My Sweetie Readers

Saturday 25 August 2012

SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal di Korea) Part 9


BAB 9

by~ANIA MALNA 


“ Aimin.”  Satu suara yang amat kukenali memanggilku dari belakang.  Auntie Syafiqah meleraikan pelukannya.  Mataku merah dan air mata masih deras mengalir di pipiku.  Aku perlahan-lahan menoleh ke belakang.
Pemilik suara itu berjalan menghampiriku.  Mataku tidak berkelip-kelip memerhatikan susuk tubuh itu namun air mata masih lagi mengalir.  Auntie Syafiqah memegang lembut bahuku.
(Ya ALLAH, adakah aku bermimpi.)
Lelaki itu sudah berada dihadapanku.  Aku membuka mulut untuk berkata sesuatu namun terasa seperti kerongkongku tersekat.  Aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.  Lelaki itu kini melutut menghadapku.
“ Aimin-aa, uljima (jangan menangis).”
Son Min Hyuk mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket kemejanya.  Dia menyapu lembut pipiku yang dibasahi air mata.  Aku masih belum mampu untuk berkata-kata, yang aku mampu hanyalah menatap wajah Min Hyuk yang penuh keikhlasan.
“ Min Hyuk, Uncle dan Auntie masuk ke dalam dulu.”  Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah berlalu pergi meninggalkan kami berdua.
“ Min Hyuk, betul ke ni awak?” Tuturku setelah mengumpulkan segala kekuatan untuk bersuara.
“ Betul, saya Min Hyuk.”  Min Hyuk merenung dalam wajahku.  Aira mataku sudah mampu ditahan namun masih kedengaran sedu sedan dan bahuku terhinjut-hinjut dek kerana tangisan tadi.
“ Kenapa awak menangis?  Awak ingat saya dah mati ke?” Min Hyuk tersenyum kecil.
(Saya menangis macam orang gila, awak boleh senyum lagi?)
“ Tadi Uncle dan Auntie awak cakap awak kemalangan.” 
“ Betul tapi Tuhan masih beri saya peluang untuk terus hidup, untuk kembali pada awak.”  Lembut sekali kata-kata Min Hyuk persis memujuk.
“ Awak sakit kat mana?” Aku meneliti susuk tubuh Min Hyuk.
“ Sudah tujuh bulan berlalu, I am fully recover.” Aku merasa sedikit lega.  Air mataku kembali mengalir dan kali ini sebagai tanda kesyukuran kerana lelaki dihadapanku ini telah pulih sepenuhnya.
“ Sayang, janganlah menangis lagi.  Saya ada di sini.”  Aku tersentak mendengar panggilan ‘sayang’ itu.  Adakah aku tersalah dengar atau memang benar Min Hyuk memanggilku ‘sayang’. 
Min Hyuk tersenyum lagi.  Senyuman itu amat kurindui.  Alangkah bahagianya jika aku dapat melihat senyuman itu setiap hari.  Wajah Min Hyuk kutenung kembali.  Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut kami.  Kami merenung antara satu sama lain.  Lami kami berkeadaan begitu.
“ Saranghae (Saya cintakan awak).” Degupan jantungku seperti terhenti saat Min Hyuk menuturkan perkataan itu.
............................................................................................................................................................
Aku menyuap patbingsoo.  Min Hyuk hanya tertunduk menyuap patbingsoo dan semangkuk lagi diletakkan di tengah-tengah meja.  Setelah dia meluahkan perasaannya tadi, dia bingkas bangun dan duduk di kerusi bertentangan denganku.  Sejurus selepas itu, seorang pelayan lelaki membawa dulang yang berisi tiga mangkuk patbingsoo dan Min Hyuk terus menyuap ais kacang versi Korea itu ke dalam mulut.  Langsung tidak memandangku.
“ Macam mana Uncle dengan Auntie boleh tahu kat mana saya kerja?”  Min Hyuk tidak menjawab soalanku.  Dia tetap tunduk sambil menyuap ais kacang ke mulut.
( Tadi bukan main macho confessed kat aku, sekarang dia malu-malu kucing pulak dah.)
“ Awak, awak saya tanya awak ni.  Saya baliklah.” Aku pura-pura merajuk dan bangun.
“ Aimin.” Min Hyuk cepat-cepat menyambar lenganku.  Mujurlah masih beralas.
“ Maaf.” Genggamannya dileraikan.  Aku kembali duduk.
“ Maaf diterima, tindakan di luar jangkaan tapi lepas ni jangan gatal-gatal nak pegang.” Aku memberi amaran namun selepas itu aku menghadiahkan senyuman kepada Min Hyuk.
“ Saya yang minta Uncle cari awak.  My uncle hired a spy to find you.”  Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan itu.
( Spy?  Macam-macamlah Min Hyuk ni.)
“ Berapa lama awak kat hospital?” Pertanyaanku kini berbaur serius.
“ Tiga bulan.  Saya minta maaf sebab baru sekarang awak tahu perkara sebenar.”
“ Awak tak perlu minta maaf, saya yang sepatutnya minta maaf.  Saya dah salah sangka pada awak.  Saya ingatkan awak sengaja menipu saya, main-mainkan saya.”
“ Saya tetap bersalah, you suffered a lot for a few months.” Lelaki yang kucintai ini seperti dapat merasa penderitaan yang kutanggung selama tujuh bulan. 
Paling memeritkan apabila penderitaan ini tidak mampu untuk kuluahkan pada sesiapa pun termasuk Nadia.  Rakanku itu mula membenci Min Hyuk setelah apa yang berlaku pada hari terakhir aku di Korea, jadi tak mungkin aku mampu mengungakapkan kepadanya bahawa aku tetap mencintai Min Hyuk setelah apa yang berlaku itu.
“ Kita sama-sama menderita.”  Aku merenung wajah Min Hyuk yang tulus ikhlas.  Aku sungguh yakin dan pasti dengan cintanya.
“ Apa yang berlaku ajar kita untuk lebih hargai cinta antara kita.  Cinta ini sangat susah untuk disatukan dan kita perlu sama-sama berjanji yang kita takkan berpisah lagi selepas ini.  Yaksok (Janji).” Kata-kata Min Hyuk itu penuh dengan harapan namun aku masih tidak mampu berjanji apa-apa. 
Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan aku sudah nampak segala halangan dan cabaran dalam hubungan cinta kami.  Mampukah kami sampai ke akhirnya.  Baru kini aku sedar tentang semua itu, sebentar tadi apa yang aku nampak hanyalah sinar kebahagiaan.  Aku tertunduk merenung meja.
“ Aimin, janji?” Min Hyuk masih mengharapkan jawapan dariku.
“ Awak, kita berbeza pegangan agama.” Akhirnya kata-kata itu terluah.  Aku tidak pasti samada Min Hyuk sudah tahu atau tidak bahawa kami tidak mungkin dapat disatukan sekiranya dia masih dengan agamanya. 
(Kenapa aku bodoh sangat, tak fikir tentang hal yang penting macam ni.)
“ Aimin, saya tahu itu penting tapi boleh ke kita cakap tentang itu nanti.  Saat ini betul-betul bermakna, saya tak mahu rosakkannya.” Aku mengangguk perlahan tapi aku harap setelah ini kami akan betul-betul serius membincangkan perkara itu.
………………………………………………………………………………………………………
Aku meletakkan nasi goreng istimewa yang dimasak oehku.  Istimewa kerana aku meletakkan tomato yang dipotong menjadi bentuk hati sebagai hiasan di atas nasi goreng itu.  Selain daripada nasi goreng, aku juga sempat menggoreng sosej dan nugget.  Aku tersenyum puas melihat menu sarapan pagi di atas meja itu.
“ Waa, sedapnya bau.”  Kak Lia yang baru turun dari tingkat atas tersenyum ke arahku.
“ Jajang, tengoklah apa yang Aimin masak ni.”  Aku mendepakan tangan ke meja makan.
“ Wow, Aimin yang masak ni? Biar betul.  Susah betul akak nak percaya.”  Kak Lia meletakkan telapak tangannya ke dahiku.
“ Iyalah, Kak Lia ingat Aimin buang tabiat ke?  Tak pernah-pernah sediakan sarapan pagi tiba-tiba hari ni masak pulak.”
“ Ishh, adik oi.  Mulut tu, jangan disebut la perkataan tu.  Tak baiklah.”
“ Okay, I won’t say that word anymore.  Mana Kak Bai?” Mataku mengarah ke anak tangga.
“ Adik oi, macam tak kenal pulak Kak Bai tu.  Make-up mengalahkan artis, berjam-jam.  Jom kita habiskan semua makanan ni, biar dia breakfast sorang-sorang kat kafe ofis.”  Kak Lia galak mengata rakan baiknya itu.
“ Amboi-amboi Lia, kau nak habiskan ya.  Tak takut gemuk ke?” Kak Bai tiba-tiba muncul.  Entah bila dia turun aku sendir tidak perasan namun yang pasti dia mendengar celoteh Kak Lia sebentar tadi.  Aku tertawa melihat keletah dua sahabat itu.  Gurauan mereka itu kadang-kadang kedengaran keterlaluan namun masing-masing tidak pernah membawa gurauan itu hingga ke hati.
Sudah hampir empat bulan aku tingga bersama-sama Kak Lia dan Kak Bai.  Mereka berdua juga bekerja di tempat yang sama denganku dan kebetulan sewaktu aku mula-mula masuk bekerja mereka kehilangan seorang teman serumah yang bertukar kerja ke negeri lain.  Sebelum berpindah ke rumah sewa, aku tinggal seminggu di rumah Along dan jarak dari rumah Along dan tempat kerja boleh tahan jauhnya. 
“ Lain macam je Kak Bai tengok muka Aimin pagi ni.  Berseri-seri betul, macam orang baru bercinta.”  Aku tersedak mendengar kata-kata Kak Bai.
“ Sampai tersedak bagai ni, iyalah tu kan.” Kak Bai masih belum mengalah.
“ Ishh kau ni, budak tu sampai tersedak-sedak kau buat.” Kak Lia mengurut-urut belakangku.  “ Minum air masak ni.” Aku menghirup perlahan air masak yang disuakan ke mukaku.
“ Terima kasih Kak Lia.” Aku menarik nafas panjang.
Sorry  Aimin, akak tak sengaja.” 
“ Tak apalah Kak Bai, tersedak je pun.  Lagipun Aimin ni memang jenis yang mudah tersedak, tak kiralah masa makan ke atau tengah bersahaja pun boleh tersedak jugak.” Kata-kataku itu membuatkan Kak Bai sedikit lega.  Selepas itu, kami cepat-cepat bersarapan dan Kak Bai tidak lagi membangkitkan hal yang menyebabkan aku tersedak itu.
………………………………………………………………………………………………………
Aku melihat nombor yang terpamer di skrin telefon bimbit.  Adha yang menelefon.  Aku tidak tahu samada harus mengangkat panggilan itu atau membiarkannya sahaja.  Akhirnya aku membiarkan sahaja telefon itu bergetar sehingga panggilan itu tamat. 
“ Hello, Assalamualaikum.” Aku terpaksa akur dan menjawab panggilan kedua dari Adha itu.
“ Waalaikumussalam.  Aimin, tengahhari ni jom lunch sekali.” Pelawaan Adha terlalu berat untuk kuterima, mana mungkin aku keluar dengan lelaki lain tatkala hatiku cuma milik Min Hyuk.
“ Saya mintak maaf banyak-banyak, tengahhari ni saya dah janji nak makan dengan kawan pejabat dekat kafe je.”  Aku mereka alasan.
“ Oh yeke, tak apalah kalau macam tu.”  Ada nada kecewa pada kata-kata Adha.
“ Mungkin lain kali.”
(Ya ALLAH, kenapa aku memandai cakap lain kali ni.) Aku mengutuk diri sendiri di atas keterlanjuran kata-kata.
“ Betul ni lain kali?  Saya pegang kata-kata awak.”
( Nah, kan dah termakan dek kata-kata sendiri.)
“ InsyaALLAH.  Okaylah awak, saya tengah kerja sekarang so tak elok cakap lama-lama dalam phone.” 
“ Okay, Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
………………………………………………………………………………………………………
Alasan yang sengaja kureka tadi ternyata menjadi kenyataan.  Aku benar-benar mkan di kafe bersama Kak Lia, Kak Bai dan Mai.  Kami membeli minuman dahulu.  Tidak sanggup hendak berpusu-pusu membeli makanan.  Semua pekerja tertumpu di kafeteria semasa rehat jadi keadaan di kafe agak sesak.  Kami membuat keputusan untuk menunggu sehingga tidak terlalu ramai orang yang membeli makanan.
“ Hai semua.” Aku tidak jadi menghirup minuman.  Mujurlah aku tidak sempat menghirup minuman, jika tidak pasti aku akan tersedak untuk kali yang keduanya.
“ Hai handsome.” Kak Bai tersenyum lebar memandang Adha yang sudah duduk di meja kami. Kebetulan ada satu kerusi kosong di sebelahku.
“ Adha, apa awak buat kat sini?”  Aku mengerutkan dahi.
“ Bawak makanan tengahhari yang berkhasiat untuk awak.” Beg kertas yang dibawa oleh Adha rupa-rupanya ialah makanan tengahhari.
“ Amboi Aimin ada pakwe handsome tak bagitau pun ya.” Kak Bai menjeling penuh makna.
“ Bukan, bukanlah Kak Bai.  Adha ni kawan Aimin je.”
“ Yeke kawan je, takkan sampai sanggup bawakan makanan tengahhari.  Alahai romantiknya.  Bilalah Kak bai dapat pakwe sweet  macam ni.” Kak Bai makin galak menyakat. 
“ Patutlah pagi tadi muka berseri-seri kan Bai, rupanya adik kita sorang ni dah ada buah hati pengarang jantung.”  Belum sempat aku menyangkal kata-kata Kak Bai, Kak Lia terlebih dahulu menambah.  Geram pula aku dengan Kak Bai dan Kak Lia.
(Betul, aku memang berseri-seri pagi tadi kerana cinta tapi bukan lelaki di sebelahku ini yang kucinta.)
“ Suka sangat ya menyakat Aimin ni, kan Aimin dah cakap yang Adha tu kawan dia.  Akak berdua ni nakal betul ya.”  Maisarah yang sebaya denganku itu nampak lebih matang daripada Kak Bai dan Kak Lia.  Aku bersyukur sekurang-kurangnya ada juga yang menyebelahiku. 
Aku juga sedikit geram dengan Adha, boleh pula dia hanya tersenyum mendengar kata-kata Kak Lia dan Kak Bai dan langsug tidak menyuarakan kebenaran.  Makanan tengahhari yang dibawa oleh Adha dikongsi bersama Kak Lia, Kak Bai dan Mai namun aku hanya makan sedikit, hilang semua seleraku. 
Adha juga tidak banyak berbicara, hanya sesekali dia menjawab soalan-soalan dari Kak Lia dan Kak Bai.  Mungkin dia menyedari ketidakselesaanku apabila perkara itu dibuat main-main oleh rakan-rakanku itu.
……………………………………………………………………………………………………..


8 comments:

  1. :) ha sib baik umur Min Hyuk panjang..x sabar nak tau camana episod2 cinta Aimin dan penerimaan keluarga Aimin nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero xkan mati awal2 kan k.sha~kisah cinta dorg tu dah digarap tapi akan di upload next week^^

      Delete
  2. ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ 민혁이 아직 살았어! adha 싫어! ㅋㅋ

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,mestilah nk minhyuk..tak nak adha tpi adha tu such a very good person la~rugi tau~

      Delete
  3. pilihan yang sukar..tapi bg aimin pilihan nya dah pun ada depan mata..

    hero akn sampai ke hujung citer..happy ever after..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. likeeeeeeee comment k.sha yg ni!!!~
      ye pilihn da ad dpn mte, pilih yg mne hati die nak je kan~

      Delete
  4. nk min hyuk.. hehe... korea boy i like

    ReplyDelete