BAB
11
Aku memilih meja yang paling hujung dan Nadia hanya
menurutiku. Aku sengaja memilih meja
paling hujung kerana pasti sebentar lagi akan tercetus ‘pertengkaran’ kecil
antara Nadia dan seseorang maka aku perlu memilih tempat yang lebih strategik.
“ Lunch hari-hari
kat Nando’s syok jugak kan, dah la orang belanja pulak tu.” Nadia melabuhkan punggungnya.
“ Amboi, kalau macam tu pokai la aku cik adik
oi.” Aku menjegilkan biji mata. Nadia tertawa kecil.
“ Eh, aku musykil betullah. Sebenarnya apa perkara penting yang kau nak
cakapkan tu? Suspen betullah.” Ujar Nadia seraya menongkat dagunya,
merenungku tajam.
“ Nantilah kejap lagi.”
“ Kejap lagi?
Cakap je la sekarang. Kau cakap
pakai mulut kau, bukannya mulut orang lain.”
“ Sabarlah.”
Aku menepuk perlahan lengan Nadia.
Dia hanya mengenakan kemeja lengan pendek dan rambutnya dibiarkan lepas
tanpa didandan. “ Cuba kau tengok kat belakang tu.” Arahku apabila melihat Min
Hyuk masuk ke dalam restoran. Nadia
menoleh ke belakang dan matanya melopong memandang Min Hyuk.
………………………………………………………………………………………………………
Kotak merah jambu kubuka. Semenjak Min Hyuk datang ke Malaysia, aku
tidak pernah membukanya. Barang-barang
yang pernah kuanggap sebagai kenangan terakhir aku dan Min Hyuk itu dikeluarkan
dan disusun di atas meja solek.
Aku bersyukur kerana Nadia dapat menerima hubungan
aku dan Min Hyuk. Walaupun pada mulanya
dia sempat ‘menyerang’ Min Hyuk namun aku cepat-cepat menenangkannya dan aku
ceritakan perkara yang sebenar. Nadia
juga bersetuju untuk sama-sama merahsiakan hubungan kami.
Deringan telefon bimbit mematikan ingatanku pada
peristiwa tengahhari tadi. Aku mencapai
telefon bimbit di atas meja dan nama Adha tertera pada skrin telefon. Lambat-lambat aku mengangkat telefon.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
“ Ada apa awak telefon?”
“ Mak dengan abah saya datang K.L esok, mereka nak
ajak awak makan malam sekali. Boleh
kan?”
Aku terkesima mendengar penjelasan Adha. Rasa kurang selesa apabila Cikgu Razif dan Mak
Cik Dhia melayanku begitu baik. Aku
tidak tahu apakah sebabnya mengapa mereka melayanku sebegini rupa. Lama kami terdiam.
“ Hello, Aimin awak okay ke?”
“ Ya, saya okay.”
“ Mak mintak awak pakai jubah hari tu. Awak bawak ke K.L kan? Mak teringin sangat
nak tengok awak pakai jubah tu.”
“ Saya bawak.”
“ Awak belum cakap setuju ataupun tak.” Aku tidak
terus menjawab. “ Awak takkan sanggup tolak permintaan mak dan abah saya kan?”
Adha seperti sengaja menjeratku, pastinya aku tidak mampu berkata tidak.
“ Setuju.” Jawabku pendek.
“ Great. Nanti saya mesej awak masa dan tempat. Kita jumpa malam esok. Bye.”
“ Bye.” Talian dimatikan.
Satu mesej diterima dan mesej itu daripada Min Hyuk.
‘Aimin, malam
esok awak datang Kimchi Saranghae. Kita
makan patbingsu.’
Aku tidak tahu apa yang harus dibalas kepada Min
Hyuk. Perlukah aku berterus terang dan
memberitahunya aku akan keluar bersama Adha dan keluarganya malam esok. Jika aku berterus-terang, adakah Min Hyuk
akan kecewa. Tak mungkin untuk aku
menipu Min Hyuk.
