My Sweetie Readers

Monday 2 March 2015

ANTARA U DAN I (AUDI) BAB 3

                                                                           AUDI 

                                                                   by ANIA MALNA



BAB 3

“Along, Airin.”  Suara seseorang membuatkan kami berdua berpaling kepada pemiliknya.
“Umi.”
“Makcik.”
Serentak aku dan Mr. Superbike bersuara.  Serentak juga aku tahu yang lelaki di hadapanku ini ialah anak sulung keluarga kaya ini.  Makcik Cantik melangkah laju mendekati kami. 
“Makcik, saya cari Mama dengan twins tapi sampai ke sini.  Rumah ni besar sangat sampai saya sesat.  Lepas tu jumpa dugong ni…  eh bukan… maksud saya, jumpa anak mak cik ni.”  Jariku menuding ke arah singa bengis yang seperti hendak menelan aku.  Sudahlah aku terpanggil dia dugong.  Makcik Cantik ketawa geli hati dan aku buat-buat ketawa.  Wajah Mr. Superbike pula ketat-seketatnya.
“Mama Airin dengan twins dah turun.  Dapat tengok free show ya hari ni?”  Makcik Cantik mengerling anak sulungnya.
“Umi, budak ni dah ceroboh space Along.”
Haihai!  Dia panggil aku budak???
“Amru Yusuf, tak luak pun kan space kamu.  Lagipun, Airin tak sengaja.  Sekarang, along siap-siap dan turun.  Kita ada tetamu kat bawah.  Jom Airin, kita turun.”  Makcik Cantik menarik lembut lenganku.  Aku mengikutnya turun.  Memang jauh berbeza ibu dan anak.  Ibunya selembut sutera tetapi anak macam singa lapar 24-jam.  Aku humban dalam sarkas baru tahu, jadi singa sarkas.
“Airin jangan ambil hati dengan Amru Yusuf ya.  Dia memang macam tu tapi dia okay je.  Mungkin dia belum kenal Airin betul-betul.”
“Ambil hati sikit tapi ada sebab kut dia tak suka saya.”  Aku memang jujur.
“Bukan tak suka.  Mungkin bila Airin dah betul-betul kenal Amru, barulah Airin tahu perangai sebenar dia.”
“Kenapa Makcik?  Dia ada split personality ke?”  Mulutku memang tiada penapis.  Ibu Amru tidak membalas dan sekadar ketawa kecil.  Aku pula tersenyum nipis.  Selesa sungguh dengan wanita separuh abad ini.  Walaupun aku tidak berapa mengenalinya namun aku tahu dia jenis yang sangat merendah diri dan tidak sombong.  Bertentangan sungguh dengan anak sulungnya.
…………………………………………………………………………………………………..
Pelik bin aneh betul lelaki yang sedang menunduk untuk mencium tangan Daddy.  Bibirnya tidak lekang daripada senyuman yang cukup manis.  Tutur katanya juga elok, sopan dan tersusun.  Rupa-rupanya dia masih ingat mama.  Boleh pula dia kata mahu jadi pelanggan setia di kedai bunga mama.  Kuat bodek gamaknya.  Dengan aku, macam hendak dihumbannya aku ke gunung berapi.  Benci sangat dia dengan aku agaknya.  Yalah, lelaki kaya macam dia mestilah suka tengok perempuan cantik, seksi, meletop.  Eh, hello!  Aku sikit pun tak heranlah.  Tak luak seposen pun walaupun dia tak suka aku.
“Twins, big hug from me.” 
Ini lagi menambahkan hairanku.  Dia suka budak-budak?  Tolong!  Aku tengah mimpi ke?  Atau dia sengaja buat-buat baik di hadapan ahli keluargaku.  Yalah, mesti dia jaga nama baik keluarga dan layan tetamu sebaik mungkin.  Mana tahu di belakang, teruk macam dia layan aku.  Lantaklah, yang pentingnya lepas ni aku takkan jumpa dia dah.  Mr.  Superbike yang sombong berlagak!
…………………………………………………………………………………………………..
