My Sweetie Readers

Tuesday 21 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 5

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 5



Aku kembali ke alam nyata setelah kenangan bersama Min Hyuk menyelubungi mindaku.  Walaupun tidak semua kenanganku bersama Min Hyuk menerjah mindaku namun itu sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum.
Dalam senyumku itu sebenarnya terselit satu perasaan yang jauh lebih kuat dari itu.  Perasaan yang telah lama kupendam.  Perasaan yang juga membuatkan hati dan jiwaku selalunya tidak tenteram.   Perasaan yang sebenarnya tidak kuingini tapi ianya datang sendiri tanpa dipinta.  Perasaan yang padaku hanyalah bertepuk sebelah tangan kerana hingga ke hari ini Min Hyuk tidak pernah menyatakan apa-apa kepadaku.
Aku tidak pernah mempercayai kata-kata Nadia yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.  Hari esok hari terakhirku di tanah Korea namun segalanya tetap sama.  Status kami berdua tetap sebagai kawan, mungkin kawan rapat.
Mungkin setelah aku kembali ke Malaysia aku akan berjumpa dengan seorang lelaki Melayu yang mampu mencuri hatiku sepertimana yang dilakukan Min Hyuk dan sekaligus dapat melupakan lelaki itu.  Manusia datang dan pergi.  Aku cuba menyedapkan hatiku walaupun hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di dalam hatiku. 
Di mataku tiada setitis air mata yang gugur namun hatiku merintih pedih. Aku mengerling Nadia yang masih nyenyak tidur.  Walaupun aku tidak menunjukkan kesedihanku di hadapan Nadia namun aku tahu dia cukup faham apa yang ada di dalam hatiku. 
Aku cuba mematikan kesedihan dengan mengenangkan yang aku akan pulang ke Malaysia esok.  Ya sesungguhnya memang perkara itu adalah perkara yang paling menggembirakan sepanjang aku berada di Korea iaitu kepulanganku ke Malaysia setelah bertahun-tahun menuntut ilmu di sini.  Lamunanku dikejutkan dengan bunyi beep menandakan ada mesej yang baru masuk ke telefonku.
………………………………………………………………………………………………………
Aku membelek wajahku di cermin.  Kali ini, selendang yang tersarung di kepalaku adalah ‘hasil kerja’ Nadia. Sahabatku itu cukup gembira apabila aku memberitahunya bahawa Min Hyuk ingin berjumpaku di Sungai Han pada pagi ini. 
Aku keluar ke stesen kereta api bawah tanah jam 8.00 pagi. 
“Saya jumpa awak di Hangang ( Sungai Han) jam 9.00 pagi esok.  There’s something important I wanna tell you.”
Begitulah mesej yang kuterima semalam.
Aku tidak mengharapkan apa-apa kali ini dan aku yakin pasti Min Hyuk hanya ingin mengucapkan selamat tinggal kepadaku dan ini juga akan menjadi pertemuan terakhir kami.  Namun aku sedikit hairan mengapa dia memilih untuk berjumpaku di Sungai Han.  Selalunya dia akan datang ke Suwon atau lebih tepat dia yang akan datang kepadaku.
Keadaan pagi ini agak tenang.  Awal pagi begini tidak ramai pengunjung dan hanya terdapat beberapa pengunjung yang melakukan senaman pagi di sekitar kawasan Sungai Han.  Aku melihat jam pada telefon bimbitku dan ianya tepat menunjukkan jam 9.00 pagi dan ini bermakna aku sampai tepat pada masa yang dijanjikan.
Aku melilau ke sekeliling mencari kelibat Min Hyuk namun ternyata dia masih belum tiba.  Aku bergerak ke arah Sungai Han dan duduk di tangga berhadapan dengan restoran makanan ringan Lotte Ria yang berada di atas struktur terapung berbentuk kapal di atas permukaan Sungai Han.
