SARANGHAEYO (Cintaku Tertinggal Di Korea)
Part 2
(by~ANIA MALNA)
“Aih, ingatkan orang tu
dah tak nak balik.” Perli Nadia sebaik
sahaja aku masuk ke bilik.
“Aku tak perasan dah
lewat la.” Aku cuba mempertahankan diri.
“Syok sangat la tu date dengan mamat Korea handsome kan?” Nadia masih mengusik.
“Handsome? Tak pun. Biasa je aku tengok.” Bidasku.
“Biasa kau cakap, handsome gila kot. Kau ni rabun ke apa? Nasib baik aku dah ada Farid, if not aku yang sambar dulu.” Aku menghadiahkan cebikan mendengar pengakuan
Nadia. “Kau mesti dah makan kan?” Tanya
Nadia.
“Belum lagilah, lapar
ni. Tengok ni aku dah beli telur pun nak
masak.” Aku mempamerkan muka kasihan.
“Tak makan lagi, tiga
jam date kau buat apa je. Aku ingat pergi makan sekali.” Nadia seperti tidak percaya dengan
kata-kataku.
“Minum banana uyu je sambil borak-borak kat
bawah pokok yang bunga pink dekat
fakulti kita tu.” Jelasku namun ada
senyuman nakal di bibir Nadia.
“Amboi romantiknya
duduk bawah pokok, lepas tu bunga-bunga cinta pun berguguran kan.” Nadia galak menyakat.
“Eiiii, jangan nak
mengarutlah. Siapa tadi yang memandai
suruh aku belanja dia so tak payah
nak mereka fairy tale moden pulak.” Bentakku.
“Alah, mana tahu kot
cinta dah berputik untuk pertemuan kedua kan.”
Nadia ternyata masih belum mengaku kalah.
“Tak ada maknanya lah,
lagipun aku dah tak ada sebab nak jumpa dia lagi. Biarlah tadi jadi yang terakhir.”
“Terakhir la sangat,
fakulti kita tu bukan besar sangat pun mesti nanti terserempak jugak.”
“Ok this time I won. He’s not
from our faculty okay. He’s major in
musical so no reason to bump each other.
Sangat jauh kot fakulti kita dengan dia.” Aku bersorak di dalam hati. “Dah la, dari
biar kau melalut sampai ke laut, baik
aku masak dulu.”
………………………………………………………………………………………………………
“Esok kelas Prof. Jung
batal. Chan Sik baru mesej aku tadi.” Beritahu Nadia dan aku hanya mengangguk.
“Aku cadang nak ajak
Farid pergi Namido ( Nami Island) la esok since
dia memang tak ada kelas esok and kita pun kan dah officially cuti sebab kelas Prof. Jung dah batal. Jom ikut.”
Pelawaan Nadia sungguh ikhlas kerana aku masih boleh lihat raut wajahnya
tapi mana mungkin aku menjadi orang ketiga.
“Tak apalah, aku tak
nak kacau daun, esok aku nak bangun
lambat. Mahu topup tidur.” Aku menolak dengan sebaik mungkin, risau
Nadia kecil hati.
Tangan kananku menarik
laci meja dan buku merah jambu yang diberikan Min Hyuk minggu lepas
kukeluarkan.
“Tengok tu, pink lagi. Semua barang kau pink sampai aku pun dah bosan tengok. Meja kau tu dah rupa pink panther kot.” Bebel
Nadia yang selesa berbaring di atas katil.
“Yang ni bukan aku beli,
si Min Hyuk tu yang bagi.”
“Wow, dah bagi something kat kau. Ada apa-apa ke?”
“Ishhh, tengok tu
jangan nak merapu la. Kau cakap macam ni
depan mak ayah aku, memang gali kubur sendiri la aku tau tak. Tak pasal ayah aku kejar dengan senapang
gajah.” Ya, itulah sebabnya aku tidak
pernah melayan Sung Min yang bak kata Nadia syok kat aku tu dan aku juga tak
mahu ada apa-apa hubungan yang istimewa dengan mana-mana lelaki negara tempat
aku menimba ilmu ini.
