My Sweetie Readers

Friday 31 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal di Korea) Part 10


BAB 10

“ Kenapa awak beli nombor telefon? Guna ajelah handphone Uncle atau Auntie.  Nanti awak dah balik Korea bukan boleh guna pun nombor tu.” Bebelku kerana bagiku tiada sebab mengapa Min Hyuk perlu membeli nombor.
“ Awak macam nak cepat saya balik Korea.” Aku dapat menghidu kelainan pada suara Min Hyuk.  Amboi dah pandai merajuk nampaknya, sebelum bercinta dulu redha aje semua perkara.
“ Bukan macam tu maksud saya.” Aku mengerling Min Hyuk.  Ketika memandu aku memang tidak suka menoleh ke kiri, kanan mahupun belakang dan hanya memfokuskan pandanganku ke hadapan.
“ Ada satu perkara yang saya belum katakan.”  Aku tahu Min Hyuk merenungku walaupun aku tidak melihatnya.
“ Apa dia?”
“ Saya cakap lepas kita makan nanti.”  Sengaja Min Hyuk membiarkan aku tertanya-tanya.
“ Cakap sekarang tak boleh ke?” Aku cuba memujuk.
“ Awak mahu saya cakap sekarang.  Panggil saya ‘sayang’.”
“ Shirheo (Tak nak).” Aku tertawa kecil.
“ Jadi awak tak nak tahu sekarang?” Min Hyuk masih cuba mengumpanku untuk memanggilnya ‘sayang’.
“ Tak nak, awak cakap lepas makan nanti ya.”  Senyuman nipis terukir di bibirku tanda kemenangan tapi  aku tetap tidak sabar ingin tahu apa yang bakal dikatakan oleh Min Hyuk.  Aku tidak dapat menumpukan perhatian pada pemanduanku.  Mindaku melayang-layang dan cuba meneka apa yang ingin dikatakannya.
“ Sayang.” Perkataan itu akhirnya terpacul dari mulutku.  Lancar sekali.
“ Mworago (Apa awak cakap)?” Min Hyuk tersenyum puas tapi dia sengaja pura-pura tidak mendengar.  Aku memberhentikan kereta di tepi jalan.  Min Hyuk nampak cemas melihat tindakanku.
“ Kenapa dengan awak? Awak okay ke?”
“ Saya okay la, saya cuma nak dengar awak cakap apa yang awak nak katakan tu.”
“ Tak perlu sampai berhenti.”
“ Saya ni pemandu yang berhemah, nanti saya tak dapat nak fokus drive jadi saya berhenti la.  Lagipun nanti kang kalau terlanggar orang ke macam mana?  Kesian la baby baru saya ni.”  Min Hyuk tahu aku memanggil Suzuki Swift berwarna merah jambu yang baru sebulan dimiliki ini dengan panggilan baby.
“ Lepas kita makanlah saya cakap.”  Min Hyuk sengaja menaikkan darahku.  Geram pulak aku dengan mamat ni.
“ Eh, cakap sekarang.  Dah janji kan kalau saya panggil away yang tu awak akan cakap sekarang.”  Aku memuncungkan bibirku.
“ Yang tu? Apa dia yang tu?”  Min Hyuk sengih menayangkan gigi arnabnya. 
(Eii, sengih-sengih.  Tarik gigi rabbit karang baru tahu.  Tahu la gigi rabbit dia tu comel.)
“ Saya cakap sekarang.” Min Hyuk akhirnya mengalah. “ Tapi awak dengar semua yang saya cakap, tak boleh melampuk sampai habis cakap.”  Aku tertawa mendengar perkataan ‘melampuk’.
“ Menyampuklah, okay saya dengar aje ni sampai habis.”  Aku masih ketawa.
“ Saya akan tinggal lama di Malaysia dan tinggal dengan Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah.  I didn’t finish my studies in Musical and I will continue my studies at Lim Kok Wing University in Bussiness Management.”  Aku terkejut.  Sangat terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Min Hyuk.  Benarkah apa yang aku dengar ni.
“ Kenapa?” Hanya satu perkataan yang mampu terluah dari mulutku.
“ Sebab awak.” Jawapan ringkas dari Min Hyuk namun aku masih tidak berpuas hati dan dia tidak seharusnya membuat keputusan sebegitu.
 Can you please cancel it all?” Aku seakan-akan merayu Min Hyuk.
Why?” Min Hyuk memandang ke arahku meminta pengertian.
“ Awak tak boleh buat semua tu kerana saya.  Takkan awak nak tinggalkan negara awak sendiri hanya kerana nak berada dekat dengan saya.  Keluarga awak macam mana?  Mereka tak mungkin terima keputusan awak ni.  Kenapa awak berhenti belajar kat sana.  Awak akan bazirkan masa awak belajar kat sini nanti.”  Aku meluahkan segala rasa tidak puas hati.
“ Uri kajok ( Keluarga saya) awak jangan risau, mereka dah tahu dan mereka terima keputusan saya dan sekarang saya mahu awak juga terima keputusan ini.”  Aku merenung mata Min Hyuk yang penuh dengan harapan agar aku dapat menerima semua keputusan itu.
“ Kenapa awak lepaskan semua yang ada di Korea untuk saya, I’m nothing.”
“ Shhh, don’t say like that.  You are everything to me and you are my life.  I just want to be with you forever.  Min Hyuk meletakkan hujung jarinya pada bibirku, aku tidak marah dan tidak pula menepis tangannya.  Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi, hanya terdiam merenung Min Hyuk.  Min Hyuk mengalihkan hujung jarinya.
Let me drive, I already got my license here.” Min Hyuk keluar dari kereta namun aku tetap tidak berganjak dari tempat duduk pemandu.  Min Hyuk kembali masuk ke dalam kereta.
“ Cepatlah.”  Aku hanya mengangguk dan keluar dari kereta.  Kami bertukar tempat duduk dan kini Min Hyuk sudah berada di tempat duduk pemandu. 
Aku benar-benar tidak menyangka Min Hyuk sanggup membuat keputusan sebegitu.  Keputusan yang terlalu berat bagiku namun aku terpaksa menerimanya.  Mungkin akan ada hikmah yang tersirat di sebalik keputusan yang dilakukannya.
………………………………………………………………………………………………………
Sunway Pyramid hari ini dipenuhi dengan pengunjung, tidak seperti hari biasa.  Mungkin kerana hari ini hari minggu maka ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak mereka keluar membeli belah.
“ Kita beli baju untuk awak ya?” Kata Min Hyuk kepadaku saat kami melewati kedai pakaian berjenama Voir.
“ Tak payahlah. Daripada beli baju untuk saya baik belikan untuk awak.”  Kami sudah berada di dalam kedai.
Aku dan Min Hyuk membelek-belek pakaian yang tergantung.  Beberapa mata memerhatikan kami dan aku lihat mereka seperti membisikkan sesuatu.  Aku tahu pasti mereka hairan melihat kami berdua.  Pasangan kekasih yang berlainan bangsa. 
Sejak kami menapak masuk ke dalam Sunway Pyramid memang kami menjadi perhatian para pengunjung.  Sudahlah perbezaan tinggi yang ketara, Min Hyuk memiliki ketinggian 180 cm manakala aku hanyalah 150cm sahaja.  Min Hyuk tidak mempedulikan orang yang memerhatikan kami, dia terus membelek-belek pakaian.
“ Min Hyuk, saya tak sukalah orang asyik tengok-tengok kita.  Pelik sangat ke kita ni?” Aku berbisik kepada Min Hyuk.  Ini merupakan kali pertama kami keluar ke tempat awam sebegini, sebelum ini hanya Kimchi Saranghae menjadi lokasi pertemuan kami.
“ Biarlah.” Kata Min Hyuk pendek.  Dia langsung tidak ambil peduli akan semua itu dan tetap membelek baju. “ Yang ini cantik.” Min Hyuk menunjukkan baju yang dimaksudkannya.
“ Awak pilih yang ini sebab warnanya pink  kan?”
Your favourite colour.” Aku juga sudah tidak mempedulikan pandangan orang disekeliling.  Biarlah apa yang mereka mahu fikir asalkan mereka tidak mengganggu aku dan Min Hyuk.
Hampir setengah jam kami di dalam kedai berjenama Voir.  Kami memilih dua pasang baju seorang.  Aku dan Min Hyuk berebut untuk membayar pakaian tersebut.  Kami menggunakan bahasa Korea agar tiada siapa memahami apa yang kami katakan.  Jurujual di situ hanya tertawa melihat gelagat kami. 
Aku tidak mahu membebankan Min Hyuk, dia masih belajar dan tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya kerana dia perlu berjimat.  Akhirnya aku terpaksa mengalah dan membiarkan Min Hyuk membayar namun aku hairan kerana Min Hyuk menggunakan kad kredit.
( Mungkin kad kredit Uncle Yusuf.)
………………………………………………………………………………………………………
“ Sayang, kenapa kita beli Pop Corn dulu?” Min Hyuk hairan kerana aku terus ke kaunter makanan ringan dan tidak ke kaunter membeli tiket wayang.
“ Yalah, beli Pop-Corn.”
We should  go and buy the ticket first.” Aku tidak terus menjawab kerana giliran kami untuk membeli sudah sampai.  Jurujual di kaunter memerhatikan kami sambil tersenyum.
“ Boyfriend akak Chinese ke?” Tanya jurujual itu.
(Alahai, sibuk pulak budak ni nak tahu.  Ambil je la order dulu.)
“ Tak dia Korean.” Kataku jujur.  Aku tidak perlu takut mendedahkan kepada jurujual itu bahawa Min Hyuk ialah kekasihku.  Jurujual itu tiada kaitan dengan kami.
“ Wow, hebatnya akak ni dapat pakwe Korea.  Dahla handsome, muka macam artis k-pop.  Kalaulah saya dapat pakwe macam ni memang 24 jam menghadap muka dia.” Jurujual muda itu sudah tentu tidak tahu bahawa Min Hyuk faham semua yang dikatakan.  Min Hyuk tersenyum ke arahku.
(Alahai, perasan la tu orang puji dia kan.)
“ Adik, bila nak ambik order akak?”  Aku senyum ke arah jurujual itu dan aku tahu jurujual itu agak lama merenung Min Hyuk.
“ Eh sorry kak, lupa pulak.  Akak dengan oppa handsome  ni nak order apa ya?”
“ Bagi satu large caramel.”
“ Akak tak nak tambah apa-apa? Air ke?”
“ Tak, bagi yang tu je.”
“ Min Hyuk, kita tak tengok wayanglah.  Beli ini je.”
“ Kenapa?”
“ Saya tak suka tengok wayanglah, gelap dalam tu.  Lagipun tak elok la kita tengok wayang berdua aje.”
“ Wow, oppa ni pandai cakap Melayu ke.”  Jurujual muda itu tiba-tiba menyampuk.  Aku menghulurkan sekeping duit RM50.
“ Aah.” Jawabku pendek dan menghadiahkan senyuman.
“ Macam mana oppa ni boleh pandai cakap Melayu? Pure Korean kan? Memang tinggal kat Malaysia ke?”  Aku dan Min Hyuk hanya tersenyum mendengar soalan bertubi-tubi daripada jurujual muda itu.  “ Alamak, maaflah saya tanya macam-macam.  Bukan apa,  first time jumpa couple Melayu Korea, dah la pandai cakap Melayu pulak tu.  Something  yang macam mustahil.”
“ Tak ada apa yang mustahil dik dalam dunia ni.  Terima kasih ya.” Ujarku setelah menerima baki daripada jurujual muda itu.  Setelah itu kami berlalu pergi meninggalkan kaunter.
Pop-corn yang dibeli tadi dipegang oleh Min Hyuk.  Kasihan pula melihat Min Hyuk yang mati-matian ingat kami akan menonton wayang.  Aku merenung Min Hyuk.  Kami berjalan perlahan-lahan sambil menyuap Pop-corn ke dalam mulut.  Min Hyuk membalas renunganku.  Aku cepat-cepat mengalih pandangan ke arah lain.
(Handsome sangat ke buah hati aku ni?  Kenapa aku tak rasa pun yang dia ni handsome?)

No comments:

Post a Comment