SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 4
“Ayah aku telefon tadi
cakap yang Angah aku outstation kat
sini minggu depan.” Ujarku riang.
“Wa, bestnya.
Mesti dapat banyak buah tangan dari Malaysia la tu.” Nadia turut sama gembira.
“Mestilah, ibu aku dah
sibuk start packing serunding, kerepek,
handmade cookies, macam-macam
lagilah.”
“Tu sure luggage Angah kau penuh dengan makanan
untuk kau je kan.”
“Mestilah, aku dah
cakap kat angah aku kat facebook tadi, jangan ambik makanan aku tu. Angah aku tu bukan boleh percaya sangat.”
“Oh ya, angah kau bila
kahwin? Dah setahun kan bertunang.”
“Lepas aku balik
Malaysia, dia yang nak sangat tunggu
aku. Kalau ikutkan memang setahun aje
bertunang. Nasib baik Kak Ija tak
kisah.”
“Untunglah orang tu
dapat lagi sorang kakak ipar. Aku ni,
tunggul nan seorang je la. Adik beradik
pun tak ada.”
“Alalala, kesiannya
dia. Janganlah cakap macam tu, meh aku
jadi adik kau nak?” Aku meletakkan
kepala di riba Nadia. “Kak Nadia, adik laparlah.” Kataku dengan nada manja.
“Adik lapar ke? Alalala
kesiannya dia.” Nadia sengaja melayan kerenahku, dia membelai pipiku. “Pergi masak sendiri.” Nada Nadia berubah kepada garang namun sudah
semestinya dia hanya bergurau. Aku
pura-pura menangis.
Kata-kataku tadi bukan
sengaja diada-adakan, aku memang sudah menganggap Nadia seperti adik beradikku
sendiri. Walaupun kami berbeza
latarbelakang namun Nadia tidak pernah bongkak dan melayanku dengan baik.
………………………………………………………………………………………………………
“ Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Wa, banyaknya.” Nadia teruja melihat barang-barang dari
Malaysia yang kubawa.
“Ibu dan ayah aku kirim
sesuatu untuk kau. Handmade ni tau.” Aku
menghulurkan biskut tart nenas buatan ibuku.
“YA ALLAH, kenapa
susah-susah ni.” Nadia nampak sungguh
terharu dan gembira.
“Aku pernah cakap dekat
ibu aku yang kau suka makan tart nenas.
Ada dua tiga jenis kuih lagi tu.
Macam dah nak raya pulak, padahal puasa lagi dua bulan kot.”
“Rajinnya ibu kau
ni. Pergi mana dengan Angah kau tadi?”
“Makan kat Itaewon je,
lagipun Angah aku ada masa free kejap
je. Kang tak pasal-pasal dia kena marah
dengan bos dia pulak.”
“Eh, kau lupa bawak handphone ye? Aku dengar ringtone phone kau tapi
tak jumpa letak kat mana. Puas dah aku
cari.” Ujar Nadia dan terus menyuap
sebiji tart nenas ke dalam mulut.
“Ya ALLAH, patutlah aku
rasa lain macam je. Tak perasan pun
telefon tertinggal.”
“Nasib jugak telefon
yang tertinggal, cuba kalau mulut, gigi ke yang tertinggal dah macam mana nak
makan?” Nadia melawak dan aku tertawa
geli hati. “Gelak-gelak, aku kat rumah ni yang susah hati asyik berbunyi je
telefon tu, lebih sepuluh kali kot.” Bebel Nadia.
“Sepuluh kali? Siapa
pulak yang telefon banyak kali macam tu?”
Tanyaku hairan lantas bangun dan menyeluk tangan ke dalam jaket denim
yang tergantung pada almari. Telefon
bimbitku.
“Patutlah tak jumpa,
letak dalam tu ke?”
………………………………………………………………………………………………………
Aku menghampiri Min
Hyuk. Aku pasti dia memang terpacak di
situ sejak pagi tadi. Panggilan yang
masuk tidak lain dan tidak bukan daripadanya.
“Kenapa awak tetap
tunggu saya?” Terjahku tanpa kata-kata
aluan. Aku telah menerangkan kepada Min
Hyuk mengapa aku tidak menjawab panggilannya dan sejak pagi aku telah keluar
untuk berjumpa dengan abangku sehingga tengahhari dan aku terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Min Hyuk menungguku di taman permainan berdekatan rumah
sewaku sejak pagi.
“Tak tahulah nak cakap
apa dengan awak ni. Tak perlu pun nak
tunggu saya.” Aku agak geram dengan Min
Hyuk yang hanya diam seribu batu. (Dah bisu ke dia ni?)
“Saya mahu bagi awak
itu.” Ujarnya sambil menghadiahkan
senyuman.
