BAB 5
by ANIA MALNA
HCT
Aku
laju menghirup minuman di hadapan.
Bahagianya terasa apabila haus disuakan air. Hampir tiga jam aku, Fika dan Sara
menghabiskan masa memusing di dalam Pavilion.
Di tangan masing-masing penuh dengan beg berisi barangan yang
dibeli. Boleh dikatakan hampir kesemua
kedai yang terdapat di dalam pavilion kami redah. Hari ini memang niat kami untuk berbelanja
sakan. Maklumlah, Fika dan Sara baru
sahaja mendapat gaji pertama mereka. Aku
yang beria mengajak mereka membeli belah hari ini.
“Rina, bila nak masuk kerja?” Fika memulakan bicara setelah masing-masing
lega dapat menghirup minuman sejuk.
“Lepas kahwin kot. Rina tak puas lagi tau cuti.” Aku sudah duduk bersandar ke kerusi.
“Tak puas? Helloooo cik Rina, dah tiga bulan tau habis
belajar.” Ujar Sara dengan penuh
semangat dengan lenggok badan sekali.
“Eh, kalau ikutkan hati, Rina memang
nak duduk rumah je tau. Malaslah nak
kerja tapi bila fikirkan semula, belajar bertahun-tahun tapi terperuk dalam
rumah. Rugi kot, lagipun tahulah kan
syarikat papa tu, nak tak nak Rina kena tolong papa uruskan jugak. Kesian papa.”
Aku kembali menghirup minuman.
“Untunglah anak Datuk kan.” Aku ketawa kecil mendengar kata-kata
Fika. Tahu dia sekadar bergurau, bukan
aku tidak kenal dengan sifatnya yang mulut lepas.
“Yang Datuk tu papa Rina, bukannya
Rina. Kalau Rina jadi Datuk, haruslah
Rina pindah Paris, tinggal kat sana.
Hari-hari Rina menyopping kat sana.”
Aku mengangkat kening minta disokong.
“Habis tu Ikhwan takkan nak ikut
jugak?” Sara ni, aku baru aje memasang
angan-angan, sekarang sudah berderai.
“Alah, Ikhwan tu lain
ceritalah.” Malas aku membicarakan hal
Ikhwan. This is girls out, story about a man is not allowed.
“Fika
dengan Sara okay kan nak jadi
pengapit Rina?” Aku mengubah topik
perbualan. Tidak mahu kisah Ikhwan
berpanjangan.
“Takkanlah dua orang kot
pengapit. Lagipun Sara risaulah jadi
pengapit sebab orang cakap kalau jadi pengapit nanti lambat kahwin.” Tawaku dan Fika pecah berderai mendengar
kata-kata Sara.
“Sara ni mengarutlah. Mana ada, akak Fika tu kahwin je padahal dia
jadi pengapit lebih lima kali tau.
Janganlah percaya benda-benda macam tu.
Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah. Percaya pada Allah.” Fuh, menikam kalbu kata-kata Fika. Tiada siapa mampu menyangkal.
“Baik ustazah.” Aku dan Sara sama-sama menjawab dan setelah
itu kami sama-sama ketawa.
Merekalah temanku sejak dari sekolah
menengah lagi. Bukan sekadar teman, tapi
sahabat susah dan senang. Kami sememangnya
sangat rapat, semua kisah hidup masing-masing kami kongsikan bersama. Walau kedua-duanya datang daripada keluarga
yang sederhana, mereka tidak pernah mengambil kesempatan terhadap diriku dan
keikhlasan merekalah yang menjadi pengikat persahabatan kami bertiga. Aku bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan
sahabat sebaik mereka.
…………………………………………………………………………………………………
“Papa.” Aku memanggil papa yang khusyuk menatap
komputer riba di hadapannya.
“Ya sayang, kenapa?” Tanya papa dengan lembut namun mata papa
masih melekat pada skrin komputer riba.
“Susah ke nak uruskan
syarikat?” Soalan yang kurang cerdik
daripadaku.
Mestilah susah jawapannya tapi aku yakin papa
punya jawapan akan panjang berjela.
