My Sweetie Readers

Monday, 20 April 2015

Teaser UMAR YUSUF & AFRINA IMANI...

UMAR YUSUF & AFRINA IMANI

by
ANIA MALNA



      “Xióng māo!!!  Kenapa atuk awak tu???” 
      Xióng māo yang tidak bersalah menjadi mangsa tumbukanku.  Tepat ke perutnya.  Bukan sekali tetapi berkali-kali.  Tidak cukup dengan itu, aku tendang pula Xióng māo hingga jatuh ke lantai.  Aku bangun dari katil dan Xióng māo di atas lantai kuambil.  Badan kuhempas ke atas katil dan aku baring meniarap.  Sudah dua minggu Umar menyepi daripadaku.  Dia seperti hilang.  Nampaknya dia benar-benar cuba menjauhkan diri daripadaku.  Mahu aku dekatkan diriku dengannya?  Tentulah tidak!  Biar lantak dia.  Aku bukannya terhegeh-hegeh kejarkan dia. 
      “Adik.”  Suara mama terasa dekat denganku.
      “Mama, terkejut adik.”  Mama sudah duduk di birai katil.
      “Marahnya dengan Maomao tu sampai tak nampak mama dekat pintu tadi.”
      “Huh?  Bila mama masuk?  Kenapa adik tak perasan.”
      “Mama saja je tunggu kat pintu tu, nak tengok anak mama mengamuk.”  Mama ketawa perlahan.  Aku bangun dan duduk bersila.
      “Siapa atuk maomao?  Orang yang beri maomao pada adik ke?”
      “Ma, don’t mention his name.  Bencilah dia tu.  Menyampah!!!”  Jariku menunjal kepala Xióng māo. 
      “Aik, mama tak sebut pun nama Umar.  Jangan benci sangat, nanti lain jadinya.”  Mama senyum nipis, senyuman yang penuh makna.
      “Mama, tak nak!”  Aku mula membentak.  Muka ditarik seketat-ketatnya.
      “Tak nak ataupun nak, esok Adik kena balik kampung dengan Umar tau.”
      “Apa!!!”  Aku terkejut sungguh!!!  Bukan terkejut babun aje, beruk, kera, monyet, kingkong semua ada.
      “Bergegar rumah adik jerit tu.”  Mama mencubit lenganku.  Cubitan kecil pula tu.  Auchhh, perit sangat!
      “I don’t get it.  Kenapa dia mesti ikut kita balik rumah nenek?”
      “Bukan kita sayang, only you.  Mama tak dapat balik sekali esok.  Stok sutera dari Korea dan Cina sampai petang tadi dan esok mama kena ke butik untuk tengok stok tu.  Patutnya sampai minggu depan tapi terawal pulak.  Adik balik dulu esok dan Umar yang akan hantar.  Mama dengan papa bertolak petang nanti.”  Pipiku dibelai lembut oleh mama.
      “Adik balik petang jugaklah.  Boleh kan?”
      “Tak bolehlah macam tu sayang.  Kan dah janji dengan Wan yang kita bertolak pagi.  Kesian Wan tau.  Esok pukul lapan pagi Umar datang jemput adik.”  Mama masih berusaha memujukku.  Aku pula masih jual mahal.  Atau sebenarnya pura-pura jual mahal sedangkan dalam hati bunga-bungaan sudah mula hendak kembang wangi.
      “Kenapa mama dengan papa tak tanya adik dulu dan kenapa mesti dia?”
      “Mama dengan papa yakin adik akan setuju jadi kami tak tanya adik dulu.  Papa yang nak mintak tolong dengan Umar.  Adik tahu kan, Papa tu susah sangat nak percayakan orang.  Walaupun baru je kenal Umar tapi papa boleh percayakan Umar untuk jaga anak manja kami ni.    Papa sangat choosy dan ternyata papa put his trust on Umar.  Mungkin juga kerana Umar tu ikhlas jadi papa senang dengan dia.  Unfortunately, ada orang tu tak setuju pulak.”  Mama bangun berdiri.  “Mama cakap pada papa suruh cancel dengan Umar.”  Mama mula membuka langkah.  Aku cepat-cepat menyambar pergelangan tangan mama.
