My Sweetie Readers

Monday 3 September 2012

SARANGHAEYO (CTDK) Part 15


BAB 15

by-ANIA MALNA

“ Awak hantar saya balik dululah. Saya belum sembahyang Zuhur lagi so kena balik rumah dulu.  Lepas tu baru kita gerak ke Kimchi Saranghae.  Kak Lia dan Kak Bai sampai malam ni, so awak tunggu je lah kat depan rumah tu nanti.  Tapi luar pagar je tau.” Aku mengingatkan Min Hyuk.
“ Awak sebayang di Kimchi Saranghae.  Tak payah balik rumah.” Aku tergelak kecil mendengar sebutan ‘sembahyang’ versi Min Hyuk.
“ Sebut betul-betul.  Dengar saya sebut ni.  Sem-bah-yang.” Sisa tawa masih berbaki.
“ Sem-bah-yang.”  Min Hyuk tersenyum ke arahku.
“ Jangan tengok sayalah, tengok depan!”  Marahku apabila agak lama Min Hyuk merenungku.  “Awak tahu kat mana tempat sembahyang dalam Kimchi Saranghae tu?”  Soalku inginkan kepastian.
“ Saya tahu.  Dekat sebelah pejabat Uncle dan Auntie.  Kain putih pun ada juga.”
“ Bukan kain putih, kain te-le-kung la.  Cuba kalau kain telekung tu warna hijau ke, mesti awak panggil kain hijau kan?” Aku mengekek ketawa.  Min Hyuk menjeling marah.  “ Tapi macam mana awak tahu ada kain telekung dalam tu? Awak skodeng ye?” Tiba-tiba aku berfikiran negatif.
“Dodeng? Apa maksud?”
“Skodeng la, maksudnya peeking.  Awak ni, saya tanya belum jawab lagi.” Aku masih mahukan jawapan kepada pertanyaan itu.
“Uncle pernah suruh saya ambil barang tinggal dalam bilik tu.  Saya nampak kain putih tu.” Min Hyuk masih lagi menggelar kain telekung sebagai kain putih.  Namun, aku malas membetulkannya lagi.  Lambat laun dia pasti pandai menyebut perkataan yang sebenar.
Tanpa disedari dalam kami berbual-bual, akhirnya kami telah tiba di Kimchi Saranghae.  Kelihatan beberapa buah meja dipenuhi oleh pelanggan.  Di musim perayaan ini Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah menyediakan pakej Hari Raya yang lebih murah dari kebiasaannya.
Aku dan Min Hyuk memilih meja paling hujung di sebelah kanan restoran.  Ketupat dan rendang yang baru dikeluarkan dari bagasiku sejurus selepas kami tiba kini berada di tangan Min Hyuk.  Dia sudah tidak sabar untuk merasa ketupat yang dibawa dari kampung itu. 
“Mesti sedap ketu…….” Min Hyuk sudah melabuhkan punggungnya ke kerusi.
“Pat nye cicir ye? Ketupat lah awak.” Aku juga sudah duduk bertentangan dengan Min Hyuk. 
“Aaa ketupat.  Saya lupa.” Min Hyuk persis kanak-kanak yang sedang mengingati sesuatu. 
“Min Hyuk, saya nak sembahyang dulu.” Aku cepat-cepat mengingatkan Min Hyuk.
“Saya teman.” Min Hyuk menawarkan diri.
“Eh awak ni mengarutlah.  Saya nak pergi solat lah.  Mana boleh ikut.  Betul ni dekat sebelah ofis Uncle dengan Auntie? Karang tersalah masuk malu je.” Aku mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
“Betul.  Awak pergilah.  Saya tunggu di sini.  Janji tak makan habis ketupat ni.” Min Hyuk tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan seperti biasa matanya seperti terpejam.
(Macam manalah mata anak kitorang nanti. Mata dia kecik, mata aku besar. Bulat kecil, bulat besar.) Aku tersenyum sendirian.
“Kenape senyum?” Tanya Min Hyuk sambil mengerutkan dahinya.
“Takde ape-ape.   Ok lah saya pergi dulu.” Aku bangun dari duduk dan melangkah pergi.
………………………………………………………………………………………………………
Usai solat, aku terus kembali ke meja tempat Min Hyuk sedang menantiku.  Ketupat di dalam bekas sudah dikeluarkan dan diletakkan di dalam pinggan.  Manakala rendang pula sudah berpindah ke dalam mangkuk.  Terdapat juga dua mangkuk patbingsu dan dua gelas air kosong sudah tersedia di atas meja.  Pasti Min Hyuk yang telah membuat pesanan.
So, kita dah boleh makan.” Ujarku sebaik sahaja tiba di meja lantas duduk.
“Lamanya.  Saya dah lapar ni” Kata Min Hyuk dengan nada manja.
“Ni belum puasa lagi, nanti kalau awak dah kena puasa macam mana nak tahan lapar.  Tadi saya solat Zuhur yang ada 4 rakaat dan saya kena ambil wudhu’ dulu.  Tambah dengan tanggal tudung dan pakai tudung semula, mestilah lama.” Panjang lebar sekali penjelasanku.  Min Hyuk hanya mengangguk sambil mendengar.
(Entah dia faham atau tidak aku membebel panjang-panjang tadi )
“Jom lah kita makan.” Min Hyuk mengambil seketul ketupat dan membelek-belek ketupat itu lalu menggigit ketupat yang masih dibaluti daun kelapa.  Aku cepat-cepat menarik ketupat yang sudah berada di dalam mulut Min Hyuk.
