My Sweetie Readers

Friday 24 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal di Korea) Part 7


BAB 7

Aku membelek-belek hantaran yang telah siap.  Tema yang dipilih untuk majlis pertunangan Nadia ialah hijau, warna yang cukup memberikan ketenangan.  Aku tiba di Kuala Lumpur petang tadi dan Nadia telah menungguku di stesen bus bersama-sama Farid.  Mereka nampak begitu secocok dan sepadan.  Aku dapat melihat wajah Nadia yang sungguh berseri-seri, teruja menunggu masa untuk bergelar tunang orang.
“ Aimin, lama merenung hantaran tu.?”  Teguran Datin Zainab mematikan lamunanku.
“ Cantik hantaran ni auntie.”
“ Semua ni tempah aje.  Auntie bersyukur sangat akhirnya Nadia akan bertunang dengan Farid.” Aku khusyuk mendengar luahan Datin Zainab.
“ Alhamdulillah Auntie dan tak lama akan ke jinjang pelamin pulak.” Aku dapat melihat raut kelegaan yang jelas terpancar di muka Datin Zainab.
“ Auntie risau sebenarnya sebab tu lah suruh mereka tu cepat-cepat mengikat tali pertunangan.  Yalah, Aimin sendiri pun tahu kan mereka tu macam belangkas, berkepit je kesana kemari.  Ibu mana yang tak risau, jadilah biarlah dipercepatkan semua perkara yang diwajibkan tu.”  Datin Zainab memegang lembut bahuku.
“ Auntie dah tak perlu risau semua tu, sekarang kita doakan semuanya berjalan lancar dan Nadia dengan Farid akan ke jinjang pelamin.” Aku memegang tangan Datin Zainab dan Datin Zainab menyentuh lembut pipiku.  Wanita di hadapanku ini penuh dengan sifat keibuan.
………………………………………………………………………………………………………
Hello Pinky Girl.” Aku mengerutkan dahi membaca mesej yang baru dihantar oleh Adha itu.
( Macam mana Adha boleh tahu aku pakai pink ni.) Aku melihat baju kurung berwanra merah jambu yang tersarung di badanku. 
Para tetamu mula meninggalkan rumah Nadia usai makan tengahhari.  Alhamdulillah majlis pertunangan Nadia berjalan dengan lancar dan kini Nadia sudah sah bergelar tunang Farid.  Nadia kelihatan sungguh cantik dengan mengenakan sepasang kebaya moden berwanra putih yang ditempah khas.
“ Saya mesej awak tak balas pun ya.”  Satu suara menegurku dari belakang.  Aku tidak jadi menyuap nasi ke dalam mulut.  Nadia di sebelahku juga menoleh mencari pemilik suara itu.
“ Adha, macam mana awak boleh ada kat sini?” Tanyaku kehairanan.
“ Kau kenal Adha ke Aimin?”  Farid yang duduk bertentangan dengan Nadia ternyata mengenali Adha.
“ Kenal, Adha anak kawan ayah aku.”  Adha kini sudah mengambil tempat di kerusi kosong bertentangan denganku.
“ Farid ni anak sepupu abah saya jadi.”  Jelas Adha dan aku mengangguk.
What a small world?” Nadia menyampuk dan tersenyum ke arahku.
By the way, congratz bro.  Aku doakan semoga ke jinjang pelamin.”  Adha menepuk bahu Farid. 
“ Eh kau dah makan ke? Marilah join sekali.” Pelawa Farid.
“ Ishh, aku dah makan tadi dengan abah.  Kami dah nak balik pun ni.  Kenyang sangat dah ni.” Adha mengusap-usap perutnya.
“ Lah, dah nak balik ke? Kita gerak sekali la.”
“ Tak apalah bro, abah dengan mak aku nak jenguk adik bongsu aku kat UKM pulak lepas ni.  So, kami kena gerak cepat.” 
“ Oh.  Eh yang bunga dua kuntum ni senyap je kenapa?” Farid menegur kami berdua.  Aku yang baru menyuap nasi ke mulut hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka.