Risau dan takut untuk memegang tanggungjawab yang berat iaitu menggalas
jawatan yang dipegang oleh papa sekarang iaitu Ketua Pegawai Eksekutif a.k.a
CEO syarikat. Papa bangun dari kerusi
empuknya dan datang mendekatiku yang duduk di sofa. Papa mengambil tempat di sebelahku. Bahuku dirangkul papa.
“Dalam dunia ni, tak ada satu
perkara pun yang mudah sayang. Semua
perkara pun susah sebab setiap apa yang kita lakukan perlu datang sekali dengan
usaha. Tanpa usaha kita takkan dapat apa
yang kita inginkan.” Papa menarik nafas
dan merenungku dalam. Aku setia menunggu
kata-kata papa yang seterusnya.
“Usaha itu penting, asas kepada
kejayaan. Ingat sentiasa, Allah tak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya
sendiri. Belajar tu juga merupakan satu
bentuk usaha. Jadi, adik kenalah belajar
cara-cara untuk menguruskan syarikat.
Banyakkan bertanya, tidak kira siapa pun orang tu, pekerja atasan
mahupun bawahan. Jangan pernah ada
perasaan sombong untuk bertanya. Takkan
pernah rugi seseorang manusia tu jika bertanya malah pelbagai ilmu yang kita
akan dapat. Lagi satu perkara yang
sangat penting dalam menempa kejayaan, jaga hubungan dengan Allah. Jangan pernah lupa untuk tunaikan kewajipan
kita sebagai seorang Muslim.” Aku
mengangguk mendengar hujah bernilai daripada papa. Terasa tenang apabila mendengar kata-kata
papa. Cukup bermakna dan penuh pengajaran.
“Adik seorang je harapan papa,
pewaris tunggal syarikat kita. Papa tak
boleh bergantung harap pada Ikhwan sebab dia tentunya perlu memegang
tanggungjawab ke atas syarikat daddy dia.”
Aku merenung wajah papa dan aku
dapat rasakan papa benar-benar mengharapkanku sepenuhnya. Hanya aku satu-satunya harapan papa. Walaupun terasa tanggungjawab ini terlalu
berat untukku, aku harus pikul jua demi menyambung legasi perniagaan yang telah
dibangunkan oleh papa. Aku berjanji akan
terus mengekalkan kegemilangan dan kejayaan Empayar Jaya Bhd. Ini adalah janji seorang anak kepada ayahnya.
“In sha Allah papa, adik takkan
kecewakan papa.” Aku melentokkan kepala
ke bahu papa dan papa menepuk perlahan belakangku.
…………………………………………………………………………………………………..
Aku membelek-belek kertas menu. Terasa cukup asing bagiku. Pertama kali aku melihat menu-menu ini. Iyalah aku tidak pernah mencuba makanan
Korea. Ikhwan yang beria-ia mengajakku
mencuba makanan Korea tengah hari ini dan aku dibawa ke restoren Kimchi
Saranghae. Kata Ikhwan, restoren ini
sangat popular di Kuala Lumpur dan pemiliknya ialah orang Korea yang telah
memeluk Islam.
“D, sedap ke makanan ni?” Aku sudah meletakkan menu ke meja.
“Belum cuba belum tahu kan
sayang?” Ikhwan masih lagi membelek
menu. “Kita cuba bibimbap nak tak? Patbingsu dan kimbab tambah dengan
ddeoboki? Okay?” Ikhwan mengangkat keningnya, minta
persetujuan daripadaku. Macamlah aku
tahu semua menu tu. Hendak sebut pun tak
pandai.
“Apa tu awak? Nak sebut pun macam susah je?” Aku memang zero bab makanan Korea.
“Sayang mesti sukalah. Bibimbap tu ada nasi dan sayur yang banyak,
sayang kan suka sayur. Nasi dan sayur tu
akan digaul dan sos istimewa akan diletakkan untuk menambah perisa. Patbingsu pulak ais kacang versi Korea, ada
kacang merah yang direbus dengan gula.
Kimbab pulak nasi yang digulungkan dengan beberapa jenis bahan dan
dikerat. Ddeoboki tu pulak rice cake. I paling suka makan spicy ddeoboki, pedas
sampai boleh berasap telinga tapi memang thumbs
up. You mesti suka.” Wow, hebat
juga Encik Tunang, tahu pula dia makanan Korea, macam selalu makan je.