(Ya Allah Ya Tuhanku, sakit jiwa aku dibuatnya dengan boyfriend aku ni.)
“Awak, mana boleh makan dengan daun kelapa ni sekali.  Kita kena kerat dia dulu, lepas tu keluarkan isi dalam daun kelapa ni.  Baru boleh makan.  Jadi kita kena cari pisau dulu untuk kerat ketupat ni.”  Apa yang Min Hyuk lakukan memang agak kelakar tapi aku langsung tiada rasa untuk ketawa.  Geram pula dibuatnya.  Nak kahwin dengan orang Melayu tapi makan ketupat pun tak lulus lagi.
“Aisshhh, susah betul nak makan ketupat.” Min Hyuk mula merungut. “Saya pergi ambil pisau di dapur.” Aku hanya mengangguk dan melihat Min Hyuk berlalu ke dapur.
(Baru makan ketupat Min Hyuk dah cakap susah. Belum tiba bab baca Al-Quran, puasa, solat. Dah lah dia langsung tak tunjukkan minatnya pada Islam. Tak kan kami nak macam ni sampailah ke tua.)
Min Hyuk kembali dengan membawa sebilah pisau kecil yang masih berada dalam pembungkus.  Dia menghadiahkan senyuman kepadaku dan aku membalasnya.  Aku tiba-tiba rasa menyesal kerana berfikir yang bukan-bukan terhadapnya. 
“Sekarang biar saya potong dulu ketupat ni ye.  Lepas tu barulah kita boleh makan” Aku mengambil pisau di tangan Min Hyuk.
“Ketupat ni awak yang masak?” Tanya Min Hyuk sambil matanya tidak lepas daripada memandang ketupat yang sedang kupotong.  Kasihan pula melihat wajahnya,  pasti dia sudah tidak sabar-sabar ingin tahu apakah rasa ketupat kerana inilah kali pertama dia bakal merasa juadah popular ketika Hari Raya.
“Bukan, ibu yang masak.  Saya tolong anyam daun ketupat aje.”  Kuhadiahkan senyuman nipis.
“Ayam? Ttak (Ayam)?” Aku ketawa kecil mendengarnya.
“Bukan ayam, a-nyam.”  Hari ini banyak pula perkataan yang Min Hyuk tidak tahu.
“Susah a-nyam?” Min Hyuk nampak sungguh berminat untuk tahu.
“Taklah susah sangat, kenapa? Awak nak belajar ke? Raya tahun depan saya ajarkan ya.”
“Jinjja (Betul ke ni)?” Teruja sungguh Min Hyuk untuk belajar menanyam daun ketupat.
“Jom kita makan.” Aku telah siap memotong kesemua lima ketul ketupat.  Tanganku ditadahkan untuk membaca doa makan dan Min Hyuk pula hanya bertafakur sambil menungguku habis membaca doa pendek itu.
Empat ketul ketupat dihabiskan oleh Min Hyuk manakala aku hanya mampu makan seketul.  Min Hyuk ternyata sungguh berselera menikmati ketupat bersama rendang yang dimasak oleh ibu.  Bagaimanalah jika ibu tahu ketupat dan rendang yang dibawa itu dimakan oleh ‘bakal menantunya’ dan ‘bakal menantunya’ itu benar-benar sukakan masakan ibu.
………………………………………………………………………………………………………
“Aimin makanlah sekali ketupat ni?” Pelawa Kak Bai lalu menyuap ketupat ke dalam mulut.
“Entah Aimin ni, beria bawak.  Lepas tu suruh kita berdua je pulak makan.” Kak Lia sudah menghabiskan seketul ketupat.
“Makanlah, Aimin dah makan pun siang tadi.  Tu semua akak berdua kena habiskan tau.”  Aku tersenyum melihat Kak Lia dan Kak Bai cukup berselera menikmati ketupat dari kampung itu.
“Alahai kesiannya dia makan sorang ye siang tadi?  Tulah orang dah suruh ambik tiket petang.  Taklah lama kena duduk sorang-sorang.”  Bebel Kak Lia.
Aku hanya tersenyum nipis.  Tidak mengiyakan kata-kata itu kerana aku tidak keseorangan apabila tiba di stesen bas pekeliling.  Hampir jam 4.00 barulah Min Hyuk menghantarku pulang dan kami menghabiskan masa di Kimchi Saranghae.



6 comments:

  1. hahaha baca kes makan ketupat dgn daun kelapa tu teringat kisah pensyarah kat sini.

    kisahnya kwn dia dr oversea datang..mkn nasi lemak dgn daun pisang...coz dia ingat daun pisang itu salad...adeh pecah perut gelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,kesiannyer la die ek~xpela at least dpt merasa mkn daun pisng~huhuhu~
      btw,juz nk kak sha jwb jujur neh,kak sha gelk atau x mase part minhyuk mkn daun ktupat tu?~
      coz i need to know whether pembce mmpu gelk skali bce that part, or nia ni syok sndri plak tulis.hihihi

      Delete
    2. hihik...sha tergelak baca kes tu..terus teringat kes yg berlaku pd kawan staf kt tpt sha..

      Delete
    3. hihi,happy that kak sha tergelak jugk bce this part^^huhuhu

      Delete
  2. aina :thanks 4 the comment. Wah... rupanya kita berjiran kat p2u. Keep on writing ya dik.... cerita adik lain dr yg lain. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes,nia jupe kakak pun dr p2u la~Hihihi~n kakk too, good luck for ur writing!!!!nice to know u^^

      Delete