AUDI
(BAB 1)
by ANIA MALNA
SKUTER
hijau
milikku diparkir betul-betul di hadapan 7eleven. Topi keledar aku kepit di bawah ketiak. Backpack MCM berwarna biru aku sangkut ke bahu
kiri. Selesa dengan gaya sebegini. Kaki melangkah laju masuk ke dalam 7eleven. Aku ke bahagian roti dan dua bungkus twiggies
berperisa coklat aku capai dan aku letakkan ke dalam topi keledar. Kemudian aku ke bahagian makanan ringan dan
mengambil sebungkus Chachos, juga aku letak ke dalam topi keledar.
Kini aku ke bahagian minuman sejuk. Baru hendak tarik pintu peti ada tangan lain
pula yang melekat di situ. Aku terus
alih pandangan dan seorang lelaki tinggi lampai juga memandang ke arahku. Wajahnya tersembunyi di sebalik full face shark berwarna merah hitam.
Tangan kirinya pada pintu peti dan tangan kanan diisyaratkan ke peti
tanda memberi laluan untukku mengambil minuman.
Botol spritzer aku sambar dan aku ucapkan terima
kasih. Setelah itu aku berlalu pergi
meninggalkannya. Mujur gentleman. Kaki terus dihayunkan ke kaunter untuk
membuat bayaran. Nasibku baik kerana
tiada pelanggan di kaunter, boleh aku terus bayar dan cepat-cepat minum. Tekak sudah kering dan minta dibasahkan. Air mineral aku letakkan ke atas meja dan
segala khazanah di dalam topi keledar aku keluarkan. Cashier
seperti menahan tawa. Kelakar
sangatkah? This is my style, okay?
Setelah hasil tangkapanku diimbas, cashier menyebut jumlah yang perlu
dibayar. Tanganku meraba poket jeans
sebelah kanan. Segumpal duit kertas RM1
berjaya aku keluarkan. Aku mengira jumlahnya
dan masih belum cukup. Aku hulur dahulu
kesemua RM1 dan meraba poket jeans sebelah kiri pula. Tiga keping syiling 20 sen dan sekeping 50
sen berjaya aku keluarkan. Kurang 20 sen
lagi. Cashier seperti menahan tawa. Aku
buat muka selamba. Backpack MCM aku
tarik ke depan dan aku buka zip poket hadapan dan meraba-raba syiling. Banyak pula khazanah di dalamnya jadi agak
lama tanganku di dalam poket.
“Saya bayarkan.”
Tangan yang sama di peti tadi kini menghulurkan sekeping not RM10.
“Haihai, saya ada duitlah.” Syiling 50 sen yang berjaya aku korek dari
dalam beg diangkat tinggi separas wajahku.
“Kak, cukup. Keep the change.” Aku tolak
kesemua syiling. Cashier tertawa
kecil. Pasti lucu kerana aku menyuruhnya
menyimpan baki 30 sen.
Panas sedikit hatiku. Sempat pula aku hadiahkan jelingan padu
kepada lelaki yang over gentleman ini sebelum keluar dari
7eleven. Apa aku nampak macam tidak
berduitkah? Salahkah bayar guna duit
syiling. Kemarahan yang tidak terzahir,
sekadar meloncat-loncat di minda. Setelah
keluar dari 7eleven, terus sahaja aku pulas penutup botol, baca Bismillah dan
minum. Sekali teguk sahaja hampir
separuh botol habis, memang tidak sopan.
Sudahlah minum sambil berjalan.
Sila jangan tiru aksi ini.
“Woooo.”
Bulat mataku saat terlihat Ducati 1098R Troy Bayliss. Betul-betul diparkir di sebelah skuterku. Hilang terus angin marahku. Kaki melangkah ke skuter namun mata mengarah
ke Superbike idamanku ini. Plastik berisi roti dan chachos aku letak ke
dalam bakul skuter. Backpack yang
melurut jatuh dari bahu aku sarungkan semula ke bahu. Mata teruja memandang Ducati yang harganya hampir RM300,000.00 ini.
Aku pandang kiri kemudian kanan dan akhir sekali
belakang. Tiada siapa-siapa, jadi aku
ambil peluang untuk lebih dekat dengan superbike idamanku ini. Tanganku gatal memegang handle motor. Aku mula berangan. Syoknya jika aku diberi peluang untuk bergaya
dengan superbike ini. Boleh mimpi seminggu aku dibuatnya.
“Excuse me.”
Tanganku laju melepaskan pegangan pada Ducati.
Terkejut sungguh dengan teguran itu, mujur tidak terlompat. Aku berpaling mencari pemilik suara dan
lelaki berfull face merah tadi.
“Bike you
ke?” Sinis kedengaran soalannya.
“Taklah, bike
abang ke? Cantik?”
“Kenal pun tidak, tiba-tiba I jadi Abang You.”
Haihai! Sombongnya!!!