Goyangan lembut di bahu mengganggu lenaku.  Perlahan-lahan aku buka mata dan si kembar sudah siap mendarat di katilku.  Afiq di sebelah kanan dan Aqif pula kiri.  Senyuman mereka bagaikan putik bahagia untukku dan kuukir senyuman.  Lambat aku bangun hari ini atas alasan uzur.  Si kembar pula yang datang mengejutkanku.  Selalunya tugas ini disandang oleh Mama.
“Pukul berapa dah Buyat, Tebby?”
“Pukul 10.”
“Awal lagi.  Bagi kakak sepuluh minit je sambung tidur.  Janganlah kacau kakak.”  Mata aku pejam semula.  Terasa kedua-dua belah pipiku disentuh lembut oleh bibir kecil.  Daripada siapa?  Tentulah si kembar.  Aku tidak jadi menyambung tidur dan bangun perlahan-lahan.  Satu senyuman semanis mungkin aku hadiahkan buat adik-adikku dan aku peluk mereka sekemas-kemasnya.  Mereka salah satu sumber kebahagiaanku.
“Buyat dengan Tebby jangan besar boleh tak?  Stay young for Kakak.”  Makin erat pelukanku dan si kembar pasrah tidak meronta-ronta.
“Kenapa tak boleh besar?”  Aqif cepat sekali bertanya.  Penuh hairan nadanya.
“Bila besar, Kakak tak boleh peluk macam ni dah.”  Aku leraikan pelukan dan wajah si kembar dipandang silih berganti.
“Kenapa dah besar Kakak tak nak peluk dah?”
“Dah besar nanti, mesti Buyat dengan Tebby malu nak peluk Kakak.  Mesti masa tu nak nampak macho.  Kantoi dengan awek nanti jatuhlah saham.”  Beria aku membebel, bukannya si kembar faham pun.
“Besar nanti, Afiq nak peluk kakak macam ni jugak.”  Afiq berdiri dan memelukku.  Ketinggiannya sama sahaja denganku apabila aku duduk.  Aqif ikut memelukku.
…………………………………………………………………………………………………..
Mama!  Baby nak balik!!!
Aku hanya mampu menjerit di dalam hati.  Apakah tadi aku telah dipukau?  Tahu-tahu sahaja aku di luar bersama-sama dengan Mr. Superbike.  Mujur juga ada si kembar, jika tidak memang aku sudah lari jauh-jauh daripadanya.  Atau lebih tepat, aku sebenarnya takut untuk ingkar arahan daripada Daddy. 
Satu jam lepas, Daddy datang ke bilik dan menyuruh aku bersiap-siap.  Aku pula tidak bertanya mahu ke mana.  Turun sahaja Mr. Superbike sudah menunggu di bawah.  Mana mungkin aku menolak sedangkan ia perintah Daddy.  Dalam terpaksa aku ikut juga si Amru Yusuf, itu pun kerana Afiq dan Aqif sama-sama ikut kami keluar.
“Kenapa You tak makan?”  Soalan yang boleh diklasifikasikan sebagai kasar.  Tiada senyuman langsung.  Jauh bezanya dia melayan aku dengan si kembar. 
“Saya tak laparlah Mr. Superbike.”  Setelah hapir sejam aku membisu, terlontar juga suara.
“Up to you, tapi kalau lapar lepas ni.  I tak mahu layan.”
“Haihai, saya pandai makan sendiri.  Reti lagi nak beli makanan sendiri.”  Tegak badanku.
“Kakak dengan abang jangan gaduh.  Tak baik depan rejeki.”  Afiq yang sedikit pelat cuba mengurangkan ketegangan yang mula bercak-cak di antara kami.  Aku tarik nafas dan lepas perlahan-lahan.  Jari dibawa ke mulut buat gaya zip.
Cara Amru melayan adik-adikku langsung tidak menjentik hatiku.  Dalam kebengisan dan kegarangan rupa-rupanya ada sisi seorang ‘Daddy’.  Yalah, kalau diikutkan beza umur Amru dan si kembar jauh dan sudah boleh dikira pangkat anak dan ayah.  Aku tidaklah tahu berapa umur Amru tetapi dari raut wajah, pastinya dia sudah di akhir 20-an.  Aku pun boleh panggil dia pakcik.