“ Orang lelaki berborak so kami diam aje la.” Ujar Nadia sambil tersenyum manja ke arah Farid.
“ Aimin, abah dengan mak saya nak jumpa awak dulu sebelum kami balik.” Kata-kata Adha membuatkan aku tersedak.  Terasa pedih tekakku.  Nadia mengurut-urut belakangku.
“ Ya ALLAH, Aimin awak okay ke? Saya minta maaf, saya tak sengaja nak buat awak tersedak.” Adha nampak cukup panik.  Mataku sudah mula merah.  Nadia membantuku menghirup air ribena.  Aku hanya menganggukkan kepala kerana aku tidak mampu berkata-kata.
(Apahal pulak mak ayah dia nak jumpa aku ni.  Cuak betullah.) Aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati.
Aku akur dengan permintaan ibu bapa Adha.  Mereka nampak begitu gembira melihatku dan Mak Cik Dhia sempat menghadiahkanku sehelai jubah kepadaku.  Aku sangat berbesar hati menerimanya namun aku hairan mengapa Mak Cik Dhia terlalu prihatin terhadapku padahal ini baru pertemuan kedua kami setelah hampir sepuluh tahun tidak bersua.
………………………………………………………………………………………………………
Sudah hampir tiga bulan aku menjadi suri rumahtangga tidak bertauliah.  Sehingga kini tiada apa-apa panggilan kerja.  Benar aku tidak pernah bosan di rumah namun terasa agak membebankan ayah dan ibu kerana mereka terpaksa menanggungku.  Seharusnya aku membantu meringankan beban mereka setelah tamat pengajian.
“ Adik, kau ni lipat baju ke berangan?” Abangku yang ketiga mencuit bahuku.
“ Lipat bajulah, tak nampak ke?” Aku menjegilkan biji mata.
“ Kau kena tunggu berapa lama panggilan kerja JPA tu?”  Abangku sudah melabuhkan punggung di sofa dan matanya telah melekat di kaca televisyen.
“ Dua tahun.” Jawabku pendek seraya tanganku kembali ligat melipat timbunan baju kering di hadapanku.
“ Kau tak nak kerja apa-apa ke dulu, at least dapat jugak duit poket.”
“ Adik duduk rumah pun ibu dengan ayah still  bagi duit, along dengan angah pun ada jugak hulur.  Abang tu je yang taik idung masin.”  Aku menjuihkan bibir.
“ Woit, kau pernah rasa taik idung aku ke? Aku tak tau pun taik idung aku ni masin.” Melawak la pula abangku ini namun aku langsung tidak ketawa.  Abang tertawa dengan jenakanya.
“ Pengotor la kau ni abang, buwekk.” Aku pura-pura loya.
“ Alah, aku bukan kedekut tapi aku nak simpan duit dulu nak kahwin.”
“ Eh, angah baru je sebulan kahwin.  Kalau ya pun sabar-sabarlah dulu.  Abang tu baru 24 tahun.”
“ Biarlah, aku yang nak kahwin bukan kau.  Nah duit.  Lepas ni jangan nak cakap aku kedekut lagi.”  Abang Aidil menghulurkan sekeping duit seringgit kepadaku.
“ Dasar taik idung masin.” Aku menghulurkan kembali duit seringgit itu.
“ Kau cakap apa?” Abang menarik rambutku yang dibiarkan lepas.  Aku tidak mahu mengaku kalah dan mencubit lengannya sekuat hati.
“ Sakitlah!!” Jeritan abang menggegarkan isi rumah.
“ Astaghfirullahhalazim, Aidil! Aimin! Apa ni, macam budak-budak.” Ibu berlari anak ke arah kami dan cuba meleraikan ‘pergaduhan’ antara aku dan abang.
“ Abang tarik rambut adik bu.” Aku mula mengadu setelah ibu berjaya meleraikan kami.
“ Adik yang mulakan dulu.  Dia cakap abang taik idung masin.” Abang tidak mahu mengaku kalah dan turut sama mengadu.
“ Apa nak jadilah, dah besar panjang pun nak bertumbuk lagi.  Malulah sikit.  Masa sorang kat Korea, sorang kat sini sibuk sangat tanya pasal hal masing-masing, tapi bila dah berjumpa pulak asyik nak bergaduh je.  Tak sayang ibu ke?  Nak suruh darah tinggi ibu ni naik?” Ibu terduduk di sofa.
