My Sweetie Readers

Saturday 2 November 2013

AFRINA IMANI vs UMAR



SCENE 1




MOUSE-DEER


Mataku berkelip laju. Seperti tidak percaya dengan apa yang kulihat. Biar betul Umar bawak mouse-deer comel lote yang diparkir di hadapan pagar. Aku mengalihkan pandangan ke arah mama dan papa yang berdiri di pintu. Mama dan papa melambai sambil tersenyum. Aku pandang semula ke hadapan, manalah tahu mouse-deer berubah bentuk menjadi jaguar. Tetap juga mouse-deer comel yang kulihat.
“Kenapa awak tercegat lagi. Cepatlah masuk? Atau awak nak saya tolong bukakan pintu untuk awak?” Umar yang sudah membuka pintu kereta tidak jadi masuk.
“Awak, kita naik mouse-deer ni ke?” Aku tidak teragak-agak untuk bertanya. Sepanjang hidupku tidak pernah aku naik si comel ini. Selesakah aku? Ruangnya sempit, bagaimana jika aku tidak cukup udara? Rasa macam mahu lari masuk semula ke dalam rumah. Katakan pada papa, aku tidak jadi keluar dengan Umar.
“Tikus rusa? Apa yang awak merepek ni? Takkanlah mamai lagi kot.” Umar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia ni, harap aje belajar tinggi-tinggi sampai ke Harvard, mouse-deer pun tak tahu.
“Awak tu yang mengarut. Mouse-deer tu Kancillah. Takkan tak kenal kancil, haiwan yang kecil duduk dalam hutan tu. Naik kereta Kancil je tau.” Seronok juga mengenakan Umar. Asyik aku aje yang terkena. Sesekali dia pula aku kenakan, barulah adil.
“Awak ni ada-ada je.” Umar ketawa sambil tergeleng-geleng. “Cepatlah naik, nanti Datuk dengan Datin pelik pulak tengok kita berdiri lama sangat dekat sini.” Usai berkata-kata Umar terus masuk ke dalam mouse-deer kesayangannya. Pintu mouse-deer aku buka dan aku masuk. Tanganku melambai-lambai ke arah mama dan papa selama dua saat. Mataku teralih pula kepada Umar.
“Mama!” Hilang separuh semangatku. Terkejut aku dibuat Umar. Badannya dihalakan ke arahku sambil menadah tangan. Umar ni mengigau agaknya, dia ingat nak makan tengahari kot, boleh tadah-tadah tangan nak baca doa.
“Kenapa awak jerit?”
“Awak tu, terperanjat saya.” Tangan diletakkan ke dada. Terasa jantungku berdegup kencang. “Awak tadah tangan tu kenapa? Baca doa apanya? Tadah tangan hala pada saya pulak tu. Awak nak makan saya ke?” Bising mulutku marahkan Umar.
“Hai la Afrina Imani. Suka sangat cakap merepek. Saya nak baca doa naik kenderaan.” Tergeleng-geleng Umar.
Okay, serius malu sangat. Aku fikirkan Umar buang habit. Terasa kulit wajahku bertukar warna. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan untuk menadah tangan. Sama-sama berdoa bersama Umar. Tanganku diangkat tinggi hingga ke muka dan tangan didekatkan ke mukaku. Sengaja ingin menutup wajahku yang sedikit kemerah-merahan. Umar membaca doa naik kenderaan dengan lancar dan dia menghafaznya.
“Amin.” Aku meraup wajah dengan tangan.





SCENE 2





SAYA LAPAR!!!!

“Umar, saya laparlah.” Aku dan Umar sama-sama terhenti melangkah.
“Baru pukul 11.00, takkan dah lapar. Tadi kan awak dah sarapan kat rumah.” Suara Umar kedengaran tegas. Agaknya dia mahu sejarah di Beijing berulang. Kebulur untuk kali kedua dan penyebabnya si mamat sepet. Oh tidak! Jika di Beijing aku mungkin agak lemah, di sini tentunya tidak. Jika Umar tidak mahu tunaikan permintaanku, aku boleh cari sendiri. Punyalah banyak restoran, mana mungkin aku akan kebulur.
“Awak nak makan kat mana?” Soalan Umar menendang jauh rasa marahku.
“Kita makan dulu?” Sengaja aku bertanya, mahu kepastian.
“Yalah, kita makan dulu. Lepas tu terus beli hadiah.” Umar menghadiahkan senyuman manis. Pakej termasuk lesung pipit di pipi kirinya. Sukanya hati, rasa hendak meloncat.
“Nak makan kat mana?”
“Awak?”
“Saya tanya awak, awak tanya saya balik kenapa? Saya ikut awak je.”
“Manhattan Fish Market, okay?”
“Okay, let’s go.” Umar mula melangkah meninggalkanku di belakang. Aku melajukan langkah, cuba menyaingi kaki zirafah Umar. Susah betullah kalau tinggi macam pokok kelapa.
Hampir separuh meja di dalam Manhattan Fish Market penuh dengan pelanggan. Kami dibawa duduk di meja yang memuatkan empat orang. Menu yang dipesan olehku dan Umar sama pula. Tiada siapa yang meniru siapa, mungkin selera kami tiba-tiba sama. Sehati sejiwa kononnya. Erk, rasa hendak tercekik pulak. Aku tergeleng.
“Kenapa awak geleng?” Umar pantas melihat reaksiku.
“Saja, senaman leher.” Aku geleng lagi kepala. Umar tersenyum lagi. Hari ini Umar tampil kasual. Bert-shirt Polo merah, jeans putih dan sneakers hitam. Menaikkan lagi kulitnya yang cerah. Gaya rambutnya sama seperti gaya ke pejabat. Ringkas dan mudah. Aku suka dengan penampilan yang ini, tidak terlalu formal seperti ke pejabat dan tidak juga selekeh seperti di Beijing.
“Are you staring at me?”
“Noooooo.” Mataku mencerlung tajam. Cuba berdalih.
“Jadi awak tengok apa? Kalau mata pandang ke wajah saya.”
“Alah tengok sekejap je. Takkan saya nak tengok lelaki lain, nanti orang ingat saya nak mengurat pulak.”
“Nak tengok lama pun boleh, tak luak pun saya.”
“Tak nak tengok.” Aku mencebik. “Awak, Love Treat macam mana? Siapa yang uruskan?” Aku mengalih topik perbualan. Sudah lama soalan ini meloncat-loncat di dalam mindaku.








No comments:

Post a Comment