“Maaflah tapi saya rasa tak luak pun kan bike
Encik. Pegang sikit je pun.” Aku mendekat ke skuter dan topi keledar rakus
aku sarungkan ke kepala.
“Skuter You
ke? Cantik.”
“Kalau puji terima kasih, tapi kalau perli no thanks.” Aku naik ke skuter. Sempat kuhadiahkan jelingan padu sebelum naik
ke skuter.
“Drive safely
Miss Scooter.”
“Saya tahu, tak perlu ingatkan Mr. Superbike.”
Skuter dihidupkan dan aku terus meninggalkan Mr. Superbike yang sangat menjengkelkan. Merosakkan hariku yang kurang ceria. Sakit hati!!!
………………………………………………………………………………………………......
Pintu kutolak perlahan. Seperti yang dijangka, Dr. Amran setia
menunggu di ruang tamu. Matanya tepat
memandang ke arahku. Gunung berapi bakal
meletus nampak gayanya. Lambat-lambat
aku berjalan ke arahnya. Topi keledar
kupeluk ketat.
“How many times should I remind You?” Suara lantang Dr. Amran memenuhi ruang
rumah. Terkejut juga jantungku,
membuatkan detaknya semakin deras.
“Maaf.” Hanya
satu perkataan terloncat keluar dari bibirku.
“Setiap kali buat salah, maaf. Kenapa payah sangat nak dengar cakap?”
“Sekejap aje keluar.” Aku tidak berani memandang wajah lelaki di
hadapanku ini. Hanya mampu tertunduk
memandang lantai.
“Bagi kunci skuter.”
“Tapi…”
“Give it to me now…”
Zip backpack MCM aku tarik dan kunci skuter aku
keluarkan. Lambat-lambat ia dihulurkan.
“Sekali lagi buat perkara yang sama, You will be
punished. Sekarang naik atas.” Ketegasan Dr. Amran tidak mampu kulawan. Aku patuh dan berlari naik ke atas.
…………………………………………………………………………………………………..
Ketukan lembut di pintu menyentak ingatanku terhadap
seseorang yang sangat kurindui.
Seseorang yang aku sayang melebihi nyawaku sendiri. Seseorang yang sentiasa di ingatan dan hatiku
walau jasadnya sudah tiada di sini.
Telah pergi meninggalkanku selama sepuluh tahun. Moga rohnya tenang di sana. Al-Fatihah.
“Masuk mama.”
Aku cukup kenal dengan gaya ketukan mama. Pintu ditolak dari luar dan wajah tenang mama
muncul di balik pintu. Senyuman indahnya
membuatkan mulutku ringan mengukir senyuman lebar. Mama menapak masuk dan terus duduk di birai
katil. Aku yang tadinya berbaring kini
bangun dan merapat kepada Mama.
“Kenapa tak nak turun makan?”
“Tak ada seleralah, Mama.” Aku mengeluh perlahan.
“Tak baik mengeluh tau.” Pipiku diusap mama. “Mama tahu Baby merajuk dengan Daddy kan?”
“Mama, Baby nak merajuk. Haihai, tak rock la, Mama. Tak ada maknanya nak merajuk dengan
Daddy. Hati Baby kental tau, tak lut
sikit pun.”
“Nak selindung lagi.
Mama kenallah anak mama yang seorang ni.
Nampak aje ganas tapi hati selembut sutera.”
Aku ukir senyuman bahagia. Bahagia dengan kata-kata Mama ‘anak mama yang
seorang ni’.
Kata-kata yang sentiasa menyenangkan jiwaku,
menenangkan telingaku serta dapat mengubat kerinduanku terhadap insan yang
telah pergi meninggalkanku.
…………………………………………………………………………………………………..
“Mama nak pergi bayar bil. Baby tengok-tengokkan kedai ya.”
“Okay, mama.
Jangan lupa beli Twiggies coklat.”
“Ya, mama ingat.”
“Bye, Mama.”
Mama melagkah
“Bagi I 53 kuntum ros putih. I tak mahu wrap tapi ikat dengan reben
pink. Make sure duri semua dibuang .”
“Encik ambik kejap lagi boleh tak? Sebabnya owner keluar dan pembantu kedai
belum sampai lagi. Dalam satu jam lagi
datang ambik.”
“Habis tu apa fungsi You kat sini? Ini ke cara layan customer?” Lain macam nada suara pelanggan ini. Bunyi separa marah aje.
“Eh, saya cakap elok-elok kan. Tak payahlah macam nak marah. Cuba berhemah sikit, hormati yang muda,
Pakcik.”
“Wait, You call me Pak cik? Atau I yang silap dengar?”
“Ya…
Pakcik…” Aku pamer wajah ketat.
“Is this how you treat a customer?”
“Is this how you treat a girl who speaks nicely to
you?”
Pelanggan menjengkelkan ini senyum sinis dan
menggelengkan kepalanya. Aku hantar
jelingan padu. Dia ingat dia pelanggan,
boleh buat sesuka hati. Aku cakap
punyalah sopan santun, lainlah aku berkasar.
Dasar tak tahu hormat perempuan. Menyampah!
“You nak sediakan atau tidak bunga yang I mintak?”
“Saya dah cakap tadi, lagi satu jam datang ambik.”
Bunyi dering muzik menandakan pintu dibuka
mengalihkan perhatian kami berdua. Kami sama-sama
mengalihkan pandangan ke pintu masuk. Mama
sudah pulang dan tersenyum. Mujur mama
tiba pada masa yang tepat. Jika lambat
sikit, entah-entah kami dah bertumbuk gamaknya.
“Ya, Encik. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya
mama ramah. Mama memang pakar melayan
pelanggan. Sebab itu, perniagaan mama
boleh diklasifikasikan sebagai berjaya dan sangat laris. Namun disebabkan aku, mungkin juga mama akan
kehilangan seorang pelanggan yang berlagak, berdiri di hadapanku sekarang.
“Puan ni owner atau pembantu kedai?” Dia tanya mama semula, soalan mama tidak
dijawabnya.
“Saya pemiliknya Encik, kenapa ya?”
“Puan, I sarankan You pecat pekerja You yang
ni. Boleh lingkup business You kalau
pekerja You macam ni.”
“Saya tak tahu apa yang berlaku tapi saya
betul-betul mintak maaf bagi pihak anak saya.
Dia baru aje masuk kedai hari ni.”
“Anak You?”
“Ya, anak saya.
Encik nak beli bunga ke?”
Lelaki yang memakai kemeja putih ini tidak terus
menjawab. Dia memandangku dan mama silih
berganti.
“Encik…”
“Oh ya, bagi I….”
………………………………………………………………………………………………......
“Mama, don’t give me that look.” Aku mula tidak sedap hati. Mama memang seorang yang sangat penyayang dan
lembut tapi dalam kerja dia akan bertukar mengikut keadaan. Pasti mama akan bising tentang peristiwa yang
baru berlaku tadi.
“Ada apa-apa nak jelaskan pada mama tentang hal
tadi?”
“Okay, Baby mintak maaf tapi bukan sepenuhnya salah
Baby. Dia tu yang tak boleh terima padahal
Baby dah cakap elok-elok. Dia marah Baby
jadi Baby marahlah dia semula. Baby mana
boleh orang macam tu. Ikutkan hati, Baby
nak tumbuk hidung dia. Padan muka!”
Mama gelak beria.
Aku tayang muka pelik. Tadi punyalah
serius muka mama. Sekarang boleh pulak
mama tergelak macam kena geletek. Sampai
tergeleng-geleng aku melihat tawa besar mama.
“Mama, ini tak kelakarlah.” Aku pula yang serius.
“Sini sayang…”
Tawa mama mati. Tangannya
didepangkan dan aku cukup faham apabila mama depangkan tangannya. Laju aku ke pelukan mama. Terbantut marah mama diganti dengan kasih
sayang yang jelas terzahir.
“Kenapalah anak mama ni tak macam anak orang lain…” Bahuku diusap lembut oleh mama. Aku sangat selesa dalam keadaan begini. “Punyalah kacak customer tadi boleh pulak dia
pergi marah. Bukan mudah nak layan
customer ni sayang. Kena pandai tackle
dan juga kena banyak bersabar.
Macam-macam jenis orang kita akan jumpa bila kita terjun ke bidang
perniagaan ni. Tak kisahlah jenis
perniagaan yang macam mana. Mama tak
salahkan Baby sepenuhnya tapi mama harap lain kali jangan buat macam ni ya,
sayang.”
“Ya, mama.”
Aku leraikan pelukan dan senyum semanis madu. “Lepas ni Baby tak buat macam tadi. Kalau Baby terasa nak marah, Baby akan
cepat-cepat senyum ya.”
“Good girl.
Nasib baik customer tadi tak cancel beli bunga.”
“Memanglah tak cancel, Mama. Karang tak dapat bunga, merajuklah awek dia.”
“Memandai je buat kesimpulan dia nak bagi awek.”
“Alah, tipikal lelaki mama.”
Mama gelak kecil.
Setelah itu mama menyambung tugasnya .
Aku pula sibuk berwhatsapp dengan Balqis. Petang ini aku sudah berjanji untuk ke
rumahnya.
p/s : maaf andai terkurang... selamat membaca... :)
Best la...tak sabar nak tau sambungan dia... ^^,
ReplyDeletetq dear sudi baca...teruskan sokongan pada AUDI walaupun masih di peringkat awal :)
Deletecambung cepat234
ReplyDeleteIn sha ALLAH akan upload bab 2 dalam masa terdekat ni dear... tq atas sokongan :)
Delete