My Sweetie Readers

Friday 7 September 2012

SARANGHAEYO (CiTDK) Part 16


BAB 16

by~ANIA MALNA

“ Daniel mana Kak Mizah?” Belum sempat duduk aku terus bertanyakan anak saudaraku itu.  Rindu sungguh aku pada satu-satunya anak saudaraku.
“ Ada kat atas, dia tidur tadi.  Duduklah dulu, Kak Mizah buatkan air.” 
“ Tak payahlah Kak Mizah, Aimin kenyang lagi.  Lepas sarapan tadi terus datang sini.  Tak hadam pun lagi ni.”  Aku mengusap-usap perutku.  Kak Mizah tertawa.
“ Mana Along?”
“ Along keluar beli barang dapur.”
“ Kita nak masak apa tengahhari ni?” Ahad ini aku akan menghabiskan masa seharian di rumah Alongku.  Sudah tiga minggu aku tidak ke sini.
“ Entahlah, kita tunggu along balik dulu tengok dia beli apa.  Nanti kita decide.”  Kak Mizah sudah duduk di sebelahku. “ Aimin, Kak Mizah nak cakap sikit boleh?”
“ Kak Mizah ni, ada pulak mintak izin dengan Aimin dulu.  Cakap ajela.”  Aku senyum meleret.
“ Bukan apa, akak kan kakak ipar je jadi akak takut akak tak seharusnya masuk campur dalam hal ni tapi akak pun sama macam ayah ibu, abang-abang Aimin.  Kami nak yang terbaik untuk Aimin.  Cubalah bukak pintu hati Aimin untuk Adha.” 
Aku agak kurang senang dengan kata-kata Kak Mizah.  Mengapa perkara itu mesti dibangkitkan lagi.  Pasti Adha memberitahu ayah bahawa aku telah menolak cinta Adha dan tidak kusangka berita itu sungguh cepat tersebar kepada along dan Kak Mizah.  Aku mengukir senyuman paksa.
“ Terima kasih Kak Mizah.”  Hanya itu yang mampu kuungkapkan.
“ Terima kasih?”
“ Terima kasih sebab ambil berat tentang Aimin tapi soal Adha tu Aimin betul-betul tak boleh paksa diri.  Bagi Aimin, Adha layak dapat perempuan baik yang cintakan dia sepenuh hati.”
“ Aih, so adik ipar Kak Mizah yang jurutera ni tak cukup baik ke?  Nakal sangat ke?”  Kak Mizah ketawa dengan kata-katanya.  Aku juga turut ketawa.
“ Mama.”  Daniel turun dari tingkat atas.
“ Daniel sayang, Maksu datang ni.”  Aku terus meluru ke arah anak saudaraku yang baru berusia tiga tahun.  Kupeluk cium Daniel dan Daniel mengekek ketawa melihatku.  Daniel sememangnya penyelamatku.
(You are my Hero, little Prince)
………………………………………………………………………………………………………
Aku terus menuju ke ruangan buku motivasi.  Sudah lama aku tidak ke kedai buku kegemaranku ini.  Aku berkira-kira ingin membeli beberapa buah buku motivasi kerana semua buku motivasi yang kubeli sebulan lalu telah habis dibaca.
“ Aimin, saya ke sana.”  Min Hyuk menjuihkan bibirnya ke tempat yang dimaksudkan.  Aku tidak melihat ruangan apa yang dimaksudkannya dan hanya mengangguk.  Setelah makan tengahhari di Kimchi Saranghae, aku mengajak Min Hyuk menemaniku ke kedai buku dan dia bersetuju kerana kelasnya pada petang ini batal.
Setelah hampir sepuluh minit melekat di ruangan buku motivasi akhirnya aku memilih tiga buah buku.  Mataku meliar mencari Min Hyuk namun gagal.  Aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg tanganku dan terkejut melihat jam di skrin telah menunjukkan angka 1.45.  Aku perlu cepat-cepat pulang kerana waktu rehat tamat jam 2.00 petang.  Mujurlah hari ini aku cuti.
(Mana Min Hyuk ni?)
“ Aimin, cepat beli buku.  Nanti awak lambat masuk kerja.”  Aku terperanjat.  Min Hyuk berada di belakangku.  Di tangannya ada plastik yang berisi beberapa buah buku namun aku tidak tahu buku apa yang dibelinya.