“ Ibu.” Aku dan abang serentak memanggil ibu dan kami sama-sama memeluk ibu.
“ Ya, lepas ni abang takkan bergaduh dengan adik.”  Abang mengukir janji.  Tanpa dilihat ibu aku mencebik ke arah abang dan abang membalas dengan menjelirkan lidahnya.
Ibu menepuk lembut bahuku dan abang, jelas ibu tampak lega.  Aku dan abang memang bagaikan anjing dengan kucing.  Setiap kali bertemu pasti ada pertelingkahan yang tercetus.  Mungkin kerana perbezaan umur kami hanya setahun maka kadang-kadang aku terlupa yang dia ialah abangku.  Walaupun kami sentiasa bergaduh namun masing-masing tahu bahwa kasih sayang antara kami adik beradik tetap utuh.  Yalah, siapa tak sayang abang.
………………………………………………………………………………………………………
“ Ayah, ibu tengok ni.” Aku berlari mendapatkan ayah dan ibu yang duduk berehat di taman.
“ Kenapa lari macam tak cukup tanah ni?” Tanya ayah kehairanan.
“ Adik dah dapat tawaran kerja, minggu depan kena lapor diri.  Kerja kat K.L.” Ujarku riang sambil menghulurkan surat tawaran yang baru kubuka sebentar tadi.
“ Alhamdulillah.” Ibu mengucapkan syukur kepada Ilahi.  Aku memeluk ibu tanda gembira dan seterusnya memeluk ayah.
“ Mujur dapat di K.L, bolehlah Along tengok-tengokkan adik nanti.” Ujar ayah yang turut gembira dengan berita itu.
Bestnya, nanti tiap-tiap minggu boleh jumpa Daniel.” Aku terus terbayang wajah comel anak saudaraku itu. 
“ Esok bolehla ke bandar, beli barang-barang untuk bawa ke sana.” Kata-kata ibu membuatkan aku tergelak kecil.
“ Ibu, nak beli barang apa? Bawak baju sudahlah.” 
“ Barang-barang kegunaan lain kenalah beli jugak.”
“ Ibu janganlah risau, bukannya adik nak kerja kat Korea pun.  Kat K.L tu nanti kita belilah.  Tak payah susah-susah bawak dari sini.”  Aku cuba menenangkan ibu.
“ Amboi, sebut Korea tu.  Ada hati nak balik ke sana?  Cukup-cukuplah belajar di sana.”  Perli ayah sambil menjeling penuh makna.
“ Selingan je la ayah.  Buat apa nak balik ke Korea tu.”
“ Jomlah kita naik, boleh mula kemas barang-barang adik.  Lagi empat hari je ni, lambat-lambat kemas nanti takut ada barang yang tertinggal.” Aku mengangguk mendengar kata-kata ibu.
………………………………………………………………………………………………………
Ibu membantuku mengemaskan pakaian yang ingin dibawa ke Kuala Lumpur.  Satu bagasi telah dipenuhi dengan pakaian dan kini tinggal satu bagasi lagi untuk mengisi barang-barang keperluan lain termasuk patung beruang kesayanganku.
“ Kotak apa ni adik?” Aku tidak jadi mengambil Kiki, patung beruangku yang berwarna merah jambu.
“ Tak ada apa-apa ibu.” Air mukaku berubah.  Aku megambil kotak merah jambu itu dan meletakkannya ke dalam bagasi.  Mujurlah ibu tidak bertanya lebih lanjut ttentang isi kandungan kotak itu.  Ibu kembali membantu aku mengemaskan barang-barang.

4 comments:

  1. alam pekerjaan..tidak sama sepeti apa yg disogokkan semasa belajar..

    ReplyDelete
  2. haha,ni kne berguru byk dgn kak sha coz ania x prnh lg merasa alm pekerjaan^^huhu

    ReplyDelete
  3. hihik..bleh bg tips tapi kena alami sendiri..coz nature of work kn lain2...hihik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi,kalo nk tgu alami tatau la ble k.sha^^lmbt lg kot

      Delete