My Sweetie Readers

Friday 24 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal di Korea) Part 8


BAB 8

“ Aimin, tadi masa awak keluar jumpa client  ada orang telefon dan mintak nombor telefon awak tapi Mai tak bagi.” Beritahu Maisarah, rakan sekerjaku itu yang merupakan seorang Juruteknik Awam tatkala aku masuk ke ofis.
“ Mai ada tanya tak siapa orang tu.”
“ Mai tak tanya pulak tapi orang tu ada tinggalkan nombor telefon, awak telefon semula tanya dia.  Kejap Mai ambil nombor tu dekat meja.”  Maisarah bergerak menuju ke mejanya dan mengambil sekeping sticky note yang ditampal pada soft board di mejanya.
“ Ni nombornya tapi tak sempat pulak tanya namanya tadi.”  Aku mencapai sticky note itu.
Thanks Mai.” 
………………………………………………………………………………………………………
Aku melangkah perlahan ke dalam restoran makanan Korea yang terletak tidak jauh dari tempat kerjaku dan hanya memakan masa 15 minit untuk ke situ.  Walaupun sudah hampir empat bulan aku bekerja namun aku tidak pernah tahu ada restoran yang menyediakan makanan Korea Halal di situ.
Aku dibawa oleh seorang pelayan lelaki ke sebuah meja di hujung restoran.  Tanganku sedikit menggeletar, bukan kerana sejuk dek pendingin hawa yang dipasang namun dek kerana pertemuan yang bakal terjadi antara aku dengan orang yang telah membuat panggilan ke pejabat siang tadi.
“ Assalamualaikum.” Aku menoleh ke belakang mencari pemilik suara itu.
“ Waalaikumussalam.” Debaran di dadaku semakin kencang.  Seorang wanita dan lelaki pertengahan usia berdiri dihadapanku.  Aku bangun dari duduk dan merenung kedu-dua mereka dengan seribu makna.
“ Duduklah Aimin.” Lelaki itu mempelawaku duduk.  
“ Terima kasih.” Aku duduk kembali dan kedua-dua mereka mengambil tempat di hadapanku.
“ Panggil aje Uncle Yusuf dan isteri Uncle, Auntie Syafiqah.”  Uncle Yusuf begitu fasih berbahasa Melayu, mungkin kerana sudah berada di bumi Malaysia lebih dua puluh tahun menjadi faktor utama.  Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Auntie Syafiqah.  Huluran itu disambut dan aku mengucup lembut tangan wanita itu.
………………………………………………………………………………………………………
“ Hello.  Saya Aimin.”
“ Hello.”
“ Boleh saya tahu siapa yang bercakap?”
“ Saya Yusuf, bapa saudara Min Hyuk.”
Aku tersentak namun cuba mengagahkan diri agar mampu untuk terus berkata-kata.
“ Boleh saya tahu kenapa Encik Yusuf telefon.”
Ada getaran pada suaraku.
“ Aimin free ke malam ni?”
Free.
“ Boleh saya dan isteri saya berjumpa dengan Aimin malam ini.  Selepas Maghrib di ‘Restoran Kimchi Saranghae’ dekat Jalan TAR?”
“ Boleh.”
“ Kita jumpa malam ni di sana.  Assalamualaikum.
“Waalaikumussalam.”
………………………………………………………………………………………………………

“ Aimin nak makan apa?” Auntie Syafiqah menghulurkan buku menu kepadaku.  Serentak dengan itu, ingatanku terhadap perbualan telefon antaraku dengan Uncle Yusuf siang tadi tamat.
“ Tak apalah Auntie, saya minum aje.” Aku membelek pelbagai jenis menu minuman yang terdapat di dalam buku menu itu.  Aku dapat melihat tanganku sedikit menggeletar.
“ Maafkan Auntie, Min Hyuk pernah cakap yang Aimin tak suka makanan Korea.” Kata-kata Auntie Syafiqah seperti menusuk ke jantungku.  Nama lelaki itu sudah lama tidak kudengar.  Aku terkesima dan merenung ke meja.  Tidak mampu menatap wajah bapa saudara Min Hyuk dan isterinya itu.
We make an order first.” Uncle Yusuf seperti dapat menghidu perubahan pada wajahku.  Dia melambai ke arah seorang pelayan lelaki yang berada berhampiran meja kami.
“ Ya bos.”
“ Bagi kami tiga patbingsu (Korean shaved ice).”  Aku tidak hairan apabila pelayan itu memanggil Uncle Yusuf bos kerana Min Hyuk pernah memberitahuku bahawa bapa saudaranya itu memiliki sebuah restoran di Malaysia dan tidak disangka rupa-rupanya ia adalah restoran makanan Korea dan terletak di Kuala Lumpur.
“ Aimin, Min Hyuk banyak ceritakan pada kami tentang Aimin.” Kata-kata Auntie Syafiqah itu membuatkan dadaku tiba-tiba merasa sebak.
“ Uncle dengan Auntie ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab sudi datang jumpa kami malam ni.”  Aku masih diam membisu mendengar kata-kata Uncle Yusuf itu.  Lidahku kelu.
“ Kami nak Aimin tahu yang Min Hyuk bukan sengaja tak datang jumpa Aimin masa hari terakhir Aimin di Korea.” Ternyata terlalu banyak yang diceritakan oleh Min Hyuk kepada Uncle Yusuf.
“ Jadi apa sebabnya?” Aku menggagahkan diri untuk menanyakan soalan itu.  Mataku penuh pengharapan, mencari satu jawapan mengapa dia tidak muncul pada hari itu.
“ Sebenarnya…”  Kata-kata Uncle Yusuf tersekat.  Entah mengapa Uncle Yusuf tidak mampu meneruskan kata-katanya.
“ Pada hari yang sama, Min Hyuk terlibat dalam kemalangan.” Seluruh tubuhku menggeletar.  Penjelasan Auntie Syafiqah itu cukup sampai ke hati dan jantungku.  Kenapa baru kini persoalanku terungkai.  Satu kenyataan yang sangat pedih.  Aku tidak mampu menahan air mataku.  Tangisanku terlerai di hadapan Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah.
Auntie Syafiqah bangun dan perlahan mendekatiku.  Dia memeluk lembut bahuku.  Aku kini menangis di dalam pelukan wanita itu.  benarkah lelaki yang aku cintai itu sudah tiada di atas muka bumi ini. 
Belum sempat cinta bersemi, dia pergi meninggalkan aku.  Pergi untuk selama-lamanya.  Masih terlalu awal untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki itu.  Aku terpaksa menerima kenyataan ini walaupun hakikatnya terlalu pedih untuk diterima namun aku harus tabah dan redha.  Tujuh bulan lalu, aku dikecewakan Min Hyuk dan kini baru kutahu rupa-rupanya semua itu berlaku bukan atas kerelaannya sendiri.
Terasa diriku begitu jahat kerana salah sangka terhadap Min Hyuk.  Hanya buku merah jambu, headband dan gambar kami semasa di Lotte World yang tinggal sebagai kenangan antara kami.  Tidak kusangka pengenalan kami begitu singkat, hanya sembilan bulan.  Min Hyuk pergi sebelum dia sempat tahu tentang isi hatiku ini. 
Mampukah aku mencintai lelaki lain seperti aku mencintainya.  Hanya dia satu-satunya lelaki yang pernah aku cintai, aku tidak yakin aku akan bertemu dengan lelaki lain yang mampu menakluki hatiku sebagaimana Min Hyuk.  Son Min Hyuk, cinta pertamaku dan adakah dia juga akan menjadi cinta terakhirku? Ya ALLAH ya Tuhanku, benarkah ini takdir cinta kami, aku harus redha dengan ketentuan ini.  Berikanlah aku kekuatan untuk menerima dugaan besar ini.
Selamat tinggal untuk selama-lamanya , Son Min Hyuk.

6 comments:

  1. cinta pertama yg sukar dilupakan..walau ada cinta lain datang bertamu, pasti cinta itu akan dibanding-bandingkn dgn cinta pertama..

    namun akan sampai masa cinta sejati pasti hadir kan nia..

    x sangka watak min hyuk dimatikan...huhu sedih utk aimin..

    ReplyDelete
  2. kak sha!!!!!
    sok ania upload part 9 and jgn terkejut pulak tau~
    aimin cdih kejap je tu~huhuhu

    ReplyDelete
  3. hmmm adakah min hyuk jelmaan akn muncul...

    ReplyDelete
  4. 언니!! ㅠㅠㅠ 민혁이..... 왜 이렇게 죽었어?! ㅠㅠ 참 슬프다...ㅠㅠ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, 죽었어 die kan? (minhyuk ad sbut jgk dlm bimil)~aiyoo,tunggu ek~

      Delete