My Sweetie Readers

Tuesday, 3 February 2015

ANTARA U DAN I (AUDI) - BAB 1

AUDI  

(BAB 1)





by ANIA MALNA



SKUTER hijau milikku diparkir betul-betul di hadapan 7eleven.  Topi keledar aku kepit di bawah ketiak.  Backpack MCM berwarna biru aku sangkut ke bahu kiri.  Selesa dengan gaya sebegini.  Kaki melangkah laju masuk ke dalam 7eleven.  Aku ke bahagian roti dan dua bungkus twiggies berperisa coklat aku capai dan aku letakkan ke dalam topi keledar.  Kemudian aku ke bahagian makanan ringan dan mengambil sebungkus Chachos, juga aku letak ke dalam topi keledar. 
Kini aku ke bahagian minuman sejuk.  Baru hendak tarik pintu peti ada tangan lain pula yang melekat di situ.  Aku terus alih pandangan dan seorang lelaki tinggi lampai juga memandang ke arahku.  Wajahnya tersembunyi di sebalik full face shark berwarna merah hitam.  Tangan kirinya pada pintu peti dan tangan kanan diisyaratkan ke peti tanda memberi laluan untukku mengambil minuman. 
Botol spritzer aku sambar dan aku ucapkan terima kasih.  Setelah itu aku berlalu pergi meninggalkannya.  Mujur gentleman.  Kaki terus dihayunkan ke kaunter untuk membuat bayaran.  Nasibku baik kerana tiada pelanggan di kaunter, boleh aku terus bayar dan cepat-cepat minum.  Tekak sudah kering dan minta dibasahkan.  Air mineral aku letakkan ke atas meja dan segala khazanah di dalam topi keledar aku keluarkan.  Cashier seperti menahan tawa.  Kelakar sangatkah?  This is my style, okay?
Setelah hasil tangkapanku diimbas, cashier menyebut jumlah yang perlu dibayar.  Tanganku meraba poket jeans sebelah kanan.  Segumpal duit kertas RM1 berjaya aku keluarkan.  Aku mengira jumlahnya dan masih belum cukup.  Aku hulur dahulu kesemua RM1 dan meraba poket jeans sebelah kiri pula.  Tiga keping syiling 20 sen dan sekeping 50 sen berjaya aku keluarkan.  Kurang 20 sen lagi. Cashier seperti menahan tawa.  Aku buat muka selamba.  Backpack MCM aku tarik ke depan dan aku buka zip poket hadapan dan meraba-raba syiling.  Banyak pula khazanah di dalamnya jadi agak lama tanganku di dalam poket.
“Saya bayarkan.”  Tangan yang sama di peti tadi kini menghulurkan sekeping not RM10.
“Haihai, saya ada duitlah.”  Syiling 50 sen yang berjaya aku korek dari dalam beg diangkat tinggi separas wajahku.  “Kak, cukup.  Keep the change.”  Aku tolak kesemua syiling.  Cashier tertawa kecil.  Pasti lucu kerana aku menyuruhnya menyimpan baki 30 sen.
Panas sedikit hatiku.  Sempat pula aku hadiahkan jelingan padu kepada lelaki yang over gentleman ini sebelum keluar dari 7eleven.  Apa aku nampak macam tidak berduitkah?  Salahkah bayar guna duit syiling.  Kemarahan yang tidak terzahir, sekadar meloncat-loncat di minda.  Setelah keluar dari 7eleven, terus sahaja aku pulas penutup botol, baca Bismillah dan minum.  Sekali teguk sahaja hampir separuh botol habis, memang tidak sopan.  Sudahlah minum sambil berjalan.  Sila jangan tiru aksi ini.
“Woooo.”  Bulat mataku saat terlihat Ducati 1098R Troy Bayliss.  Betul-betul diparkir di sebelah skuterku.  Hilang terus angin marahku.  Kaki melangkah ke skuter namun mata mengarah ke Superbike idamanku ini.  Plastik berisi roti dan chachos aku letak ke dalam bakul skuter.  Backpack yang melurut jatuh dari bahu aku sarungkan semula ke bahu.  Mata teruja memandang Ducati yang harganya hampir RM300,000.00 ini.
Aku pandang kiri kemudian kanan dan akhir sekali belakang.  Tiada siapa-siapa, jadi aku ambil peluang untuk lebih dekat dengan superbike idamanku ini.  Tanganku gatal memegang handle motor.  Aku mula berangan.  Syoknya jika aku diberi peluang untuk bergaya dengan superbike ini.  Boleh mimpi seminggu aku dibuatnya. 
Excuse me.”
Tanganku laju melepaskan pegangan pada Ducati.  Terkejut sungguh dengan teguran itu, mujur tidak terlompat.  Aku berpaling mencari pemilik suara dan lelaki berfull face merah tadi.
Bike you ke?”  Sinis kedengaran soalannya.
