BAB 8
“ Aimin, tadi masa awak
keluar jumpa client ada orang telefon dan mintak nombor telefon
awak tapi Mai tak bagi.” Beritahu Maisarah, rakan sekerjaku itu yang merupakan
seorang Juruteknik Awam tatkala aku masuk ke ofis.
“ Mai ada tanya tak
siapa orang tu.”
“ Mai tak tanya pulak
tapi orang tu ada tinggalkan nombor telefon, awak telefon semula tanya
dia. Kejap Mai ambil nombor tu dekat
meja.” Maisarah bergerak menuju ke
mejanya dan mengambil sekeping sticky
note yang ditampal pada soft board di
mejanya.
“ Ni nombornya tapi tak
sempat pulak tanya namanya tadi.” Aku
mencapai sticky note itu.
“ Thanks Mai.”
………………………………………………………………………………………………………
Aku melangkah perlahan
ke dalam restoran makanan Korea yang terletak tidak jauh dari tempat kerjaku
dan hanya memakan masa 15 minit untuk ke situ.
Walaupun sudah hampir empat bulan aku bekerja namun aku tidak pernah
tahu ada restoran yang menyediakan makanan Korea Halal di situ.
Aku dibawa oleh seorang
pelayan lelaki ke sebuah meja di hujung restoran. Tanganku sedikit menggeletar, bukan kerana
sejuk dek pendingin hawa yang dipasang namun dek kerana pertemuan yang bakal
terjadi antara aku dengan orang yang telah membuat panggilan ke pejabat siang
tadi.
“ Assalamualaikum.” Aku
menoleh ke belakang mencari pemilik suara itu.
“ Waalaikumussalam.”
Debaran di dadaku semakin kencang.
Seorang wanita dan lelaki pertengahan usia berdiri dihadapanku. Aku bangun dari duduk dan merenung kedu-dua
mereka dengan seribu makna.
“ Duduklah Aimin.”
Lelaki itu mempelawaku duduk.
“ Terima kasih.” Aku
duduk kembali dan kedua-dua mereka mengambil tempat di hadapanku.
“ Panggil aje Uncle
Yusuf dan isteri Uncle, Auntie Syafiqah.”
Uncle Yusuf begitu fasih berbahasa Melayu, mungkin kerana sudah berada
di bumi Malaysia lebih dua puluh tahun menjadi faktor utama. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan
Auntie Syafiqah. Huluran itu disambut
dan aku mengucup lembut tangan wanita itu.
………………………………………………………………………………………………………
“ Hello. Saya Aimin.”
“ Hello.”
“ Boleh saya tahu siapa
yang bercakap?”
“ Saya Yusuf, bapa
saudara Min Hyuk.”
Aku tersentak namun
cuba mengagahkan diri agar mampu untuk terus berkata-kata.
“ Boleh saya tahu kenapa
Encik Yusuf telefon.”
Ada getaran pada
suaraku.
“ Aimin free ke malam ni?”
“ Free.”
“ Boleh saya dan isteri
saya berjumpa dengan Aimin malam ini.
Selepas Maghrib di ‘Restoran Kimchi Saranghae’ dekat Jalan TAR?”
“ Boleh.”
“ Kita jumpa malam ni
di sana. Assalamualaikum.
“Waalaikumussalam.”
………………………………………………………………………………………………………
“ Aimin nak makan apa?”
Auntie Syafiqah menghulurkan buku menu kepadaku. Serentak dengan itu, ingatanku terhadap
perbualan telefon antaraku dengan Uncle Yusuf siang tadi tamat.
“ Tak apalah Auntie,
saya minum aje.” Aku membelek pelbagai jenis menu minuman yang terdapat di
dalam buku menu itu. Aku dapat melihat
tanganku sedikit menggeletar.
“ Maafkan Auntie, Min
Hyuk pernah cakap yang Aimin tak suka makanan Korea.” Kata-kata Auntie Syafiqah
seperti menusuk ke jantungku. Nama
lelaki itu sudah lama tidak kudengar. Aku
terkesima dan merenung ke meja. Tidak
mampu menatap wajah bapa saudara Min Hyuk dan isterinya itu.
“ We make an order first.” Uncle Yusuf seperti dapat menghidu
perubahan pada wajahku. Dia melambai ke
arah seorang pelayan lelaki yang berada berhampiran meja kami.
“ Ya bos.”
“ Bagi kami tiga patbingsu
(Korean shaved ice).” Aku tidak hairan apabila pelayan itu
memanggil Uncle Yusuf bos kerana Min Hyuk pernah memberitahuku bahawa bapa
saudaranya itu memiliki sebuah restoran di Malaysia dan tidak disangka
rupa-rupanya ia adalah restoran makanan Korea dan terletak di Kuala Lumpur.
“ Aimin, Min Hyuk
banyak ceritakan pada kami tentang Aimin.” Kata-kata Auntie Syafiqah itu
membuatkan dadaku tiba-tiba merasa sebak.
“ Uncle dengan Auntie
ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab sudi datang jumpa kami malam ni.” Aku masih diam membisu mendengar kata-kata
Uncle Yusuf itu. Lidahku kelu.
“ Kami nak Aimin tahu
yang Min Hyuk bukan sengaja tak datang jumpa Aimin masa hari terakhir Aimin di
Korea.” Ternyata terlalu banyak yang diceritakan oleh Min Hyuk kepada Uncle
Yusuf.
“ Jadi apa sebabnya?”
Aku menggagahkan diri untuk menanyakan soalan itu. Mataku penuh pengharapan, mencari satu
jawapan mengapa dia tidak muncul pada hari itu.
“ Sebenarnya…” Kata-kata Uncle Yusuf tersekat. Entah mengapa Uncle Yusuf tidak mampu
meneruskan kata-katanya.
“ Pada hari yang sama,
Min Hyuk terlibat dalam kemalangan.” Seluruh tubuhku menggeletar. Penjelasan Auntie Syafiqah itu cukup sampai
ke hati dan jantungku. Kenapa baru kini
persoalanku terungkai. Satu kenyataan
yang sangat pedih. Aku tidak mampu
menahan air mataku. Tangisanku terlerai
di hadapan Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah.
Auntie Syafiqah bangun
dan perlahan mendekatiku. Dia memeluk
lembut bahuku. Aku kini menangis di
dalam pelukan wanita itu. benarkah
lelaki yang aku cintai itu sudah tiada di atas muka bumi ini.
Belum sempat cinta
bersemi, dia pergi meninggalkan aku.
Pergi untuk selama-lamanya. Masih
terlalu awal untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki itu. Aku terpaksa menerima kenyataan ini walaupun
hakikatnya terlalu pedih untuk diterima namun aku harus tabah dan redha. Tujuh bulan lalu, aku dikecewakan Min Hyuk
dan kini baru kutahu rupa-rupanya semua itu berlaku bukan atas kerelaannya
sendiri.
Terasa diriku begitu
jahat kerana salah sangka terhadap Min Hyuk.
Hanya buku merah jambu, headband
dan gambar kami semasa di Lotte World yang tinggal sebagai kenangan antara
kami. Tidak kusangka pengenalan kami
begitu singkat, hanya sembilan bulan.
Min Hyuk pergi sebelum dia sempat tahu tentang isi hatiku ini.
Mampukah aku mencintai
lelaki lain seperti aku mencintainya.
Hanya dia satu-satunya lelaki yang pernah aku cintai, aku tidak yakin
aku akan bertemu dengan lelaki lain yang mampu menakluki hatiku sebagaimana Min
Hyuk. Son Min Hyuk, cinta pertamaku dan
adakah dia juga akan menjadi cinta terakhirku? Ya ALLAH ya Tuhanku, benarkah
ini takdir cinta kami, aku harus redha dengan ketentuan ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menerima dugaan
besar ini.
Selamat
tinggal untuk selama-lamanya , Son Min Hyuk.
cinta pertama yg sukar dilupakan..walau ada cinta lain datang bertamu, pasti cinta itu akan dibanding-bandingkn dgn cinta pertama..
ReplyDeletenamun akan sampai masa cinta sejati pasti hadir kan nia..
x sangka watak min hyuk dimatikan...huhu sedih utk aimin..
kak sha!!!!!
ReplyDeletesok ania upload part 9 and jgn terkejut pulak tau~
aimin cdih kejap je tu~huhuhu
hmmm adakah min hyuk jelmaan akn muncul...
ReplyDeletejejeng~tunggu ek k.sha~^^
Delete언니!! ㅠㅠㅠ 민혁이..... 왜 이렇게 죽었어?! ㅠㅠ 참 슬프다...ㅠㅠ
ReplyDeletehahaha, 죽었어 die kan? (minhyuk ad sbut jgk dlm bimil)~aiyoo,tunggu ek~
Delete