My Sweetie Readers

Saturday, 14 June 2014

ANTARA U DAN I (AUDI) *teaser ;)

AUDI

by ANIA MALNA





ASSALAMUALAIKUM...
hai semua?



FYI, nia akan stop upload AJCL di blog...
terima kasih banyak2 buat yg sudi baca AJCL dari bab 1 hingga ke bab 50..luv u guys much moreeee..
AJCL sebenarnya ada 63 bab tp nia hanya mampu upload hingga bab 50...selebihnya andai nak tahu pengakhiran kisah cinta UMARINA, sama2 lah kita doakan AJCL lulus penilaian...dah hampir 4 bulan sebenarnya AJCL dihantar tp masih belum ada apa2 jawapan, jadi kita harapkan yg terbaik untuk kisah UMARINA ni ya...

so, nia nak bagi teaser sikit untuk ongoing manuskrip nia AUDI (Antara U dan I) ...kenapa U dan I???  Bukan You I tau...andai nak tahu apa maknanya, setia tunggu AUDI ok?




Cuaca yang agak sejuk sedikitpun tidak terkesan dek Afiq dan Aniq.  Leka mereka berlari-lari di atas pasir.  Aku dan Amru pula sekadar berdiri memerhatikan mereka.  Sesekali angin pantai yang sejuk menyapa pipiku.  Tanganku memegang pipi.
“Nah, ambik ni.”  Amru menghulurkan mafelanya.  Aku pamer wajah kurang mengerti.  “Pakailah, boleh cover pipi.” 
Tanpa teragak-agak Amru membongkokkan sedikit badannya dan meletakkan mafela di bahuku.  Tergamam aku dua saat dengan mata melekat ke wajah Amru.  Untuk pertama kalinya aku merasakan wajahnya begitu tenang dan mendamaikan.  Terasa ada satu aura yang membawa kedinginan yang luar biasa.  Sejuk yang mengasyikkan hingga sampai ke jantung dan hatiku.  Amru menarik mafela yang sudah dililitkan di leherku sedikit ke atas hingga menutup pipiku.
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”  Amru berjalan meninggalkanku.  Dia mendekati Afiq dan Aniq.
“Twins, jom balik.  Dah nak gelap ni.”
Afiq dan Aniq berlari mendapatkan Amru.  Dek kerana factor ketinggian Amru yang mungkin mencecah 190 menyebabkan Afiq dan Aniq nampak begitu kerdil sekali.  Kami berempat berjalan kaki balik ke Novotel yang terletak tidak jauh dari Haeundae Beach.  Aku memegang Aniq dan Amru memegang Afiq.


8 comments:

  1. Xsabar nk pegg ajcl....besttt sgt...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin100x...mudah2an cepat proses AJCL ;)

      Delete
  2. Moga berjaya n jgn putus asa! Insya'Allah :) AJCL x sabar rasanya nk buat koleksi Peace Yo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM dear...keep supporting this couple UMARINA ;)

      Delete
  3. Semoga semuanya berjalan lancar untuk AJCL, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm sis sha...amin100x...mudah2an semuanya akan baik2.. ;)

      Delete
  4. Replies
    1. AJCL former tajuk dan sekarang utk versi cetak nama ditukarkan kepada 'BEIJING AKU CINTA DIA'... :) :) :)

      Delete