‘
Mianhae (Maaf), malam esok saya dah ada temu janji. Lain kali ya saya datang.’
Tidak lama kemudian, aku menerima mesej daripada Min
Hyuk dan dia hanya membalas ‘Ok’.
………………………………………………………………………………………………………
“ Mana abah dengan mak awak?” Aku bertanya setelah memastikan hanya Adha
yang datang menjemputku di rumah sewa.
“ Mereka naik kereta lainlah. Kan abah saya ada kereta lain. Adik bongsu saya pun ada sekali.”
(Ya ALLAH,
kenapalah dungu sangat aku ni. Aku
ingatkan Cikgu Razif dan Mak Cik Dhia akan sama-sama naik kereta Adha dan menjemputku
di rumah. Kenapa aku tak terfikir yang
mereka akan naik kereta lain?)
“ Jomlah.” Adha membukakan pintu kereta
untukku. Aku terpaksa akur namun seperti
biasa aku tidak suka orang yang membukakan pintu kereta untukku. Aku menutup pintu kereta dan membukanya
kembali lalu masuk.
“ Kita nak makan kat mana?” Tanyaku sebaik sahaja
Honda Civic kepunyaan Adha meluncur meninggalkan rumah sewaku.
“ Tempat yang awak suka.”
“ Tempat yang saya suka?” Setahuku aku tidak pernah
memberitahu Adha tentang restoran kegemaranku dan sebenarnya aku tidak pernah
meletakkan sesuatu restoran itu sebagai tempat kegemaranku. Asalkan menu yang disediakan menepati
citarasaku, itu sudah cukup.
“ Nanti awak tengok aje la.” Jalan yang digunakan oleh Adha adalah laluan
yang biasa aku gunakan.
………………………………………………………………………………………………………
“ Kita makan kat sini. Awak mesti rindu makanan Korea kan?”
Tuhan sahaja yang tahu perasaanku tatkala Adha
menuding jari kearah Kimchi Saranghae.
Min Hyuk ada di restoran itu malam ini. Uncle Yusuf dan Auntie Syafiqah
juga pasti berada di restoran milik mereka itu.
Apa yang harus aku lakukan?
( Ya ALLAH,
bantulah hamba-mu ini Ya ALLAH.)
“ Dalam lima minit lagi abah dengan mak sampai. Kita tunggu mereka kat dalam aje la.”
“ Tak, hmmmm.”
“ Apa yang tak?” Adha mengerutkan dahi tanda hairan
dengan reaksiku itu.
“ Bukan, sebenarnya macam ni…awak, walaupun saya
belajar kat Korea tapi saya tak suka makanan Korea.”
“ Ya ke? Kenapa awak tak cakap awal-awal.”
“ Ya ke? Kenapa awak tak cakap awal-awal.”
“ Awak tak
cakap pun yang kita akan makan kat sini, macam mana saya nak bagitau.”
“ Okay, saya minta maaf. Kita makan kat tempat lain ya. Saya telefon mak abah saya dulu.”
“ Awak, satu perkara lagi. Sebenarnya saya tak suka kita berdua aje
macam ni. Kalau boleh yang ini kali
pertama dan terakhir dan kalau boleh, balik nanti biarkan saya naik kereta abah
awak. Saya minta maaf sebab terpaksa
cakap perkara ni.” Adha tidak jadi menelefon abahnya tatkala mendengar
kata-kataku itu.
“ Okay, saya janji ini yang terakhir.” Adha
menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku
tidak tahu samada senyuman itu ikhlas atau tidak. Setelah itu dia terus menelefon ayahnya.
………………………………………………………………………………………………………
Aku menyuap ais kacang ke dalam mulut. Min Hyuk yang berada di hadapanku hanya
merenungku dan dia langsung tidak menyentuh patbingsunya. Tidak ramai pengunjung di Kimchi Saranghae
ketika ini kerana sekarang ialah waktu Solat Jumaat.