      “Tak apalah mama.  Nanti karang Umar tu merajuk pulak.”
      “Ehh, tiba-tiba pulak Umar merajuk.  Mengaku je lah, adik sebenarnya suka kan Umar hantar adik esok?”  Mama kembali duduk di birai katil.
      “Mana ada, ma.  Ma, adik ngantuklah.  Nak tidur dulu.”  Aku pura-pura menguap dan terus baring.
      “Eleh, tu nak coverlah tu.  Mengada tak nak mengaku dengan mama.  Macamlah mama tak kenal anak mama ni.”  Mama menepuk bahuku.  “Suka kan?”  Mama tidak putus-putus mengusikku.  Aku dapat rasakan wajahku mula bertukar warna.  Cepat-cepat aku tarik selimut hingga menutup kepalaku.
      “Tidurlah, sayang.  Bila anak mama gembira, mama bahagia sayang.  Jangan lupa baca doa tidur.  I love you sayang.” 
      I love you too mama.
      Bunyi tapak kaki mama mula kedengaran.  Tidak lama kemudian bunyi pintu bilik pula.  Aku bangun daripada baring.  Tapak tanganku diletakkan ke pipi.  Terasa pipiku masih memerah.  Arghhh, kenapa perasaan ini muncul?  Apa kaitannya perasaan ini dengan Umar.  Aku benar-benar buntu.  Mengapa aku jadi sensitif dan beremosi apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan Umar.  Huru-hara dan kacau bilau aku dibuatnya.
      “Xióng māo, atuk awak ni dah bomohkan Rina ke?”
…………………………………………………………………………………………………..
      Terasa hendak lari naik ke bilik dan tukar baju!!!  Huwarghhh!!!  Kenapa boleh tersedondon dengan Umar.  T-shirt merah lengan panjang dan jeans putih.  Dia tiru aku atau aku yang tiru dia?  Tentulah tiada siapa yang meniru siapa.  Tahu-tahu aje aku turun dari tingkat atas tadi terus ternampak Umar dengan T-shirt merah dan jeans putih.  Oh lupa pulak.  Lagi satu, topinya hitam dan selendangku hitam.  Oh tidak!!!
      “Berjanji ke?”  Papa terus menangkap outfit kami yang sedondon.
      “Tak.”  Aku dan Umar sama-sama menjawab.  Siap dengan geleng lagi.
      “Tak payah berjanji abang.  Mereka ni ada heart link.”  Mama tergelak kecil.
      “Jomlah pergi.  Beg saya Mak Kiah dah bawak turun tadi kan?”  Sengaja aku ubah topik.
      “Beg awak dah ada dalam kereta pun.”  Umar juga tentunya kurang senang dengan usikan mama dan papa.  Segan gamaknya.
      “Adik, ajaklah Umar sarapan dulu.  Umar jom sarapan sama-sama.”  Papa menepuk-nepuk bahu Umar.  Alamak, dah jadi bestfriend nampak.  Siap tepuk-tepuk bahu lagi.
      “Betul kata papa tu.  Isilah perut dulu, nanti nak tunggu sampai di Genting Sempah lambat jugak.  Jom Umar.”  Mama pun tidak terkecuali mempelawa Umar.  Aku diam tanpa suara dan mengikut langkah mama, papa dan Umar.  Dalam diam, aku tersenyum nipis.  Apabila mama mengalihkan wajah ke arahku, cepat-cepat aku ketatkan muka.  Mujur tidak disedari mama.  Fuh, selamat.
…………………………………………………………………………………………………..