(Boleh lagi dia senyum, kenapalah dia macam ni. Tak ada perasaan ke apa?) Tiada tanda-tanda tidak puas hati di raut
wajah Min Hyuk. Bererti dia cukup faham
dengan situasi yang telah berlaku dan itu semua bukan disengajakan. Mataku teralih ke arah hala jari telunjuknya
dan aku lihat sepasang Hanbok tergantung di dalam kereta milik abangnya.
“Hanbok?”
“Nuna saya berikan
awak.” Min Hyuk melangkah untuk
mengambil hanbok tersebut. Hanbok
berwarna merah jambu itu sungguh cantik.
“Tapi kenapa?” Aku sedikit terkejut kerana hanbok itu
diberikan oleh kakak Min Hyuk.
“Awak pernah cakap awak
mahu beli hanbok tapi mahal. Saya mahu
beli dari nuna tapi dia tak mahu dan bagi saya.” Jelas Min Hyuk.
‘”Memanglah saya cakap
macam tu tapi tak perlu bagi saya hanbok.”
Bebelku.
“Awak memang begini,
bila saya bagi sesuatu tak mahu ambil terus.
Tak boleh terus ambilkah?” Min
Hyuk membalas dengan bebelan dan aku mengaku kalah, bak kata orang rezeki
jangan ditolak.
“Ucapakan terima kasih
pada kakak awak. Saya masih rasa
bersalah tentang perkara yang berlaku dekat butik kakak awak.” Ujarku dengan nada kesal.
“Tak perlu, nuna saya
faham. Dia masih mahu jumpa awak kalau
ada masa.”
“It will be my pleasure.” Ujarku lega. “Hanbok ni, terima kasih Min
Hyuk.”
“Sama-sama.”
………………………………………………………………………………………………………
Bulan Ramadhan yang
mulia kini tiba dan sememangnya di sini
segalanya berbeza berbanding Malaysia namun aku sudah terbiasa memandangkan
sudah bertahun-tahun Ramadhan disambut di sini.
Selalunya setiap hari
Jumaat atau Sabtu, aku dan Nadia akan ke masjid Itaewon untuk sama-sama
menunaikan solat Terawih secara berjemaah dan hari-hari lainnya kami hanya
melaksanakan ibadah itu secara sendirian di rumah sewa. Makanan berbuka sememangnya ala kadar sahaja.
Ayah dan ibu
mengirimkan beberapa kotak kuih raya dari Malaysia dan ianya sampai seminggu
sebelum Syawal. Terasa agak syahdu
kerana Syawal kali ini aku dan Nadia tidak pulang seperti biasa kerana
memikirkan ini adalah tahun terakhir kami jadi kami membuat keputusan untuk
tidak pulang ke Malaysia.
Genap sebulan aku tidak
menemui Min Hyuk. Bulan yang mulia ini,
aku memang sengaja tidak mahu berjumpa dengannya dan mujurlah dia
mengerti. Kami hanya berbual di
telefon, itupun sekiranya dia menelefon.
Hari raya pertama, aku
dan Nadia menghadiri majlis sambutan hari raya di Kedutaan yang dianjurkan oleh
kedutaan Malaysia di Korea dan hari raya kedua, kami hanya berada di bilik dan
lebih selesa mengulangkaji pelajaran sehinggalah aku mendapat panggilan dari
Min Hyuk yang mengajakku ke Lotte World pada hari raya kelima dan aku setuju
dengan syarat Nadia dan Farid juga bersama-sama kami.
………………………………………………………………………………………………………
“Kenapa kau beria nak
kami join sekali?” Tanya Nadia ketika Min Hyuk dan Farid beratur
untuk membeli tiket di kaunter.
“Saja je la, lagipun
macam tak patut pulak kami berdua aje kat sini.
Lagi ramai lagi meriah.”
Kami sempat mencuci
mata di shopping mall sebelum masuk
ke dalam Lotte World Adventure. Keadaan hari ini agak sesak, mungkin kerana
hari Sabtu dan juga bersempena Mask
Festival. Farid dan Nadia berjalan
beriringan di hadapan kami manakala aku dan Min Hyuk menyusul dari belakang.
Nadia memaut tangan
Farid dan Min Hyuk hanya memerhatikan kemesraan mereka.
(Ishhh Nadia ni, tak payahla nak romantik sangat. Lupa ke ada aku dengan Min Hyuk kat belakang
ni. Report kat auntie and uncle baru
tahu.)
“Aimin, wanna buy a headband?” Tanya Min Hyuk apabila kami melewati sebuah
kedai cenderamata yang dipenuhi dengan headband
dan pelbagai cenderamata yang bermotifkan tupai, maskot Lotte World.
“Saya panggil Nadia
dulu.” Aku melihat ke hadapan namun
kelibat Nadia tiada, pasti dia sudah jauh ke hadapan.