Selesai makan, aku dan si kembar diajak oleh Amru masuk ke sebuah kedai pakaian berjenama di dalam Pavilion ini.  Aku duduk menjauh daripada Amru dan si kembar.  Terasa Amru merampas adik-adikku.  Mana tidaknya, sejak tadi si kembar berkepit dengan Amru.  Langsung tidak pedulikan aku.  Sedihnya hati.  Sob sob sob.
“Miss Scooter, sini.”  Amru melambai ke arahku yang berdiri tegak sambil memeluk backpack.  Pakaian-pakaian berjenama di kedai ini langsung tidak menarik minatku.
“Saya duduk sini je.  Cepatlah cari bajunya.”  Aku jawab acuh tak acuh.
“Macam mana nak cepat kalau You masih tercegat dekat situ.”
“Tak ada masalah pun kan saya duduk sini?”
“Kita cari baju You ni.  Takkan I yang kena pilih.”  Amru senyum senget.  Kali pertama dia senyum padaku.  Nasib aku tidak cair.  Lesung pipitnya yang dalam jelas terbentuk.  Pembantu kedai wanita pula yang tersenyum-senyum memandang Amru.
“Apa pulak cari baju saya.  Ini kedai baju harga beribu.  Mana saya ada duit banyak nak beli baju mahal gini.”  Kejujuranku mengundang tawa Amru.
“Very funny, huh?”
“I yang akan bayar.”
“Apa bendanya ni?  Saya tak mintak pun.  Boleh jangan pelik sangat tak Abang Amru Yusuf.”
“Biar I jelaskan reason I ajak You keluar.”
Baru sekarang nak jelaskan?  Kenapa bukan tahun depan?  Lagi bagus 10 tahun akan datang.
“Sebenarnya I nak ajak You jadi teman I untuk annual dinner syarikat.  Jadi I yang akan sponsor baju untuk You.  Faham?” 
Rasa macam mahu bagi penumbuk sulung!
“Mengarut.”  Aku ketawa sinis.  “Abang ni ada sakit mental ke?”
“You cakap I mental?”  Amru pamer wajah kurang puas hati.  Jangan datang angin singa dia sudah.  Sekarang kami dalam kedai, malu kalau dibuatnya Amru marah-marah aku.
“Okay, untuk mudah faham.  Awak pernah tengok drama Korea tak.  Bila hero transform heroin yang hodoh jadi cantik untuk jadi teman dia ke majlis?  Situsinya macam tu lah.”
Opsss!  Jangan cakap Mr. Superbike yang acah-acah terlajak macho ni minat tengok drama Korea.  Tolong!  Aku yang perempuan pun tak layan drama Korea. 
“Sekarang, abang nak suruh saya jadi si hodoh tu?”
“Jangan banyak tanya boleh tak?  I nak You ikut aje apa yang I suruh.”
“Woiiii!”  Suara tahap petir sudah keluar.  “Abang ingat saya ni apa?  Kuli abang ke?  Kena ikut cakap abang?  Sesuka hati je.  Saya ni anak orang!  Bukan anak patung.  Kalau nak mintak tolong.  Perci cari orang lain.  Keluar dari kedai ni, lepas tu petik jari.  Ramai perempuan yang datang.  Ingat kenyataan saya ni.  Makin saya kenal abang, makin meluat saya tengok muka dan perangai abang.  Selamat tinggal, Mr. Superbike.  Saya harap ini kali terakhir saya jumpa dengan mamat mental macam abang.”
Amru Yusuf  bagaikan terkena sumpahan kaku.  Tidak berkutik dan matanya sedikit membulat.  Peluru aku pasti tepat kena jantungnya.  Hebatnya aku!  Boleh kalahkan mamat terlajak perasan a.k.a Mr. Superbike.  Itulah, siapa suruh main bunga api dengan aku, sekali aku balas dengan meriam, padan muka.
“Saya nak balik.  Lepas ni jangan mengada-ngada nak cari saya.  Anggap je tak pernah jumpa dan kenal saya.”  Aku hadiahkan jelingan padu sebelum melangkah keluar dari kedai.  Panas betul hati terpaksa melayan kerenah mengarut lelaki sesat dari planet entah.
Langkahku laju seperti lumba jalan kaki.  Langsung tidak menoleh dan apa yang aku mahu hanyalah pergi jauh daripada lelaki yang hampir buatkan aku sakit minda.  Setelah dua minit berjalan, aku terhenti.
Afiq dan Aqif!!!




2 comments: