SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea) Part 1
(by~ANIA MALNA)
“Excited betul la orang
tu nak balik Malaysia kan? Macam nak
balik esok pulak, padahal lusa flight.” Tegur Nadia sebaik sahaja aku meletakkan
kesemua barang yang telah dikemas ke dalam bagasiku.
“Mestilah, dah setahun
aku tak balik tau tak. Kau tu lainlah,
tiap-tiap tiga bulan mummy and daddy kau datang melawat. Untunglah anak datuk kan.” Sindirku namun Nadia tidak pernah terasa
degan sindiranku yang berunsurkan gurauan itu.
“Alahai touching la
pulak cik Aimin Hazwani ni.” Nadia
memuncungkan bibirnya.
“Ingat comel sangatlah
buat muka macam tu. Kang aku jahit
muncung tu baru tau.” Aku cepat-cepat
menggapaikan tangan ke arah mulut Nadia namun ternyata kawan baikku itu lebih
pantas dariku. Nadia tangkas bangun dan
beralih ke belakangku dan menarik rambutku.
“Aduh sakitlah!”
Jeriktu nyaring.
“Ya Allah, bingit
telinga aku. Kalau macam ni lah jerit, Min
tu pun boleh dengar tau tak.” Kata-kata
Nadia cukup membuatkan wajahku yang ceria berubah kelat.
“Buat muka dah pulak
mak cik sorang ni.” Nadia kini duduk di sebelahku. “Aku yakinlah yang si Min tu sebenarnya ada
hati kat kau, kau tu je sibuk cakap yang kau tu bertepuk sebelah tangan.” Aku menjegilkan biji mata tanda protes.
“Tak payah nak melalut
la. Aku dah cakap kan hari tu, aku je
yang bertepuk sebelah tangan. Tak
mungkinlah dia ada perasaan pada aku.
Kami dah la berbeza, agama, bangsa, negara semua la.’” Ya, memang aku menyimpan perasaan pada lelaki
yang digelar Nadia sebagai Min itu dan Nadia sangat arif tentang perasaanku
bahkan dia sendiri yang menghidu perasaanku terhadap lelaki itu tanpa perlu
untuk aku ungkapkan. Dan akhirnya aku
sendiri tewas dan mengakui perasaanku itu.
“Eh berangan pulak dah
minah ni.” Nadia memetik jarinya. “Come
on la baby, we still have one day before going back to Malaysia dan aku ada
firasat yang si Min tu akan buat surprise
untuk kau.” Tambah Nadia.
“Tak payahlah nak suruh
aku berharap lagi, tinggal sehari lagi tapi dia langsung tak buat apa-apa. Lagipun dah dua minggu aku tak jumpa dia,
sejak dari exam sampai sekarang. Dah, aku tak nak fikir apa-apa lagi, yang aku
tahu kurang 24 jam lagi aku akan jejak tanah airku yang tercinta. Aku nak tidur.” Aku melompat ke atas katil dan menarik
selimut. “Chalca (Selamat malam)”.
“Tengok, baru bukak
topik pasal Min dah nak tidur.” Membebel pulak Nadia ni. Aku lantas menarik Nadia dan dia terbaring
dengan paksaan. Aku menepuk perlahan
bahu Nadia.
“Meh aku dodoi nak?”
Tanyaku dengan nada manja.
“Eh tak payahlah. Lagi aku tak boleh tidur ada lah.” Cepat-cepat Nadia menolak ‘tawaranku’.
………………………………………………………………………………………………………
Aku memalingkan mukaku
ke arah Nadia dan ternyata Nadia sudah di alam mimpi. Walaupun aku yang beria mahu tidur pada
mulanya namun itu semua hanyalah rekaan semata-mata hanya kerana ingin mengelak
daripada isu lelaki bernama Min itu berpanjangan.
Aku berganjak perlahan
dari katil yang sungguh selesa pemberian Datuk Nazim @ Uncle Nazim, ayah
Nadia. Katil itu dibeli setahun yang lalu
oleh Uncle Nazim setelah anak perempuan tunggalnya merungut sakit belakang.
Suis lampu meja
kutekan. Nadia jenis yang tidur mati
jadi aku tidak perlu risau untuk membuka lampu meja. Kutarik laci meja dan tanganku terus mencapai
sebuah buku merah jambu yang tertulis namaku di kulit hadapannya
(Eh, jangan salah faham. Ni bukan diari la, cuma buku nota pemberian
seseorang sembilan bulan lalu). Buku
itu kosong dan tidak pernah diconteng.
Tanganku mengeluarkan
sekeping gambar yang terselit di celah halaman buku merah jambu itu. Gambarku dengan seseorang yang diambil di salah
sebuah taman tema yang amat popular di Korea, Lotte World. Gambar kami bersama-sama dua sang Tupai yang
merupakan maskot Lotte World. Dibelakang
gambar itu tercoret perkataan Korea yang berbunyi ‘Yeongweonhi ……’ (Selamanya
…..) dan ditulis oleh Min.
………………………………………………………………………………………………………
“Jwisonghamnida (Maaf)” Aku mengutip buku-buku dari perpustakaan yang
baru kupinjam sambil memarahi diri sendiri yang cuai sehingga melanggar
seseorang dan menyebabkan buku-buku yang dipinjam berteraburan di atas lantai.
“Kwaenchanayo (Tak
apa)” Lelaki yang tidak sengaja
kulanggar itu membantu mengutip buku-buku tersebut dan pastinya lelaki itu
berbangsa Korea.
“Awak orang Malaysia?”
“Ne (Ya).” Jawabku
terpinga-pinga. (Apa kejadahnya mamat
Korea ni pandai cakap Melayu, mimpi ke aku ni)
“Igotyo (Ini).” Lelaki
itu menghulurkan buku yang dikutipnya.
Aku hanya memandang hairan ke arah lelaki itu. “ Aa, cheoneun Son Min Hyuk imnida (Saya Son
Min Hyuk).” Tanpa diminta lelaki itu memperkenalkan diri. (Tak suruh pun)
“Cheoneun Aimin Hazwani
imnida.” Aku tetap membalas, karang dikatanya orang Malaysia tidak berbudi
bahasa pulak tapi aku tetap ingin tahu benarkah mamat Korea di depanku ini tahu
berbahasa Melayu.
“Awak pandai cakap
Melayu?” Aku cuba menguji, manalah tahu hanya tiga perkataan ‘Awak orang
Malaysia’ aje yang dia tahu.
“Ya, saya tahu. Waeyo (Kenapa)?. Hanguk saram (Orang Korea) tak boleh cakap
Melayu?’
Betullah mamat ni
memang pandai cakap Melayu, walaupun agak pelat namun masih boleh
difahami. (Geramnya aku nak tanya macam mana dia pandai cakap Melayu)
“Bangabseumnida (Nice
to meet you).” Lelaki itu menundukkan
kepala tanda hormat.
“Ne, bangabseumnida.” Aku menundukkan sedikit kepala dan mula
membuka langkah untuk berlalu pergi.
“Boleh kita jumpa
lagi?” Pertanyaan Min Hyuk mematikan
langkahku yang kedua.
“Untuk apa?” Tanyaku hairan. Aku mula menggunakan bahasa Melayu memandangkan
dia juga tahu bahasa ibundaku ini.
“Naneun mollayo (Saya
tak tahu)” Ujarnya sambil menghadiahkan senyuman nipis. Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa
menoleh. (Tak pasal-pasal nak jumpa
lagi).
............................................................................................................................................................
“Nadia, kad pelajar aku
tak ada.” Ujarku cemas setelah
menggeledah backpack yang kugunakan semalam.
“Cuba cari atas meja.” Nadia memberi cadangan.
“Aku dah cari tadi tak
ada. Macam mana ni. Matilah aku.” Aku memang begini, bila kehilangan sesuatu
akan cepat cemas dan buntu apa harus dilakukan.
“Kita dah lambat ni,
kalau nak cari sampai dapat pun tak sempat.
Nanti kita pergi admin untuk
report. Mungkin kau tercicir kat mana-mana.” Cadangan yang kurasakan cukup bernas daripada
Nadia kerana memang kami sudah terlambat daripada biasa. Jam di dinding kutoleh dan telah menunjukkan
jam 8.00 pagi dan kelas kami bermula 8.30 pagi.
………………………………………………………………………………………………………
“Aimin-ssi.” Kedengaran satu suara asing memanggilku dari
belakang. Aku menoleh dan aku agak
terkejut melihat gerangan orang yang memanggilku. ( Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?).
“ Ne.” Aku tersenyum namun sedikit pun tidak
melangkah ke arah lelaki itu dan aku hanya memerhatikan lelaki itu datang ke
arahku.
“Siapa ni? Handsome lah, melekat dengan mamat Korea
ke?” Bisik Nadia kepadaku.
“Shhh, dia tahu bahasa
Melayu la, kang dia dengar.” Aku cepat-cepat memberitahu Nadia sebelum die
merapu tak tentu pasal.
“Awak punya.” Ujarnya sambil menghulurkan sesuatu yang
kucari pagi tadi. Kad pelajar.
“Omo, jeongmal
kamsahamnida (Terima kasih banyak-banyak).” Ujarku gembira.
“Nasib baik tak sempat
naik admin.” Ujar Nadia sambil tangannya menuding ke arah bangunan pentadbiran
fakulti kami.
“Saya jumpa
semalam. Kamu tinggal.” Tanpa ditanya Min Hyuk menjelaskan bagaimana
kad pelajarku boleh berada bersamanya. (Hobi
dia kot tak payah tanya jawab sendiri).
“Aa, dekat
perpustakaan. Mungkin jatuh masa saya terlanggar
awak.” Tambahku lagi.
“Ne, pestaka?” Tanya Min Hyuk.
“Tosogwan
(Perpustakaan).” Memanglah dia tak faham, perkataan itu agak susah.
“Belanja la dia minum ke
sebagai tanda terima kasih.” Usul
Nadia.
“Kwaenchanayo (Tak
apa).” Ujar Minhyuk.
“Keuraeyo (Betul ke)?” Aku menarik nafas lega dan menjeling Nadia
tanda protes kerana memandai-mandai menyuruhku membelanja Min Hyuk.
“Aniyo (no), Aimin akan belanja awak.” Nadia masih belum mengaku kalah.
“Tak perlu.” Min Hyuk menolak dengan penuh budi bahasa dan
tersenyum ke arahku. Aku akhirnya
mengaku kalah. (Nadia menang kali ni,
lagipun macam tak sopan pulak aku menolak cadangan Nadia di depan Min Hyuk,
lagipun bukan kami berdua aje, Nadia sekali).
“Let me buy you
something as an appreciation.” Tiba-tiba
pula keluar Bahasa Inggeris.
“Is it okay for
you? Are you free right now?” Min Hyuk
membalas dengan pertanyaan.
Jelas menunjukkan dia
menolak pada mulanya kerana aku yang nampak tidak bersungguh-sungguh dengan
cadangan Nadia dan kini dia nampaknya seperti setuju dengan ‘pelawaanku’
berbanding pelawaan Nadia.
“Okay la Aimin, have a nice time.”
Kata-kata Nadia itu membuatkan aku tersentak.
“Nak pergi mana? Kan
nak belanja Min Hyuk.” Aku cepat-cepat mencapai tangan Nadia.
“Dah cakap kan pagi
tadi aku nak jumpa Farid hari ni. Annyeonghikaseyo
(Selamat tinggal).”
“Annyeonghikaseyo.” Balas Min Hyuk. Aku tidak membalas kerana ianya hanya
ditujukan kepada Min Hyuk memandangkan ianya dalam cara yang formal. (Memang
nak kena Nadia ni, balik kang tau la aku nak buat apa).
“Min Hyuk-ssi, can we go now?” Aku melemparkan senyuman ke arah Min Hyuk
namun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
………………………………………………………………………………………………………
“Awak suka minum banana uyu (susu)?’ Tanya Min Hyuk selepas menghirup banana uyu yang dibeli olehku. (Banana Uyu ialah salah satu minuman yang
popular di Korea.)
“Ya, hmmm. Boleh saya tahu macam mana awak pandai Bahasa
Melayu?” Aku mengalih topik banana uyu yang kurasakan kurang
penting.
“Dari Pak Cik
saya, dia tinggal di Malaysia sejak dua
puluh tahun yang lalu dan kahwin dengan orang Melayu. Jadi saya belajar dari dia dan isteri.” Jelas Min Hyuk dan aku hanya mengangguk. Angin sejuk menyapa pipiku. Lokasi ‘date’
pertama kami hanyalah di bawah pokok berdekatan fakultiku dan kami selesa
dengan hanya duduk bersila di atas tanah.
Sesekali bunga-bunga jatuh berguguran.
Musim yang paling kusuka, musim bunga.
“Isteri pak cik saya
juga ada itu.” Jari telunjuk Min Hyuk
mengarah ke kepalaku.
“Ini?” Tunjukku kearah
tudung yang kupakai.
“Ya.”
“Ini tu-dung.” Aku menyebut satu-satu agar Min Hyuk mudah
untuk mengikutnya.
“Aa, tu…dung. Yeppeoyo (Cantik).”
“Ya tudung ni cantik,
halmeohni (nenek) saya yang hadiahkan sebelum saya ke sini.” Entah kenapa Min Hyuk hanya tertawa mendengar
cerita pendekku itu. Tiada apa yang lucu
pun bagiku.
“Kenapa?” Tanyaku
hairan.
“Amugotto aniyo
(nothing).”
(Bila tak tanya memandai jawab tapi bila tanya tak nak jawab.)
“Sejak bila awak
belajar bahasa Melayu?” Sifat ingin
tahuku menutup kehairananku sebentar tadi.
“Saya umur sepuluh dan
sudah dua bebelas tahun.” Jawapan Min
Hyuk agak tungang-langgang. Dua belas tahun
bukannya masa yang singkat jadi tidak hairan Bahasa Melayunya agak baik.
“Jadi umur kamu
sekarang dua puluh satu? Maksud saya dua
puluh dua.” Aku cepat-cepat mengubah
kepada format usia yang digunakan oleh Korea kerana negara itu mengira umur
lebih setahun daripada kita.
“Ya, dan awak?”
“Saya dua puluh tiga (
dua puluh dua). Panggil saya nuna
(kakak).” Ujarku girang. Girang kerana aku akan lebih selesa dengan
Min Hyuk memandangkan dia hanyalah adik bagiku.
“Tunggu. Bulan berapa kamu lahir?” (Sibuk
je nak tahu bila aku lahir, nak bagi hadiah ke?)
“27 Disember.” Jawabku beserta dengan hari.
“Saya tak mahu panggil
awak nuna, saya lahir lima belas hari selepas awak.” Jawapan Min Hyuk agak menghampakanku.
“So, we doesn’t have to speak in honorific way.” Ujarku memandangkan kami dikira sebaya.
“Keurae (Baiklah).” Ujar Min Hyuk tanpa ‘yo’ yang merupakan tanda
bercakap dalam cara yang sopan. “Aa, kamu suka kpop?” Sambung Min Hyuk.
“Tak. Saya belajar di Korea tak bermaksud saya suka
Kpop.” Aku agak kurang senang dengan
pertanyaan Min Hyuk itu.
“Pak cik saya kata di
Malaysia ramai suka Kpop.” Tambah Min
Hyuk.
“Ya, tapi saya bukan
salah seorang daripada mereka. Saya
jatuh cinta hanya pada negara Korea dan bahasa sahaja bukan pada lagu.” Jelasku kepada Min Hyuk sambil kuhadiahkan
senyuman.
“What is dimple in Malay?”
Tanya Min Hyuk tiba-tiba. (Tanya tu mesti sebab perasan lesung pipitku
masa aku senyum beria kat dia tadi, tak pasal-pasal jadi kamus bergerak aku.)
“Le-sung pi-pit.” Aku menyebut satu-satu sambil jariku juga
bergerak konon-konon macam konduktor koir.
“Sekejap.” Min Hyuk membuka begnya dan mengeluarkan
sebuah buku nota sederhana besar yang berwarna merah jambu dan sebatang pen.
“Cantiknya buku.” Ujarku sebelum sempat Min Hyuk menulis
perkataan ‘lesung pipit’.
“Saya baru beli, belum
tulis. Kamu suka?” Min Hyuk menutup
kembali buku itu.
“Suka sebab warnanya
merah jambu. Cantik.” Jawabku jujur dan
sekaligus membococrkan warna kegemaranku.
“Pinkeu choha (Suka
merah jambu)?” Pertanyaan Min Hyuk kubalas dengan anggukan.
“Ambil buku ni, saya tak tahu kenapa saya beli buku
pinkeu sebab saya tak suka warna ni. Mungkin buku ini untuk kamu.” Min Hyuk menghulurkan buku itu kepadaku.
“Kwaenchana. Awak tak perlu bagi saya.” Aku cuba menolak.
“Ambil saja.” Min Hyuk
cuba mencapai tanganku namun aku cepat-cepat melarikan tanganku.
“Baiklah, saya
ambil. Komaweo (Thank you).” Aku mengambil buku di tangan Min Hyuk. (Lebih baik aku ambil je sebelum dia tak
pasal-pasal nak pegang tangan aku lagi.)
“Saya pernah datang
Malaysia dua kali. Satu, masa saya umur
sepuluh dan dua, lima tahun lepas.” Min
Hyuk membuka topik baru.
“Aa, jadi awak pergi
rumah Pak Cik awak?” Tanyaku ingin tahu.
(Macam busy body pulak)
“Hmmm, dan masa itu la
saya mula-mula minat belajar Bahasa Melayu.
Isteri pak cik saya yang banyak ajar.”
Terang Min Hyuk lebih lanjut.
“Jadi awak minat bahasa
Melayu sebab isteri pak cik awak?”
Tanyaku inginkan kepastian.
“Aniya (No). Sebab lain.”
Min Hyuk hanya menghadiahkan senyuman.
Hampir tiga jam kami
bersembang di bawah pokok itu. Aku
sendiri terkejut apabila melihat jam pada telefon bimbitku sudah menunjukkan
jam 1 petang. Entah mengapa aku rasa
sungguh selesa berborak dengan Min Hyuk sehinggakan masa begitu pantas berlalu
tanpa kusedari. Min Hyuk sempat
‘mencuri’ nombor telefonku. Semasa aku
mengeluarkan telefon bimbitku dia mengambilnya dan mendail nombornya
sendiri.
best :)
ReplyDeletetq soo much dearie arenissa :) :) :)
Delete