(Macam mana aku tak perasan dorang dah hilang.)
“Kaja (Jom).” Min Hyuk mengalihkan perhatianku. Aku yakin Min Hyuk sudah lama perasan yang
Nadia dan Farid sudah hilang dari pandangan.
“Comelnya.” Kataku melihat pelbagai jenis headband di dalam kedai tersebut.
“Apa?”
“Comel means kyeopda.”
“Aa, sebab pinkeu
(merah jambu).” Aku hanya tersenyum
mendengar kata-kata Min Hyuk. Dia
seperti sudah sangat memahamiku.
Kami memilih dua jenis headband yang sama bentuk namun berbeza
warna. Satu hitam dan satu merah jambu.
“Nadia ni, geram
betullah.” Keluhku setelah membaca mesej
dari Nadia.
“Wae (Kenapa)?” Tanya Min Hyuk ingin tahu.
“Nadia dan Farid pergi Magic Island.” Kataku dengan nada tidak puas hati. Magic
Island merupakan sebuah pulau kecil yang berada di luar Adventure Indoor kerana ianya
menyediakan aktiviti-aktiviti outdoor. Aku lebih selesa sekiranya kami berada di
dalam taman tema utama namun ternyata Nadia dan Farid seperti ingin lari dari
kami. Aku sedikit terasa hati.
“Jangan sedih, mereka
kekasih jadi mereka tentu mahu masa habis bersama.” Min Hyuk seperti dapat membaca fikiranku dan
kata-katanya membuatkan aku tidak jadi untuk merajuk dengan Nadia. Aku membalas mesej Nadia dengan perkataan
‘Ok’.
(Agak-agak dia bosan tak dengan aku?
Dah la tak boleh nak main apa-apa games kat sini. Aku dah
cakap awal-awal aku ni gayat, lemah semangat, tak nak ride apa-apa permainan
kat sini tapi degil nak jugak ajak datang sini.
So redha aje la Son Min Hyuk.)
“ Jangan risau, I will not getting bored eventhough we just have a walk
here. Just imagine we are in the park.”
Min Hyuk tersenyum memandangku dan dengan selamba dia memakaikan aku headband yang baru kami beli tadi.
(
Dia ni ahli nujum ke? Asyik tahu je apa yang aku fikir. Telepati kot.
Pastu, tak perlu la kot nak pakaikan aku headband ni, aku pandai pakai
sendiri la.)
Aku menanggalkan headband di
kepalaku dan memakainya kembali. Min
Hyuk tertawa dan aku hanya tersenyum.
“Saya boleh pakai
sendiri, bukan budak kecik.” Kataku
dengan nada gurauan.
Kami berjalan sambil
mencuci mata melihat keadaan di salah satu taman tema yang popular di Korea
ini. Sesekali terdengan jeritan daripada
penngunjung yang menaiki The Adventures of Sindbad. Mata kami tertancap pada sebuah kereta
hiasan yang berhenti betul-betul dihadapan kami. Dua ekor maskot Lotte World iaitu tupai turun
dari kereta berhias itu.
“Jom, ambil gambar
dengan Tupai tu.” Aku cepat-cepat
mengajak Min Hyuk dan kelihatan beberapa orang pengunjung sudah mula beratur
untuk mengambil gambar kenangan bersama maskot-maskot itu.
“Tupai?”
“Yang tulah, si buncit
tu.” Aku menghalakan jariku ke arah
maskot-maskot itu.
“Buncit?” Aku tidak menghiraukan pertanyaan Min Hyuk
yang kedua itu dan terus beratur. Min
Hyuk mengekoriku dari belakang.
“Apa itu buncit?” Tanya
Min Hyuk masih inginkan jawapan setelah kami selesai mengambil gambar
bersama-sama maskot itu.
“Buncit itu sesuatu
yang comel.”
“Comel? Cute?”
“Aaah, betul la tu.”
“Jadi saya buncit?”
Aku tergelak mendengar
kata-kata Min Hyuk. Ketawaku kali ini
agak lama dan Min Hyuk turut sama ketawa walaupun dia tidak tahu apa yang
kelakarnya.
“Kenapa awak ketawa
jugak?” Tanyaku apabila ketawaku sudah mampu ditahan.
“Awak ketawa, saya
ketawa juga.”
“Okay, aah awak memang
buncit pun.” Aku cuba menahan
ketawa. Sengaja menyakat lelaki di
hadapanku itu walaupun hakikatnya perut Min Hyuk tidaklah buncit.
(Macam manalah kalau dia tahu maksud buncit tu.)
………………………………………………………………………………………………………
Aku dan Min Hyuk
mencari tempat kosong di hadapan Garden
Stage. Setelah berjalan mengelilingi
Lotte World kami akhirnya membuat keputusan untuk duduk sahaja di hadapan Garden Stage kerana selalunya akan ada
persembahan yang dipertonton.