“ Kenapa bayar tak cakap kat saya dulu.  Tinggal saya.” Bebelku pendek.
“ Lambat.” Jawab Min Hyuk pendek dan aku menghadiahkan senyuman nipis kepadanya.  Aku terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.
………………………………………………………………………………………………………
Aku memejamkan mata.  Terasa sungguh letih badanku.  Hari ini seharian aku di tapak projek yang terletak di Shah Alam.  Mujurlah esok cuti maka bolehlah aku berehat secukupnya.  Hari ini aku bermalam di banglo milik Uncle Nazim.  Nadia bersungguh-sungguh mengajakku tidur di sini.
“ Nak tidur dah ke?” Biji mataku bulat semula.  Nadia yang baru keluar dari bilik air terus melompat ke atas katil.
“ Nak tidur la ni.” Aku memejamkan mataku.
“ Awal lagi la baru pukul 11.30.  Kita tengok TV dulu nak?”  Nadia mencapai remote TV yang diletakkan di atas meja kecil di sisi katil.
“ Tak mau, aku ngantuklah cik adik oi.” Nadia meletakkan kembali remote TV.
“ Apalah tidur awal-awal ni, esok kan cuti.” 
“ Hmmm.”
“ Tak apalah, kau tu cakap je nak tidur dah.  Alih-alih aku yang tidur dulu nanti.  Kau kan jenis yang susah nak lelapkan mata.” Nadia sudah baring di sebelahku. “ Aimin, aku cakap ni jangan marah tau.”
“ Hmmm…”
“ Aku dah fikir masak-masak tentang hubungan kau dengan Min Hyuk.  Hubungan tu takkan ke mana Aimin.  Aku cakap ni bukan sebab aku tak kisah tentang perasaan kau.  Aku tahu kau betul-betul cintakan dia tapi dia bukan pilihan yang terbaik untuk kau.  Bagi aku Adha jauh lebih layak daripada Min Hyuk.  Adha dah ada semuanya, kerjaya, kuat agama, family dia pun sukakan kau tapi Min Hyuk tak ada apa yang Adha ada.  Dia masih belajar, takkan kau yang kena tanggung dia, agama dia pun tak sama dengan kita, macam mana korang nak bersatu.  Family kau dan dia pun takkan terima hubungan korang berdua.  Aku cakap ni sebab aku sayangkan kau, aku tak nak kau buat pilihan yang salah. Pilihan yang akan makan diri kau sendiri dan juga buat kau menyesal seumur hidup.”
Kata-kata Nadia terlalu sukar untuk diterima.  Mengapa kini dia sudah berubah hati, dahulunya dia menyokong hubunganku dan Min Hyuk tapi kini tidak lagi.  Bukan aku tidak pernah fikirkan semua hal itu.  Setiap hari semua perkara yang dikatakan oleh Nadia bermain di fikiranku namun cintaku pada Min Hyuk terlalu dalam. 
Pasti Nadia memilih Adha kini kerana Adha bakal menjadi ahli keluarganya kerana Adha ialah anak sepupu ayah Farid.  Aku tiba-tiba teringat Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah.  Adakah mereka juga akhirnya akan menghalang hubungan kami.  Jadi siapa lagi yang akan tinggal berjuang bersama-sama aku dan Min Hyuk. 
“ Aimin, dengar tak aku cakap ni.” Nadia menggoncang bahuku perlahan. “ Tak payah nak tipu aku, aku tahu kau belum tidur lagi.  Aku nak kau fikir sedalam-dalamnya apa yang aku cakapkan tu.”
Aku masih memejamkan mata, walaupun Nadia sudah tahu aku hanya pura-pura tidur namun aku belum mampu membuka mata dan menatap wajah sahabatku.  Aku berharap apabila bangun pagi esok, segala ingatan tentang apa yang dikatakan oleh Nadia tadi hilang dan moga Nadia juga tidak akan membangkitkan lagi isu itu.
………………………………………………………………………………………………………