“Hebatlah awak ni, pakar ya makanan
Korea. Gourmet!” Aku mula memuji Ikhwan. Pujian yang ikhlas lahir dari hati. Gourmet
bermaksud pakar makan minum. Boleh
jadi Chef nampaknya.
“Afrina.” Satu suara menegurku dan aku mencari suara
itu.
“Eh, Kak Nadia.” Aku bingkas bangun apabila melihat Kak Nadia,
anak kepada rakan papa yang juga telah menjadi rakanku secara rasminya sejak
tiga tahun yang lalu. Aku mengenalinya
ketika majlis ulangtahun Empayar Jaya.
“Lamanya tak jumpa, sihat ke?” Kak Nadia tampak gembira dan aku juga
pastinya gembira.
“Sihat Alhamdulillah, wah tak lama
lagi Kak Nadia dapat baby lah
ya?” Aku dengan selamba mengusap perut
Kak Nadia yang nampaknya sudah sarat.
Aku juga turut hadir ketika majlis persandingan Kak Nadia.
“In Sha Allah. Oh ya, kenalkan ini suami akak, Abang
Aidil.” Abang Aidil menghadiahkan
senyuman kepadaku dan Ikhwan.
“Ini tunang Rina, Ikhwan.” Aku memperkenalkan Ikhwan kepada Kak Nadia
dan Abang Aidil. Ikhwan bersalaman dengan
Abang Aidil.
“Marilah join sekali. Kami pun belum order lagi.” Ikhwan ramah sekali mengajak Kak Nadia dan
Abang Aidil.
“Tak mengganggu ke?” Ujar Abang Aidil, risau kami tidak selesa
agaknya.
“Tak adalah bang, lagi ramai lagi
meriah.” Ikhwan nampaknya selesa
memanggil Abang Aidil dengan panggilan ‘abang’.
“Marilah Kak Nadia, Abang
Aidil.” Aku cuba memujuk dan tanganku
memegang tangan Kak Nadia. Mereka
mengangguk tanda setuju. Kak Nadia mengambil
tempat di sebelahhku dan Abang Aidil di sebelah Ikhwan.
“Kak Nadia selalu ke makan kat
sini?” Aku memulakan bicara setelah
masing-masing duduk.
“Selalu sangat. Boleh kata dalam sebulan, dua tiga kali
memang datang sini.” Jawab Kak Nadia
sambil menghadiahkan senyuman yang cukup manis.
“Abang yang tak suka makanan Korea
ni pun dah jadi suka akhirnya sebab Kak Nadia selalu bawak ke sini.” Abang Aidil ramah sekali menceriakan suasana.
“Oh ya. Ikhwan, kalau awak nak tahu dulu Kak Nadia ni
belajar kat Korea.” Aku sengaja
memanggil Ikhwan dengan namanya, malu pula hendak dipanggil D atau sayang di
hadapan orang.
“Patutlah suka makanan Korea ya
kak?” Ikhwan tersenyum.
“Selera kena dengan makanan Korea
dan kalau nak tahu, adik Abang Aidil ni kawan baik Kak Nadia. Kami sama-sama belajar di Korea.” Aku mengangguk mendengar cerita Kak Nadia.
“Waaa, soooo sweet. Kiranya kenal
dengan abang Aidil ni sebab kawan Kak Nadialah ya?” Aku tiba-tiba rasa teruja dengan kisah Kak
Nadia dan Abang Aidil.
“Dan satu lagi, adik abang pulak
kahwin dengan anak saudara pemilik restoren ni.” Abang Aidil menambah. Aku makin teruja. Cerita yang sungguh menarik. Walau sedikit berbelit, aku tetap faham.
“Pemilik restoren ni Korea Muslim
kan bang?” Ikhwan mencari kepastian
walau dia sudah tahu pemilik restoren ini memang orang Korea.
“Aah, adik abang kahwin dengan
lelaki Korea yang dah peluk Islam.” Aku
dan Ikhwan sama-sama mengangguk.
“Jadi maksudnya, Rina makan di kedai
bapa saudara kepada suami kawan Kak Nadia.”