“Kenapa ramai sangat school girls hari ni?” Walaupun mereka tidak beruniform sekolah
namun aku pasti mereka hanyalah pelajar sekolah menengah kerana kesemuanya
kelihatan sangat muda dan hampir kesemuanya memegang sesuatu di tangan.
“Maybe there will be a concert.”
“Concert? It should be a show right?”
“Yes but after that show there will be a concert.” Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Min
Hyuk.
Kami terhibur dengan
beberapa persembahan yang dipertonton.
Persembahan yang berbentuk jenaka muzikal itu cukup mencuit hatiku. Aku juga sempat merekod satu persembahan yang
bertemakan peter pan yang kurasakan cukup menarik. Setelah tamat persembahan-persembahan itu,
kedengaran para penonton menjerit sesuatu yang tidak dapat kufahami.
“Aa, BTOB will perform after this.”
Ujar Min Hyuk.
“BTOB, siapa? Penyanyi?’
“New artist, mereka kumpulan.
Want to see them perform?”
“Why not?”
Setelah itu, seorang
juruacara lelaki muncul di atas pentas namun aku tidak berminat untuk mendengar
celotehnya dan mengeluarkan kamera digitalku serta melihat kembali
gambar-gambar yang kami ambil sebentar tadi.
‘Hanya satu gambar
kita.” Ujar Min Hyuk yang juga sama-sama
melihat gambar-gambar tersebut. Benar
katanya, hanya satu gambar kami dan selebihnya adalah gambar persekitaran Adventure Indoor.
“Okay, saya ambil
gambar awak ya.” Aku memfokuskan
kameraku ke arah Min Hyuk dan dia tersenyum dengan pose ‘V’. Terasa seperti
hendak keluar jantungku apabila mendengar jeritan daripada para penonton.
“BTOB is coming, that’s why they are screaming.” Kata Min Hyuk tanpa ditanya. Dan setelah itu kelihatan tujuh orang lelaki
yang kuyakin dari kumpulan yang dimaksudkan oleh Min Hyuk keluar dari belakang
pentas. Jeritan semakin kuat dan ianya
membuatkan aku kurang selesa.
“Jom kita pergi dari
sini.” Min Hyuk dapat membaca
ketidakselesaanku.
“Tak apa. Lagipun susah nak keluar ramai sangat orang
kat belakang tu.” Kataku setelah melihat
di belakang kami penuh dengan penonton dan agak sukar untuk keluar dari situ.
“Are you sure?”
“Ya.” Aku seterusnya melihat persembahan daripada
kumpulan itu, mahu tidak mahu.
“The shortest one looks handsome.”
“Aniya (No), I’m more handsome.”
“Ya ke, meh tengok
sikit.” Aku meneliti wajah Min Hyuk dan
dia cuba berlagak macho.
“Aniya (No). Awak tak handsome
pun, sebab awak pakai headband. Kelakar baru betul.” Kata-kataku hanya disambut dengan gelak tawa
dari Min Hyuk.
“Min Hyuk oppa,
saranghaeyo!!!”
Aku dan Min Hyuk
memandang sesama sendiri apabila mendengar penonton di sebelahku menjerit
perkataan itu. Aku yakin pasti salah
seorang ahli kumpulan tersebut bernama Min Hyuk.
“Waa, you have a fan.” Perliku.
“Why, are you jealous?”
“Not at all.” Aku mencebik.
Tepat jam 8.00 malam
kami bergerak pulang ke Suwon dengan menaiki kereta api bawah tanah. Perjalanannya agak jauh kerana kami terpaksa
menaiki tiga keretapi untuk sampai ke rumah sewa dan perjalanan dari Jamsil ke
Suwon mengambil masa hampir sejam.
Farid berhenti di
stesen subway Hwaseo kerana rumah sewanya di situ manakala Min Hyuk sama-sama
turun di stesen Suwon kerana kereta abangnya ditinggalkan di situ. Pada mulanya Min Hyuk mahu memandu ke Lotte
World namun aku menolak kerana perjalanannya akan mengambil masa lebih lama
berbanding menaiki kereta api bawah tanah.
hihik..best nyer pegi taman tema..
ReplyDeletesangat best,ania pun pnah ke sana tp serius x puas, hope dpt pergi lagi^^
ReplyDeleteSis. I write your story on wattpad. Minta izin yah. 😅
DeleteSis. I write your story on wattpad. Minta izin yah. 😅
Deleteya betul tu..taman tema bukan hanya utk kids..org dewasa pun suka ke sana..:)
ReplyDeleteye betul-betul~setuju^^
Deletebooyahhhh~~~ minhyuk ahhhh kkk
ReplyDeletengeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee^^
Delete