      Kali kedua aku naik mouse-deer Umar.  Aku sudah boleh menyesuaikan diri dengan kereta comel Umar ini.  Sudah tidak kekok lagi seperti pertama kali tetapi tetap seksa melihat Umar yang panjang macam Zirafah memandu mouse-deer yang comel lote.  Oh ya, bagasi merah jambuku.  Mujurlah muat masuk ke dalam mouse-deer.  Sempat juga aku diperli mama kerana membawa bagasi besar.  Gaya mahu tinggal sebulan di rumah Wan.
      “Awak memang tak boleh berpisah dengan Xióng māo ya?  Balik rumah nenek awak pun kena bawak juga Xióng māo?”  Aku mengubah topik.  Topik yang membuatkan wajahku mula berubah.  Tiba-tiba terasa wajah sudah bertukar warna.  Mana dia tahu?  Aku sudah katakan kepada mama jangan beritahu tentang ini.  Pasti papa!!!
      “Apa awak merepek ni?”  Aku mengalihkan wajah ke kiri.  Pura-pura menikmati pemandangan di luar.  Hakikatnya, cuba melindungkan rasa malu yang meloncat-loncat.  Ishh, bikin malulah!
      “Saya tak merepek, Datuk yang bagitahu tadi.  Katanya awak angkut sekali maomao, letak dalam bagasi.  Sebab tu bawak bagasi besar.  Maomao yang papa awak cakap tu Xióng māo kan?”
      Huwarghh, rasa hendak terjun keluar dari kereta!  Papa!   Kenapa cakap!  Malunya!  Terasa kulit wajahku sudah setebal kerak bumi.  Belum tambah dengan blusher semulajadi yang terhasil.
      “Sayang sungguh awak pada Xióng māo, sampai tak boleh berpisah walau dua hari.”
      Ya, aku diam dan aku memang mengaku kalah!  Tidak tahu apa yang hendak dibalas.  Redha aje dengan kata-kata Umar.  Memang habis-habisan aku dikenakan Umar.  Jahat betul dia.  Rasa macam nak tumbuk-tumbuk aje hidung tu.  Biar hidung dia tu leper terus!  Geramlah!
      “Biarlah saya nak bawak sekali pun, kenapa awak kisah sangat.  Xióng māo tu kan saya punya.”  Aku mencebik dan Umar ketawa kuat.  Tiba-tiba gelak sakan kenapa?  Kena virus lucu agaknya.
      Alamak lupa pulak.  Xióng māo tu kan dia yang bagi.  Takpe, control Afrina Imani.  Chicalax.
      “Awak memang sayangkan Xióng māo?”  Tadi rasanya Umar sudah sebut sayang Xióng māo.  Apa perlu diulang lagi?
      “Saya sayang dan hargai semua pemberian orang pada saya.”
      “Ya ke?”  Umar mengangkat kening.  Aku kerutkan dahi.  “Kenapa semua pemberian Tengku Ashraf awak beri pada orang lain.  Bunga dan coklat yang dia bagi tu.”  Tidak terkata aku.  Bulat mataku memandang Umar.  Lama aku merenung wajah cerah Umar.
      “Mana awak tahu?”  Akhirnya lidahku mampu juga digerakkan.
      “Kak Rozi yang cakap.”
      “Kak Rozi ni, tu pun nak cerita kat awak.”  Aku mengalihkan pandangan dari wajah Umar dan mengeluh panjang.  “Saya tak suka cara Ashraf tu.  Dia dah tahu saya kurang senang dengan cara dia tapi dia tetap juga datang cari saya.”
      “Dia sukakan awak kan?” 
Pandanganku dialihkan semula ke wajah Umar.  Wajahnya cukup tenang.  Sukar untuk kutafsirkan perasaannya tatkala ini.
      “Boleh tak kita jangan cakap pasal dia?  Saya tak suka!”  Aku alihkan wajah ke sisi dan memandang keluar tingkap.

      Suasana sunyi sepi dan kelam seperti dalam gua.  Aku sudah arif dengan sikap Umar yang tidak suka memasang radio di dalam kereta.  Biarlah, aku lebih selesa begini.  Terasa tenang tanpa ada apa-apa bunyi.


"hadirmu adalah anugerah yang terlalu indah..."

2 comments: