BAB 2
by ANIA MALNA
“Kenapa tak siap lagi ni? Nanti Daddy bising mulalah orang tu nak
merajuk.”
“Malaslah, mama.
Pergi rumah abang angkat Daddy kan?
Tak ada kaitan dengan Baby. Tak
ada keperluan pun Baby nak ke sana.
Kalau Baby pergi pun, bukan beri kesan apa-apa pun.” Bila aku tidak mahu, macam-macam alasan aku
cipta.
“Tak bolehlah macam tu. Kan Daddy dah cakap dari semalam tentang
ni. Lagipun mestilah Daddy nak kenalkan
anak-anak pada Abang angkat dia tu. Si
kembar pun dah siap tu, excited nak
pergi. Semua tunggu Baby siap.”
“Nak buat apa kenalkan pulak. Lecehlah macam ni, Mama. Daddy tu suka sangat paksa orang buat perkara
yang orang tak suka. Bencilah.” Wajah aku ketatkan.
“Eiii, mulut ni kenapa cakap macam tu?” Mama menepuk lembut mulutku. Langsung tidak terasa sakit. Wajah mama serius dan nadanya tegas. Bukan mudah untuk melihat mama dalam keadaan
sebegini.
“Mulut yang nakal cakap macam tu, bukan Baby.”
“Pandailah dia nak salahkan mulut sedangkan apa yang
kita cakap tu lahir dari hati, bawa ke minda dan terus terluah.” Tergeleng-geleng mama dengan wajah yang
serius.
“Yalah, Baby menyerah kalah.”
“Ini bukan menyerah kalah tapi memenuhi permintaan
seorang ayah. Ingat, selagi permintaan
Daddy tidak bercanggahan, tidak salah, tidak juga bertentangan dengan hukum
agama dan juga untuk kebaikan. Wajib
bagi seorang anak untuk penuhi permintaan tu.”
Bila orang yang ada Sarjana dalam bidang Bahasa
Melayu, memang pandai berkata-kata.
Itulah mama. Aku tidak membalas
dan terus ke almari. Mengambil baju kurung
yang telah diseterika oleh Mama. Kalau
aku yang seterika, memang mama lompat bintang terus. Mama keluar dari bilikku. Tidak sampai lima minit, aku sudah lengkap
berbaju kurung dan bertudung bawal Aidijuma.
Mekap? Oh tidak sekali-kali!
…………………………………………………………………………………………………..
“Besar gila rumah ni, Mama. Ke istana ni?” Aku bagaikan terpesona dengan keindahan
bangle empat tingkat di hadapanku ini.
Tidak pernah aku ke banglo semewah ini jadi keterujaan memang tidak
boleh diselindungkan.
“Airin Hasanah, please
behave. Jangan malukan Daddy dan
Mama.”
“Okay, Airin
Hasanah will behave.” Aku satukan
tangan kanan dan kiri, ala-ala orang mahu bernasyid. Wajah ditundukkan, Mama dan si kembar ketawa
beria. Daddy, tentulah setia dengan
wajahnya yang serius. Memang tidak boleh
dibawa bergurau dengan Dr. Amran.
Tawa mama dan si kembar tamat saat pagar ‘gergasi’
di hadapan kami terbuka. Seorang lelaki
dan wanita pertengahan abad tersenyum gembira tidak jauh dari pagar. Mereka berjalan kea rah kami yang masih lagi
tegak berdiri di luar kawasan rumah. Aku
buat muka tanpa perasaan sambil membuat kesimpulan awal bahawa inilah Abang
angkat Daddy dan isterinya. Kacak juga
Abang angkat Daddy walaupun sudah berusia.
Isterinya juga cantik, orang dulu-dulu cakap masih bergetah.
“Masha-Allah, lamanya tak jumpa.” Pakcik kacak dan Daddy berpelukan. Sesuka hati aje aku gelarkan Pakcik Kacak.
“Abang dengan kakak sihat?” Daddy menepuk belakang Pakcik Kacak.
“Alhamdulillah sihat.” Makcik Cantik yang menjawab. Dia dan mama sudah bersalaman. Si kembar bergilir-gilir bersalam dengan Mak
Cik Cantik dan Pakcik Kacak.
“Besar dah hero-hero kamu ya?” Makcik Cantik mencubit lembut pipi Afiq a.k.a
Buyat dan seterusnya pipi Aqif a.k.a Tebby.
“Alhamdulillah, dah masuk empat tahun twins kami
ni.”
“Yang anak dara sorang ni?” Pakcik Kacak tersenyum ke arahku. Aku ukir senyuman sehabis manis. Kini barulah aku menghulurkan tangan kepada
Makcik Cantik untuk bersalam.
“Airin Hasanah nama anak dara kami ni Abang. Baru lepas SPM.”
“Cantik orangnya, masa kecik dulu comel sangat
sampai Kakak rasa nak bawak balik rumah aje.”
Makcik Cantik membelai lembut pipiku.
Aku tiada perasaan walau dipuji begini sebab aku bukannya cantik mana
pun, selekeh baru betul. Makcik Cantik
sengaja mahu ambil hati gamaknya.
“Tengok Daddynya.”
Sempat Daddy melawak. Semua
tertawa kecuali aku dan si kembar.
Setelah itu, kami dijemput masuk ke bangle milik
pasangan ini. Masuk sahaja ke dalam,
lagilah aku teruja namun keterujaan hanya meloncat-loncat di dalam hati. Mahu cari nahas jika ditonkolkan? Bukankah tadi Daddy sudah beri peringatan.
Daddy, Mama, Pakcik dan Makcik berbual mesra dan aku
pula selesa melayan kerenah si kembar yang sibuk hendak melihat ikan-ikan di
dalam akuarium ‘gergasi’. Suka benar mereka
melihat ikan pelbagai bentuk, warna dan saiz di dalam akuarium. Kalau dibiarkan mahu si kembar terjun
berenang di dalam akuarium. Kami meninggalkan
akuarium apabila Makcik Cantik memanggil untuk menjamu selera. Dua kali aku bertambah macaroni cheese yang
dijamu. Memang sedap!!! Bila makan terlalu banyak, minum air juga
banyak dan akhirnya tangki penuh. Mulalah
hendak membuang.
“Mama, Baby nak syisyi.” Aku sekadar berbisik ke telinga dengan dahi
yang berkerut. Mama tayang wajah sedikit
terkejut. Tidak tunggu mama bersuara,
aku terus sahaja buat pengumuman.
Perhatian!!!
“Makcik, Pakcik boleh saya tumpang tandas?” Penuh tertib aku tanya. Melampaulah kalau betul-betul buat
pengumuman. Mataku sempat mengerling
Daddy dan Daddy buat muka macam mahu telan aku.
Memang tak
sporting bapak aku ni. Takkanlah nak
suruh aku control ayu even nak terkucil?
Macamlah aku kena jadi menantu Pakcik dengan Makcik kaya ni sampai nak
kena control ayu bagai. Ke nak suruh aku
tahan kencing, karang kena batu karang.
Memang sah kena bebel sakan dengan Dr.
Amran a.k.a Daddy.
“Jom Auntie tunjukkan.” Makcik Cantik bangun berdiri dan aku mengikut
langkahnya. Susah juga rumah macam
istana. Mahu ke tandas pun jauh. Kalau tak tahan, boleh terkucil di tengah
jalan.
“Makcik duduk berdua je ke dengan Pakcik?”
“Taklah, anak-anak semua tinggal sekali.”
“Belum ada yang kahwin ke anak-anak Makcik.” Selesa pula aku berbual dengan Makcik Cantik. Langsung tidak merasa kekok walaupun baru
sahaja kenal.
“Belum, yang sulung pun masih bujang. Teringin jugak nak merasa ada cucu tapi yalah
belum sampai masa.”
“Tak apa Makcik, mana tahu nanti dapat cucu kembar
tiga terus.”
Kata-kataku mengundang tawa Makcik Cantik. Tiba di hadapan tandas, Makcik Cantik kembali
ke ruang tamu. Selesai membuang hajat,
aku kembali ke meja makan. Mama, Makcik
Cantik dan si kembar sudah tiada.
Suasana sedikit janggal kerana hanya ada Daddy dan abang angkatnya. Hendak bertanya Daddy ke mana mereka semua
pergi, aku takut.
“Mama and twins ikut Auntie ke atas.” Daddy bersuara sebelum aku sempat duduk.
“Ada di tingkat 3.
Kalau Airin nak naik, Uncle mintak maid tolong hantarkan.”
“Tak apa Pakcik, saya naik sendiri. Lif dekat situ je kan?” Jariku menghala ke arah lif. “Saya naik dulu ya?”