Aku membuat kesimpulan dan kami semua sama-sama ketawa. Sangat menarik bagiku. Tidak disangka-sangka.
“Assalamualaikum.” Satu suara lelaki memberi salam.
“Waalaikumusalam.” Kami berempat menjawab salam itu.
“Adam, Aimin.” Kak Nadia dan Abang Aidil bangun
berdiri. Aku dan Ikhwan turut sama
bangun.
Seorang wanita bersama seorang
lelaki yang mungkin berbangsa Cina kerana matanya sepet dan memang macam muka
orang Cina. Mereka berjalan berpegangan
tangan, nampak cukup mesra dan romantis.
Pasangan suami isteri ke?
“Afrina, Ikhwan. Inilah Kak Aimin dengan Abang Adam yang kami
ceritakan tadi.” Kak Nadia
memperkenalkan kedua-duanya kepada kami.
Aku mengangguk teruja. Jadi lelaki yang kufikir berbangsa Cina tadi
rupa-rupanya orang Korea dan merupakan suami kepada kawan baik Kak Nadia yang juga
merupakan adik kepada Abang Aidil.
Sangat menarik kisah ini. Rasa
kagum terus sahaja lahir.
“Apa khabar Akak, Abang. Saya Afrina dan yang ni Ikhwan.” Laju aku memperkenalkan diriku dan Ikhwan.
“Khabar baik.” Mereka menjawab serentak. Memang sehati sejiwa. They
are sooooooo sweet. Manisnya
mengalahkan madu lebah.
“Marilah makan sekali.” Ikhwan mempelawa Kak Aimin dan Abang
Adam. nampaknya Ikhwan juga teruja
dengan kisah mereka.
“Boleh, apa salahnya.” Kak Aimin menjawab sambil tersenyum manis. Comel sangat Kak Aimin.
Kami berenam menghabiskan masa
kira-kira dua jam di Kimchi Saranghae.
Seronok benar berbual dengan Kak Nadia, Abang Aidil, Kak Aimin dan Abang
Adam. Pelbagai kisah dan cerita keluar
dari mulut masing-masing. Aku cukup kagum
dengan kisah cinta kedua-dua pasangan yang sungguh bahagia ini, kuharap aku
juga akan bahagia seperti mereka. In sha
Allah.
…………………………………………………………………………………………………..
Aku tersenyum riang apabila melihat
nama yang tertera di skrin telefon.
Panggilan daripada Encik Tunang, siapa yang tidak suka. Dia bagaikan tahu aku sedang menyediakan
puding roti untuknya. Tepat sahaja aku
memasukkan puding roti yang telah siap ke dalam peti sejuk, aku terus sahaja
menerima panggilan daripadanya.
“Hello.” Aku memulakan bicara dan di wajah sudah
terukir senyuman lebar.
“Hello sayang. You tengah
buat apa tu?” Ikhwan bersuara
manja. Eiii, gatal pulak dah Encik
Tunang ni.
“I
baru je lepas buat puding roti untuk You.” Kataku jujur dan senyuman masih setia di
bibir.
“Betul ke ni B yang buat? Entah-entah mama yang buat.” Aku terus muncung sebaik mendengar kata-kata
Ikhwan. Eh, muncung beria macamlah dia
nampak.
“Betullah D, kalau tak percaya awak
tanya mama.” Ada nada merajuk pada
kata-kataku.
“Saya percayalah B. Tak sabarnya nak rasa puding roti tu.”
“Cepatlah sampai sini, janji pukul
empat kan. Dah pukul 3.30 ni. Kalau lambat, saya makan habis baru
tau.” Aku ketawa kecil.
“Sayang, I lambat sikit tau. I kena hantar Fatin ke klinik, dia
demam.”
Senyumanku mati saat mendengar
pengakuan Ikhwan. Hatiku mula gundah
gulana. Terasa nafasku
tertahan-tahan. Cemburukah? Haruslah!!!
“Kenapa You yang hantar? Driver kan ada.” Suaraku senada, cuba mengawal perasaan.