“Taklah, bike abang ke?  Cantik?”
“Kenal pun tidak, tiba-tiba I jadi Abang You.”
Haihai!  Sombongnya!!!
“Maaflah tapi saya rasa tak luak pun kan bike Encik.  Pegang sikit je pun.”  Aku mendekat ke skuter dan topi keledar rakus aku sarungkan ke kepala.
“Skuter You ke?  Cantik.”
“Kalau puji terima kasih, tapi kalau perli no thanks.”  Aku naik ke skuter.  Sempat kuhadiahkan jelingan padu sebelum naik ke skuter.
Drive safely Miss Scooter.”
“Saya tahu, tak perlu ingatkan Mr. Superbike.”
Skuter dihidupkan dan aku terus meninggalkan Mr. Superbike yang sangat menjengkelkan.  Merosakkan hariku yang kurang ceria.  Sakit hati!!! 
………………………………………………………………………………………………......
Pintu kutolak perlahan.  Seperti yang dijangka, Dr. Amran setia menunggu di ruang tamu.  Matanya tepat memandang ke arahku.  Gunung berapi bakal meletus nampak gayanya.  Lambat-lambat aku berjalan ke arahnya.  Topi keledar kupeluk ketat.
“How many times should I remind You?”  Suara lantang Dr. Amran memenuhi ruang rumah.  Terkejut juga jantungku, membuatkan detaknya semakin deras.
“Maaf.”  Hanya satu perkataan terloncat keluar dari bibirku.
“Setiap kali buat salah, maaf.  Kenapa payah sangat nak dengar cakap?”
“Sekejap aje keluar.”  Aku tidak berani memandang wajah lelaki di hadapanku ini.  Hanya mampu tertunduk memandang lantai.
“Bagi kunci skuter.”
“Tapi…”
“Give it to me now…”
Zip backpack MCM aku tarik dan kunci skuter aku keluarkan.  Lambat-lambat ia dihulurkan.
“Sekali lagi buat perkara yang sama, You will be punished.  Sekarang naik atas.”  Ketegasan Dr. Amran tidak mampu kulawan.  Aku patuh dan berlari naik ke atas.
…………………………………………………………………………………………………..
Ketukan lembut di pintu menyentak ingatanku terhadap seseorang yang sangat kurindui.  Seseorang yang aku sayang melebihi nyawaku sendiri.  Seseorang yang sentiasa di ingatan dan hatiku walau jasadnya sudah tiada di sini.  Telah pergi meninggalkanku selama sepuluh tahun.  Moga rohnya tenang di sana.  Al-Fatihah.
“Masuk mama.”  Aku cukup kenal dengan gaya ketukan mama.  Pintu ditolak dari luar dan wajah tenang mama muncul di balik pintu.  Senyuman indahnya membuatkan mulutku ringan mengukir senyuman lebar.  Mama menapak masuk dan terus duduk di birai katil.  Aku yang tadinya berbaring kini bangun dan merapat kepada Mama.
“Kenapa tak nak turun makan?”
“Tak ada seleralah, Mama.”  Aku mengeluh perlahan.
“Tak baik mengeluh tau.”  Pipiku diusap mama.  “Mama tahu Baby merajuk dengan Daddy kan?”
“Mama, Baby nak merajuk.  Haihai, tak rock la, Mama.  Tak ada maknanya nak merajuk dengan Daddy.  Hati Baby kental tau, tak lut sikit pun.”
“Nak selindung lagi.  Mama kenallah anak mama yang seorang ni.  Nampak aje ganas tapi hati selembut sutera.”
Aku ukir senyuman bahagia.  Bahagia dengan kata-kata Mama ‘anak mama yang seorang ni’.
Kata-kata yang sentiasa menyenangkan jiwaku, menenangkan telingaku serta dapat mengubat kerinduanku terhadap insan yang telah pergi meninggalkanku.
…………………………………………………………………………………………………..
“Mama nak pergi bayar bil.  Baby tengok-tengokkan kedai ya.”
“Okay, mama.  Jangan lupa beli Twiggies coklat.”
“Ya, mama ingat.”
“Bye, Mama.”
Mama melagkah
“Bagi I 53 kuntum ros putih.  I tak mahu wrap tapi ikat dengan reben pink.  Make sure duri semua dibuang .”
“Encik ambik kejap lagi boleh tak?  Sebabnya owner keluar dan pembantu kedai belum sampai lagi.  Dalam satu jam lagi datang ambik.”
“Habis tu apa fungsi You kat sini?  Ini ke cara layan customer?”  Lain macam nada suara pelanggan ini.  Bunyi separa marah aje.
“Eh, saya cakap elok-elok kan.  Tak payahlah macam nak marah.  Cuba berhemah sikit, hormati yang muda, Pakcik.”
“Wait, You call me Pak cik?  Atau I yang silap dengar?”
“Ya…  Pakcik…”  Aku pamer wajah ketat.
“Is this how you treat a customer?”
“Is this how you treat a girl who speaks nicely to you?”
