juga Pak Karim yang perlu
menghantarku ke kuliah. Iyalah, aku
tiada lesen memandu atas alasan aku takut memandu jadi memang aku tidak pernah
belajar memandu.
Sejak dari sekolah rendah hinggalah
ke universiti aku tidak pernah dapat lari daripada ejekan rakan-rakan yang
menggelarkanku ‘anak manja’ namun ada aku kisah, suka hatilah aku nak manja
terlebih ke, bukan aku kacau hidup mereka pun.
Dengki sangat kenapa? Pergilah
bermanja dengan mak ayah sendiri, sibuk hal orang kenapa?
“Adik.” Papa menggoncangkan bahuku. Mengelamun pulak aku.
“Ya papa?” Aku tersengih-sengih.
“Berangan ke?” Papa tersenyum penuh makna. Pasti papa menyangka aku teringatkan Encik
Tunang.
“Mana ada pa.” Aku menjuihkan bibir tanda protes.
“Dah tak payah nak buat muka macam
tu. Cepat makan ni.” Papa menalakan sudu berisi puding roti ke
mulutku. Aku tersenyum dan mengangakan
mulut.
………………………………………………………………………………………………………
Troli yang masih kosong kutolak
perlahan. Mengikut sahaja langkah kaki
mama. Hari ini kami ke pasaraya untuk
membeli bahan-bahan membuat puding roti.
Seperti yang telah dijanjikan semalam, aku akan belajar membuat puding
roti daripada mama dan mama sanggup tidak ke butiknya semata-mata untuk
meluangkan masa mengajar anak bertuah dia yang seorang ini.
“Ma, banyak ke bahan-bahan yang kita
perlukan untuk buat puding roti ni?” Tangan
mama kupaut mesra dan troli ditinggalkan di belakang kami.
“Tak banyak sangat pun. Kita cuma perlukan roti, yang tu penting
sebab nama pun puding roti kan sayang.
Lepas tu kena ada telur, susu segar, gula dan keju. Kalau nak tambah sedap boleh letak
kismis.” Aku tekun mendengar penerangan
mama.
“Kalau letak coklat boleh tak
ma?” Aku laju bertanya. Coklat, salah satu kesukaanku.
“Boleh, apa salahnya. Dah jadi resepi baru macam tu, puding coklat
roti.”
“Yeay!!!” Aku bersorak kegirangan.
Mama mula mengambil bahan-bahan yang
disebutkan tadi. Tugasku hanyalah
menolak troli. Tak sabar pulak hendak
membuat puding coklat roti bak kata mama tadi.
Aku berkira-kira untuk memberikannya kepada Ikhwan, pasti dia suka. Bukan senang hendak merasa hasil buatan
aku. Terima kasih mama sebab sudi
melayan permintaan adik hingga sanggup tinggalkan butik kesayangan mama. Aku memandang wajah mama dan tersenyum
bahagia. Sayang mama!!!
………………………………………………………………………………………………………
“Papa, kenapa mesti malam ni jugak? Adik dah janji nak buat puding roti dengan
mama.” Aku mula merengek sambil
melangkah malas ke BMW X5 yang diparkir di sebelah Audi R8. Berat hati mahu pergi sebenarnya.
“Ishh adik, ada pulak cakap macam
tu. Nak pergi rumah bakal mertua ni
sayang, tak baiklah berkira sangat. Puding
roti tu nanti esok-esok kan boleh buat.”
Papa merangkul bahuku. Beri
semangat gamaknya.
“Habis tu, makan malam rumah Ikhwan
pun boleh je buat esok-esok.” Aku cepat
membidas kata-kata papa.
“Adik, kan daddy dengan mummy Ikhwan
beria ajak kita sekeluarga jadi tak eloklah kita tolak sebab tak ada hal
penting pun malam ni. Kata mereka,
hendak perkenalkan kita pada adik Ikhwan.”
Kata mama dengan lembut.
Belakangku ditepuk lembut oleh mama.
“Adik mana lagilah si Ikhwan
ni? Kan semua dah kenal, abang dengan
kakak dia pun kita dah kenal. Berapa
banyaklah adik dia.” Aku terus-terusan
protes. Tidak puas hati sebenarnya.
“Adik, dah jangan banyak cakap. Karang papa sumbat mulut dengan songkok papa
ni nak?” Papa sudah menalakan songkoknya
ke mulutku dan aku pula cepat-cepat melarikan diri ke belakang mama.
“Dah jom kita masuk. Nanti kat rumah Ikhwan jangan buat muka macam
ni, manis sikit. Nak jadi menantu Datuk
Shamsul dengan Datin Diana kan? Adik
kenalah ambik hati mereka.”