“ Kenapa awak tengok saya macam tu? Rindu saya ke?” Aku tersenyum penuh makna.
“ Awak pergi mana semalam? Telefon tak bawa, balik pukul 10 malam. Telefon itu penting.” Min Hyuk akhirnya bersuara.
“ Kan saya dah cakap saya ada temu janji malam
tadi. Telefon tu saya tertinggal.” Aku tiba-tiba teringat ketika aku tertinggal
telefon bimbit semasa keluar berjumpa dengan Angah di Korea dan waktu itu Min
Hyuk menungguku di hadapan rumah sewa.
Dengan spontan aku tergelak.
“ Kenapa ketawa?
Awak tau tak saya…”
“ Saya tahu awak risau.” Aku memotong sebelum sempat Min Hyuk
menghabiskan kata-kata.
“ Jadi, jangan buat macam itu lagi.” Wajah serius Min Hyuk membuatkan tawaku
terhenti. Perlukah aku berterus terang
dengan siapa aku keluar dan ke mana? Aku
pernah memberitahu Min Hyuk tentang Adha dan apa yang pernah dilakukannya. Aku tahu Min Hyuk seperti kurang menyenangi
kehadiran Adha dalam hidupku namun aku tidak mahu merahsiakan kewujudan Adha
dan aku lebih suka berterus-terang dengan Min Hyuk.
“ Awak, sebenarnya semalam saya keluar dengan Adha
dan keluarga dia dan pada mulanya dia bawak saya ke sini untuk makan tapi saya
menolak dan kami makan kat tempat lain.”
Akhirnya aku membuat keputusan untuk menceritakan segalanya kepada Min
Hyuk. Ada tanda kekecewaan pada wajah
Min Hyuk apabila mendengar kata-kataku itu.
“ Awak, janganlah macam ni. Sebab tu saya tak sanggup nak bagitau awak perkara
sebenar tapi saya tak mahu sembunyikan jugak.
Kejujuran tu penting.” Aku
memegang hujung lengan baju Kemeja T Min Hyuk.
“ Kenapa awak ketawa?” Aku hairan apabila Min Hyuk tiba-tiba ketawa.
“ Kenapa awak pegang saya macam ni? It looks funny.” Min Hyuk masih ketawa.
“ Mana ada saya pegang awak, pegang lengan baju je
kan?” Aku cepat-cepat menarik tangan.
Terasa pipiku yang kuning langsat bertukar menjadi merah.
“ Saya tak marah, saya suka sebab awak jujur dengan
saya. Saya tahu awak cintakan saya
seorang je jadi saya tak perlu risau mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan
awak.” Kata-kata Min Hyuk memang benar
namun aku terasa pipiku semakin memerah.
“ Saya masuk tengok Auntie la.” Aku cuba melarikan
diri. Tidak mahu terus lama berada di
hadapan Min Hyuk yang merenungku penuh makna.
Pasti dia dapat melihat perubahan pada wajahku.
“ Awak malu ya?”
“ Aniya (Tak)!” Aku cepat-cepat bangun dari kerusi.
“ Eh, patbingsu awak ni tak habis lagi.” Aku tidak
mempedulikan kata-kata Min Hyuk. Malas
melayannya nanti makin menjadi-jadi dia menyakatku namun aku tetap bersyukur
kerana Min Hyuk menerima perkara itu dengan hati yang terbuka.
dalam dilemma kan bila ada org mengharap..kesian juga si adha...anyway..cinta tak boleh dipaksa..
ReplyDeletehye kak sha~miz ya~Huhuhu~yes,love cant b forced,dah hati Aimin hanya untuk Min Hyuk kan
ReplyDeletenia hi..miss u more..
ReplyDeletealahai kemunculan cousin min hyuk tu sedikit menggugat keyakinan Aimin..hope dia x menyerah kalah..
yes,syqila tu mcm buat kite sush ati kan...no Aimin is not like that^^
Delete