Pelanggan menjengkelkan ini senyum sinis dan menggelengkan kepalanya.  Aku hantar jelingan padu.  Dia ingat dia pelanggan, boleh buat sesuka hati.  Aku cakap punyalah sopan santun, lainlah aku berkasar.  Dasar tak tahu hormat perempuan.  Menyampah!
“You nak sediakan atau tidak bunga yang I mintak?”
“Saya dah cakap tadi, lagi satu jam datang ambik.”
Bunyi dering muzik menandakan pintu dibuka mengalihkan perhatian kami berdua.  Kami sama-sama mengalihkan pandangan ke pintu masuk.  Mama sudah pulang dan tersenyum.  Mujur mama tiba pada masa yang tepat.  Jika lambat sikit, entah-entah kami dah bertumbuk gamaknya. 
“Ya, Encik.  Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”  Tanya mama ramah.  Mama memang pakar melayan pelanggan.  Sebab itu, perniagaan mama boleh diklasifikasikan sebagai berjaya dan sangat laris.  Namun disebabkan aku, mungkin juga mama akan kehilangan seorang pelanggan yang berlagak, berdiri di hadapanku sekarang.
“Puan ni owner atau pembantu kedai?”  Dia tanya mama semula, soalan mama tidak dijawabnya.
“Saya pemiliknya Encik, kenapa ya?”
“Puan, I sarankan You pecat pekerja You yang ni.  Boleh lingkup business You kalau pekerja You macam ni.”
“Saya tak tahu apa yang berlaku tapi saya betul-betul mintak maaf bagi pihak anak saya.  Dia baru aje masuk kedai hari ni.”
“Anak You?”
“Ya, anak saya.  Encik nak beli bunga ke?”
Lelaki yang memakai kemeja putih ini tidak terus menjawab.  Dia memandangku dan mama silih berganti. 
“Encik…”
“Oh ya, bagi I….”
………………………………………………………………………………………………......
“Mama, don’t give me that look.”  Aku mula tidak sedap hati.  Mama memang seorang yang sangat penyayang dan lembut tapi dalam kerja dia akan bertukar mengikut keadaan.  Pasti mama akan bising tentang peristiwa yang baru berlaku tadi.
“Ada apa-apa nak jelaskan pada mama tentang hal tadi?”
“Okay, Baby mintak maaf tapi bukan sepenuhnya salah Baby.  Dia tu yang tak boleh terima padahal Baby dah cakap elok-elok.  Dia marah Baby jadi Baby marahlah dia semula.  Baby mana boleh orang macam tu.  Ikutkan hati, Baby nak tumbuk hidung dia.  Padan muka!”
Mama gelak beria.  Aku tayang muka pelik.  Tadi punyalah serius muka mama.  Sekarang boleh pulak mama tergelak macam kena geletek.  Sampai tergeleng-geleng aku melihat tawa besar mama.
“Mama, ini tak kelakarlah.”  Aku pula yang serius.
“Sini sayang…”  Tawa mama mati.  Tangannya didepangkan dan aku cukup faham apabila mama depangkan tangannya.  Laju aku ke pelukan mama.  Terbantut marah mama diganti dengan kasih sayang yang jelas terzahir.
“Kenapalah anak mama ni tak macam anak orang lain…”  Bahuku diusap lembut oleh mama.  Aku sangat selesa dalam keadaan begini.  “Punyalah kacak customer tadi boleh pulak dia pergi marah.  Bukan mudah nak layan customer ni sayang.  Kena pandai tackle dan juga kena banyak bersabar.  Macam-macam jenis orang kita akan jumpa bila kita terjun ke bidang perniagaan ni.  Tak kisahlah jenis perniagaan yang macam mana.  Mama tak salahkan Baby sepenuhnya tapi mama harap lain kali jangan buat macam ni ya, sayang.”
“Ya, mama.”  Aku leraikan pelukan dan senyum semanis madu.  “Lepas ni Baby tak buat macam tadi.  Kalau Baby terasa nak marah, Baby akan cepat-cepat senyum ya.”
“Good girl.  Nasib baik customer tadi tak cancel beli bunga.”
“Memanglah tak cancel, Mama.  Karang tak dapat bunga, merajuklah awek dia.”
“Memandai je buat kesimpulan dia nak bagi awek.”
“Alah, tipikal lelaki mama.”
Mama gelak kecil.  Setelah itu mama menyambung tugasnya .  Aku pula sibuk berwhatsapp dengan Balqis.  Petang ini aku sudah berjanji untuk ke rumahnya.


p/s : maaf andai terkurang... selamat membaca... :)






4 comments:

  1. Best la...tak sabar nak tau sambungan dia... ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear sudi baca...teruskan sokongan pada AUDI walaupun masih di peringkat awal :)

      Delete
  2. Replies
    1. In sha ALLAH akan upload bab 2 dalam masa terdekat ni dear... tq atas sokongan :)

      Delete