“Tak naklah kalau kena ambik hati
bagai, biarlah tak jadi menantu mereka, cukuplah jadi anak Datuk Azhar dan Datin Zuraida.” Aku sentiasa ada modal untuk membalas
kata-kata mama dan papa.
Papa mula menjelingku, aku terus
tertunduk. Bimbang juga karang
betul-betul makan songkok papa. Setelah
itu aku terus masuk ke tempat duduk belakang kereta dan sepanjang perjalanan ke
kediaman Datuk Shamsul dan Datin Diana, aku hanya diam seribu bahasa. Hanya melemparkan pandangan keluar tingkap
kereta. Bukannya merajuk cuma entahlah, tiba-tiba
aje rasa tidak kena, tidak sedap hati pun iya.
Kami tiba di perkarangan banglo
mewah kira-kira jam 8.30 malam. Eh, nama
pun banglo mestilah mewah. Aku keluar
dari kereta dengan langkah yang sedikit berat.
Rasa tidak sedap hati tadi tiba-tiba aje membuak-buak. Rasa macam mahu terkeluar aje dari
dadaku. Kenapa ya? Aku bertanya kepada diri sendiri walau memang
tidak tahu apa jawapannya.
Ketibaan kami disambut mesra oleh
bakal mummy dan daddy mertuaku. Ikhwan juga
turut sama menunggu di muka pintu. Dia
tersenyum rupa siput busuk, geram pula rasanya.
Tiba-tiba aje perasaan geram yang entah tiba dari planet mana
menerjahku, rasa macam hendak cucuk-cucuk aje lesung pipit dalam Ikhwan. Geram!!!!!
Mataku membulat, sebulat-bulatnya
apabila melihat seorang gadis berdiri di sebelah Ikhwan. Cantik, desis hatiku. Bertudung litup sepertiku juga cuma dia lebih
cantik daripadaku, sedar diri tapi aku lagi comel rasanya. Tinggi, berkulit putih dan bersih, mata bulat
yang bersinar, bibir comel bak kuntum bunga mawar, hidung mancung terletak
cantik serta bulu mata yang cukup lebat.
Semua lelaki yang melihat pasti cair, iyalah aku yang perempuan ni pun
boleh tergugat dibuatnya.
Gadis itu tersenyum manis ke arah
aku, mama dan papa. Dia menghulurkan
salam buat mama, aku sudah tidak keruan.
Mahu sahaja menjerit bertanya siapa gadis itu. Tiba-tiba aje muncul di banglo Datuk Shamsul
dan Datin Diana. Apa yang
dibuatnya? Perlukah dia berada
bersama-sama kami? Penting sangatkah dia
hingga turut menyertai kami? Rasa tidak
puas hati dan rasa resah gelisah mula berlumba-lumba di fikiranku.
Aku sempat menjeling Ikhwan namun
dia masih tersenyum. Wanita mana yang
tidak sakit hati bila melihat ada gadis cantik berdiri di sebelah tunang
sendiri. Entah dari mana datangnya gadis
cantik ini, aku sendiri tidak tahu. Aku
langsung tidak mendengar apa yang dibualkan oleh mama,papa, Datuk Shamsul dan
Datin Diana kerana terlalu asyik memikirkan perihal si gadis cantik di sebelah
Ikhwan. Aku bagaikan berada di dunia
sendiri. Di hati panas namun tetap
kubalas senyuman gadis cantik ini.
Sekadar mengambil hati, mana boleh malukan mama dan papa.
p/s: annoying betul si Afrina ni kan~
Ini bab 2 tajuknya apa? HTC tu apa?.Adakah ini cerita Beijing tu.Okay
ReplyDeleteBila dah baca cerita ini , saya boleh simpulkan kamu memang punya bakat menuliscyang besar.Bab ni sudah mengujakan.karekter 2x yang diwujudkan menjadikan cerita ini lebih menarik menjadian cerita santai dan kelakar.Kita juga dapat lihat karekter keanak-anakan Afrina memang mencuit hati.Bab 2 memberi mesej jelas tentang hubungan rapat keluarga.Pasal agama dan mengenai perlu menuntut ilmu hingga ke tua.Karekter Ikhwan memang sesuai untuk menjadi bakal suami
Afrina.pada keeluruhannya cerita ini
menarik, santai dan kelakar.Best.
HCT tu hakcipta terpelihara auntie^^ ye ni cite beijing tu tp nak tukar tajuknya cuma tak jumpa lgi tajuk yg sesuai^^hihih~
Deletethanks a lot auntie,
afrina keanak-anakan & terlebih mnja~
thanks once again!!!!
best cerita ni. serious , kagum dengan bakat akak menulis. :3
ReplyDeletetq so muchie more dearie honey madu :) :) :)
Delete