TEASER 'AUDI'....
Assalamualaikum semua...
sihat?
Lamanya tak update blog, berbulan dah...
Jadi untuk semua yang setia sokong AM, ini boleh dikatakan 'hadiah' kecil untuk anda semua...
Masih jauh perjalanan AUDI dan doakan moga AM akan terus dikurniakan ilham, semangat dan kegigihan untuk siapkan AUDI...
jom kita berkenalan dengan AMRU YUSUF dan AIRIN HASANAH...
orang kata tak kenal maka tak cinta...
Assalamualaikum semua...
sihat?
Lamanya tak update blog, berbulan dah...
Jadi untuk semua yang setia sokong AM, ini boleh dikatakan 'hadiah' kecil untuk anda semua...
Masih jauh perjalanan AUDI dan doakan moga AM akan terus dikurniakan ilham, semangat dan kegigihan untuk siapkan AUDI...
jom kita berkenalan dengan AMRU YUSUF dan AIRIN HASANAH...
orang kata tak kenal maka tak cinta...
“Gurau jelah.
Awak kan gadis separa tomboy.”
Amru gelak jahat. Ada juga yang
kena lempang laju-laju dengan aku nanti.
“Okay, sorry.
Lawak di pagi hari.”
“Tak kelakar okay.”
Tegas suaraku.
“Okay, how about kot?”
“Busuk! Entah
berapa bulan tak basuh.”
“Suratkhabar?”
“Macam orang gila!”
“Alas meja?”
“Cantik tak?”
“Cantik, ada bunga-bunga lagi.”
“Besar tak?”
“Besar sampai boleh buat selimut.” Datang angin melawak dia memang kalau dilayan
susah mahu tamat.
“Bagi aje lah.”
Malas hendak melayan lawak kurang kelakar Amru.
“Kejap.”
Bunyi derapan kaki Amru menunjukkan dia melangkah ke
meja kopi untuk mengambil alas meja.
“Nah.” Alas
meja dihulur dan cepat-cepat aku capai.
Selubungkan ke kepala dan kepit dengan klip kertas bersaiz
sederhana. Selesai ber‘tudung’, aku
keluar dari tempat persembunyian dan hampir hendak terloncat aku dibuatnya
kerana Amru tepat-tepat menunggu di sebelah meja kerjanya sambil menyilangkan
tangan ke dada.
Bibirnya diketap dan bahunya bergerak-gerak. Aku tahu dia menahan tawa di dalam hati.
“Silakan ketawa kalau nak ketawa.” Usai berkata-kata aku berjalan menuju ke
pintu.
“Eh nak ke mana pulak?” Amru kini berdiri di hadapanku. Laju benar dia.
“Nak baliklah.”
Aku bulatkan mata, ketatkan bibir.
“Dalam keadaan macam ni?”
“Dah tu?”
“Let me ask my assistant to buy you a something to
cover your head. Sesuatu yang nampak
waras dan bukannya alas meja. Tudung atau
selendang ke?”
“Tak payah nak membazir. Tudung melambak kat rumah saya tu. Pakai macam ni pun ok, asal tutup
aurat.” Aku buat isyarat tangan menyuruh
Amru ke tepi.
“Degil.”
“Suka hatilah.”
Aku buat lagi isyarat tangan dan Amru beralih namun bukan ke tepi tapi
ke pintu. Pintu biliknya dibuka dan dia
melangkah keluar.
“What are you waiting for? Kata nak balik.” Amru angkat kening kiri.
“Habis tu abang?”
“Abang hantar awaklah.”
Ducati 1098R Troy Bayliss Limited Edition
Hai! Lama tunggu update dari Nia...^^,
ReplyDeleteTak sabar nak baca bab penuh cerita ni..
All the best! ^^
TQ dear atas sokongan...
DeleteIn sha ALLAH akan diupload nanti...
<3 <3 <3