………………………………………………………………………………………………………
“Ayah tak kisah
mana-mana pun adik nak belajar tapi iman tu tetapkan dalam hati jangan sampai
menyimpang. Belajar tu biar ikhlas,
jangan ada agenda lain. Dan satu lagi
yang penting, ayah tak sanggup kalau bermenantukan orang dari negara sana. Faham maksud ayah kan?” Kata-kata akhir ayah semasa menghantarku di
lapangan terbang sebelum berangkat ke Korea.
“Ya ayah, kat Malaysia
ni ramai orang Melayu takkan la pulak adik nak cari orang jauh. Nanti susah nak buat kenduri. Tiket kapal terbang mahal tu.” Aku membalas dengan gurauan namun ayah masih
dengan muka seriusnya dan aku tahu ayah benar-benar tegas berkenaan perkara
itu. Aku memandang satu persatu wajah
tiga orang abangku dan akhir sekali wanita yang paling aku sayangi di dunia ini,
ibu.
………………………………………………………………………………………………………
“Woit, minah jenin.” Aku tersentak dari lamunan. “Berangan ke apa?” Tanya Nadia.
“Taklah, aku teringat
kata-kata ayah aku kat airport masa
hantar aku dulu.”
“Oh, ingat belayar ke
mana la tadi.” Nadia tersenyum nakal.
“Nadia!” Jeritanku mengejutkan Nadia. Ada sesuatu yang kutemui terselit di helaian
buku merah jambu pemberian Min Hyuk itu.
“Apa?” Nadia kaget.
“Tengok ni.” Aku menunjukkan sekeping gambar kepada
Nadia. Gambar Min Hyuk bersama seorang
lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 40-an yang kuyakin ayah dan ibunya.
“Pulanglah kat
dia. Pelik betul kan, macam mana pulak
gambar ni boleh ada dalam buku tu sedangkan buku tu dia nak bagi kat kau. Ada udang di sebalik batu ni.” Nadia mula melalut.
“Dah jangan nak
melalut. Buku ni sebenarnya dia tak
berniat pun nak bagi aku, secara tak sengaja dia bagi aku sebab aku suka pink.
Maybe dia memang letak gambar
ni dalam buku ni.”
“Ok dah faham tapi yang
kau sampai beria menjerit tu kenapa?”
“Macam mana aku nak
pulangkan gambar ni?”
“Kata dia ‘curi’ nombor
kau so takkan kau tak save terus nombor dia right after dia dial nombor kau tu?”
“Tak, buat apa aku nak save?”
“Ya ALLAH, kenapalah
kawan aku ni lurus betul. Dia langsung
tak call kau ke?”
“Tak.”
“Simpan aje la, dia tak
ada tanya tentang gambar tu jadi mungkin dia tak kisah sangat kot.”
“Ishhh, kau ni. Gambar dia dengan mak ayah dia ni. Selalunya gambar parents kita ni antara harta paling berharga kita tau.”
“Apa kata kau…..” Belum
sempat Nadia menghabiskan ayatnya, telefon bimbitku berdering dan nombor yang
tidak dikenali terpapar di skrin telefon.
………………………………………………………………………………………………………
Mataku meliar ke kiri
dan kanan menunggu kelibat orang yang sepatutnya berjumpa denganku. Sudah lima minit aku menunggu namun batang
hidung pun tak nampak. Pantangku,
menunggu orang. Kalau bukan kerana
gambar nan sekeping itu sudah pasti aku tidak berada di taman permainan yang
terletak 200m dari rumah sewaku dan Nadia.
Aku menghayunkan
buaian, taman permainan ini memang salah satu tempat kegemaranku dan aku sering
datang ke sini untuk bermain. Bermain
semua permainan yang terdapat di sini.