“ Kita nak ke mana ni?” Mataku mengarah kepada Min Hyuk yang memandu di sebelahku.  Sejak Min Hyuk memberitahuku bahawa dia telah mendapat lesen memandu Malaysia, memang Swiftku ini akan dipandunya apabila kami keluar bersama.
Wait and see.  Min Hyuk mengerlingku seketika dan tersenyum.
( Surprise la pulak.  Tak suka betullah.)
Setelah itu kami hanya diam membatu.  Masing-masing melayan perasaan sendiri dan aku sesekali menjeling keluar tingkap kereta.  Entah kemana lah Min Hyuk ingin membawaku.  Jalan yang dilalui oleh Min Hyuk terasa cukup asing.  Hampir sejam perjalanan kami dan akhirnya kami sampai ke destinasi yang hanya Min Hyuk tahu.
Aku memandang sekeliling, tiada apa-apa disitu dan di hadapan kami hanyalah ada padang rumput yang agak luas.  Tiada rumah orang dan hanya sesekali kenderaan meluncur di jalan.  Min Hyuk membuka pintu kereta dan aku juga keluar dari pintu kereta. 
Min Hyuk kini membuka pintu kereta bahagian belakang dan membawa keluar beg kertas yang sederhana besar.  Aku sudah perasan beg kertas itu sejak awal tadi tapi bila ditanya jawapanny hanyalah Wait and see.  Geram pula aku dibuatnya.
“ Kita nak buat apa kat tempat ni.  Tak ada apa-apa pun kat sini.  Nak main golf ke?” Aku melawak dan Min Hyuk ketawa kecil.  Padang rumput dihadapan kami memang persis padang golf pun.
“ Darawa (Ikut saya).” Min Hyuk melangkah ke padang rumput itu dan aku membuntutinya.
(Manalah dia nak bawak aku ni?)
“ Awak, jauh lagi ke?  Dah dekat sepuluh minit kita jalan, saya penatlah.”  Aku merengek persis anak kecil.
You want me to  piggy ride back you?
( Ishh, gila ke apa.) Rungutku di dalam hati walaupun aku tahu Min Hyuk hanya bergurau.
“ Shirheo (Tak nak).  Saya boleh jalan sendiri.”  Aku berjalan cepat-cepat dan melintasi Min Hyuk.  Min Hyuk kini berada di belakangku pula.
“ Stop.” Arahan Min Hyuk mematikan langkahku.
Di hadapan kami ada sepohon pokok yang agak rendang.  Bunga-bunga berwarna merah jambu menghiasi daun-daunnya dan ianya cukup indah.  Mataku melopong melihat pokok itu.  Bunganya persis bunga-bunga di Korea, sungguh indah.  Namun di Korea, apabila musim bunga hanya ada bunga dan daun-daun telah gugur semasa musim sejuk.
“ Cepatlah.”  Min Hyuk berlari anak ke bawah pokok itu dan terus duduk bersila.  Aku berjalan perlahan menghampirinya dan turut duduk bersila di bawah pokok itu.  Min Hyuk mengeluarkan sesuatu dari dalam beg kertas yang dibawanya dan barulah aku tahu bahawa di dalam beg kertas itu rupa-rupanya dua lunch box.  Seterusnya Min Hyuk mengeluarkan dua botol air mineral dan dua botol banana uyu (susu).  Aku tersenyum.  Rupa-rupanya Min Hyuk membawaku ke sini hanya kerana untuk mengimbau kenangan sewaktu kami berada di Korea.
No chopsticks.”  Aku tersenyum mendengar kata-kata Min Hyuk.  Memang Min Hyuk sengaja tidak membawa kayu penyepit.  Memori di Korea dulu seperti diualng tayang.  Segalanya masih sama.  Min Hyuk memberikan telur gorengnya kepadaku dan aku memberikannya Kimchi dan sayur. 
“ Macam mana awak tahu ada pokok ni kat sini?”
From my friend.  He loves photography.  Minggu lepas dia datang ke kawasan ini dan bergambar dengan kawasan ini.  Pokok ini masuk dalam gambar.”  Penjelasan yang lengkap dari Min Hyuk walaupun penggunaa bahasa yang salah.  Pasti dia tidak tahu perkataan pemandangan.  Hampir sejam kami menghabiskan masa di bawah pokok itu.


2 comments: