BAB 3
by ANIA MALNA
HCT
Ikhwan
merenung wajahku sedalam-dalamnya dan aku terus sahaja memalingkan muka ke arah
lain. Tidak mahu membalas
pandangannya. Hatiku masih belum terubat
walau sudah tahu kenyataan sebenar siapa gadis misteri tadi.
Setelah makan malam, aku meminta
izin untuk keluar ke laman banglo milik Datuk Shamsul dengan alasan sengaja
ingin mengambil angin malam. Alasan yang
tidak munasabah namun diterima oleh semua walau pada mulanya mama sudah memberi
isyarat mata agar aku terus bersama-sama mereka.
Aku memilih untuk duduk di gazebo
yang diletakkan di taman dan di hadapan gazebo terdapat kolam ikan yang
sederhana kecil. Ini bukan kali pertama
aku duduk di gazebo ini kerana setiap kali aku ke sini pasti gazebo ini yang
menjadi pilihanku. Tenang bila dapat
melihat ikan-ikan berenang gembira.
“Sayang, look at me please.” Suara
Ikhwan lembut memujukku namun aku masih kaku.
Tidak lama setelah aku keluar, Ikhwan juga keluar.
“Okay,
sekarang B cakap dekat I kenapa
tiba-tiba aje buat muka cempedak buruk ni?”
“What!!!
You panggil I cempedak
buruk?” Aku tambah angin. Bukan sekadar angin sepoi-sepoi bahasa, ini
sudah tahap angin puting beliung. Wajah
Ikhwan kutatap dalam dengan wajah yang masam mencuka. Eiiii, geram!
“Iyalah, cempedak buruklah. Kalau cempedak masak dia lembik manis, kalau
buruk dia lembik masam kan. Kalau tak
percaya cuba cermin muka B tu.” Ikhwan
mula ketawa.
“Eiii, menyampah.” Aku mengetap bibir.
“Awak ni makin marah makin comellah,
makin buat saya geram nak cubit pipi awak yang comel ni.” Ikhwan masih ketawa dan tangannya mula dibawa
ke pipiku. Gatal!
“Eiii, saya jerit panggil mama
dengan papa karang. Nak?” Aku memberi amaran sambil mata dibulatkan.
“Alah, I gurau je lah. Okay, sekarang kita serius okay.
Tell me why?” Nada Ikhwan mula serius.
“Tak ada apa.” Jawabku perlahan dengan nada yang sedikit
sayu. Bunyi macam orang tak cukup makan
pun iya.
“Jangan nak tipu I, baby.
Tunang awak ni dah kenal sangat dengan awak. Kalau senyap tu memang bukan awak, tapi
tiba-tiba malam ni awak senyap. Cakap
terus terang dengan saya. Saya ada buat
salah ke sayang?” Lembut sekali
kata-kata Ikhwan. Aku menarik nafas
panjang sebelum mula berkata-kata.
“I
sebenarnya..” Kata-kataku terhenti,
wajah Ikhwan kutenung. Mencari keikhlasan
di sebalik wajah kacaknya. Ikhwan setia
menunggu jawapanku dan dia menanggukkan kepala.
“Saya takut hilang awak.” Fuhh,
lega akhirnya. Ikhwan tersenyum
menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
“Ya ALLAH B, I ada depan mata awak
ni. Nak hilang ke mana pulak?” Ikhwan ketawa lagi namun tawanya mati tatkala
melihat wajahku yang kelat melat mengalahkan peria muda.
“Tak kelakar pun. Awak sengaja buat-buat tak tahu kan?” Jari telunjukku dihalakan ke muka Ikhwan.
“Masalahnya memang I tak tahu sayang. Tiba-tiba aje You buat muka cempedak bu..”
“Tengok, saja nak suruh I marah
kan? Sebut lagi perkataan tu…” Aku sudah bercekak pinggang.
“Okay,
sorry B. I tak sebut dah dan
sekarang jelaskan pada I.” Ikhwan mula
serius.
“Sebelum saya cakap, saya nak tahu
awak betul-betul cintakan saya atau tidak?”
Aku menanyakan soalan tak berapa cerdik.
“Afrina Imani, soalan apa yang awak
bagi ni?” Ikhwan menarik nafas. “B, dengar sini. Saya tak pernah ragukan cinta awak pada saya,
sampai hati awak ragu-ragu dengan cinta saya.”
Ada nada sedih pada suara Ikhwan.
Alamak, salahkah soalanku? Ikhwan
merajuk?
“Bukan macam tu maksud saya. Saya tak pernah ragu-ragu dengan cinta awak,
cuma…” Aku mula resah gelisah, hendak
berterus-terang atau tidak. Kutenung wajah
Ikhwan yang menanti kata-kataku yang seterusnya. “Cuma, saya takut awak.. kena rampas.”
“Siapa pulak yang nak rampas tunang You ni?”
Ikhwan ketawa kecil. Sudah hilang
rajuknya tadi.
“Yalah, mestilah ramai. Awak kan ada semua benda, almost perfect di mata manusia. Bukan saya tak tahu ramai yang
tergila-gilakan awak.” Aku memalingkan
wajah ke kolam ikan. Malas mahu menatap
wajah Ikhwan.
“Bagi saya, hidup saya tak sempurna
tanpa awak sayang dan biarlah sejuta gadis pun gilakan saya, saya tetap gilakan
awak tau tak.” Mendengar kata-kata
Ikhwan, hatiku lega namun masih ada kerisauan.
“Walaupun depan mata awak, ada gadis
cantik yang hampir sempurna, cerdik, pandai masak, hormat orang tua, matang dan
macam-macam lagilah. Awak tetap akan
pilih saya?” Nah ambik kau. Jawab jangan tak jawab my dearest Encik Tunang.
“Kejap…” Ikhwan meletakkan tangan di hujung dagunya
sambil berkerut-kerut. “Saya rasa saya
dah tahu apa punca semua ni. Sebab Fatin
kan?” Wajahku terus sahaja mencuka saat
Ikhwan menyebut nama Fatin, gadis misteri tadi.
“Tengok, awak sendiri pun mengakui
yang Fatin tu hampir sempurna. Macam
yang saya cakap tadi tu.”
“Ya ALLAH, apa awak mengarut ni
Imani?” Wajah Ikhwan berkerut-kerut,
tidak tahu samada dia menahan marah ataupun masih tidak percaya dengan apa yang
kufikirkan.
“Saya tak mengarutlah.” Suaraku makin ditinggikan.
“Dengar sini saya nak cakap. Fatin tu dah macam adik saya sendiri. Dari umur dia lima tahun mummy dengan daddy ambik
dia jadi anak angkat dan masa tu Izreen belum lahir lagi. Setiap kali saya ceritakan tentang dia pada
awak saya akan sebut adik saya.” Ikhwan
menekankan perkataan ‘adik’. “Awak
janganlah fikir yang bukan-bukan.”
Kini barulah aku ingat. Ikhwan pernah ceritakan padaku tentang
adiknya yang mengambil jurusan perubatan di Jordan dan rupa-rupanya dia ialah
Fatin. Iya aku tidak pernah bertemu
dengan Fatin kerana aku hanya mengenali Ikhwan selama 5 tahun dan sepanjang
waktu itu, Fatin tidak pernah pulang ke Malaysia. Aku beria ingatkan dia adik kandung Ikhwan
dan baru hari ini aku tahu ‘adik’ yang diceritakan oleh Ikhwan ialah anak
angkat keluarga Datuk Shamsul dan saat tahu kenyataan itulah aku mula resah.
Fatin sendiri yang mendedahkan
perkara itu ketika di meja makan tadi.
Mama sibuk bertanyakan itu dan ini kepada Fatin kerana mama juga tidak
tahu bahawa Fatin ialah anak angkat dan Fatin tidak teragak-agak untuk
menceritakan perihal hidupnya yang telah kehilangan ayah dan ibu sejak usia 5
tahun. Mama dan papa nampak sungguh
bersimpati dengan Fatin. Aku pula? Entahlah.
Aku simpati namun ketakutanku melebihi segalanya.
Aku sebenarnya cemburu. Cemburu dengan kemesraan Ikhwan dan
Fatin. Ketika di meja makan, Fatin
membantu mencedokkan nasi ke pinggan Ikhwan dan Ikhwan pula mencedok lauk ke
pinggan Fatin. Datin Diana berkali-kali
bercerita yang mereka memang rapat dan sudah seperti adik beradik kandung. Mungkin Datin Diana faham isi hatiku. Mana tidaknya, langsung tiada suara dari
multuku saat tiba. Diam seribu batu. Hanya bersuara ketika meminta izin untuk keluar
ke laman.
“Sayang.” Ikhwan memanggilku lembut dan aku tersedar
daripada lamunan. Wajah Ikhwan kutenung
dalam.
“Awak anggap dia adik awak tapi
hakikatnya awak dengan dia tetap boleh kahwin, tetap bukan muhrim.” Suaraku tegas, mahu Ikhwan sedar kerisauanku.
“Imani, awak jangan buat perangai
macam budak-budak boleh tak? Makin lama
makin mengarut awak ni. Fatin tu saya
dah anggap macam adik saya sendiri dan dia takkan rampas saya dari awak, saya
kenal dia dan dia takkan tergamak lakukan perkara tu sebab dia anggap saya
macam abang dia sendiri.” Aku tersentak
mendengar kata-kata Ikhwan. Suaranya
kali ini tinggi dan tegas.
“Ya saya memang mengarut.” Aku terasa hati, bukan lagi merajuk. “Saya nak masuk.” Aku bangun dan laju mengatur langkah. Ikhwan tidak pula mengejarku, marah sangat
agaknya.
………………………………………………………………………………………………………
Terdengar bunyi tombol pintu
dipulas. Aku terus melompat ke atas
katil dan berselubung. Yakin dan pasti
orang yang memulas pintu bilikku ialah mama dan papa. Siapa lagi selain mama dan papa? Aku kaku tidak bergerak di dalam selimut.
“Adik.” Mama memanggilku perlahan.
“Sudahlah merajuknya. Cepat bangun, Ikhwan tunggu adik kat bawah
tu.” Suara papa pula. Aku tetap mengeraskan badan.
“Adik, lekas bangun. Atau mama geletek nak?” Mama tentunya sudah duduk di birai katil
sambil menepuk-nepuk aku yang berada di dalam selimut.
“Mama, jangan…” Aku mengekek ketawa. Mama sedang menggeletekku. “…geli, mama.” Aku terus-terusan ketawa, geli yang
amat. Ishhh, aku memang pantang
digeletek. Dicuit pinggang pun geli.
“Nak mama berhenti kena bangun. Cepat.”
Mama turut sama ketawa dan masih belum berhenti menggeletekku.
“Okay
surrender.” Aku bangun dan mengangkat
kedua-dua belah tangan. Mataku sudah
berair kerana ketawa beria.
“Adik siap, lepas tu turun jumpa
Ikhwan.” Papa juga sudah duduk di birai
katil.
“Suruh je dia balik pa. Nak tunggu adik siap lama lagi. Sejam baru siap, mandi pun belum lagi tau.” Aku mereka alasan.
“Jangan nak tipu, adik dah mandi kan
tadi sebelum sarapan.” Mama laju
mencubit pipiku.
“Tapi busuk jugak ma, kena
mandi.” Aku masih belum mengalah.
“Jangan banyak dalih sayang, turun
cepat. Kesian Ikhwan, katanya dia
telefon adik tak angkat, mesej pun tak dibalas.
Dia dah ceritakan pada papa dengan mama tentang hal semalam.” Aku membulatkan biji mata.
“Huh, eiii teruknya. Kuat betul mengadu. Benda kecik macam tu pun nak bagitau mama
dengan papa. Macam budak-budak.” Aku mula membebel geram.
“Kalau kecil, kenapa ada orang tu
sampai merajuk beria dan siapa yang macam budak-budak sekarang ni, adik ke
Ikhwan?” Papa sengaja menjeratku.
“Papa, sekarang ni siapa anak
papa? Adik ke Ikhwan? Papa macam sebelahkan dia je.” Muncungku sudah sedepa. Merajuk tidak tentu pasal, itu kan hobi aku.
“Ingat lawa sangat muncung macam
todak tu, papa ikat mulut tu nak?”
Tangan papa dibawa ke mulutku dan aku cepat-cepat melarikan diri di
belakang mama.
“Jom adik, kita turun. Atau adik nak mama panggil Ikhwan naik?” Aku ketawa mendengar kata-kata mama.
“Eleh, mama takkan suruh Ikhwan
naik. Adik tak percayalah.” Aku masih dengan sisa tawa.
“Betul tak percaya?” Mama sudah bangun.
“Okay, okay adik turun.” Aku laju memaut tangan mama. Bimbang mama serius pulak.
Aku bangun dan terus ke almari untuk
mengambil tudung. Setelah itu aku terus
menyarungkan tudung ke kepala dan tersenyum ke arah mama dan papa. Bersedia untuk turun.
“Nak turun macam tu je?” Tanya papa sambil mengerutkan dahi.
“Yalah, tadi kan suruh adik
cepat.” Aku sudah terpinga-pinga.
“Cuba tengok seluar dengan baju
adik.” Mama memandangku atas ke bawah.
Ya ALLAH, aku baru tersedar. Aku cuma berseluar pendek paras lutut dan
t-shirt yang tersarung di badanku pula singkat dan lengan t-shirt atas dari
siku. Nak jumpa Encik Tunang dengan
berpakaian begini? Haruslah tidak. Gila ke apa?
“Habis tu adik nak pakai apa?” Aku mula gusar.
“Ya ALLAH, punyalah banyak baju
dalam almari boleh dia tanya nak pakai baju apa.” Mama menggelengkan kepala.
“Papa dengan mama bagi masa lima
minit je untuk bersiap, lepas tu papa nak adik dah ada kat bawah.” Papa bangun dari katil dan mula melangkah
keluar dan diikuti mama.
Aku mengeluh dan berpaling semula ke
arah almari. Betul kata mama, punyalah
banyak baju, penuh satu almari namun tidak tahu baju apa yang perlu
dipakai. Mataku tertancap kepada
sepasang baju kurung biru dan tanganku laju mencapai baju kurung berbunga biru
itu. Senang cerita, pakai baju
kurung. Biarlah macam nak pergi kenduri
sekalipun, asal tutup aurat.
No comments:
Post a Comment