Peduli apa aku walaupun kadang-kadang aku ditertawakan oleh ibu bapa
yang menemani anak-anak mereka bermain.
“Aimin.” Suara yang sudah aku cam itu menerjah
gegendang telingaku. “Maaf, saya lewat 5 minit.”
(Nasib baik mintak maaf kalau tidak memang yang ini akhir pertemuan
kami. Memanglah yang terakhir, lepas ni
buat apa aku nak jumpa dia lagi.)
“Kwaenchana (Tak
apa). Ini gambar awak.” Aku menghulurkan sekeping gambar yang
kuselitkan di celah buku yang ku bawa.
“Komaweo (Terima
kasih).” Min Hyuk melompat ke atas
buaian bersebelahan buaian yang kududuki.
Kelihatan dia mahu masa kami bersama dipanjangkan. Kufikirkan masa kami tamat setelah gambar itu
diberikan.
“Saya minta maaf ambil
masa kamu untuk beri gambar itu.” Suka
betul mamat ni minta maaf. Aku tergelak
di dalam hati.
“Tak apa, lagipun rumah
saya dekat depan itu je.” Aku
menudingkan jariku ke arah bangunan berwarna kelabu yang terletak berhadapan
kami. (Alamak, kenapa aku gatal-gatal tunjuk rumah pulak kat dia.) Aku menyumpah di dalam hati.
“Aa, awak tinggal
dengan chingu (kawan) awak?” Tanya Min
Hyuk.
“Ya, nama kawan saya
Nadia. Kami berdua aje orang Malaysia dalam
batch kami jadi kami memang rapat
dari dulu lagi.” Ramah pula aku kali
ini.
“Bila awak pulang
Malaysia lagi?” Tanya Min Hyuk
lagi. Tanya macam nak suruh aku balik
Malaysia cepat-cepat.
“Selepas saya tamat
belajar di sini. Kenapa?’
“Boleh saya pergi
bersama awak?”
(Gila ke apa mamat ni nak ikut aku balik, nak suruh ayah aku kejar
dengan senapang gajah ke?)
“Maksud saya, saya
pergi Malaysia bersama awak tapi saya pergi rumah pak cik saya di sana.”
Mujurlah Min Hyuk cepat menerangkan niatnya.
“Awak tak takut? Mana
tahu saya culik awak ke dan jual awak kat Malaysia. Awak pergilah sendiri.” Lawakku tidak menjadi
kerana Min Hyuk hanya mengerutkan dahinya.
Ternyata aku bukan dilahirkan sebagai penghibur atau pelawak.
‘”Julik?”
(Patut pun, tak faham rupanya.)
“Culik
means kidnap.” Aku tertawa kecil.
“Aa, mianhae
(maaf). Banyak perkataan saya belum tahu. Mungkin awak jadi guru saya.”
“Guru? I’m not good at teaching. Seriously, you will regeret it.”
“We should try first.”
Kata-kata Min Hyuk hanya kubalas dengan senyuman.
“Bahasa apa lagi awak
tahu?” Pertanyaan Min Hyuk mematikan
senyumanku.
“Nihon-go (Bahasa
Jepun).”
“So desu ka (Betul ke)?
Watashi mo (Saya pun).”
“Okay, jadi kita sama.” Kami sama-sama tersenyum.
“High five.” Min Hyuk mengangkat tangan kanannya. (High
five la awak sorang-sorang.)
“Aa, maaf. Pak cik saya beritahu Muslim yeoja(perempuan)
tidak boleh dipegang namja (lelaki).”
Min Hyuk cepat-cepat menurunkan tangannya kembali.
“Pak cik awak juga
Muslim kan? Dia jadi Muslim sejak kahwin ke?”
Mulut aku ni memang main lepas je tanya padahal soalan yang agak
sensitif.
“Muslim sebelum kahwin
isteri dan jumpa isteri.” Aku menahan
tawa di dalam hati dengan penggunaan bahasa oleh Min Hyuk yang agak tunggang
langgang.
“Baguslah, bermaksud pak
cik kamu memeluk Islam bukan kerana perkahwinan tetapi memang hidayah dia dah
tiba. Alhamdulillah.”
“Maksud kamu. Saya hanya faham sedikit.”
“Tak ada apa-apa pun,
tak penting.” Aku sengaja tidak mahu
menerangkan maksud kata-kataku itu dan Min Hyuk tidak pula mendesakku.
“Awak dah makan?” Tanya Min Hyuk tiba-tiba.
“Ajik to (Not yet). Lepas ni baru saya makan.”
“Awak masak? Masak apa?”
(Erk, sibuk pulak dia nak tahu)
“Aah, telur goreng.”
Jawabku jujur.
“Only that?” (Tanya lagi)
“Ya, saya dah biasa
makan macam tu aje.”
“Kaja ( Jom).”
“Odi (Ke mana)?” Tanyaku
hairan.
“Makan di Itaewon.”
………………………………………………………………………………………………………
“Ada hikmah jugak kau
tak ikut aku siang tadi kan?” (Nadia dah mula nak menyakat aku la tu.)
“Hikmahnya?” Tanyaku pura-pura tidak tahu.
“Makan sedap orang
belanja pulak tu.”
“Eii, kalau aku tahu
tadi baik aku tak bagitau kau yang dia belanja aku makan kat restoran pakistan
tu.”
Aku sendiri tidak tahu
mengapa aku tidak menolak pelawaan Min Hyuk yang mengajakku makan di Itaewon. Dan dia seperti tahu bahawa restoran Pakistan
di Itaewon itu merupakan tempat wajib aku dan Nadia apabila kami ke
Itaewon. Walaupun harganya agak mahal
namun kami tetap berpuas hati dengan salah sebuah restoran halal yang terdapat
di Itaewon itu.
“Kau tak nak bagitahu
aku? Kau tu pandai ke nak berahsia
dengan aku?” Nadia mendugaku.
“Yalah, memang aku ni
lurus bendul semua cerita kat kau.”
“Tapi serius aku
terkejut masa kau beritahu yang kau keluar ke Itaewon dengan dia. Kira dia ni lelaki Korea pertama yang keluar
dengan kau la kan?” Tanya Nadia walaupun
dia sudah tahu jawapannya.
“Entahlah, aku pun
macam tak percaya yang aku tak tolak pelawaan dia. Mungkin aku rindu sangat nak makan fried rice kat restoran tu.”
“Yeke ataupun
sebenarnya kau dah mula selesa berkawan dengan dia?” Nada Nadia kali ini berbaur serius.
“Ishh tak adalah,
jangan la fikir jauh sangat. Kami baru
tiga kali jumpa, mustahil la….”
“Tak ada yang mustahil
dalam dunia ni, aku kenal sangat dengan kau Aimin, kita dah kawan bertahun. Kau bukannya jenis yang senang-senang aje nak
terima pelawaan lelaki, kau terima tadi mesti sebab kau percaya pada dia. Lama atau kejap perkenalan kita ni tak beri
apa-apa makna pun sebab yang paling penting ialah hati kita. Apa yang hati kita cakap.” Kata-kata Nadia
membuatkan aku tersentak.
Bercinta/Berkahwin dgn lelaki asing..mencabar, tambahan jika tanpa restu keluarga..
ReplyDeletesangat mencabar + cinta yg perlu dirahsiakan pulak tu~
ReplyDeletejika itu takdirNya, walau apa rintangan cabaran..pasti bersama kan nia..
ReplyDeleteya, walau siapa pun dia tapi jika dah tertulis memang dia Jodoh kita tak kan ke mana kan~
Deleteya sha setuju dengan nia..
ReplyDeletex kiralah dia tu org apa sekalipun yg ptg Islam kan^^
Delete