“Pak Jamal cuti hari ni. Ni mesti cemburu kan? Sayang, ingat satu perkara ni, Fatin adik
saya, selama-lamanya adik saya jadi jangan pernah fikir yang bukan-bukan
tau. You
seorang je kekasih hati I, takkan ada orang lain. You are
the only one Baby.” Lembut sekali
kata-kata Ikhwan. Aku merasa cukup lega
dan senyuman kembali terukir di bibirku.
“Janji sayang?” Aku inginkan jaminan terhadap kata-kata yang
baru sahaja keluar dari mulut Ikhwan.
“Janji. Okaylah
saya nak keluar dah ni. I love you Baby.”
“I
love you too Darling.” Geli geleman pula
aku menyebut perkataan itu namun senyuman tetap melebar.
Aku mematikan talian. Kini sudah tiada kerisauan di hati. Aku yakin dan percaya dengan kata-kata Ikhwan
dan dia sendiri telah berjanji denganku, hanya aku sahaja di dalam hatinya. Aku terasa diriku agak kejam kerana
berfikiran yang bukan-bukan terhadap hubungannya dengan Fatin walhal
kenyataannya mereka sudah seperti adik beradik kandung.
Maafkan saya Fatin, meragui awak
sedangkan awak terlalu baik. Biarlah
semua perasaan negatif dalam diriku hilang, aku mahu berfikiran baik-baik
sahaja menjelang majlis pernikahan kami yang tidak sampai dua minggu lagi. Menanti hari bahagia bergelar isteri kepada
Ikhwan Hafizi.
…………………………………………………………………………………………………
Aku tersenyum puas melihat puding
roti yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk. Sebentar lagi pasti Ikhwan akan tiba. Sepuluh minit yang lalu dia menghantar mesej
mengatakan dia akan menghantar Fatin pulang ke rumah dahulu dan setelah itu dia
akan terus ke sini.
Puding roti yang sejuk kuletakkan di
atas meja. Di atas meja sudah tersedia
bahan-bahan yang akan kugunakan sebagai hiasan puding roti. Ada coklat cair, rice chocolate dan krim berwarna merah jambu. Pertama sekali, aku menyapu rata coklat cair
ke atas puding roti, seterusnya rice
chocolate ditabur dan akhir sekali aku melakar bentuk hati dengan
menggunakan krim merah jambu.
Setelah berpuas hati dengan hiasan
puding roti, aku mengangkat puding roti untuk dibawa ke ruang tamu sambil
tersenyum gembira. Puas hati dengan
hasil tanganku sendiri. Baru sahaja
langkah yang kedua, mama tiba-tiba muncul di dapur. Wajah mama sugul dan resah. Senyumanku mati, aku tiba-tiba rasa tidak
sedap hati.
“Mama, kenapa ni?” Aku bertanya kerisauan. Risau melihat wajah mama yang cukup keruh. Di pegangan mama ada telefon bimbit. Apakah yang berlaku?
“Adik.” Mama bersuara perlahan, masih lagi berdiri
kaku.
“Ya mama, kenapa?” Aku juga tegak berdiri tidak bergerak.
“Ikhwan kemalangan sayang.”
Ya ALLAH, bagai hendak keluar
jantungku saat mendengar berita yang baru disampaikan mama. Nafasku terasa terhenti berjalan. Puding roti di peganganku terlepas dari
tangan dan jatuh ke lantai. Dadaku sesak
dan air mata sudah berjuraian turun ke pipi.
Lututku lemah dan aku terus terjelepuk ke lantai, mama menerpa ke arahku
dan memelukku erat. Aku menangis
semahu-mahunya di bahu mama.
waaaa...so sweet rupanye ade relate dgn novel CTDK..aimin n adam pemilik restoran korea..heheee...cite akak mesti de relate dgn korea...nk kene usaha gak ni at least dpt p satu kali pun da ckup kat korea tu..heheeee...
ReplyDeletepembetuln cyg~bukn aimin n adam pmiliknyer...uncle yusuf n auntie syafikah ler.hihihi~xleh nk pisahkan~Kuikuikui
Deletekakak cptlah buku kn,,,hahhha penat nk bace hadap screen laappy...kahkah..i gonna miss you kakak.....
ReplyDeletesabar syg~In shaa Allah lg 2 bulan dpt la tgk bukunyer~Kuikuikui~miz u much moreee
Delete