Aku teringat pengalaman pertama aku dan Nadia menaiki magic cruise yang merupakan salah satu pakej menaiki cruise di Sungai Han.  Walaupun pada mulanya kami terpaksa mengeluarkan puluhan ribu won semata-mata untuk menaiki cruise itu namun kami amat berpuas hati kerana pengalaman yang kami perolehi amat menyeronokkan.
Aku kembali ke alam nyata.  Kelibat Min Hyuk masih belum kelihatan.  Jam kini sudah 9.30 pagi.
( Selalunya dia yang tunggu aku, jadi kali ni tak salah untuk aku tunggu dia pulak)
Aku memegang kedua-dua belah pipiku.  Selalunya sewaktu musim sejuk, aku cukup liat untuk berada di luar bangunan.  Cuaca sejuk seperti mencengkam masuk ke kulitku.  Pagi ini salji masih belum turun.
Telefon bimbit dari poket baju tebalku dikeluarkan apabila bunyi beep kedengaran.  Ianya mesej dari Nadia. ‘Apa yang berlaku.  Min Hyuk cakap apa pada kau.’  Mesej nadia tidak kubalas kerana tiada apa yang perlu dikhabarkan memandangkan Min Hyuk belum berada di hadapanku.  Jam kini menunjukkan 10.30 pagi.
Aku tetap setia di tangga berhadapan Sungai Han, menunggu Min Hyuk.  Kini sudah jam 11.00 pagi dan Min Hyuk masih belum muncul. Kesejukan seperti menggigit wajahku.  Aku dapat rasakan yang aku sudah mula menggigil. 
Untuk kali yang keberapa aku sendiri sudah lupa, aku melihat telefon bimbitku dan skrin telefon bimbitku sudah menunjukkan jam 12.30 tengahhari.  Aku telah berjanji dengan Nadia akan pulang sebelum jam 1.00 tengahhari.  Aku juga perlukan masa untuk melakukan persiapan terakhir sebelum berangkat ke Incheon Airport kerana penerbanganku ke Malaysia adalah pada jam 11.45 malam ini.
Ada sesuatu yang agak suam mengalir menuruni pipiku.  Cecair itu seperti membunuh kesejukanku walaupun aku kini sudah betul-betul menggigil.  Air mataku tidak mampu untuk ditahan.  Aku sendiri tidak tahu mengapa Min Hyuk perlu lakukan semua ini kepadaku. 
Kalau dia benar-benar tidak dapat datang, takkanlah dia tidak mampu untuk menelefonku.  Atau aku sebenarnya telah terpedaya.  Terpedaya dengan perasaanku sendiri terhadap Min Hyuk.  Aku terasa diriku terlalu bodoh kerana mempercayai kata-kata lelaki itu.
Aku menangis teresak-esak.  Aku tidak pasti untuk apa tangisanku ini, adakah kerana aku kecewa tidak dapat bertemu dengan Min Hyuk untuk kali yang terakhirnya atau adakah kecewa kerana aku telah diperdaya oleh lelaki itu? atau mungkin juga kerana aku tahu aku akan merindui lelaki itu?
Aku bangun dari duduk dan melangkah perlahan-lahan beserta esakan kecil.

(to be continued)

6 comments:

  1. owh kesiannya penantian itu satu penyiksaan.. apa yg berlaku pada Min Hyuk? Nape dia x datang?

    ReplyDelete
  2. jejeng~yg tu kne tunggula, tp seriously ania dah siap smpi part 23 but upload sikit2 dlu kt blog neh~hihi

    ReplyDelete
  3. caya la..hmm dah baca sampai bab 6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot sya~
      really appreciate your interest towards this story^^

      Delete
  4. reading is the cheapest way of travel nia..so this time at least bleh tau sikit2 tempat di korea..who knows 1 day sha akan ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin100x, nia doakan moga 1 day kak sha akan jejk kaki ke korea~korea is a place that we should travel^^

      Delete