My Sweetie Readers

Sunday 2 September 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 11


BAB 11

Aku memilih meja yang paling hujung dan Nadia hanya menurutiku.  Aku sengaja memilih meja paling hujung kerana pasti sebentar lagi akan tercetus ‘pertengkaran’ kecil antara Nadia dan seseorang maka aku perlu memilih tempat yang lebih strategik.
Lunch hari-hari kat Nando’s syok jugak kan, dah la orang belanja pulak tu.”  Nadia melabuhkan punggungnya.
“ Amboi, kalau macam tu pokai la aku cik adik oi.”  Aku menjegilkan biji mata.  Nadia tertawa kecil.
“ Eh, aku musykil betullah.  Sebenarnya apa perkara penting yang kau nak cakapkan tu? Suspen  betullah.”  Ujar Nadia seraya menongkat dagunya, merenungku tajam.
“ Nantilah kejap lagi.”
“ Kejap lagi?  Cakap je la sekarang.  Kau cakap pakai mulut kau, bukannya mulut orang lain.”
“ Sabarlah.”  Aku menepuk perlahan lengan Nadia.  Dia hanya mengenakan kemeja lengan pendek dan rambutnya dibiarkan lepas tanpa didandan. “ Cuba kau tengok kat belakang tu.” Arahku apabila melihat Min Hyuk masuk ke dalam restoran.  Nadia menoleh ke belakang dan matanya melopong memandang Min Hyuk.
………………………………………………………………………………………………………
Kotak merah jambu kubuka.  Semenjak Min Hyuk datang ke Malaysia, aku tidak pernah membukanya.  Barang-barang yang pernah kuanggap sebagai kenangan terakhir aku dan Min Hyuk itu dikeluarkan dan disusun di atas meja solek.
Aku bersyukur kerana Nadia dapat menerima hubungan aku dan Min Hyuk.  Walaupun pada mulanya dia sempat ‘menyerang’ Min Hyuk namun aku cepat-cepat menenangkannya dan aku ceritakan perkara yang sebenar.  Nadia juga bersetuju untuk sama-sama merahsiakan hubungan kami.
Deringan telefon bimbit mematikan ingatanku pada peristiwa tengahhari tadi.  Aku mencapai telefon bimbit di atas meja dan nama Adha tertera pada skrin telefon.  Lambat-lambat aku mengangkat telefon.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
“ Ada apa awak telefon?”
“ Mak dengan abah saya datang K.L esok, mereka nak ajak awak makan malam sekali.  Boleh kan?”
Aku terkesima mendengar penjelasan Adha.  Rasa kurang selesa apabila Cikgu Razif dan Mak Cik Dhia melayanku begitu baik.  Aku tidak tahu apakah sebabnya mengapa mereka melayanku sebegini rupa.  Lama kami terdiam.
“ Hello, Aimin awak okay ke?”
“ Ya, saya okay.”
“ Mak mintak awak pakai jubah hari tu.  Awak bawak ke K.L kan? Mak teringin sangat nak tengok awak pakai jubah tu.”
“ Saya bawak.”
“ Awak belum cakap setuju ataupun tak.” Aku tidak terus menjawab. “ Awak takkan sanggup tolak permintaan mak dan abah saya kan?” Adha seperti sengaja menjeratku, pastinya aku tidak mampu berkata tidak.
“ Setuju.” Jawabku pendek.
Great.  Nanti saya mesej awak masa dan tempat.  Kita jumpa malam esok.  Bye.
Bye.  Talian dimatikan. 
Satu mesej diterima dan mesej itu daripada Min Hyuk.
Aimin, malam esok awak datang Kimchi Saranghae.  Kita makan patbingsu.’
Aku tidak tahu apa yang harus dibalas kepada Min Hyuk.  Perlukah aku berterus terang dan memberitahunya aku akan keluar bersama Adha dan keluarganya malam esok.  Jika aku berterus-terang, adakah Min Hyuk akan kecewa.  Tak mungkin untuk aku menipu Min Hyuk.
‘ Mianhae (Maaf), malam esok saya dah ada temu janji.  Lain kali ya saya datang.
Tidak lama kemudian, aku menerima mesej daripada Min Hyuk dan dia hanya membalas ‘Ok’.
………………………………………………………………………………………………………
“ Mana abah dengan mak awak?”  Aku bertanya setelah memastikan hanya Adha yang datang menjemputku di rumah sewa.
“ Mereka naik kereta lainlah.  Kan abah saya ada kereta lain.  Adik bongsu saya pun ada sekali.” 
(Ya ALLAH, kenapalah dungu sangat aku ni.  Aku ingatkan Cikgu Razif dan Mak Cik Dhia akan sama-sama naik kereta Adha dan menjemputku di rumah.  Kenapa aku tak terfikir yang mereka akan naik kereta lain?)
“ Jomlah.” Adha membukakan pintu kereta untukku.  Aku terpaksa akur namun seperti biasa aku tidak suka orang yang membukakan pintu kereta untukku.  Aku menutup pintu kereta dan membukanya kembali lalu masuk.
“ Kita nak makan kat mana?” Tanyaku sebaik sahaja Honda Civic kepunyaan Adha meluncur meninggalkan rumah sewaku.
“ Tempat yang awak suka.”
“ Tempat yang saya suka?” Setahuku aku tidak pernah memberitahu Adha tentang restoran kegemaranku dan sebenarnya aku tidak pernah meletakkan sesuatu restoran itu sebagai tempat kegemaranku.  Asalkan menu yang disediakan menepati citarasaku, itu sudah cukup.
“ Nanti awak tengok aje la.”  Jalan yang digunakan oleh Adha adalah laluan yang biasa aku gunakan.
………………………………………………………………………………………………………
“ Kita makan kat sini.  Awak mesti rindu makanan Korea kan?”
Tuhan sahaja yang tahu perasaanku tatkala Adha menuding jari kearah Kimchi Saranghae.  Min Hyuk ada di restoran itu malam ini. Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah juga pasti berada di restoran milik mereka itu.  Apa yang harus aku lakukan?
( Ya ALLAH, bantulah hamba-mu ini Ya ALLAH.)
“ Dalam lima minit lagi abah dengan mak sampai.  Kita tunggu mereka kat dalam aje la.” 
“ Tak, hmmmm.”
“ Apa yang tak?” Adha mengerutkan dahi tanda hairan dengan reaksiku itu.
“ Bukan, sebenarnya macam ni…awak, walaupun saya belajar kat Korea tapi saya tak suka makanan Korea.” 
“ Ya ke? Kenapa awak tak cakap awal-awal.”
“ Awak tak  cakap pun yang kita akan makan kat sini, macam mana saya nak bagitau.”
“ Okay, saya minta maaf.  Kita makan kat tempat lain ya.  Saya telefon mak abah saya dulu.” 
“ Awak, satu perkara lagi.  Sebenarnya saya tak suka kita berdua aje macam ni.  Kalau boleh yang ini kali pertama dan terakhir dan kalau boleh, balik nanti biarkan saya naik kereta abah awak.  Saya minta maaf sebab terpaksa cakap perkara ni.” Adha tidak jadi menelefon abahnya tatkala mendengar kata-kataku itu.
“ Okay, saya janji ini yang terakhir.” Adha menghadiahkan senyuman kepadaku.  Aku tidak tahu samada senyuman itu ikhlas atau tidak.  Setelah itu dia terus menelefon ayahnya.
………………………………………………………………………………………………………
Aku menyuap ais kacang ke dalam mulut.  Min Hyuk yang berada di hadapanku hanya merenungku dan dia langsung tidak menyentuh patbingsunya.  Tidak ramai pengunjung di Kimchi Saranghae ketika ini kerana sekarang ialah waktu Solat Jumaat. 
“ Kenapa awak tengok saya macam tu?  Rindu saya ke?” Aku tersenyum penuh makna.
“ Awak pergi mana semalam?  Telefon tak bawa, balik pukul 10 malam.  Telefon itu penting.”  Min Hyuk akhirnya bersuara.
“ Kan saya dah cakap saya ada temu janji malam tadi.  Telefon tu saya tertinggal.”  Aku tiba-tiba teringat ketika aku tertinggal telefon bimbit semasa keluar berjumpa dengan Angah di Korea dan waktu itu Min Hyuk menungguku di hadapan rumah sewa.  Dengan spontan aku tergelak.
“ Kenapa ketawa?  Awak tau tak saya…”
“ Saya tahu awak risau.”  Aku memotong sebelum sempat Min Hyuk menghabiskan kata-kata.
“ Jadi, jangan buat macam itu lagi.”  Wajah serius Min Hyuk membuatkan tawaku terhenti.  Perlukah aku berterus terang dengan siapa aku keluar dan ke mana?  Aku pernah memberitahu Min Hyuk tentang Adha dan apa yang pernah dilakukannya.  Aku tahu Min Hyuk seperti kurang menyenangi kehadiran Adha dalam hidupku namun aku tidak mahu merahsiakan kewujudan Adha dan aku lebih suka berterus-terang dengan Min Hyuk.
“ Awak, sebenarnya semalam saya keluar dengan Adha dan keluarga dia dan pada mulanya dia bawak saya ke sini untuk makan tapi saya menolak dan kami makan kat tempat lain.”  Akhirnya aku membuat keputusan untuk menceritakan segalanya kepada Min Hyuk.  Ada tanda kekecewaan pada wajah Min Hyuk apabila mendengar kata-kataku itu.
“ Awak, janganlah macam ni.  Sebab tu saya tak sanggup nak bagitau awak perkara sebenar tapi saya tak mahu sembunyikan jugak.  Kejujuran tu penting.”  Aku memegang hujung lengan baju Kemeja T Min Hyuk.
“ Kenapa awak ketawa?”  Aku hairan apabila Min Hyuk tiba-tiba ketawa.
“ Kenapa awak pegang saya macam ni? It looks funny.”  Min Hyuk masih ketawa.
“ Mana ada saya pegang awak, pegang lengan baju je kan?” Aku cepat-cepat menarik tangan.  Terasa pipiku yang kuning langsat bertukar menjadi merah. 
“ Saya tak marah, saya suka sebab awak jujur dengan saya.  Saya tahu awak cintakan saya seorang je jadi saya tak perlu risau mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan awak.”  Kata-kata Min Hyuk memang benar namun aku terasa pipiku semakin memerah.
“ Saya masuk tengok Auntie la.” Aku cuba melarikan diri.  Tidak mahu terus lama berada di hadapan Min Hyuk yang merenungku penuh makna.  Pasti dia dapat melihat perubahan pada wajahku.
“ Awak malu ya?”
“ Aniya (Tak)!” Aku cepat-cepat bangun dari kerusi.
“ Eh, patbingsu awak ni tak habis lagi.” Aku tidak mempedulikan kata-kata Min Hyuk.  Malas melayannya nanti makin menjadi-jadi dia menyakatku namun aku tetap bersyukur kerana Min Hyuk menerima perkara itu dengan hati yang terbuka.

4 comments:

  1. dalam dilemma kan bila ada org mengharap..kesian juga si adha...anyway..cinta tak boleh dipaksa..

    ReplyDelete
  2. hye kak sha~miz ya~Huhuhu~yes,love cant b forced,dah hati Aimin hanya untuk Min Hyuk kan

    ReplyDelete
  3. nia hi..miss u more..

    alahai kemunculan cousin min hyuk tu sedikit menggugat keyakinan Aimin..hope dia x menyerah kalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes,syqila tu mcm buat kite sush ati kan...no Aimin is not like that^^

      Delete