Aku terus berjalan menuju ke lif. Teruja sebenarnya hendak naik ke tingkat
atas. Meneroka banglo seperti istana
ini, pasti menyeronokkan. Entah apalah
yang ada di atas, sehingga Mama dan si kembar diajak naik. Aku tekan butang tiga dan kurang lima saat,
pintu lif terbuka di tingkat 3 tapi…
Aku perlu ke arah mana? Ada dua arah dan mana ada papan tanda. Andai ada papan tanda sekalipun, manalah aku
tahu di mana mama dan si kembar. Itulah gelojoh
sangat naik atas. Patutnya tanya dahulu
dengan lebih jelas. Ini bukan macam
rumah aku. Jika rumahku, lari pecut
kurang dua minit sudah habis pusing satu rumah.
Bagaimana jika aku sesat?
Mengarutlah! Tidak
pernah ada kes sesat dalam rumah orang.
Aku cari mama dan si kembar, andai tidak berjaya aku turunlah
semula. Fikir bukan-bukan aje. Ini bukannya
drama Melayu. Kakiku melangkah ke
sebelah kanan. Mulakan dari kanan. Jika tiada di bahagian kanan ertinya di
bahagian kiri. Jenuh juga berjalan,
bukannya kecil ruang.
Jalan punya jalan, mataku tertarik dengan satu ruang
yang dicat warna biru lembut. Ruangan ini
tidak sarat dengan perabot. Hanya ada satu sofa berwarna hitam dengan meja
kopi. Beberapa buah almari yang penuh di
buku bagaikan menjadi penghias dinding. Sebuah
meja kerja berwarna hitam yang tampak mewah dan eksklusif terletak di
tengah-tengah ruang ini.
Telingaku tertarik dengan bunyi percikan air. Mataku terarah ke balkoni yang luas dan
barulah aku perasan ada kolam renang rupa-rupanya. Leka mengamati ruangan ini sehingga tidak
terperasan kolam renang yang sederhana itu.
Gerak hatiku kuat menyuruh aku untuk ke kolam renang. Manalah tahu ada ikan lumba-lumba di dalam
kolam renang ini. Orang kaya, rumah
macam istana jadi tiada yang mustahil.
Gunung Everest pun mampu dibeli agaknya.
Perlahan-lahan aku mendekat ke kolam dan!!!
“Daddy!!!”
Spontan aku terjerit besar.
Telapak tangan menutup wajahku.
Mana tidaknya tiba-tiba dugong yang muncul. Dugong? Tentulah tidak! Ini lebih dahsyat daripada dugong. Ada manusia yang muncul tiba-tiba dari kolam
dan dia tidak berbaju. Mata aku! Tidak!
“Who are you!!!”
Bukan aku sahaja yang terkejut. Tentunya dia turut sama terkejut. Bunyi kocakan air yang kuat menandakan dia
naik ke atas.
“Jangan berani-berani datang dekat! Daddy!
Mama!” Makin kuat jeritanku. Kalah Tarzan.
“This is my house and you, stranger. How dare you step into my personal space.”
Rumah dia
ke? Matilah aku. Macam tercampak dalam kandang rimau aje. Tapi kenapa suara dia macam pernah aku dengar
ya?
Dengan tangan masih menutup wajah aku berpusing dan
berjalan laju mencari pintu keluar.
Tangan aku alihkan dan lelaki tadi sudah berada di hadapanku. Automatik aku terkebelakang dan terpijak
hujung kain. Apa lagi jatuh gedebuk
aku. Mujur aku berseluar slack di
dalam. Lelaki misteri ini sudah menutup
badannya dengan tuala. Seluar renang
yang dipakai hanyalah spearas lutut.
Seksi amat. Cepat-cepat aku
alihkan pandangan ke wajahnya dan cuba bangun.
“You again?
Apa You buat dalam rumah I
ni? Are you a stalker?”
“Sorry bang.
Ini rumah abang ke? Saya sesat
dalam rumah ni. Abang kenal saya
ke?” Aku sudah bangun berdiri dan mata
tidak berkedip memandang makhluk Allah di hadapanku ini. Dia tengah angin singa, karang tak
pasal-pasal aku dibahamnya.
“Kenal pun tidak, tiba-tiba I jadi abang You.”
Kejap-kejap, macam pernah aku dengar ayat itu.
“Miss Scooter yang tak pandai layan customer.”
Apa??? Mr. Superbike dengan customer sombong
rupa-rupanya orang yang sama?
“Whatever, sekarang tolong jelaskan apa You buat
dalam rumah I?”
“Aaa…iii…I…” Tergagap-gagap aku dibuatnya. “…eh saya…”
hehehe...garang encik superbike...best!
ReplyDeletethank you dear...teruskan support ya :) :)
Delete